Halaman

Rabu, 27 Mei 2015

Kemas meja lepas makan di luar bukan amalan kita

Dipetik daripada post page Oh! Media:

#‎Aduan‬: "Mohon jasa baik Oh! Media untuk post gambar ni untuk buka minda para guru yang mendidik perlu menunjukkan sikap yang baik kepada muridnya jika dia mahu muridnya berdisiplin, tapi mengapa diri sendiri tidak boleh bertanggungjawab atau menanamkan sivik dalam diri sendiri.

Kantin sekolah mengamalkan self-service tapi mengapa lepas makan guru tinggal sahaja? Lepas tu guru yang lain nak makan terpaksa tolong angkat, jika tidak saya yang perlu angkat. Saya tukang buat air bukan waiter. Tolong lah ada kesedaran."

- Luahan hati seorang tukang buat air kantin sekolah.


Benda macam ni aku tak salahkan cikgu2 tu 100%. Jangan kata cikgu, meninggalkan pinggan, mangkuk,  cawan dan segala sisa2 makanan di atas meja makan selepas selesai makan tak kiralah sama ada di kantin, kafe, restoran mamak, restoran melayu, food court, fast food boleh dikatakan majoriti masyarakat Malaysia tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya yang buat perkara yang sama. Hatta tukang buat air tersebut pun mungkin buat perkara yang sama di tempat makan lain.
Kerana apa?

Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, kerana mengemas meja makan selepas makan di mana2 restoran bukan menjadi budaya dan amalan masyarakat Malaysia. Ia mungkin menjadi budaya di negara2 maju seperti Jepun, Singapura, Korea Selatan, US, England, tapi bukan Malaysia. Amalan kita lain.

Sudah menjadi amalan dan kebiasaan kita selepas makan tak kiralah di restoran yang ada pelayan mahupun restoran layan diri sekalipun, kita tinggalkan sahaja peralatan dan sisa makanan kita di atas meja walaupun tong sampah dan tempat letak pinggan mangkuk disediakan, kerana dalam mindset kita telah disetkan by default yang kerja mengemas meja selepas makan bukan tanggungjawab kita tapi tanggungjawab pekerja, pembersih, pemilik restoran, bangla, indon dan tukang buat air yang telah dibayar gaji.

Jangan kata kemas peralatan makan, banyak lagi nilai2 murni yang diamalkan di negara2 maju lain sebenarnya bukan menjadi budaya dan amalan di Malaysia seperti:
  • Letakkan semula troli pasaraya di tempat yang disediakan setelah selesai menggunakannya.
  • Tidak merokok di tempat2 awam.
  • Jangan parking di tempat letak kereta khas OKU.
  • Tidak duduk di kerusi khas untuk warga tua, wanita dan OKU di pengangkutan awam.
  • Buang sampah di tempat yang disediakan.
  • Tutup semula tong sampah setelah buka.
  • Bagi orang keluar dulu sebelum masuk lif.
  • Berhenti setiap kali tiba di persimpangan jalanraya.

So bagaimana nak menerapkan nilai2 murni ini agar ia menjadi amalan dan budaya masyarakat Malaysia?

Ya, dengan sentiasa mengingatkan mereka, sebab orang kita memang perlu sentiasa diingatkan macam mak bapak yang selalu kena ingatkan anak2 mereka walaupun mereka dah kita semua dah besar panjang.

Bagaimana nak mengingatkan mereka?

Di atas meja tu tampal notis dan sticker bertulis "Sila kemaskan meja selepas makan!".

Adakah ia akan berkesan?

Walaupun pasti akan ada orang yang masih dungu lantas mengabaikan notis tersebut, tapi ia akan dapat mengurangkan kadar orang yang kedunguan kepada beberapa peratus. Aku pernah nampak ia dilakukan di kafe sebuah pejabat yang dimiliki syarikat Jepun, dan terbukti yang ia agak berkesan apabila takde seorang pun yang sangat tidak malu dan tebal muka yang mahu mengabaikan notis arahan tersebut. Memang kafe tersebut sangat bersih dan meja makan yang tiada orang duduk mejanya pasti kosong dan tiada sebarang sisa dan bekas makanan yang ditinggalkan.

Satu lagi cara untuk mendidik dan menjadikan nilai murni itu sebagai sebuah amalan dan budaya masyarakat adalah dengan berfikiran "thoughtful". Kita perlu mempunyai fikiran dan idea untuk memudahkan masyarakat kita yang sudah sedia malas untuk memudahkan kerja dan tanggungjawab mereka.


