Halaman

Jumaat, 12 Jun 2015

Sikap dan perangai buruk tipikal peniaga Melayu

Kebanyakan orang Melayu bila nak berniaga ada sikap dan perangai tipikal mereka yang memang dah sinonim dengan peniaga Melayu. Bila cakap je peniaga Melayu, mesti akan dikaitkan dengan sikap dan perangai2 negatif ini. Ya, memang bukan semua peniaga Melayu ada sikap2 ini, namun ramai yang ada, oleh itu jika anda seorang peniaga dan usahawan Melayu yang baru atau sudah lama menceburi bidang bisnes dan perniagaan, hindarilah perangai2 buruk ini:

Sumber gambar - Aku, Ah Seng dan Kedai Runcit @ Catatan Ankel Jonni

  • Tamak
    Letak harga melampau, jual barang tipu dan tiruan tapi cakap original, jual makanan yang dah basi, expired, dan lain2 hanya kerana sikap tamak.
  • Tak bertanggungjawab
    Sampah sarap sendiri tak reti nak urus terutama peniaga2 gerai dan pasar, buang sampah dalam longkang, barang2 dari bahan terlarang, bahan tak biodegrasi dan lain2.
  • Sombong dan angkuh
    Layan pelanggan macam pelanggan ni pencuri dan orang jahat, nak senyum pun susah, bila bayar takde duit kecik tarik muka, bila dah berjaya sikit mula lah sombong dan perlekeh orang lain.
  • Cantas mencantas
    Kalau berniaga secara kontrak, pelbagai helah kotor digunakan untuk mencantas pesaing tak kiralah guna kabel atau cara politik. Melihat pesaing jatuh walaupun sesama Melayu adalah kegembiraan bagi mereka. 
  • Lupa daratan
    Bila dapat projek biasanya melalui tender kerajaan, tak kira guna kabel atau cara betul ikut prosedur, perkara yang mereka buat dulu adalah tukar kereta baru dan beli tiket pergi melancong luar negara. Kerja2 akan disub-con kepada orang lain, lepas tu bila nak buat payment kat kontraktor dan pekerja liat gila.
  • Tiada budaya kualiti
    Jual barang tiada kualiti, budaya kerja tiada kualiti, perkhidmatan juga tiada kualiti, service after sales pun tiada kualiti. 


  • Tiada tolong menolong sesama peniaga
    Kalau bangsa cina, mereka saling tolong menolong sesama peniaga untuk menguatkan empayar bisnes dan perniagaan mereka dan mereka akan elakkan perang harga sesama mereka. Berbeza bangsa Melayu, kalau berjaya mereka mahu berjaya seorang diri, jika mereka gagal mereka mahu orang lain gagal sama2.
  • Hasad dengki
    Sering menjatuhkan pesaing atau peniaga yang lain. Cara paling ringan adalah sabotaj dan sebar khabar angin serta fitnah buruk terhadap pesaing, cara paling berat adalah pakai ilmu hitam dan santau.
  • Tiada butiran
    Hal2 seperti bil dan resit sering dipandang ringan, jadi pengguna tidak jelas harga sebenar keseluruhan contohnya kedai makan menyebabkan mereka caj pengguna Melayu sesuka hati.
  • Tiada inovasi
    Semua mahu jual barang yang sama. Kalau ubi laku, semua pakat jual ubi. Kalau pisang goreng cheese laku, semua pakat jual yang sama, akhirnya semua pakat lingkup sama2 kerana hasil jualan tidak memadai.
  • Bergaduh sesama sendiri
    Bila masalah2 kat atas dah teruk sangat, maka jalan terakhir adalah bertumbuk. Ya, bertumbuk. Bila Melayu dengan Melayu bergaduh, siapa yang tepuk tangan?

Dengan sikap2 begini, memang sukar orang melayu untuk maju dalam ekonomi. Makin mundur. Diharap para peniaga Melayu dapat buang dan kikis perangai2 buruk di atas.

Kredit: Tanpa Nama 11 Jun 2015 6:33 PTG

Baca juga "Kenapa Orang Melayu Susah Berjaya Dalam Perniagaan?".




tags: sikap perangai peniaga pelanggan melayu buruk sifat tipikal sinonim malas gaduh phd hasad dengki sombong tamak nak cepat kaya

18 ulasan:

  1. Betul!! aku pernah alami banyak kali.. salah satu tu masa aku beli surat khabar. Aku bagi RM10, orang kedai tu siap marah2 kata aku bagi duit besar awal2 pagi padahal masa tu dah pkl 10 lebih. Kadang2 hairan, orang melayu, Islam, tapi perangai lebih teruk dari org takde agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Engko pon satu beli laa cekelat ke apa2 org mana ada duit nak bagi baki.

