Halaman

Selasa, 12 Mei 2015

Speed Dating secara halal untuk mencari jodoh

Di zaman moden ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencari jodoh. Ada yang datang secara natural dengan bercinta, biasanya orang lelaki yang akan mengurat awek, atau perempuan yang mulakan terlebih dulu, boleh jadi ketika zaman belajar di universiti, atau ketika alam pekerjaan di pejabat, terjumpa di stesen bas, terserempak di kedai makan, berkenalan di Facebook atau di mana2 sahaja.

Ada juga yang dipadankan oleh orang tua, atau mungkin dirisik oleh kenalan keluarga. Ada juga yang menggunakan perkhidmatan pencari jodoh atau matchmaking melalui laman web atau website2 mencari jodoh seperti MyJodoh.net. Dan kini terdapat satu lagi cara mencari jodoh yang halal dan toyyibah iaitu melalui acara "Halal Speed Dating".

Perkenalan di alam maya seperti di Facebook (FB) mengundang risiko kerana berkenalan tanpa bertentang empat mata, mudah untuk menipu identiti diri. Lebih dahsyat ada yang bijak mengatur ayat sehingga membuat si gadis mempercayai 100 peratus dan sanggup meminjamkan wang ringgit meskipun mereka tidak pernah berjumpa secara berdepan.

Apatah lagi mereka yang berusaha mencari jodoh menerusi Internet, ramai yang menderita dan kecewa. Justeru pemilik syarikat Bulk Eventz, Sharul Bahat, 39, mengilhamkan cara perkenalan yang lebih terbuka menerusi sesi perkenalan yang dinamakan Speed Dating Halal (SDH).

Konsep perkenalan baru yang kali pertama diadakan di negara ini membantu lelaki dan wanita yang belum ada pasangan berkenalan dalam acara yang diadakan secara terbuka itu.
Menurut Sharul, dalam kesibukan warga kota menjalani kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak membataskan peluang dan ruang untuk mencari teman hidup.

“Mungkin ada di antara mereka yang menggunakan medium Internet seperti FB, Twitter selain SMS sebagai interaksi, tetapi ia bukanlah cara yang boleh dipercayai 100 peratus. Kemungkinan boleh berlaku penyamaran dan penipuan adalah sangat besar.

“Oleh itu saya membawa aktiviti perkenalan ke alam nyata di mana peserta berpeluang melihat dan berjumpa sendiri dengan seseorang yang mungkin berpotensi untuk menjadi pasangan. Selain untuk menemukan jodoh, SDH ini juga berperanan melebarkan jaringan sesama manusia,” katanya.
Acara itu akan diadakan Backofen@Sri Hartamas, Desa Sri Hartamas pada 28 April ini, jam 2 hingga 4 petang. Borang penyertaan ada dalam FB Sharul dan mereka boleh ‘like’ yang akan terus tertera borang penyertaan.

Yuran penyertaan sebanyak RM80 merangkumi makan dan minum serta cenderahati istimewa. Bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB - 05080036344520 atau Maybank - 152077338973 atas nama syarikat dan e-mel slip bayaran ke bulkeventz@gmail.com.

“Untuk acara yang kali pertama diadakan ini, saya akan memilih 10 lelaki dan 10 perempuan daripada borang penyertaan yang dihantar. Sekiranya ada sambutan, acara ini akan diteruskan.

“Inilah cara orang dulu mencari jodoh yang ketika bertemu idaman hati, ada keluarga yang menemani. Setiap pertemuan peserta dengan peserta yang lain diberi masa 10 minit. Kami tidak menetapkan siapa akan bertemu siapa, sebaliknya mereka boleh berkenalan dengan semua peserta yang menyertai acara itu.

