Halaman

Jumaat, 3 Julai 2015

Kawal gaji dengan tidak balik kampung waktu raya

Hari ini ramai pula orang kongsikan post ini di Facebook, berkaitan sebuah rancangan wawancara di TV mengenai pengurusan gaji. Antara yang dikongsikan oleh tetamu jemputan yang juga merupakan seorang pakar kewangan adalah bagaimana kita perlu mengubah persepsi mengenai kegawatan sekarang dan mengawal gaji kita, antaranya adalah cuba jangan balik kampung sewaktu musim perayaan kerana ia dapat menjimatkan minyak dan tol. Dan macam biasa, terus ramai melayu yang melatah dan maki hamun individu tersebut di Facebook.


Aku cuba untuk mencari kebenaran mengenai post tersebut sebelum membuat kesimpulan apa2 aku memang susah nak percaya post2 orang kat Facebook ni lebih2 lagi yang diletakkan hanya foto dan bukan video. Hasil pencarian aku maka jumpalah juga videonya, korang boleh tonton sendiri di bawah.

Wawancara tersebut merupakan segmen Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di TV1 (RTM1) pada pagi 2 Julai 2015 dengan tetamu jemputan seorang pakar dalam bidang kewangan iaitu Syed Abdul Aziz Al Qubra, CFP,CTP, CIPD, Pengarah Creative Trainers (M ) Sdn Bhd.


Jika malas nak tengok semua, boleh skip dan mula pada minit 7:30 untuk tonton mengenai apa yang ditulis di post di atas.

Nak kata setuju dengan point dia, tidak juga. Nak kata tak setuju langsung pun, point dia ada betul juga.

1. Kalau dengar daripada awal, mereka bincang pasal perbelanjaan untuk menghadapi hari raya, perlu ke beli macam2 serba baru seperti kereta baru, barang kemas baru, set sofa baru dan isteri baru, dan hasil survey yang diperolehi, 53% yang paling banyak memilih barang kemas baru, yang aku pasti orang perempuan yang pilih.


Dan kebanyakan point2 awal tetamu jemputan tersebut aku setuju, kerana mentaliti orang kita ni memang asal nak raya banyak benda nak tukar baru biar pun ada yang tak mampu dan terpaksa berhutang sampai bertahun2.

Kalau tanpa isu GST, kenaikan harga minyak atau tol pun, orang cakap ukur baju di badan sendiri dan berbelanjalah ikut kemampuan. Tak perlu nak ikut2 jiran, kawan2 lain beli macam2 benda baru, dan juga untuk menunjuk kepada jiran dan keluarga di kampung, seperti beli kereta dan barang kemas sebab orang lain hanya akan kagum sekejap sahaja tapi yang menanggung hutang sampai 9 tahun tu kita.


2. Dari segi pengurusan kewangan, sebenarnya ada juga tips2 daripada beliau yang bagus seperti prinsip "Watch the crowd, and always go in the opposite direction". Bermakna kalau ramai orang buat sesuatu perkara yang sama, kita buat sebaliknya. Kalau ramai orang membeli belah pada bulan Ramadhan, kita membeli belah pada bulan2 sebelumnya. Jangan berbelanja last2 minit sebab harga barangan seperti pakaian untuk baju raya pasti akan naik bila dah nak dekat2 raya sebab demand tinggi. Cuba beli pakaian untuk baju raya 3 4 bulan lebih awal pada masa demand tak tinggi sangat, mesti harga lebih rendah berbanding masa nak hampir raya.


Termasuk juga tips untuk bercuti dan berjalan ke mana2, kalau tak nak mengharungi jalan yang sangat sesak dan perbelanjaan yang tinggi, bercutilah pada waktu yang bukan waktu puncak seperti hari perayaan dan waktu cuti sekolah. Namun bagi aku tips ini memang bagus dari sudut menjaga ekonomi sendiri, namun jika dilihat daripada sudut2 lain seperti perhubungan dan kekeluargaan mungkin tidak sesuai.


3. Berbalik kepada point2 pada minit ke 7:30 di video terse3ut, kalau dah memang betul sangat2 takde duit dan tak mampu nak tampung kos perjalanan dan perbelanjaan pulang ke kampung, kita mungkin boleh maki kerajaan tiap2 hari, tapi akhirnya nak buat macam mana? Nak tak nak terpaksa juga tak balik kampung dan beraya di rumah.

