Halaman

Jumaat, 5 Jun 2015

Apa yang patut dilakukan semasa gempa bumi

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi pada 5 Jun 2015. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.


Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau jam 9.47 pagi tadi namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama.

Sumber Berita Harian.


Berikut adalah gambar2 selepas gempa bumi yang berlaku di Sabah yang ditemui di Internet. Jika ada gambar palsu sila maklumkan. #pray4sabah.


















Sebenarnya jika mengikut kajian sains geologi, negara Malaysia boleh dikatakan hampir mustahil untuk dilanda gempa bumi yang kuat kerana negara kita tidak berada di laluan tektonik plat atau plate tectonics namun kemungkinan untuk mengalami gempa bumi dan gegaran kecil masih wujud. Tapi kalau Tuhan nak bagi gempa bumi kuat pada kita, maka jadilah ia.


So disebabkan Malaysia dikatakan agak mustahil untuk mengalami gempa bumi besar, maka kepekaan rakyat Malaysia terhadap langkah2 yang harus di ambil sekiranya berlaku benca gempa bumi sangat kurang dan ia juga tidak diajar dan diterapkan langsung di kalangan masyarakat kita berbanding negara2 yang sering berlaku gempa bumi kerana berada di laluan tektonik plat seperti Jepun dan US.

Sebab tu bila berlaku gegaran kat Malaysia, rakyat Malaysia jadi panik dan tak tau nak buat apa, paling tidak pun keluarkan smartphone dan rakam kejadian gempa bumi untuk diupload di Facebook sambil dalam kepala tengah memikirkan berapa banyak Like dan Share yang akan diperolehi.

Memandangkan rakyat Malaysia kurang pengetahuan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika gempa bumi, maka di sini aku letakkan langkah2 yang perlu diambil:


Rujuk juga "Apa Yang Patut Dilakukan Semasa Gempabumi" yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dan yang paling penting, berdoalah banyak2 dan mengucap 2 kalimah syahadah kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita selepas gempa bumi.




tags: #pray4sabah gempa bumi gegar skala rikter richter sabah ranau koleksi gambar panduan tips langkah semasa sebelum selepas ketika berlaku earthquake

3 ulasan:

  1. hi encik noob.

    nice info brotha.

    thanks
    Abang Gelojoh

    BalasPadam
  2. Tutorial semasa kecemasan

    https://www.youtube.com/watch?v=mwQMhTV2vf8

    BalasPadam
  3. sementara itu yg bogel di puncak kinabalu masih dicari polis....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.