“Barangkali ada yang berasa masih tiada yang sesuai di hati, mereka masih boleh kenal antara satu sama lain. Tidak semestinya perkenalan itu akan berakhir sebagai suami isteri. Mereka juga boleh mencari rakan niaga dan sebagainya,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Dulu aku pernah tulis mengenai cara nak cari jodoh melalui Internet melalui website atau laman web cari jodoh seperti MyJodoh.net. Walaupun orang yang hendak menggunakan perkhidmatan ini perlu bayar yuran tapi bagi aku cara ini agak praktikal kerana lelaki dan perempuan sama ada yang masih bujang atau duda/janda yang mendaftar kat website ini atas nawaitu dan tujuan yang sama, iaitu memang untuk mencari jodoh, so tak timbul isu nak segan ke, malu ke, takut orang tu dah ada pakwe/makwe/suami/isteri, kecuali la kalau orang tu nak cari bini no. 2, tapi ia berbalik kepada orang tu juga nak terima atau tidak.

Cuma bila aku terbaca pasal acara Halal Speed Dating ini, aku rasa macam agak janggal pulak. Semua peserta dikumpulkan ramai2, kemudian akan dipadan atau dating ekpress untuk berkenalan dan berbual secara ringkas, dan mereka ini akan bertukar2 pasangan dating di lokasi yang disediakan untuk mencari lelaki/perempuan mana yang dirasakan paling sesuai untuk dijadikan jodoh. Malah boleh bawa teman seperti ayah dan ahli keluarga lain ketika speed dating ini berlangsung.

Penganjur menyatakan konsep Halal Speed Dating ini diambil dari konsep Taaruf iaitu kegiatan bersilaturahmi, kalau pada masa ini kita bilang berkenalan bertatap muka, atau main/bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Bisa juga dikatakan bahwa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh (Wiki Indonesia).

Jumlah peserta pada acara Halal Speed Dating yang diadakan pada  9 Mei 2015 di Talent Lounge Damansara Perdana, Petaling Jaya baru2 ini menarik 80 peserta dengan 60 wanita dan 20 lelaki. Peserta terdiri daripada orang Islam dan juga beberapa orang bukan Islam, dan mempunyai pelbagai status, ada yang bujang, janda atau duda yang mahu mencari "pasangan istimewa", malah ada lelaki yang telah berkahwin yang mahu mencari isteri kedua dan juga wanita yang sanggup menjadi isteri kedua. Yang lagi mengejutkan, ada juga wanita yang mencari wanita lain yang mahu dijadikan isteri kedua buat suaminya!


Aku tak tahu nak menjustifikasikan acara Halal Speed Dating ni macam mana, cuma bagi aku siapa yang nak serta program ni memang memerlukan pemikiran open minded yang sangat tinggi, ketahanan mental dan emosi yang sangat kental untuk membuang perasaan malu dan segan dalam diri masing2. Kalau ikut aku, memang saia ta kuad la. Tapi kalau niat seseorang untuk cari jodoh tu memang sangat kuad, pasti dia akan beranikan diri juga untuk menyertai event seperti ini.

Cuma jangan letak too much and high expectation dalam acara macam ni untuk jumpa lelaki yang kacak dan sado serta perempuan yang comel dan cun gila, malah kalau ada pun belum tentu dia nak kat kita sebab dia ada banyak lagi pilihan lelaki/perempuan lain yang dia boleh pilih kat situ.

Akhir sekali, sila berikan pandangan anda.

Lagi pautan berkaitan acara Halal Speed Dating ini:



tags: cari mencari jodoh pasangan teman hidup istimewa suami isteri kahwin lelaki perempuan awek bujang anak dara muda tua andartu janda duda poligami website laman web myjodoh facebook fb nikah halal speed dating peserta taaruf taarof maksud makna definition

17 ulasan:

  1. wow...nak join....

    BalasPadam
  2. Nampaknya kantoi Nub nak join event nih nak tambah bini..
    Aweks2 di luar sana boleh lah kalau sapa yang nak ambil hati nub..

