Halaman

Isnin, 13 April 2015

Sejauh mana anda sanggup mengundi selain BN?

Aku perhatikan sekarang ni sudah makin ramai orang tak puas hati dengan kerajaan, PM Najib, Ahmad Maslan, Hasan Malek, Ismail Sabri dan GST. Ramai yang dengarnya tak sabar tunggu PRU14 untuk jatuhkan BN.

Namun apabila tiba masanya nanti, adakah anda terutama orang Melayu sanggup pangkah calon selain BN dengan mengenepikan sentimen ketakutan dan kerisauan seperti:

1. Seorang yang disabitkan kesalahan liwat akan jadi PM.
2. Negara akan dikuasai oleh kaum cina dan orang melayu akan tertindas.

Jawab anda SANGGUP atau TIDAK?

Sumber gambar

Di atas adalah soalan yang aku lontarkan di status FB aku serta beberapa group2 politik. Soalan ini bukan untuk dijawab oleh penyokong2 kerajaan dan BN sebab mereka ni walau benci macam mana pun pada pemimpin, diorang tetap akan pangkah BN. Soalan ini aku tujukan lebih kepada penyokong pembangkang dan orang yang anti kepada kerajaan yang Melayu, sebab aku tengok ramai orang yang kutuk kerajaan, ramai yang kondem menteri, ramai yang tak puas hati dengan dasar2 kerajaan, namun adakah mereka2 ini juga sanggup mengundi selain Barisan Nasional apabila tiba pilihanraya terutama calon yang bukan Melayu dan Islam?

Ini kerana walau sejauh mana orang Melayu itu benci kepada pemimpin dan dasar2 yang dibuat kerajaan, 2 sentimen di atas menjadi ketakutan dan penghalang kepada mereka untuk memilih calon dari parti selain BN kerana itulah sentimen yang telah dimomokkan oleh orang2 BN selama ini kepada rakyat. Kita tidak bercakap mengenai calon PAS atau calon Melayu Islam dari parti PKR, tapi calon dari parti DAP. Adakah kebencian mereka terhadap UMNO dan BN mengatasi ketakutan mereka untuk mengundi DAP?

So jawapan yang aku dapat lepas post status ini:
  • Bilangan yang jawab SANGGUP lebih banyak daripada TAK SANGGUP.
  • Ada juga yang jawab TAK SANGGUP tapi bilangannya lebih kurang separuh atau kurang dari separuh daripada yang SANGGUP.
  • Tak jawab SANGGUP atau TAK SANGGUP sebaliknya jawab merapu2, cakap aku macai, soalan bodoh, letak komen bergambar yang bodoh2 dan sebagainya. Mostly yang jawab macam ni macai yang berfikir guna emosi bukan akal. So aku kelaskan orang macam ni cakap sahaja lebih tapi takde pendirian, tambah juga dungu sebab tak faham soalan yang mudah.
  • Yang ni mungkin paling ramai, sebab ramai yang Like status aku tapi TAK SANGGUP NAK JAWAB apa2.

Ada yang tanya kenapa tiada jawapan untuk orang yang neutral kerana pengundi atas pagar juga akan menentukan kemenangan BN atau PR. Ya, memang tiada jawapan yang lebih neutral sebab walaupun seseorang tu neutral, tapi dalam pilihanraya tiada pilihan tengah2, yang ada cuma BN dan PR, so nak tak nak yang neutral juga perlu buat pilihan sama ada mahu pilih BN atau PR.

Ada yang cakap aku cuma nak tukar pemimpin tapi tak nak tukar parti. Benda ni aku dah terangkan sebelum ini yang rakyat biasa tidak berhak memilih siapa pemimpin mereka termasuk Perdana Menteri, kerana hak memilik PM adalah hak parti. Kita hanya ada hak untuk memilih parti sahaja. So untuk menjatuhkan pemimpin, anda kena jatuhkan parti2nya sekali, melainkan orang2 partinya sanggup untuk menurunkan dulu pemimpin2nya sendiri.