Aku pasti ibu bapa faham, adik beradik yang lain pun faham, kalau tak faham juga kenalah mereka tolong dan usahakan agar kita dapat pulang ke kampung. Atau mungkin nak tak nak terpaksa cari duit tambahan atau pinjam orang lain, tapi bila dah hutang, maka lepas ni dah tambah beban pula untuk bayar hutang.

Tapi benda2 ni sebenarnya tak jadi isu pun, sebab tanpa dia cakap pun aku tengok ramai je orang yang tak dapat pulang ke kampung terutama yang jauh kerana tidak cukup duit untuk balik. Yang ada duit pasti akan balik walau jauh sekalipun.

Cuma ada juga yang bila raya tak balik kampung, tapi mereka tak balik kampung biasanya bukan sebab takde duit ke apa, tapi sebab mereka memang tak nak balik kampung waktu raya dan lebih suka beraya kat rumah sendiri.


4. Dan apa yang dia cakap kalau tak balik kampung tu dapat menjimatkan duit minyak dan tol tu bagi aku memang betul, sebab bila dah tak berjalan jauh tu memanglah menjimatkan. Namun dari segi perasaan dan emosi pasti akan sedih dan pilu bila tidak dapat pulang berhari raya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara, malah ibu bapa di kampung pasti akan turut bersedih kerana anaknya tidak dapat pulang ke kampung.

Tips tidak pulang ke kampung pada hari raya itu mungkin sesuai untuk sesetengah orang, namun aku pasti ia tidak sesuai dan langsung sukar untuk dipraktikkan dalam majoriti masyarakat Melayu.


5. Pada point ketiga pula, dia ada cakap kalau dah ramai2 balik kampung mesti nak tidur hotel sebab rumah mak bapak sempit maka belanja bertambah. Bagi aku point ni dia tak boleh generalize semua orang balik kampung nak tidur hotel, sebab tak semua pun balik kampung nak tidur hotel malah yang nak tidur hotel pun bilangannya sedikit.

Dan orang yang memang nak tidur hotel tu pula, aku pasti dia antara orang yang tidak akan merungut pasal kewangan dan perbelanjaan sebab dia tahu dia memang mampu tidur hotel, sebab tu dia memang nak tidur hotel. Kalau dia takde duit, takde nya dia nak pergi tidur hotel.


6. Akhir sekali, pada pendapat aku, setiap orang mempunya pendapat dan pandangan yang berbeza. Beliau hanya menyatakan dari sudut pandangan beliau yang merupakan seorang pakar mengurus kewangan peribadi, dan bukan dari sudut motivasi kekeluargaan, ekonomi negara, hukum agama dan sebagainya, malah beliau bercakap dengan cara yang lembut, tiada maki hamun dan hina sesiapa.

Kalau kita ada pandangan yang berbeza, maki hamun bukan caranya. Kita boleh sahaja menulis pendapat dan pandangan kita di FB, di blog, di mana2 tanpa memaki hamun. Malah kalau rasa nak berbahas dengan beliau, boleh sahaja pergi ke FB nya Syed Abd Aziz Al-Qubra dan pergi berhujah dengan beliau.

Maki hamun bukan sahaja tidak boleh meningkatkan pendapatan anda, malah GST tetap jalan, matawang masih merudum, tol tetap akan naik. Sebab tu orang cakap orang Melayu ni makinya kuat, tapi kayanya tak kaya2 jugak.

Sumber.




tags: spm selamat pagi malaysia tv1 rtm tonton online stream watch segmen celik kewangan gaji oh gaji 2 julai 2015 syed abdul aziz al qubra pengarah creative trainers sdn bhd kawal persepsi ekonomi jangan tidak pulang kampung

22 ulasan:

  1. tapi ak masih x setuju hubungan keluarga penting kalau ini pun ambik remeh temeh kelak.. sendiri susah gaknak menyesal mintak tolong keluarga lain gak... tapi bila dengar overall kalau dah fanatik pusing mana pun boleh janji jilat selagi boleh buat2 mcm x nampak menjilat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ckp apa ni? pening aku baca

      Padam
    2. Jika anda macai yang bijak, sila jawab soalan ini dengan betul:

      Sedang anda berjalan-jalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor ular, seorang keling, dan Najib Razak serentak. Siapa yang patut anda bunuh dahulu?