Pemilik restoran tak boleh nak harapkan pelanggan mereka untuk melangkah sejauh 20 meter semata2 nak buang sisa makan mereka ke dalam tong sampah dan letakkan pinggan dan cawan mereka di dalam besen. Jatuhlah martabat mereka lebih2 lagi jika mereka orang yang berprofesion tinggi seperti cikgu, doktor, peguam, jurutera, pegawai kerajaan dan lain2 lagi. Bagi yang berpangkat besar tak payah cakaplah, mereka dah ada ramai macai yang akan buatkan kerja kerja2 tu untuk mereka.

Sebaliknya sediakan rak di setiap 5 meter lingkungan radius dari setiap meja makan yang ada agar pelanggan yang dah sedia malas ini tidaklah rasa ralat dan malu untuk membuang sisa makan dan meletakkan peralatan makanan di tempat yang disediakan.


Seperti juga pelanggan pasaraya yang punyalah malas nak hantar balik troli di tempat yang disediakan kira2 50 meter daripada mereka lalu ditinggalkan sahaja di belakang petak letak kereta mereka, pemilik pasaraya tidak boleh terlalu berharap untuk pelanggan mereka menjadi begitu rajin untuk berjalan sejauh 50 meter semata2 nak hantar troli mereka.

Sebaliknya sediakan rel atau ruang untuk letak semula troli yang jaraknya hanya 10 meter petak letak kereta. Jangan lupa letakkan notis sticker di setiap troli "Kembalikan troli di tempat yang disediakan selepas guna". Atau gunakan sistem cagaran siapa nak guna troli perlu cagarkan RM2, dan wang tersebut hanya akan dikembalikan setelah troli tersebut dikembalikan di tempat asal.

Contohi rakyat Jepun bagaimana berfikiran "thoughtful" dari perkara2 besar sampai perkara2 yang kecil dan remeh temeh. Mereka akan cuba cari cara dan jalan bagaimana untuk memudahkan diri sendiri dan orang lain. Sebab tu orang Jepun suka reka dan cipta benda yang kita rasa pelik2 tapi ia sebenarnya "thoughtful ideas" yang memudahkan kehidupan seharian mereka, seperti yang dikongsikan oleh seorang rakan FB:


Malah rakyat Jepun yang sangat beretika dan sentiasa mengamalkan nilai2 murni itu pun sering diingatkan dengan papan2 tanda dan notis walaupun mereka dah tahu dan sudah sebati pun dalam diri mereka.


So cikgu yang kat atas tu, harap kemas meja sendiri selepas makan kat kantin ya. Tunjukkan contoh yang baik kepada murid2, dan yang paling penting, bertimbangrasalah. Kesian la kat cikgu2 lain yang terpaksa pula kemaskan sisa makanan cikgu yang guna meja tu sebelumnya serta tukang buat air tu yang hanya dibayar gaji untuk buat air sahaja.




tags: luahan hati pekerja tukang buat air kantin sekolah cikgu guru tak kemas meja pinggan mangkuk cawan sudu garfu sampah sisa makanan buang tong sampah letak dalam bakul besen self service layan diri disiplin kesedaran sivil moral nilai murni bukan budaya amalan kebiasaan masyarakat malaysia contoh rakyat negara jepun thoughtful idea thinking

25 ulasan:

  1. lau duk cafe kolej lgi la...bekas tepi kaki jer,nk angkat uihh...x patut nau

    BalasPadam
  2. Woi noob. Kerjaya guru adalah mulia. Jangan pulak hang cuba2 nak buat lece hah...guru pelita hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak buat lece kerjaya guru. Aku tuju pada semua individu yang terlibat tak kira la kerja dia cikgu ke doktor ke jual mlm ke. Kerjaya cikgu tu memang mulia tapi individu yang menjadi cikgu belum tentu mulia. Cikgu ke ustaz ke bukannya maksum sampai tak boleh ditegur.

      Padam
  3. kenapa jepun tak tukar ke tulisan rumi macam Malaysia?

    BalasPadam
  4. Nanti ada isu kata xnak kemas sbb x bayar service charges.....

    Tp sy makan kat kantin mmg staff diarahkan utk letak pinggan kat conveyor utk dibasuh n buang sisa dlm tong sampah. Maknyanya kalau harap kedesaran sivik sendiri..mmg payah nak buat. Melainkan dah set paraturan kat sesuatu premis. Or pasni gov isu undang2 baru lepas makan sila letak dlm besen pinggan, baru ramai2 nak buat.