Ada pula yang cakap aku sokong PAS tapi aku tak nak DAP, dan aku harap aku PAS akan keluar dari PR. Malangnya politik Malaysia sekarang ini bukan berfungsi dengan cara itu. Dalam politik anda kena berhenti berharap, berhenti berharap pada menteri, berhenti berharap pada BN, berharap pada PAS, berharap pada pembangkang dan lain2, sebab apa yang anda harapkan sukar untuk berlaku. Kita sendiri yang kena tunjukkan kuasa rakyat berbanding harapan2 kosong kepada ahli2 politik.

Anda perlu realistik yang dalam memahami politik sekarang yang kita hanya ada 2 entiti utama sahaja iaitu Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS, PKR dan DAP. Menyokong PAS sahaja tanpa menyokong DAP dan juga sebaliknya bermakna anda memberikan kepada BN dan menteri2 hebatnya untuk terus kekal memerintah.

Dua sentimen ketakutan dan kerisauan yang aku nyatakan kat atas itu bukan omong2 kosong. Ya, mungkin Melayu yang duduk di bandar kini kebiasaannya lebih terbuka sikit dan kurang ketakutan pasal point2 kat atas, tapi kebanyakan orang Melayu yang duduk di kampung dan kawasan luar bandar, ketakutan mereka terutama sentimen yang "orang Cina akan berkuasa dan Melayu akan ditindas sekiranya PR menang dan memerintah kerajaan persekutuan" masih kuat menebal dalam diri mereka. So andai kata Ahmad Maslan lawan calon Cina dari DAP, sebenci mana orang ramai pada Ahmad Maslan, dia tetap akan menang sebab sentimen2 di atas.

Jika anda sanggup pangkah ini...


Dan juga ini...


Adakah anda juga SANGGUP untuk pangkah ini?


Kesimpulannya, jika anda mahu mengubah kerajaan sekarang dan mahu mengajar mereka yang mereka bukan selamanya memerintah, orang Melayu perlu mengatasi ketakutan sentimen2 di atas dan SANGGUP untuk mengundi siapa2 selain daripada BN, bukan sahaja calon Melayu dari PAS tapi termasuk juga calon bukan Melayu Islam daripada PKR dan DAP.

Satu2nya konsep perjuangan yang boleh digunakan untuk mengalahkan BN hanyalah ABU (Asal Bukan UMNO), ABBN (Asal Bukan BN) dan ABCD (Asal Bukan Cap Dacing). Selain dari tu, jika anda seorang yang benci kepada BN tapi masih mengamalkan perjuangan asing2 mengikut parti PAS atau PKR atau DAP, maka sampai bila2 BN takkan kalah dan terus kekal memerintah. Jika korang mahu melihat BN tidak lagi memerintah, korang kena influence orang ramai dengan konsep ABU, ABBN dan ABCD, bukan lagi konsep parti "3 dalam 1" masing2.

Dan anda juga tak layak nak sound "Pemimpin yang bodoh lahir dari pengundi yang bodoh" jika anda sendiri tiada kekuatan untuk mengatasi ketakutan terhadap sentimen2 di atas dan masih mengamalkan konsep parti "3 dalam 1" sebab konsep anda ini tidak akan merubah apa2.




tags:sejauh mana sanggup undi selain bn barisan nasional pakatan rakyat parti umno pas dap pkr ketakutan kegusaran kerisauan melayu cina memerintah berkuasa pegang ekonomi kerajaan

31 ulasan:

  1. Pakai chopstick tapi islam..sanggup
    makan nasi ngan daun pisang..islam..sanggup
    Sendiri islam membelakangkan islam..akhirnya dihukum diperintah bukan islam..sanggup&pasrah..aje..

    BalasPadam
  2. Dr pemerhatian sy sepanjang PRU12 dan PRU13, trend mengundi parti yg disokong ialah parti yg boleh menjaga KEBAJIKAN KAUM mereka..itu prioriti utama..isu negara yg lain 2 selalunya just penambah perisa sahaja.

    Cuma kali ini sy nampk isu2 politik perkauman dah semakin menjadi2 semata2 utk meraih undi. ..dan takut berlaku kejadian 13 may atau setidak2nya setiap kaum hanya selesa dgn kaum sendiri n tiada keharmonian kaum mcm zaman dulu.