    BalasPadam
  3. Takut mula2 halal...pastu bila da dpt contact number trus ke arah yg harom....tapi oklah tu....ade gak yg nak ambik inisiatif mcm ni, daripada keyboard warrior mcm aku neh yg dok melalak cam bagusss.....at least ada usaha ke arah nak yg halal...well...kena ingat jgk...matlamat tak menghalalkan cara ye dok......-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan aku dah kata aku mcm bagus....cuba baca betul2 ayat aku kat atas tu....so? -akurakyatbiasa-

      Padam
    2. peserta program ini tidak dibenarkan berkongsi nama dan no telefon kepada peserta lain..maka, tiada komunikasi lain di luar program. Ini adalah syarat program ini...sila selidik dahulu sebelum mencemuh. Sekian

      Padam
  4. wujud jugak kat Malaysia..ingatkan dalam movie omputih je..hu6

    BalasPadam
  5. Teringat aku pasal Jeremy Kyle dulu2 masa dia jadi DJ radio kat Manchester dan Birmingham. Kyle ni top giler dgn rancangan panas. Jeremy Kyly show...siap berkelahi bertumbuk gila babi lagi adik beradik laki bini dlm studio...konon2 rancangan tu nak berbaik2 balik..alih2 ada yg jadi sebaliknya..mmg best..ada yg mcm terlalu celaka pun ada.. time ni hari2 aku layan ITV ja..syok layan tu sbb dapat tengok minah dan mat saleh kampung kat UK berkelahi...payah nak jumpa woi..mmg lawak gila babi punyalah..

    Kes cari jodoh pun samalah.. Pasal bini dia pun sama.. mula2 bini dia ni masuk rancangan radio sekitar tahun 99 yg mana mencari pemenang dan mendapatkan jodoh. Si pompuan dan lelaki ni..xder sapa kenal sesiapa.. cuma membuta tuli harap nama dan dipilih pendengar radio Birmingham saja..

    Nak jadi citer.. bini dia ni menang dan kalo nakkan hadiah, kene kawin live..on air seluruh britian siot..time ni baru kenal siapa bride siapa groom..mat saleh..biasala..kawin sbb nak dapat hadiah je..

    Nak.jadi citer, lps kawen..3 bulan jer dah bercerai sbb biasalah haha... bukan berkenan sangat jantan betina ni pown.. akhirnya Jeremy yg jadi dj host rancangan tu yg amik pompuan ni buat bini.. aku tgk Jeremy ni amik mula2 sbb kesiankan pompuan ni diceraikan begitu je lepas kawin 3 bulan...yelah..dia yg jadi host kenankan jodoh..tetiba pemenang lelaki kawin main2 jer...dek kesian (kebetulan lawa gak carla tu)..Jeremy amik gak buat bini.. sampai skrg..

    Gamaknya Speed Halal ni pun..guna konsep lebih kurang gak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap usaha yg baik ada saja pensabotaj cabai mcm hang ni... hrp kn hang ilek asyik dok negatif ja

      Padam
  6. Program ni memang sesuai utk ko noob. Ko pun dah lama membujang. Mana tau leh jumpa awex tudung sendat hot mcm neolofap .. Sampi bila nk membujang.. Lama2 basi air mani ko nanti noob kekkekekeke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah..betul2. noob je la pi.dah nak jadi teruna tua dah tu

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. ok la tu. Aku setuju je dengan program mcm ni. Aku dulu pun family yang kenalkan dengan bakal isteri. Kalau nak harapkan aku cari sendiri, payah gak kot sebab nak bercakap dengan perempuan pun malu sampai tersasul. Memang program macam ni memerlukan peserta yang open minded dan berani. Memang jodoh tu ditangan tuhan, tapi kita manusia ni kne usaha la cari, jgn dok tunggu tak buat apa-apa. Cara cmni pun jauh lagi bagus daripada kenal melalui dunia cyber yang boleh jadi penipuan dan palsu semata-mata. Ni dah jumpa depan2, boleh tgk rupa cmne, interview sikit, cmner percakapan..at least kita dapat kenal org tu dengan lebih baik berbanding perkenalan dalam dunia cyber. Good Job, saya kasi 4 setengah bintang.

    BalasPadam
  9. 60 pempuan 20laki. 3org pempuan utk sorg laki. Wowwww !!! Besh2 ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..ni pakej kawin 3 sekaligus. Kira macam buat team la.perempuan pulak cari madu mana yang dia berkenan.

      Padam
  10. Perempuan zaman sekarang semua lembik-lembik. Susah nak cari yang hebat. Kat ranjang pun asyik kalah memanjang je.

    BalasPadam
  11. hebat hang ni..ramai perempuan hang dah test. ni mesti mamat negro yang dok tipu perempuan ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.