Halaman

Khamis, 11 Jun 2015

Melayu tidak boleh makan makanan berjenama gereja

Hari tu aku pergi makan kat sebuah restoran fast food baru bukan milik Yahudi tapi milik orang US iaitu Texas Chicken di The Mines. Rasa ayam dia boleh tahan la tapi masih tak boleh nak lawan ayam Hot and Spicy KFC. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal ayam, tapi nak cerita betapa terkejutnya aku apabila melihat jenama sos yang dibekalkan sekali berjenama "church" atau "gereja". Biar betul? Aku tengok kebanyakan pelanggan dia orang Melayu, dan sebagai seorang muslim mana boleh makan makanan yang mempunyai jenama gereja.

Malah bila aku check kat wiki kat Internet pun, sebenarnya nama asal restoran ini di US adalah Church's Chicken, bukan Texas Chicken. Sebagai seorang meleis, aku memang sangat fobia dan paranoid dengan perkara2 macam ini kerana dikhuatiri sesiapa yang makan makanan berjenama gereja akan rosak akidah dan mencemar otak Melayu sepertimana kes tengok salib suatu ketika dulu. Maka sebagai sebagai seorang pejuang akidah bani Melayu maka aku haruslah membuat aduan dan komplen terhadap Texas Chicken Malaysia di page FB mereka untuk meminta mereka menukarkan sos jenama gereja mereka kepada nama lain.



Kah kah kah.

Ini lawak. Tak sangka ada ada lagi meleis kepala hotak jumud gila bapak kau hijau. Ingat dah pupus dah lepas kes salib hari tu.

Church tu kalau diterjemah kepada Bahasa Melayu memang la gereja, tapi yang nama jenama Church's Chicken tu dinamakan sempena nama founder atau pengasas perniagaan tu iaitu George W. Church, Sr, bukan sempena perkataan Gereja, dan takde kaitan pun dengan agama Kristian atau agenda nak mengkristiankan orang Melayu. Tu produk dan perfume Christian Dior tu berlambak meleis pakai, takde pulak bising nama produk tu ada perkataan Christian.

Lagipun takkan akidah Melayu lemah sangat? Lepas makan makanan jenama Church, guna minyak wangi jenama Christian, tertengok pulak lambang salib, terus rosak akidah?


Kamon la Melayu, jangan la jumud sangat. Jangan la bagi kita ni nampak bodoh sangat di mata kaum sendiri dan kaum2 lain jugak. Sekarang ini kaum lain dan orang bukan muslim gelak je pasal isu ini. Takkan kebodohan kita sendiri ini pun salah Cina atau salah Yahudi juga?

Yahudi dah kuasai sains dan teknologi, Cina dah kuasai ekonomi, Melayu tak kuasai apa2 pun lagi. Tidak apa kalau Melayu tak kuasai apa2 sangat pun, sebab aku pun bukannya berharap sangat pun, tapi sekurang2nya janganlah asyik nak kuasai kebodohan je.

Lain2 sumber:




tags: texas chicken malaysia church's chicken brand jenama gereja muslim melayu tak boleh makan aduan facebook fb mista bob faishah dipping sauce brand franchises lawak

21 ulasan:

  1. Melayu kuasai kebodohan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siyesly aku terbahak baca, apak bodoh nya bani2 melayu ni. simpan sikit bodoh tu

      Padam
  2. Habis yang ambil bantuan dari Gereja tak kecoh pulak boleh merosakkan akidah & berisiko murtad sebab katanya nak minta kat Jabatan Zakat cukup susah. Ada baca blog Auni.. dah la orang tu susah, mohon bantuan zakat alih2 borang di hilangkan petugas kat situ. Kalau kandungan produk tu halal.. takde maknanya rosak akidah sebab jenama dia Church

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis yg ko kecoh psl telekung lambang salib tu xper plak.. smp ati ko lekit x approve komen aku.. kikiki

      Padam
  3. Ini la akibatnya malas belajar, malas berusaha, nak cepat kaya, tamak, mementingkan diri, aku je yang betul, dan sebagainya..

    BalasPadam
  4. Sedap x ayam dia? Kat tmpt aku xde lg ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok je ayam dia. kalau dah bosan rasa KFC, leh la layan texas chicken

      Padam
  5. Aku memang geli la tengok Melayu cenggini. Mmg berbagai2 stigma kalo aku tengok Melayu. Tapi nak buat camana, aku juga berbangsa Melayu.

    Aku ada 6 anak buah, 3 melayu 1 india dan 2 cina. Pelik jugak, semuanya ok dan pandai kowtim memasing punyer kerja. 3 melayu ni rajin la pulak doh.. susah kita nak serkap jarang yang melayu ni begini dan begitu.

    Mungkin pada hal agama dan politik, orang melayu memang rigid sikik.

    BalasPadam
  6. hahahaha..kuangjaq!!!! perut aku dah kesedapan makan texas chicken tak perasan pulak sos dia tu..sebab makan kat situ kan..sos pon main tekan2 mcm kepsi tu.. huh!!! maleis memang ntah sensitip betul..kakkaka..kelakar pulak yg komen ghuna gambar arwah Nik Aziz tu.. kemainnn./...

    BalasPadam
  7. ape susah sos kicap manis ABC kan hado.....

    BalasPadam
  8. baru sos church dah kecoh, selama ni meleis makan nasi goreng cina xjadi cina pun? nasi goreng usa xjadi org amerika pun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi goreng kampung mukin penah terjadi

      Padam
    2. nasi goreng USA - nasi goreng Udang Sotong Ayam sepatutnya...

      Padam
    3. Nasi Goreng USA aku selalunya dapat daging masak merah...
      Tak guna punya yahudi!!!!

      Arhghghhghghghghghghghhhghghghgh

      - Meleis

      Padam
  9. Lepas aku meluahkan kemarahan aku, aku terus menarik tangan makweku keluar dan kami menunggang motor ke restorant radix.

    Alhamdulillah halal. Kami terus pula ke panggung wayang menonton dan akhirnya aku hantar makweku pulang pkul sepuluh malam

    Sebelum aku pulang, sempat makweku mencium tanganku dan berpesan agak elok elok pulang.

    Lega aku, harini kami tak termakan produk gereja syaitonirajim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sahabat...
      Jangan tertipu dengan plot2 illuminatih ni semua...

      8/8 get rekt m8

      Padam
  10. salah faham lah ni kiranya...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah faham? kalau ye pun nama "church" tu di ambil sempena nama gereja, perlu ke dia complain? xde salah fahamnya...hihihi

      Padam
  11. Rasanya x semua org melayu befikiran begini. Harap penulis tidak meniat kan semua org melayu begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya cuma sebahagian melayu je

      Padam
  12. malaysia ke arah zaman kegelapan.. *sigh*

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.