    Still PRU14 still jauh lagi...mcm2 leh jadi. Gebang mcmana pun isu gst, hudud, altantunya pun xleh nak buat apa utk ubah kerajaan skrg. Nak xnak kena telan air liur dulu, n tunggu masa utk payback time. Cuma yg kelakar org melayu ialah....senang gelap mata bila dpt duit even sokong parti mana sekalipun masa tu.

    BalasPadam
  3. Orang BN tak kisah sangat nak undi walaupun calon yang depa undi tu cina ataupun india. Orang PR bila nak sokong pun dah nampak macam angguk kat air keruh. Kata nak ubah kerajaan tapi diri sendiri tak berani ubah untuk buang sentimen takut bila cina india perintah negara.

    Melayu pun satu hal, daripada terlalu banyak keistimewaan diberikan inilah yang menyebabkan melayu jadi pemalas pastu nak salahkan kaum lain.

    BalasPadam
  4. ramai bising2 kata mengata BN.
    bila ada peluang tak pangkah BN tak buat pula.
    Alasan sbb taknak pangkah cina. kononnya la.

    PAdahal ada tempat BN bertanding majoriti melayu, Wakil BN dari MCA (cina). wakil PR dari PAS (melayu). Menang juga yang cina (BN) tu.

    Hidup melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PR ckp rasis x main . .. nmpk mcm pot calling kettle black je

      Padam
  5. Oh amat maslan

    Kenapa kau bebal sangat
    Sampai sultan pun buat xnampak je dkt kau
    Adakah sebab berjuta rakyat mesia cop ko bodoh

    Oh amat maslan

    Dulu kau ckp gst utk org kaya
    Gst baik utk rakyat
    Skrg ko suruh rakyat elak gst
    Student u kau suruh masak dkt bilik
    Ini adalah sangat tahi
    Kau nak suruh student bli dapur gas kuali masak dlm bilik ke
    Lu xda akai ka

    Oh jibby

    Nasihatkan si amat maslan
    Cgpa 3.85 xbermakna jika sel otak x berhubung
    Jgn duk sibuk dgn kak mah
    Pantau2 la anak buah
    Ku harap kau x jd bebal sepertinya
    Belikan dia coklat minda, kismis jampi 2kontena
    Moga ilang kebodohannya itu

    Oh Tun M
    Kau suruh jibby letak jawatan
    Tapi jibby xnak
    Kesian dkt kau
    Kesian dkt rakyat

    Oh GST
    Kenapa kau hadir di saat rakyat tgh susah
    Barang makin naik, gaji xnaik2
    Gaji menteri plak di naikkan
    Lama2 rakyat naik darah
    Ramai lah yg kena darah tinggi nanti..

    Oh kak mah

    Nasihatkan lah si jibby
    Hanya kau saja yg berkuasa ke atas jibby
    Jgn di sibuk mendandan rambut rm1200
    Moga ada sinar dlm hidup mu

    Oh rakyat
    Jgn lah mengeluh, jgn marah
    Bak kata fathul bari ulamak ameno
    Ini semua ketentuan Allah
    Syukur mesia masih aman,
    Xda perang, xda keta kebal ..

    salam cinta 6% dariku utk noob ..

    BalasPadam
  6. Aku sanggup.. mempertaruhkan undi aku selain BN.. Teringin nak tengok Geng Songkok Tinggi ni melingkup, dicungkil segala skandal lapuk pemimpin mereka sampai ke penjara dan teringin nak tahu sekuel dan prekuel kes-kes diorang tu.. Kepada saki baki dalam BN tu.. Selepas dah kalah nanti, mesti timbul rasa menyesal, baru kenal tanggungjawab dan perjuangan untuk rakyat dan negara.. Bukan sebab nak membuncitkan perut sendiri dan kroni..

    Undi PR bukan sebab 100% yakin yang mereka ini alternatif terbaik.. Cuma nak tengok juga sama ada diorang ni cakap serupa bikin atau sekadar menanam tebu dipinggir bibir.. Undi PR, untuk beri peluang membuktikan manifesto mereka.. Andai kata lebih teruk daripada Bn, sendiri mau ingat la.. PRU akan datang.. Kau undi PR lagi buat apa..

