Halaman

Khamis, 25 Jun 2015

Kod pemakaian pun orang Malaysia susah nak hadam

Baru2 ini ada beberapa kes yang melibatkan pelawat di premis kerajaan disuruh memakai kain sarung atau dihalang dari masuk ke pejabat kerajaan hanya kerana mereka tidak mematuhi kod atau etika pemakaian yang telah ditetapkan di premis tersebut, dan perkara ini terus menjadi isu nasional sehingga memaksa jabatan2 kerajaan terlibat memohon maaf terhadap mereka. Persoalannya di sini, takkan kod pemakaian pun susah sangat nak hadam? Dan apa kejadahnya kerajaan pula yang dihentam dan perlu minta maaf sedangkan pelawat yang tidak patuh kepada peraturan?


Mula2 ini:


Akibat tidak mematuhi kod pemakaian yang sepatutnya untuk berurusan di JPJ, seorang wanita terpaksa memakai kain sarung atau tidak akan dilayan.

Melalui satu status yang dimuat naik oleh wanita terbabit Facebook, dia ke pejabat JPJ atas tujuan menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan. Namun hasratnya itu menghadapi sedikit kesukaran apabila terpaksa memakai kain sarung untuk meneruskan urusan di pejabat JPJ.

Bersama status tersebut, wanita itu juga turut memuat naik beberapa gambar kejadian.

Menurut wanita itu, ketika dia berada di kaunter untuk mendapatkan nombor, dia diberikan kain sarung untuk dipakai.

"Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarong untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya", katanya dalam posting tersebut.

"Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.

Sumber Siakap Keli.

Kemudian ini:

Susulan insiden seorang wanita diminta memakai kain sarung di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, dua wanita pada Isnin diberitahu supaya menutup bahagian kaki mereka atau tidak dibenarkan masuk ke bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, seorang wartawan dan seorang penduduk yang dijemput untuk satu sidang media tidak dibenarkan masuk kerana memakai skirt di atas paras lutut.

"Kedua-dua mereka diberitahu supaya memakai kain sarung untuk menutup bahagian kaki mereka kerana pakaian mereka dianggap terlalu singkat.

"Memandangkan JPJ telah membuat permohonan maaf secara terbuk beberapa minggu lalu, mengapa keselamatan di bangunan SUK di Selangor menguatkuasakan polisi ini?" soalnya.

Sumber Mstar Online.

Dan kemudiannya lagi ini:

Pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh dilaporkan menahan seorang wanita berseluar pendek dan hanya membenarkannya masuk ke dalam bangunan selepas memakai tuala yang membaluti pinggang hingga kakinya.

Bagaimanapun, pengarah hospital itu mengambil tindakan pantas dengan mengeluarkan permohonan maaf dan berkata ia bukan polisi hospital atau Kementerian Kesihatan untuk menghalang pelawat memasuki bangunan berdasarkan kepada pakaian mereka, lapor Star Online.

Ini adalah insiden ketiga membabitkan pelaksanaan kod etika berpakaian di bangunan kerajaan.

Sumber The Malaysian Insider.


Dan untuk ketiga2 isu ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, SUK Selangor dan Hospital Sungai Buloh pula yang akhirnya terpaksa memohon maaf sedangkan mereka sendiri yang tidak mematuhi dan melanggar kod dan etika pemakaian yang ditetapkan di pejabat kerajaan tersebut.

Kalau peraturan boleh dilanggar dan yang membuat peraturan pula perlu memohon maaf terhadap orang yang melanggar peraturan, apa point diwujudkan peraturan? Apa punya lembik lah.

Sudah jelas kat bawah tu untuk Tatacara Pakaiana Pelawat JPJ yang pelawat adalah DILARANG daripada BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan TERLALU MENDEDAHKAN TUBUH ATAU MENJOLOK (yang ni sepatutnya mencolok) MATA antaranya berskirt atas paras lutut atau berseluar pendek!