      Padam
    2. fuck that stupid mindset...
      sepatutnya peniaga kena sediakan baki awal2...
      customer is always right...
      kalau ade kedai maki aku camtuh aku tinggalkan jek barang atas kaunter...
      Zzz....

      Padam
    3. fuck you Luqman...your word represent yourself...mak abah biasa mencarut kat rumah nih.

      Padam
  2. Slm. Betul ke semua ni Melayu nya je. Kalau betul pun selain dari ngumpat apa yg patut kita buat utk mengurangkan kalu tak menghapuskan terus semua yg diatas. Bagi aku masalah Melayu disebabkan sikap tak ambik peduli. Suka cakap belakang, tak leh terima kritikan dan paling sial sekali suka tengok orang lain fail. Sebabkan hal2 ni lah Melayu jadi hampeh. Didik diri sendiri ngan yg kita mampu pengaruhi utk ambik peduli, beri dan terima kritikan dan sama2 berjaya. InsyaAllah jika semua berusaha semua berjaya. Jangan cakap belakang saja.

    BalasPadam
  3. selalu macam tu...dah banyak kali jumpa...kadang tu peniaga melayu dengan peniaga cina, peniaga cina lagi pandai amik hati pelanggan...hormat pelanggan..peniaga melayu, kalau Tanya hrga pastu tak beli, kompom dia bagi jelingan tajam punya...kerekkk betul..

    BalasPadam
  4. Selalunya..kita memang nak beli kat kedai melayu, sebab nak tolong business orang melayu.
    Tapi kadang-kadang, service slow lah, muka masam lah...pernah jugak jumpa, nak cakap terima kasih pun susah...eeermmmmm

    BalasPadam
  5. melayu memang xde bakat berbisnes, melayu ni hanya layak jadi salaryman, pengkritik, pengampu, penyangak dan lain2 yg seangkatan dengannya termasuk blogger syok sendiri.. bukan noob ye.. noob abg best.

    BalasPadam
  6. Sikap peniaga cina dgn india plk mcm mana noob? Asyik2 melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah asyik melayu je kena kutuk

      Padam
    2. Terimalah kenyataan memang peniaga melayu banyak menimbulkan masalah.

      Padam
  7. kesian melayu hari2 ditindas dan dihina.

    BalasPadam
  8. noob, pasni ulas pasal pembeli melayu plak. reserve tak bayar deposit, pastu ffk.

    BalasPadam
  9. Ni dari kisah aku la.kat ganu mse tu. Ada pasangan pakcik n makcik ni buke kedai makan depan sebuah ipta. Kedai makan diorang laris. Sbb lauk bnyk..kedai luas dan harga pun sesuai dgn kemampuan student. Akibatnye..kedai makan lain jadi tak berapa laku. Tetibe makcik tu sakit truk. Pakcik tu bawak bini dia gi berubat kat hospital.tak dpt tau sakit apa. Bile pergi jumpe ustaz..rupenye kne santau. Makcik tu sakit sampai meninggal. Sume angkara dengki sbb kedai diorang ramai student makan situ. Pakcik tu memang kesian giler dah aku tgk. Perlu ke smpai bagi org mati?. Tak boleh ke bersaing dgn cara elok?. Ni bkn kali pertama aku tgk kes kena sihir sbb org dengki bile bisnes laku. Aku pernah dgr ustaz ckp.org yg main sihir ni mmg kebanyakkan berjaya la kenakan mangsa dia. Mangsa dia lak menderita sampai tak ada pluang idup normal atau mati trus. Tp bile kat akhirat nnt..org yg main sihir ini pahala dia kosong..kosong abis. Kering kontang. Time tu baru la ko tau..azab tuhan tu diluar jangkaan dan betapa seksanya kerana menjadi teman syaitan dan jin yg sesat tu. Smoga kita jauh dari amalan sihir dan menjadi mangsa sihir. Kalau sakit kne sihir tu..cepat2 la berubat. Jgn ditunggu. Org yg main sihir ini tak akan berhenti..sbb hati dah hitam dan pemikiran dia dikawal oleh syaitan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiannya. takziah utk pakcik tu.

      Padam
  10. Perangai buruk customer melayu x nak ulas ke?

    BalasPadam
  11. Lagi isu melayu ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.