    Sampai bila nak tengok BN terus memonopoli kuasa? Dah 50 tahun lebih dah.. Kalau dikira dari awal BN ni pegang entah berapa bilion agaknya, ketirisan, penyelewengan dan rasuah.. Harapannya (taklah terlalu menggunung) nak tengok monopoli / status quo BN dapat dipecahkan.. BN dan PR memerintah secara bergilir berpaksikan prestasi dan ketelusan.. Sampai la kiamat.. Sekian saja pendapat aku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tengok PR tanam tebu di tepi bibir senang je... tengok je Selangor dgn Penang. Banyak dah janji2 ditunaikan. Contoh, kat Selangor peratusan denggi paling tinggi dan juara di Msia. Sampah pulak tak terurus takde kesudahan. Penang pulak, tarif air naik bermula 1 April. Kutuk kerajaan no. 1. So apa lagi? Pilihan di tangan anda.

      Padam
    2. Still lagi tarif air kat johor lagi tinggi dari penang

      Padam
  7. masalah sentimen perkauman ni ketara di semenanjung. no interacial contact. aku pernah jumpa orang yang langsung takda kawan atau kenalan selain melayu. terlalu kampungan. di sarawak dan sabah mostly tidak ada masalah untuk orang cina undi orang melayu, orang melayu undi orang iban, orang melanau, orang ulu, bidayuh atau apa saja. sebab tu kita boleh lihat parti cina supp hilang kerusi dan pbb menang besar. disemenanjung pengundi bandar lebih berani dari pengundi kampung untuk mengundi parti tanpa mengira bangsa atau agama. kawasan rural dan sub urban agak susah. sentimen perkauman masih menebal.

    BalasPadam
  8. Mesia akan bangkrap hutang dh 700bilion lebih... BN mesti di tumbangkan . x pyh nk gebang wawasan 2020 kalo puak ni masih memerintah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hutang telah negara didefinisikan semula. Pembelian bon negara oleh warga asing kini dianggap sebahagian hutang luar negara. Definisi baru menjadikan hutang jadi 700bilion kerana telah memasukkan perkara dalam istilah hutang negara.

      Untuk maklumat terkini hutang negara-negara di dunia, rujuk:
      http://www.economist.com/content/global_debt_clock

      Nilai dalam USD.

      Padam
  9. Semakin hari semakin jelas PR ini didominasi olah DAP sehinggakan dalam PAS sendiri pun sudah diinfiltrasi oleh DAP melalui tertubuhnya PASMA, yang mana ia ditentang sendiri oleh Dewan Ulamak. DAP pula semakin hari semakin jelas penentangan mereka terhadap Islam, dari isu penggunaan Allah sehnggalah hudud yang telah dipersetujui secara demokratik. DAP berhabisan menentang hudud walhal hudud hendak dilaksanakan di Kelantan bukannya di seluruh Malaysia.

    PKR pulak korang sendiri pun tahu dengan Langkah Kajangnye yang ntah pape. Dari situ PKR terus pening dan sekarang dah berjaya ditambat oleh DAP. Kenape beria sangat nak buang Khalid tu padahal byk dah saving dia buat untuk Selangor dan tiada bukti pun beliau ada buat salah.

    Kerisauan utama aku ialah Malaysia diperintah oleh DAP atau boneka DAP. PR dah didominasi DAP. DAP pula hanya ambil kesempatan sahaja pada PAS dan PKR. Lihat di Sarawak dan Sabah bagaimana DAP keluar dari PR kerana mereka tahu mereka tak perlukan PAS disana. Itu belum lagi berkuasa. Dengan senang mereka memutuskan kerjasama. Jika berkuasa, tentu PAS dan PKR dibuang begitu sahaja.

    Sama2 la kita istikharah. Takut kita nak elak mudarat, kena mudarat yang lebih besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau mengarutlah, dap dan pas bergaduh hal nama allah, kami di sarawak dan sabah relax jer BN kasi guna nama allah dalam al-kitab. korang melayu semenanjung jer kena kencing isu nama allah.

