Halaman

Sabtu, 6 Jun 2015

Melayu bandwagon tiada pendirian yang menjelekkan

Ramai orang tiada pendirian. Ramai orang tiada identiti sendiri. Ramai orang suka mengikut2. Ramai orang suka meniru2. Ramai orang yang suka melompat ke dalam bandwagon atau dalam bahasa Melayunya kereta muzik atau gerabak kumpulan pancaragam.

Jump/hop on the bandwagon adalah terma yang digunakan untuk menggambarkan sikap ikut-ikutan seseorang terhadap sesuatu perkara hanya kerana ia menjadi popular dan menjadi trend dalam sesebuah kumpulan atau kelompok komuniti.


Efek bandwagon ini pada mulanya memang sering berlaku di kalangan kanak2 kecil di mana bila permainan gasing jadi popular dalam kelas, maka semua nak beli dan main gasing walaupun pada mula tak minat pun, atau bila ramai budak perempuan pakai baju Frozen, anak perempuan kita pun mintak mak bapak suruh beli baju Frozen juga walaupun tak pernah tengok pun filem Frozen tu.

Dan efek bandwagon boleh terjadi bukan sahaja di kalangan budak kecil, malah budak2 sekolah, remaja, belia, dewasa sampailah ke orang tua. Seperti contoh di sekolah ramai budak2 perempuan minat artis K-Pop sebab ia sudah menjadi popular, disebabkan tidak mahu nampak ketinggalan dan mahu rasa diterima oleh rakan2 yang lain, maka seseorang yang langsung tak minat K-Pop pun melompat masuk ke dalam K-Pop bandwagon (walaupun dalam hati dia sebenarnya tak berapa minat pun pada K-pop sebab K-Pop itu tahi).


Efek bandwagon juga ini boleh terjadi di apa2 cabang sekalipun sama ada hiburan, muzik, fesyen pakaian, minat, hobi, sukan, kesukaan, kegemaran, trend dan lain2 lagi termasuk perkara2 yang bodoh, seperti contoh:
Muzik - Kawan2 sekeliling suka One Direction, kita pun join jadi peminat One Direction juga walaupun pada asalnya kita benci boy band.

Fesyen - Rakan2 pejabat satu ofis ramai yang pakai hijab Fareeda yang ada awning, kita pun nak pakai jugak walaupun sebenarnya tak mampu pun nak beli.

Hobi - Ada kawan minat kumpul model kit Gundam, tiba2 kita pun beria nak kumpul jugak sebab nak bragging atau bermegah2 dengan kawan kita yang koleksi dia lagi banyak dan mahal.

Sukan - Dulu tak suka pun team bola Chelsea, tapi sebab tahun ni Chelsea top dan popular, tiba2 je jadi fan Chelshit.

Trend - Pada asalnya peminat smartphone Android tegar, namun disebabkan kawan2 ramai pakai iPhone, maka dia pun beralih kepada iPhone sebab tak nak rasa tersisih dan ketinggalan.

Perkara bodoh - Dulu kutuk Bobo, tapi disebabkan video Dubsmash dah jadi trend, dia pun join sekaki buat video Dumbsmash.

Apabila ditanya kepada seorang bandwagon kenapa dia buat, suka atau minat suatu benda tu, dia akan jawab,  "Dah semua orang buat, aku ikut je lah."

Aku sebenarnya amat jelek atau annoying dengan orang yang suka jadi bandwagon ni. Suka meniru2 orang dan langsung takde identiti, macam lalang. Bila sesuatu tu dah popular, dah viral, dah nampak hebat, dah menang, dah jadi juara, baru nak mengaku peminat, padahal dulu langsung tak peduli pun. Orang cakap nak buat, jadi atau minat sesuatu tu biarlah datang dari hati dan diri sendiri, bukan kerana nak mengikut2 orang, nak rasa diri diterima dalam sebuah komuniti atau nak menunjuk2 dan bermegah2 pada orang lain.


Lainlah kalau jadi bandwagon jemaah surau ke, geng2 usrah ke, itu takpe. Tapi tu pun niat kena betul, nak join tu sebab memang ikhlas kerana Tuhan untuk mendekati dan mempertingkatkan ilmu agama, bukan sebab nak orang lain nampak kita dah berubah dan berhijrah menjadi lebih alim atau nak tekel awek tudung labuh berniqab dalam jemaah tu.

Akhir kata, tak payahlah jadi Melayu bandwagon sangat, carilah identiti sendiri dan jadilah diri sendiri.




tags: bandwagon effect efek trend trending popular budaya ikutan maksud makna definition definisi bandwagoner jump hop on

11 ulasan:

  1. rokok jugak kot terutama di kalangan lelaki sebab kalo tak hisap rokok akan dipandang rendah oleh geng2 lelaki dan akan dianggap x macho dan lpas tu xleh lepak sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ni zaman rokok bateri pulak.. abih geng2 lama aku dok layan rokok ni... jilake btol.. tgu la gaji ni.. aku pon nak join jugak.

      Padam
    2. ini semua poyo budak e cgar.. asap berkepuk2 nak gak pow dunhill abang.

      yang benar
      Abang Gelojoh

      Padam
    3. lagi teruk yang guna ikon Patrick macam dah bebal sangat...

      Padam
  2. tp kesian jugak kalo bebudak kecik yg terikut2 bandawagon ni, sebab kalo dorang x buat, kawan dorang akan sisihkan dorang dan mngkin mengejek ngejek dorang. tekanan mental gak utk budak2 yg sedang membesar so slalunya parents nak taknak terpaksa beli kan jugak sebab sayang.

    BalasPadam
  3. Ini crowd psychology. Rujuk sendiri kat mana2.

    BalasPadam
  4. Bandwagon boikot Israel paling obvious

    BalasPadam
  5. contoh bandwagon sukan: sejak jdt wujud thn 2013, puak-puak jawa start minat bola. sana sini pakai baju jdt, kereta lekat sticker jdt, up status sikit2 keluar ayat "luaskan kuasamu". sebelum 2013, tengok stadium pun x penah.rules bola pun xtau

    BalasPadam
  6. Manusia kejarkn 2 bnda dlm hidup yg berkaitan sesama manusia...iaitu kasih syg n perhatian. Tp klau sanggup kejar perhatian semata up to date n boleh masuk group berkaitan, jd la wagon bangang ni.

    Remaja zaman skrg sepandai mcmana pun tp kurg identity, semua copy paste dr barat. Last2 hmpir semua berpaksi barat...bab agama x up to date plak.

    BalasPadam
  7. cara dia psychology... dulu ramai2 kata minat tapi 2-3 orang rendah diri boleh counter ini banwagon, xde masa nak layan 1D la e-cigar la dsb nanti berkurang la rasa banwagon

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.