Halaman

Rabu, 3 Jun 2015

Perbezaan di antara Melayu Gen-X dan Gen-Y

Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur demografi penduduk tertentu seperti beberapa kelompok berikut:
  1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
  2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
  3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
  4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
  5. Generation Net (lahir antara 1998 - 2009) – Generasi Z
  6. Generation Alpha (lahir pada 2010 hingga kini) – Generasi A 
Disebabkan perbezaan masa, maka kebiasaannya sudut pandangan, perwatakan (characteristic) dan kecenderungan generasi ini agak berbeza seiring dengan peredaran zaman, kemajuan dan teknologi. Dalam artikel ini, kita akan melihat perbezaan di antara generasi ibu bapa kita iaitu Gen-X dan sebelumnya serta generasi anak2 kepada Gen-X dan sebelum iaitu Gen-Y. Perbezaan ini hanya lebih merujuk kepada orang Melayu serta kecenderungan kebiasaan namun bukan semua.


1. Politik

Gen-X dan sebelum

Kebiasaannya generasi ini lebih tertutup dan terlalu berhati2 dalam soal politik. Ramai yang masih percaya orang cina ada konspirasi nak jatuhkan Melayu, orang kafir dan Kristian nak jatuhkan orang Islam, DAP itu musuh dalam selimut, Melayu dengan Melayu gaduh Cina tepuk tangan dan sebagainya. Mereka sukar untuk berubah, takut dan tak mahu untuk berubah walaupun tahu ada yang tak kena dengan parti kepercayaan mereka. Jika mereka biru maka mereka akan tetap biru, jika mereka hijau mereka akan tetap hijau. Ramai macai dilahirkan dikalangan generasi ini. Mereka juga tidak gemar bersuara secara terbuka namun lebih biasa menggesa ahli keluarga dan saudara mara terdekat menyokong pendirian mereka.

Gen-Y

Ramai golongan muda kini yang berfikiran lebih terbuka dalam politik, tidak percaya kepada sebarang konspirasi dan tidak percaya bulat2 pada suatu2 parti dan pemimpin. Semangat mereka lebih membuak2 dalam mahukan perubahan, mereka benci sebarang ketirisan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan lantang bersuara menyatakan pendapat dan pandangan mereka secara terbuka sama ada di media sosial, buku, penulisan dan jalanan. Walaubagaimanapun, macai tetap wujud di generasi ini.


2. Hiburan

Gen-X dan sebelum

Generasi ibu bapa kita lebih cenderung mendengar lagu2 rock kapak, lagu2 lama di zaman mereka remaja, lagu2 yang jiwang karat dengan lirik puitis dan sebagainya tidak kira lagu Melayu atau Inggeris. Mereka juga lebih gemar menonton cerita Hindustan dan Melayu. Menjadi artis, penyanyi, pelakon dan masuk TV di zaman mereka sebagai suatu yang amat sukar dan hampir mustahil.

Sumber kepada hiburan mereka agak terhad seperti TV, radio dan wayang gambar. Mereka agak sukar untuk menerima hiburan2 anak muda masakini seperti lagu2 baru, filem2 Melayu baru, fesyen anak muda, novel2 jiwang merapu, kartun/anime/komik dan sebagainya.

Gen-Y

Generasi ini suka pada pelbagai jenis lagu, genre dan bahasa. Lagu Melayu, English, Korea, Jepun, Indonesia, asal sedap telinga mendengar. Lagu2 pula ada lagu keras memberontak, rock, pop, ballad, alternative, boy band, hip-hop, rap, lagu cinta berlirik sampah dan macam2 lagi. Mereka gemarkan pelbagai jenis cerita seperti filem barat, anime Jepun dan sebagainya, namun cerita Melayu boleh dianggap sampah.