Malah Etika Pemakaian di Hospital Sungai Buloh untuk perempuan sudah jelas menyatakan tidak boleh memakai seluar pendek atau skirt paras atas lutut!


Tatacara pemakaian.
Etika pemakaian.
Kod pemakaian.
Dress code.

Susah sangat ke nak faham benda alah ni?

Dress code ni bukan perkara baru sampai semua orang perlu nak kecoh sangat. Ini juga bukan masalah feminis, masalah orang bukan beragama Islam, masalah kepada orang bukan Melayu atau apa masalahnya dengan nampak lutut dan peha, tapi ini adalah DRESS CODE yang telah ditetapkan di suatu tempat.

Kau nak masuk masjid, kau Islam atau bukan kena patuh dress code yang telah ditetapkan, kalau tidak kau tak boleh masuk atau kena pakai pakaian yang disediakan.


Kau seorang pelajar nak masuk kawasan Universiti atau dewan kuliah, kena patuh dress code yang telah ditetapkan.


Kat pejabat kerajaan mana2 pun biasanya dress code dia sama lebih kurang, yang pasti pakai pakaian nampak ketiak dan atas paras lutut memang tak boleh.


Nak tengok persembahan teater kat Istana Budaya pun ada dress code yang perlu dipatuhi dan mereka berhak menghalang penonton yang tidak mematuhi etika pemakaian tersebut daripada masuk ke dalam.


Kuil di Batu Caves pun ada dress code untuk meminta pelawat mematuhinya walaupun ia belum lagi dikuatkuasakan sepenuhnya.


Kat Indonesia nak masuk Candi Borobudur pun diorang wajibkan pakai kain sarung batik kepada pelawat.


Kat Thailand pun ada dress code nak melawat Istana dan tempat2 tertentu.



Oh, bukan itu sahaja, kasino kat Singapura pun ada dress code dia tak boleh pakai baju tanpa lengan, slipar atau seluar pendek. Tapi aku yakin kalau kat kasino ni kalau orang yang tak patuh dia takde suruh pakai kain sarung ke apa, dia suruh kau balik je terus tukar pakaian.


YB DAP Teresa Kok mempersoalkan yang JPJ bukannya masjid untuk membuat dress code seperti yang di atas tadi, namun kasino juga bukan masjid, apsal diorang pun ada dress code yang ketat juga?


Hak menguatkuasa peraturan etika pemakaian adalah hak pihak pengurusan sesuatu pejabat/premis/kawasan. Diorang ada hak untuk halau kau balik kalau kau tak patuh. Tak suka macam mana pun, kau kena patuh atau jangan datang langsung.

Kalau benda simple macam ni pun masih bengap dan susah nak terima, tak hairan lah isu2 yang lebih besar pun susah nak handle.




tags: kod pemakaian etika dress code tatacara pakaian isu agensi jabatan premis kerajaan pelawat halang pakai kain sarong sarung

16 ulasan:

  1. ntah pape orang malaysia. isu dress code pun nak riuh2 lepastu bandingkan dgn negara2 luar. dress code ni konsep dia simple: kalau hari raya org bertandang ke rumah ko pakai spender ko rasa cemana? melainkan kalau ko pervert lah.

    BalasPadam
  2. pegawai tinggi kerajaan yg bangang, pihak kementerian yg sgt bebal ...sanggup jilat balik ludah yg korang semburkn semata2 sorang dua yg kata..."haiya ini mcm pun tabole pakai ka..manyak susah la ini olang"
    kelam kabut korang cium kaki minta maaf

    BalasPadam
    Balasan
    1. mentaliti hamba dan bangsa dijajah masih menebal dikalangan melayu..

      Padam
  3. entah... kat Bolehland, semua perkara adalah terbalik. Apa yang tak boleh jadi boleh, yang boleh jadi tak boleh. Apa Pun Tak Boleh.