    BalasPadam
  5. Kalau tak nak angkat bekas makanan pasal takut tumpah dan tong sampah pun jauh, sekurang2 kemaskan supaya cleaner senang nak angkat.

    Contohnya kat kenduri kahwin,
    1. Himpunkan sisa makanan dari pinggan2 ahli keluarga kita ke 1 pinggan (pinggan sisa).
    2. Pinggan2 tanpa sisa tadi ditindihkan sesama mereka.
    3. Ulang untuk gelas minuman.
    Tambahan: Ambil makanan dalam jumlah setakat kemampuan kita biasa makan. Kalau ambil banyak2, lepas tu tak habis itu dah membazir dan boleh menyebabkan tuan rumah malu makanan tak cukup untuk tetamu yang sampai kendian.

    BalasPadam
  6. Sekadar nak luah dari sudut pandangan aku la.harap sudi luangkan masa membaca. Mohon noob reply nnt ikut pandangan noob.

    Aku ni pegawai latihan kat sebuah syarikat. Kerja aku macam biasa la, buat latihan,seminar, persidangan untuk staf. Bagi aku dan memang apa yang aku nmpk, trend org malaysia terutama melayu ni tak sama dengan org luar di negara maju macam yang dinyatakan kat atas. Walaupun kita ni beragama islam yang penuh dengan ajaran yang aku rasa dah terbaik, melayu ni lebih kepada budaya bangsa itu sendiri.

    Jadi, aku ni lebih suke buat kursus yang mengajar etika dan disiplin kepada staf. Tak kisah la penceramah tu org bukan islam ke, bukan melayu ke, malah org luar negara pun aku jemput asalkan penceramah tu boleh mengubah etika dan tabiat yang tidak elok sama ada di pejabat atau di luar. Bukan nak puji usaha sendiri, tp ada perubahan kat staf syarikat yang dah menghadiri kursus2 ni semua. Sedikit demi sedikit cara mereka sambut tetamu, etika di pejabat, perbualan dengan rakan sepejabat berubah jadi lebih beretika dan profesional.

    Tapi ada sekelompok staf yang kata aku ni suka buat program tapi tak terapkan nilai keislaman tu. Suke sangat ambil penceramah bangsa lain yang tak tahu islam tu cmner. Aku bukan tak buat program cmtu, kalau nak buat kursus keagamaan, aku memang akan fokus terus kepada agama sepenuhnya. Kalau kursus perkhidmatan pelanggan, sepenuhnya perkhidmatan pelanggan dan macam tu juga kursus yang lain.

    Sebabnya aku nmpak, tak guna aku buat kursus motivasi, perkhidmatan pelanggan dan lain2 tu..dan semuanya kne ade nilai keislaman,nnt staf tak akan ikut atau amalkan punya apa yang penceramah ajar. Tu yang aku pelik. Contoh, Perkhidmatan pelanggan berunsurkan islam: 'Kita ni buat kerja demi Allah, layan tetamu kena baik,menurut hadith...", akhirnya staf blur dan tak dapat tangkap apa yang dia kena buat. Bila perkhidmatan pelanggan yang profesional pulak: "Ok, pertama sekali, bila tetamu datang..kita ucap dengan baik, gaya tngn, gaya badan dan senyuman, kalau yang perempuan islam sambut tetamu laki, senyum dan tunduk sikit, tak perlu salam.." secara automatiknya program kat minda staf dah tau apa yang dia kena buat bila tetamu dtg.

    Aku bukannya tak percaya setiap kursus kena ada nilai keislaman, aku percaya..aku percaya islam boleh selesaikan sume perkara. Tapi yang aku tak percaya ialah melayu dan islam. Melayu itu melayu dan islam itu islam. Kalau melayu sempurna etika islamnya, dah lama kita jadi bangsa yang berjaya dan menjadi contoh bangsa lain. Bagi aku, lebih utama membentuk sifat, perangai, tingkahlaku dan etika tu terlebih dahulu, kemudian baru terapkan nilai keislaman. Sebab melayu tak sampai lagi tahap untuk belajar apa yang diajarkan dalam islam tu. Kita bermula dari teras dalam diri, kemudian hiasi dan perindah dengan keislaman. Tu la pandangan aku.

    Minta noob ulas sekiranya rasa pandangan aku ni salah ke atau betul atau perlu ditambahbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama sekali tahniah diucapkan kerana telah banyak menganjurkan kursus2 motivasi yang sedikit sebanyak dapat mengubah mindset dan mentaliti kakitangan di tempat anda. Dan apa yang anda buat seperti yang anda sebutkan tu bagi saya bukan suatu kesalahan. Bukan tak boleh panggil ustaz untuk kursus motivasi, tapi boleh panggil macam2 penceramah dari pelbagai latarbelakang agar kita dapat belajar sesuatu yang baru, terutama perkara yang berkaitan hubungan antara manusia dengan manusia. Lagipun ia lebih mudah difahami oleh kakitangan yang mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama.

