Halaman

Selasa, 9 Jun 2015

Keajaiban Jepun terletak pada mentaliti rakyatnya

Orang Jepun ini, di samping mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang amat jauh terkehadapan, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk sentiasa berusaha bagi memudahkan manusia lain dalam pelbagai jenis aspek. Mereka sering berfikir cara dan kaedah paling cepat, mudah, berkesan dan efisien dalam melakukan sebarang tugas dalam kehidupan seharian. Seperti contoh, mereka mempunyai sistem pengangkutan awam kereta api laju yang paling efisien sekali.

Setiap minit dan saat adalah amat kritikal bagi sistem kereta api mereka, dari masa ketibaan, masa berlepas, termasuklah tempoh 7 minit yang perlu mereka manfaatkan betul2 untuk mengemas dan membersihkan ruang dalam kereta api laju mereka yang juga digelar sebagai Bullet Train atau Shinkansen, memang sangat sistematik, efektif dan produktif.



Malah ada seorang rakan aku pernah melawat sebuah ibu pejabat polis trafik di sebuah bandar di Jepun dan menyaksikan betapa efektif dan produktifnya mereka mengawal keadaan lalulintas jalanraya mereka berbanding di Malaysia. Di Malaysia, tak tahulah lampu isyarat kita biasanya diprogramkan macam mana, ada yang guna timer, ada yang guna sensor. Tapi yang penting lampu isyarat kita kurang bijak dan tidak pintar, sampai bila waktu puncak terpaksa polis trafik datang menggantikan lampu isyarat tersebut untuk mengawal lalu lintas.


Di Jepun, mereka tidak perlu guna polis trafik untuk mengawal lalu lintas walaupun di waktu puncak dengan hanya menggunakan sistem lampu isyarat mereka. Di ibu pejabat polis trafik mereka terdapat sebuah bilik kawalan lalu lintas, contohnya di laman web Polis Wilayah Kanagawa ini. Di dalamnya terdapat sebuah skrin monitor besar yang memaparkan keadaan lalu lintas semasa. Jalan yang banyak kenderaan akan bertanda merah dan jalan yang kurang kenderaan akan bertanda hijau.

Bilik kawalan trafik bandar Tokyo

Dengan hanya memerlukan beberapa petugas trafik, mereka boleh mengawal lampu isyarat jalan raya dari bilik kawalan mereka sahaja. Jika terdapat jalan yang mempunyai aliran trafik sesak, mereka akan menukar lampu isyarat jalan tersebut ke lampu hijau. Mereka tidak perlu berada di lokasi untuk mengawal keadaan lalu lintas pun. Dari situ ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah kos operasi, logistik, sumber menusia dan lain2 lagi.

Harap masyarakat negara kita juga dapat belajar banyak perkara daripada negara matahari terbit ini terutama dalam aspek mentaliti, disiplin, sikap positif dan idea2 hebat, bukan hanya sekadar baca manga, tonton anime dan layan hentai.




tags: keajaiban 7 minit keretapi kereta api laju bullet train shinkansen jepun japan efektif produktif sistematik ibu pejabat polis bilik kawalan control room road traffic flow jalan raya lalu lintas trafik mentaliti sikap

16 ulasan:

  1. apak dia layan hentai..last word tu mmg lawak.
    tapi papepun ia bemula dari diri sendiri.

    thanks
    Abang Gelojoh

    BalasPadam
  2. dengan jepun ni aku cuma tau maria ozawa ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye lah...bulu dia pun lebat tu yang kau buat alat menoron tuh!

      Padam
    2. Bagi aku, cuma Disiplin dan rajin sahaja yang boleh dicontohi jepun ni, lain tak de, Anak buah aku yang kerja setiap bulan kat jepun mengakuinya.
      Tapi lain memang teruk, dengan Muzium lucahnya, pelacuran, nyotaimori dan macam-macam lagilah, memang bebas macam kat Thai.

      Padam
  3. mana kau tau lebat

    BalasPadam
  4. Mana boleh nub...
    Nanti habislah pak polisi trafik kita semua takde kerja nanti.... :-P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kan...kesian diorang xde kerja nanti :)

      Padam
  5. Yakuza sendiri pn berdisiplin gile kat Jepun ni..

    BalasPadam
  6. InsyaAllah Malaysia boleh laksanakan semua ini. Malah 100x lebih baik drpd Jepun yg ko inginkan sangat tu Noob. Ada beberapa cadangan yg realistik kearah maju lebih drpd Jepun:

    1. Hanya UMNO dan BN mampu memerintah dan melaksanakan semua ini. Kalo PAS, ko akan dapat jambatan titi kayu la.
    2. Bajept kene lebih 500 nonillion. Baki 1 billion tu untuk projek la. Yg betul2 guna ialah 50 million ja. Yg lain, dikebas pemimpin.dan segala bangkai menteri2 yg jadi orang tengah.
    3. Lantik lagi 500 pegawai yg sama hebat dgn ahmad maslan.

    BalasPadam
  7. bilik kawalan trafik boleh kontrol traffic light dr jauh.. msti juga kos nya mahal nk buat sistem cmtu.
    tp apakan daya, duit tu buat masuk poket sndiri kot

    BalasPadam
  8. cakap senang lah, jepun ni negaa bekas penjajah banyak duit. Malaysia apa ada, harap timah british bawa balik, harapkan harta kesultanan melaka ada dlm laut, harapkan pemimpin, pemimpin penting diri hahahaha.

    BalasPadam
  9. Aku nak reboot idup aku jap.. Good night..

    BalasPadam
  10. bermula dgn rakyat juga... lampu merah pun hentam jalan.. belum kira orang sibuk ambik video guna phone time tgh driving... oh malaysia ku

    BalasPadam
  11. hentai ? aku layan yaoi je hahahaha pfffft

    BalasPadam
  12. Beza Malaysia dgn Jepun, seperti yg Boss Noob kata di atas:
    Jepun gunakan teknologi sebab nak mudahkan pengguna dan manusia lain.
    Malaysia guna teknologi sebab nak kejar status negara maju seiring dgn negara2 moden lain.

    Dari situ kita dapat agak mana satu bawa kesan buruk, mana satu bawa kesan baik kepada rakyat :)

    BalasPadam
  13. Banyak negara2 maju mcm jepun, singapore mereka ada byk sumber pendapatan dr tax n benda2 berkaitan mcm gst..cuma yg buat beza antara mereka dgn malaysia ialah byk berlaku kebocoran/pembaziran atau paling common bila menang project servis start hempeh tp duit collect sepanjang masa. Byk antara kita tidak mengamalkan kualiti sepanjang masa..hanya pndi cakap mulut, kuat kipas je dah cukup.

    Selagi x ubah gaya mcm ni...negara susah nak dijadikan contoh. Contoh yg rmi org luar suka hanya 1 je...senang dpt gelaran VVIP..tu je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.