    BalasPadam
  4. Bagi saya..kalau mereka x pakai baju ikut kot etika, mereka x benar masuk atau x kasi servis kat kaunter. Bila zaman skrg bebar bersuara n menegakkan hak..mula la langgara adab budaya agama/kaum lain mcm mereka sgt betul.

    Yg bising ni selalunya kaum cha ya nun alif..bila undi mereka dah semakin mahal, mula la nak ambil hati mereka over sgt....mereka hina Islam tiba2 kita boleh tolerate, tp bila kita kutuk mereka, habis 1 malaysia canang n kelam kabut nak ambil hati mereka balik sbb mereka dah ada kuasa politik skrg.

    Pergi kerje pakai baju smart2 boleh pulak, nak pergi ke servis perkhidmatan awam xnak follow pulak. Tp si sekuriti ni pun bodoh, x perlu kasi masuk..suruh balik rumah pakai baju proper...bukan suruh pakai kain dan kasi masuk..pas2 jadi viral.

    BalasPadam
  5. Aku setuju. Dress code ni mmg sgt diperlu diketatkan... Lagi2 kawasan campus... Semua nak pakai legging masuk lecture...

    Tapi kalau hospital tuh... Kalau ade sedara dah nazak nak mampus kau tahan die suru berkemban... Tak sesuai lah kot...

    DressCode when deemed necessary

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...aku rasa kalau yg hospital tu patut mmg boleh dipertimbangkan la org tu nk masuk kalau ada emergency case. Yg lain2 mcm suk n jpj tu patutnya diorang dh tau nak dtg kena la pandai2 bersopan sikit pakaian tu.

      Cuma aku rasa yg x boleh pakai selipar tu cam berat je nak follow. Bukan semua org standby kasut pun bila nak keluar. Biasa pakai selipar je memudahkan.

      Padam
  6. Serius setuju dengan entry ini!

    BalasPadam
  7. Yg buat peraturan pulak minta maaf... wat da fish... perlu didik balik rakyat haprak mcm ni.. temasuk org politik yg bengap itu...

    BalasPadam
  8. Aku pun ada utarakan isu yang sama dengan entri aku noob,
    Aku setuju kerajaan perlu ketatkan kod etika berpakaian,
    Masyarakat kita memang ada masalah dengan adab dan disiplin,
    Ego dan rasa diri sentiasa betul, malangnya ada orang back up kesalahan pesalah tu...
    Sedia maklum kerajaan memang dihimpit pelbagai masalah dan salah laku,
    Mungkin ini poin yang sesuai pesalah mencari pengaruh untuk back up dan menyalahkan kerajaan...

    Noob, kamu nampak peluang?
    Jom berniaga sarung di Jabatan Kerajaan.. Leulz..

    BalasPadam
  9. cuba kau langgar peraturan ni noob, pastu kena halau..... takdenya sesape nak mintak maaf kat kau

    BalasPadam
  10. Orang malaysia ni malas membaca. sbb tu bodoh. bukan maleis jer, tp semua cina india pun. klu baca pun komik n novel.

    BalasPadam
  11. Aku xpaham btol ngan jabatan gomen ni,mnde yg betul korg kna tegas la. Korg nak takot mnde,nitizen lagi bijak menilai. Kekadg org2 mcm ni sj nak mainkan korg. Jgn sampai masa dorg pijak pale korg suh layan mcm raja sudah

    BalasPadam
  12. that's the problem bila politician masuk bagi pandangan utk benda yg dah terang2 salah.

    :/

    nk tunjuk buat kerja katanya. -_-
    i've dealt with this several times. smpi dah tahap speechless. lantakkan je.

    BalasPadam
  13. Who the fuck is this Teresa Cock? Ahsoh2 ni betis macam batang pisang, mcm kaki gajah ada hati nak tayang kat bangunan kjaan?? Kalo betis supermodel boleh la..
    Mentaliti cina tanah besar... Yg menteri ni pulak bangang mintak maaf knp

    BalasPadam
  14. Cina mmg bangsa sial..... Melayu pulak lembik

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.