Halaman

Rabu, 24 Jun 2015

Asal pakai jubah dan serban bermakna masuk Islam?

Pada mula2 channel Sinar TV yang dimiliki akhbar Sinar Harian di Youtube memuatkan berita kononnya salah seorang aktor Fast & Furious iaitu Tyrese Gibson telah memeluk agama Islam dengan menulis:
Sejak kebelakangan ini, ramai artis Hollywood memilih untuk memeluk Islam dan terbaharu, aktor Fast & Furious, Tyrese Gibson juga melakukan perkara sama.

Hal itu didedahkan menerusi Instagram Gibson, baru-baru ini.

Apa yang dimuatkan dalam Instagram pelakon tersebut adalah gambar beserta ucapan Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia.


Kemudian ia dikuatkan lagi dengan video Tyrese Gibson di Dubai atau Abu Dhabi dengan memakai baju jubah dan serban.


Maka ramailah Melayu yang percaya dan bergembira dengan perkhabaran tersebut lantas berkongsikan kegembiraan tersebut kepada orang ramai di media sosial.

Namun, aku sedikit pun tak percaya berita tu.

Sebab dalam Instagram dan video tersebut langsung tiada dengan jelasnya yang menyatakan beliau telah memeluk agama Islam. Ia hanya ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan juga video seorang lelaki memberi salam dan memakai pakaian tradisonal negara2 arab. Itu langsung tidak boleh dijadikan bukti yang beliau telah menjadi Islam.


Takkan asal ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan atau Selamat Berpuasa dan bagi ucapan salam tu dah terus masuk Islam?

Takkan asal pakai jubah dan serban arab dah terus masuk Islam?

Yang lagi tak boleh nak brain, pihak yang mula menghebohkan pasal berita karut ni adalah Sinar Harian, salah sebuah akhbar arus perdana negara Malaysia!


Sumber Twitter @Tyrese

Setelah khabar angin tersebut tersebar dengan terlalu luas, akhirnya beliau telah pun memberi maklum balas dengan menyatakan yang khabar angin tu tidak tepat dan beliau masih seorang Kristian yang menghormati dan menyayangi budaya dan penganut agama lain.

Yang lagi tak boleh blah, Tyrese sendiri komen pasal kepalsuan khabar angin tu kat video Sinar Harian TV yang diupload semula oleh page Siakap Keli seperti gambar di bawah:


So macam mana, ada rasa malu tak, Melayu?




tags: tyrese gibson pelakon aktor fast and furious 7 masuk convert islam muslim instagram video sinar harian tv sinartv video pakai jubah bagi salam serban kopiah ucap ramadan mubarak selamat menyambut bulan ramadhan berpuasa hoax fitnah khabar angin berita palsu

6 ulasan:

  1. layan juga dia ni siakap keli...
    -mat saha-

    BalasPadam
  2. takkan taktau lagi islam pada melayu hanyalah pada luaran/ kulit saja.

    tengok attitude pun dah tau

    BalasPadam
  3. Kesian.....make sure banyak buat homework. Kat negara arab mcm dah jadi kebiasaan org sana pki jubah spt pakaian kasual...formal mmg for sure. Tgk video org arab drift suka hari pun pakai jubah, dtg kelab malam pun pakai jubah, tgk formula 1 pun pakai jubah..nasib baik main bola x pakai jubah, hanya penonton je.

    Tp malu betul kepada Sinar Harian...sbb berita mereka yg buat org percaya bulat2. Byk kes ni berlaku spt Kaka pemain bola Brazil sebagai contoh. So guys...do your homework plz...jgn percaya buta2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang tulis tak buat research and orang yang baca pun jilat jek ape yg tersedia...

      Macam tinggal dekat zaman jahiliah pun ade...

      Padam
  4. asal pakai jubah or serban je terus ditolak jadi imam, itu la ia orang melayu
    senang je kalau nak bodokan orang melayu.buat produk atau apa apa berkaitan Islam sikit,maka berduyun duyun la datang membeli walaupun harga mahal dan produk sampah macam lipstick kolagen

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.