Nak jadi artis, penyanyi dan pelakon juga bukanlah suatu yang agak mustahil dengan kewujudan Internet, Youtube, blog, Facebook, lain2 media sosial serta platform2 rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan lain2. Hiburan bukan terhad kepada TV, radio dan wayang malah Internet, karaoke, teater, festival, gigs, studio jamming dan macam2 lagi.


3. Kerjaya

Gen-X dan sebelum

Kebanyakan ibu bapa mesti nak anak mereka kerja kerajaan tak kiralah dari pegawai, polis, cikgu mahupun kerani sekalipun walaupun anak mereka ada ijazah kerana bagi mereka hanya kerja gomen satunya pekerjaan yang terjamin masa depan sebab ada pencen. Ibu bapa juga biasanya mahu anak2 mengikut laluan pendidikan dan kerjaya yang mereka mahukan seperti memaksa anak ambil jurusan kejuruteraan sebab nak mereka jadi jurutera, ambik jurusan medical sebab nak anak jadi doktor walhal anak2 mungkin tiada kecenderungan atau tak minat langsung dengan jurusan tersebut. Merasa kesetiaan dalam pekerjaan dan majikan itu penting.

Gen-Y

Generasi muda kini ada pelbagai pandangan dan lebih terbuka terhadap bidang kerjaya. Walaupun ada juga yang lebih suka kerja kerajaan, namun ramai juga yang lebih suka bekerja di sektor swasta kerana mahukan cabaran dan kepuasan dalam kerjaya selain gaji yang lebih besar. Generasi ini berpandangan yang minat boleh dijadikan kerjaya walaupun di luar bidang pengajian, contohnya seorang berkelulusan kejuruteraan juga boleh menjadi pelukis komik atau membuka perniagaan dalam bidang fotografi. Kerja tidak semestinya di pejabat semata2, mencari sumber pendapatan juga boleh dilakukan di rumah sahaja. Malah kesetiaan terhadap majikan itu tidak penting berbanding pendapatan yang mereka boleh perolehi.



4. Perniagaan

Gen-X dan sebelum

Generasi lama biasanya merasakan agak sukar untuk berniaga kerana bagi mereka hanya Cina yang pandai berniaga. Lagipun kalau nak berniaga, nak buka kedai, buka syarikat perlukan modal yang besar. Nak modal yang besar perlu pula pinjam kat bank, jadi beban dan tambah komitmen lain pula nak kena bayar pinjaman. Sebab itu lebih ramai orang Melayu generasi tua yang bekerja makan gaji dan agak kurang yakin jika anak2 mahu berniaga.

Gen-Y

Bagi generasi baru ini, sesiapa pun boleh berniaga. Dan berniaga ini tak semestinya perlu modal yang besar, modal yang kecil pun boleh juga mula berniaga terutama dalam perniagaan MLM walaupun benda tu banyak yang menipu. Mereka juga lebih kreatif dalam perniagaan dengan menjual macam2 produk dan perkhidmatan seperti cetak t-shirt, artwork, sticker, custom product dan lain2 lagi, dan perniagaan juga tak semestinya perlu buka kedai kerana berniaga di Internet dari rumah sahaja sudah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.


5. Agama

Gen-X dan sebelum

Generasi ini belajar agama mengikut siapa tok guru mereka dan mereka hanya mengikut apa yang diperkatakan oleh guru agama mereka walaupun kadangkala ada perkara yang tak berapa betul dan hanya menjadi amalan nenek moyang. Namun begitu mereka tetap kuat berpegang teguh pada ajaran agama. Adab santun anak2 terutama anak perempuan memang mereka jaga dari segi pemakaian, akhlak dan pendidikan agama. Kadangkala mereka melihat dan menilai seseorang berdasarkan rupa luaran. Orang yang memakai songkok, pakai serban, pakai jubah, sudah pergi haji adalah orang yang tinggi ilmu agamanya.