      Senang cerita kalau kursus tu kursus agama, maka panggillah ustaz atau ilmuwan agama yang lebih pakar dan arif dalam bidangnya. Kalau kursus tu kursus pasal SOP, prosedur, keselamatan di tempat kerja, kejuruteraan, teknikal, ICT, takkan nak panggil ustaz juga? Panggillah orang yang arif dan pakar dalam cabang ilmu dan bidangnya.

      Padam
    2. ok. tenkiu noob. itu yang aku paham dan amalkan. Tapi apa boleh buat, tak semua org boleh sama pandangan dengan kita kan?. Jadi aku abaikan je la org kat office yang dok cucuk2 aku dari belakang tu.

      Padam
    3. Ramai yang nak boost ego sendiri jek...
      Sebab tuh ramai sekarang tengah trending purdah warna warni bagai sekarang pastu upload dubsmash kat instagram...
      Pastu post jihad ISIS lah ape ntah...

      Aku pernah masuk kursus professionalism apabila interview untuk kerja...
      Penceramah tuh kata yang purdah and jubah segala sangat tidak digalakkan dalam
      interview and kalau tudung labuh kena tutup pakai blazer...
      Ramai pak ustaz and auntie islamik backlash cakap itu ini berdebat dengan penceramah tu pulak...
      Susah nak menilai orang sekarang ni... :(

      Padam
  7. kan dah kata, budaya dan amalan (plus, adat) kita ni tak berapa semenggah. bab kekemasan pun fail. so, get out of this lousy tradition already. ikut islam, bukan melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol ke melayu tak beradab? orang arab islam,tapi pengotor... islam dan melayu se iring. yg dah lupa adab dan adat mmg kelaut..

      org jepun bukan islam tapi pembersih sebabkan adat mereka..

      Padam
    2. eleh..kan dah kata konon...
      sejak bila plak kata?
      tetiba nak bebel salahkan tak tentu hala

      Padam
    3. Dia kat rumah mcm tu la.. tu dia kata semua melayu mcm dia.

      Padam
  8. saya antara orang yang akan mengemas balik bekas makanan kalau makan kt luar

    BalasPadam
  9. Satu hari di kelas 6C,
    Cekgu Yuzaidi: apa maksid macam ketam mengajar anaknya berjalan betul?
    Azeman: saya cikgu, saya cekgu
    Cekgu Yuzaidi: ha Azeman jawab.
    Azeman: seperti orang spm teruk menjadi guru
    1 kelas: wargh wargh wargh
    cekgu Yuzaidi: grrr (tqpi btul juga ak spm 2A je yg lain kredit je, upsr jgn tanya malu ak dgn bdk tahun 6 kui kui kui)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proo000tttTt!! Arghhh!! Leganya

      Padam
  10. hng penah buang sampah merata2 tak ?

    BalasPadam
  11. lepas nie xpayah flush lepas berak kt public toilet sbb tu kerja clener. wakakakaka

    BalasPadam
  12. Kedai makan ke?

    Klu kedai makan baik ko sepah-sepahkan je meja, tumpahkan air, tisu basahkan semua, lepas makan biar bersepah tahap gila..

    Sebabnya, kedai makan caj harga mahal gile klu makan, sedangkan bape sgt je harga nak hasilkan sepinggan masakan tu campur api air sewa pekerja pembersihan.. xsampai RM2 je pun.. Air segelas tu bape sen jer kosnye..

    Makan kat KFC lg murah,,

    BalasPadam
  13. Disebabkan perkara ini satu tabiat, kita kena ambil masa lama utk pupuk perbuatan kemas meja selepas makan ni.
    Rasanya sangat baik kalau nilai2 ini diterap dari awal zaman persekolahan lagi, dan diteruskan ke peringkat2 setrusnya.

    BalasPadam
  14. Saya pernah menetap dan berkerja di luar negara sebelum ini. Sememangnya, mereka mementingkan kesedaran sivik dalam kehidupan seharian. Saya juga mempraktikkan utk membuang dan mengemas meja makan sendiri (walaupun makan di fastfood). Benda paling utama adalah menanam sifat empati dan kena ingatkan diri dgn berbuat demikian , kita akan berikan orang lain masa utk membuat kerja yg lain.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.