      Padam
    2. Tanpa Nama13 April 2015 4:49 PTG,

      Perkataan Allah digunakan dalam kitab bible di sabah n sarawak adalah sejak sebelum sabah sarawak sertai Malaysia lagi. Jadi ia dah tersedia bermula dengan begitu, bukan dibenarkan oleh BN, Majlis Fatwa atau sesiapa.

      Penggunaan perkataan Allah di dalam bible perlu disekat di Malaysia kerana ia jelas ada unsur untuk mengelirukan. Di Semenanjung Malaysia, malah di rantau lain seluruh dunia, perkataan Allah tidak digunakan dalam bible tetapi perkataan yang digunakan adalah Tuhan.

      Kalau nak tukar, tukar semua bible seluruh dunia ni supaya gunakan perkataan Allah.

      Padam
    3. 4:49, Sabah dan Sarawak ada autonomi sndri dan tidak tertakluk di bawah agama rasmi semenanjung lah bodoh sbb tu mahkamah semenanjung tak boleh buat pandai di sabah dan Sarawak lah bodoh :)

      Padam
    4. Tanpa Nama13 April 2015 5:07 PTG Org Arab Kristian guna nama Allah sebelum kedatangan Islam macam mana pulak tu ek?

      Padam
  10. Salam 1rasuah,

    Ramai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.

    Mereka PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.

    Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.

    Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik KEDEPAN, apa jaminan kerajaan PR akan lakukan lebih baik dari kerajaan BN? Apa jaminan kerajaan PR akan bebas rasuah?

      Padam
    2. Encik Tanpa Nama13 April 2015 6:50 PTG, apa jaminan kerajaan BN akan lakukan lebih baik dari kerajaan PR? Apa jaminan kerajaan BN akan BEBAS RASUAH?

      Padam
  11. Bagi aku, Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Ismail Sabri ni sebenar orang yang sedang menentang kapitalisme melampau. GST akan merungkai betapa

    percatutan yang berlaku selama ini dalam peniaga kepada umum.

    Setelah GST dilaksana beberapa lama lagi, pengkalan data harga bermula dari peringkat paling atas sehingga paling bawah akan terbina. Ini

    membuatkan mereka sudah tidak boleh mencatut lagi.

    Bab tulah diorang ni ditentang dan diserang habis-habisan oleh golongan ini.

    GST ni patut dibuat sejak mula2 merdeka lagi. Makin lama ditangguh makin sedap la peniaga2 kapitalis ni. Pendapat aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon berbeza pendapat.. Kalau nak cerita kebaikan GST ni memang ya, aku setuju dengan salah satu kebaikan yang kau sebut tu.. Memang baik untuk kantung kerajaan.. Apa kebaikan secara langsung kepada rakyat?? Menteri kata harga barang akan turun, tapi tak seperti yang digambarkan. Tak setuju sebab bagi aku ini bukan masa yang sesuai.

      Satu hal lagi, kenapa bermula dengan 6%? tak boleh rendah lagi ke kadar yang kerajaan ni nak buat? 80-90% rakyat negara ni bukan bergaji 5 angka.. Agak-agak tiap bulan berapa rakyat akan menyumbang GST ni? ada dalam RM100 ke RM200 tak?

      Tak fikir ke untuk yang gaji bawah 2 ribu ni macam mana? Dengan tanggunggan anak beranak lagi. Student (tak ramai yang bertuah dapat masuk UITM yang banyak subsidi kerajaan tu). Orang yang duduk bandar lagilah terkesan. Apa rasional kerajaan ni letak kadar 6%. Subsidi minyak dah tarik, boleh jimat dah kat situ. Tol pun taklah turun banyak sangat. Adakah dengan pemberian BRIM dapat cover efek lepas GST ni?

      Pokok pangkalnya. Kerajaan patut mengurus belanja dengan betul terlebih dahulu. Selesaikan masalah ketirisan, penyelewengan dan rasuah yang saban tahun 20 bilion - 40 bilion. Apa rasionalnya kutip GST 20 bilion - Tapi duit bocor pun berpuluh bilion jugak?