Gen-Y

Generasi ini lebih mudah menerima suatu ilmu yang baru dan lebih terbuka jika mereka tahu suatu perkara yang menjadi amalan selama ini adalah suatu kesalahan dan tidak betul. Pendapat orang agama tidak semestinya diterima dan akan dirujuk pada agamawan lain juga. Mereka lebih berani dan lantang mempersoalkan sesuatu yang salah dan rajin mengkaji perkara yang dirasakan ada khilaf dan kekeliruan. Pendidikan agama tidak hanya di sekolah dan guru malah mereka boleh mendapat ilmu agama dari Internet. Namun kerana keterbukaan ini mereka juga boleh cenderung untuk mendapat ilmu yang salah dan menganut fahaman yang sesat.

Sesetengah mereka merasakan penutupan aurat sempurna tidak menjadi isu besar. Perempuan berperangai gedik bukan isu lagi. Mereka juga jarang menilai seseorang berdasarkan rupa luaran, orang bertudung labuh dan berkopiah tidak semestinya berilmu dan bagus, dan orang yang tidak berkopiah dan memakai kemeja tidak semestinya tidak berilmu.


6. Kekeluargaan dan Persahabatan

Gen-X dan sebelum

Generasi ini amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Penting bagi mereka untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga. Bila raya penting untuk berkumpul bersama sanak saudara. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak, dan mereka juga lebih mudah berbakti dan menjaga ibu bapa yang masih hidup. Penting bagi mereka untuk kenal sanak saudara, makcik, pakcik, sepupu, atuk nenek saudara dan lain2. Perkahwinan bagi mereka penting untuk membesarkan ahli keluarga mereka. Kawan bagi mereka adalah kawan dan bukan ahli keluarga.

Gen-Y

Bagi Gen-Y pula mereka kurang mementingkan hubungan kekeluargaan dan kurang meluangkan masa bersama keluarga atas kesibukan2 perkara lain seperti gajet, Internet, kerja, minat, hobi, lepak bersama kawan2 dan lain2. Bila raya kalau berkumpul balik kampung pun jarang bersosial antara keluarga dan lebih suka menyendiri dan buat hal sendiri dengan keluarga masing2, sampai kadang2 tak kenal sanak saudara dan sepupu sepapat walaupun duduk satu kawasan. Malah bila berkahwin pun ada yang tak baik dan tak suka dengan keluarga mertua, menantu, adik beradik ipar, keluarga belah suami/isteri. Namun mereka amat mementingkan hubungan persahabatan walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri. Bagi mereka kawan baik juga boleh jadi seperti ahli keluarga mereka sendiri.


7. Kejiranan

Gen-X dan sebelum

Bagi generasi ibu bapa ini, hidup berjiran adalah suatu yang amat penting. Hidup berjiran saling tolong menolong. Mereka kenal kebanyakan jiran2. Anak kau anak aku, bila marah semua kena. Ada perkara pelik dan masalah yang berlaku di kawasan kejiranan, semua keluar bantu dan ambil tahu sebab dah kenal sangat masing2. Suka melibatkan diri dengan aktiviti2 kejiranan seperti aktiviti surau, gotong royong, family day dan lain2.

Gen-Y

Lebih suka hidup sendiri2. Jiran hanya kenal sebelah rumah dan selang beberapa rumah, itu pun kalau rajin nak kenal. Jumpa jiran sebelah pun ada lah dalam beberapa kali sebulan sebab masing2 sibuk bekerja dan buat hal masing2. Anak aku anak aku, anak kau anak kau, tak boleh marah sesuka hati walaupun anak aku buat salah. Tak berapa gemar ambil tahu hal kejiranan, tak suka melibatkan diri dengan aktiviti2 kejiranan. Bila nampak ada orang datang rumah sebelah, bersangka baik ingatkan saudara mara jiran datang rumah, malas nak tanya2 ambil tahu sebab itu bukan hal aku, rupa2nya perompak yang masuk rumah jiran.


* * * * * * * * * *

Berikut adalah carta perbezaan antara generasi2 X, Y, Z dan lain2:


Secara umumnya Gen-X adalah generasi pengikut dan Gen-Y adalah generasi pemberontak. Ada perkara yang Gen-X dan sebelumnya lebih bagus, ada juga yang Gen-Y yang lebih baik. Yang penting apa yang baik kita jadikan panduan dan jangan sombong sampai tak boleh menerima pandangan dan pendapat dari orang lain sama ada yang datang daripada generasi-Y mahupun generasi-X, dan yang paling utama adalah respek dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Jika anda ada kategori dan pandangan yang hendak ditambah boleh tulis di ruangan komen di bawah.




tags: sudut pandangan pendapat point of view berbeza beza antara generasi x y z gen-x gen-y golongan tua dewasa ibu bapa muda remaja kanak versus gen conflict of interest

14 ulasan:

  1. first... aku gen y..1984.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan realiti, Hang Tuah=Gen X dan sebelumnya. Hang Jebat= Gen Y dan seterusnya tetapi hampir kebanyakan begitulah kiranya hampir semua.Zaman dahula rakyat sangat patuh kepada raja tetapi tidak pada zaman sekarang.

      Padam
    2. hang tuah x wujud.

      Padam
  2. Nice info....tp terfikir mcmana kita yg genY ni akan jadi 40s yg mentakbir syarikat atau negara...org bawah kita ialah budak2 genZ yg maybe pemikiran lebih dasyat dr kita. Tp sy respect org dulu dari segi kekeluargaan n kejiranan sgt bagus..bukan budak zaman skrg yg lebih sosial dalam dunia maya, bukan realiti.

    BalasPadam
  3. gen Y minat kpop...

    BalasPadam
  4. "orang kafir dan Kristian nak jatuhkan orang Islam, DAP itu musuh dalam selimut,"

    Tak perlu setuju dengan aku namun aku berharap agar kau dapat luangkan masa untuk post Helen Ang dan Karim Omar ni..

    Is Najib going to be taken advantage of by the evangelistas?
    https://helenang.wordpress.com/2015/06/02/is-najib-going-to-be-taken-advantage-of-by-the-evangelistas/

    Johor Untuk Jesus – Kenapa Mereka Cuba Hilangkan Bukti?
    https://akarimomar.wordpress.com/2015/06/02/johor-untuk-jesus-kenapa-mereka-cuba-hilangkan-bukti/

    -belacak-

    BalasPadam
  5. Semua ni salah umno bn

    BalasPadam
  6. dari segi teknologi? hahaha obviously gen Y yang melebih-lebih tahu serba-serbi. tapi ramai jugak gen X yang tak kurang hebatnya. setiap generasi ada kelebihan dan kekurangan. gua setuju dengan semua kenyataan di atas.

    BalasPadam
  7. ini semua poyo, aku tak ambik kisah Gen xyz ataupun gen rx-z. Ini istilah ciptaan semata yang tah apa-apa. Yang betulnya kita ni Umat Muhammad S.A.W. tak payah ikut orang kafir punya istilah, life begin at 40 le, padahal usia 40 tu dah lengkap segalanya. Bukan baru nak start jadi muda balik!

    BalasPadam
  8. macam jenis2 gen rupanya..hehe..

    singgah bw;)

    BalasPadam
  9. oh baru ku paham . adeh. menatang apa la gen ni, haha. tapi mmg dikatakan fakta diatas tu betul.

    thanks encik noob.

    Abg Gelojoh.

    BalasPadam
  10. Bhai Noob..

    Gen X is Rebel...but very loyal to his ideology (sebab masa tu banyak rockers and mat tresh and metal). Boomers sangat loyal. Difficult to change. Gen Y, rebel but not much loyal to his ideology (see raps, hip hop)...ha ha ha..

    BalasPadam
  11. Menarik tajuk ni. Saya mohon share utk rujukan saya ye.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.