      Beriya-riya nak jimat belanja, sampai potong belanja untuk PLKN 400 juta. Tiba-tiba beli JET. Aku tak boleh hadam betul dengan kepala otak menteri kita ni. Entah apa benda yang diorang fikir. Mana satu keperluan dan mana satu yang patut dikecualikan. Kata rakyat didahulukan. Karang kalau cakap menteri ni bodoh, tau pulak nak marah. Aku pun tak suka tengok orang memaki mencarut ni semua sebab masing-masing beragama.

      Padam
    2. Kerajaan sepatut nya kena jujur. Ckp je la gst utk cover balik hutang negara .. Ni main dolak dalih lidah bercabang mcm ahmad maselan..

      So sepanjang 14hari gst di laksanakan .. Aku xnampak apa2 perubahan kebaikan utk rakyat .Bermula dgn isu topup ... Berakhir dgn kenaikan gaji 6k - 7k setiap MP.

      So Apa yg rakyat dpt? Boleh bg tau? Ari ni aku bli topup rm30 kena bayar 31.80. Cuba kau kira dlm 1ari berapa diorg dpt if 1juta rakyat mesia bg rm1.80 dgn kerajaan ..? Tu baru topup? Brg2 lain ko xkira lg.

      Senang cite kerajaan skrg mmg xpandai cari duit. Sebab di tadbir oleh org bodoh & bebal ...ini bisnes untung besar .. Tgh teran berak pun duit mashyuukk.. MLM pun xboley lawan..

      Aku xda masa nk halal duit yg ko rembat dari poket aku. Lekat lah hutang sampai mati. .

      Padam
  12. Pengundi Parlimen Pontian DUN Gelang Patah13 April 2015 pada 10:41 PTG

    Saya sudah berazam jika dipanjangkan umur, PRU 14 saya tidak buat 'undi rosak' atau 'undi BN' tetapi saya akan beri undi kepada parti lain baik Parlimen mahupun DUN (walaupun 7 PRU sebelum ini saya beri undi saya kepada BN). Akan tetapi ianya masih tetap bergantung bagaimana BN menangani segala kekusutan sebelum ianya benar-benar sudah terlewat untuk saya ubah azam saya. Ikhlas dari hati nurani saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cian ko dpt menteri mcm ahmad maslan ..xpa next pru kasi tuka bro .. Jgn ulang kesilapan lama .. Kasi ajr diorang, biar diorang mcm mna perit nya rakyat nk survive skrg ..

      Padam
    2. Yg pasti aku rasa ameno xkan letak lg amat maslan dkt situ. Konfirm kalah punya. 1mlaysia dh meluat dgn dia ni. Termasuk sulta johor ..

      Padam
  13. Satu lagi yg NOOB lupa..SPR yg mcm celaka. Menurut risikan tentera yg jelas dan tuntas, BN sudahpun kalah pada PRU yg lepas. Tatkala Anwar Ibrahim telahpun bersedia dgn PR dinobatkan sbg pemenang PRU13, SPR telahpun menjalankan kerja2 terancangnya demi memenangkan BN.

    Apa boleh buat. Jika dicula undi dgn BN memperolehi undi popular sebanyak 9% sekalipun, mereka tetap akan dapat 120 kerusi. Dasat kerja SPR ni.. tak percaya, buat research sendiri. 47% pun BN masih kuasai 140 kerusi. PR dgn 52%, cuma dpt 80 kerusi je.

    Permainan matematika Proton and TNB Management. Buleh mampuih melayu.

    BalasPadam
  14. Tak kisah la sapa memerintah pun.janji bukan umno..haha..lagi pula malaysia sekarang ni bukan negara islam,cuma agama rasmi ja islam.dok bertelagah banyak pun tak guna.dunia kini bukan hak rakyat,tapi hak pemimpin.buat ikut suka hati saja and dont give a damn what u guys think.beban rakyat ka,masalah apa ka,bukan diorang nak selami atau tangani malah the best that they can do is giving some stupid ass suggestions on how to run our life,and some of us was actually bought that shit.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.