      Pemenang akan mendapat hadiah beraya di rumah sendiri tahun ini. Selamat mencuba!

      Padam
  2. Tp sy akui bila time raya...mmg byk pakai duit kalau ikut trend terkini:

    1) kena balik kampung, bajet tol minyak kena ada..lagi jauh lagi byk pakai duit
    2) nak bagi duit raya kpd parent, sanak sedara..kena standby beberapa ratus
    3) kalau balik keluarga atuk/nenek..sure ramai sedara, so berebut dapat bilik..sure kena tido hotel utk beberapa hari. Kalau balik rumah parent, selalu bilik dah ada
    4) Beraya selalu beli baju baru utk sekeluarga, at least satu pasang je masa raya pertama..tp suami x kisah pakai baju sedia ada, isteri mesti wajib beli..pas2 kena sedondon anak beranak
    5) Beli kuih raya beraneka jenis..sure RM100-200 habis
    6) Ni x wajib..tp maybe kena beli sbb nak nmpk meriah...mercun n bunga api

    Kat atas ni benda yg popular...lum benda lain...tp kita assume semua kos 1-6...sure rm1-2k diperlukan. Melainkan mereka dah saving tiap2 bulan sempena raya atau mmg syarikat bagi bonus masa raya, xpe la gak. Bg yg gov staff yg ada extra RM500 atau swasta yg xkn dpt bonus masa bulan tersebut...fikir2 mana la nak cari duit. Seo terpaksa pakai kad kredit dahulu..time bonus cover balik.

    Tp fikir2kn balik..kalau kita x balik kampung n x celebrate raya...sure kos 1-6 dapat dikurangkan secara signifikan. Cuma samada hati 2 jenis hati kering ke x je la....tp kalau bg sy yg gaji cukup2 makan utk sekeluarga tiap2 bulan..mana la nak cari duit lebih utk raya..x cmpur GST n minyak naik ni....

    BalasPadam
  3. mana leh tak blik kampung.. sedihhh hehehe

    BalasPadam
  4. nasiblah kalau jadi melayu miskin, lebih malang datang dengan package bodoh(pelajaran tak tinggi, tak berilmu). takda duit jangan raya, jangan balik kampong.

    BalasPadam
  5. Kesian mak ayah kita..besederhanalah dan amalkan sikap suka menabung sedari awal tahun lagi..

    BalasPadam
  6. Ini jadi sebab semua orang keja kat bandar.

    Tinggalkan negeri asal sampaikan negeri asal mundur.

    Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri.. a total bullshit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takda masalah pun kerja dalam kampung sendiri atau kat negeri orang. yang penting ada duit untuk pulang raya. masalah sekarang orang melayu miskin, nilai duit makin jatuh. malah dapat gaji awal pun jadi isu bagi orang melayu. nampak sangat melayu takda duit nak surivive melainkan mengharapkan 25hb saja. sudahlah takda duit, cadangan yang datang pula makin bodoh. bertambah bodoh la melayu.

      Padam
  7. Slm. Setuju ngan PON, nak tegur ke tak setuju biarlah beradab. Sebabkan internet semua orang ada hak bersuara tapi biarlah dengan betul sekurang2nya berani letak nama, komen pakai 'tanpa nama' tak layak di layan. Kena berani tanggung apa yang ko cakap kalau tak jadi cam syaitan je le... You are what your religion is. So komen cam setan ko punya agama pun tahap tu gak. Pasal komen jangan balik raya tu pendapat dia, sapa suruh ko ikut kalu tak nak... Tak suka diam le kalu tak pun buat le video.... Post kat you tube.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pon bkn guna nma betol..muka pon xde..sembang..

      Padam
  8. Aku nak kongsi pengalaman aku..Dulu bila tahun pertama aku kawin, aku rasa beban sangat masa raya..dan aku bincang dengan bini aku, camne nak hadapi raya yang seterusnya plak lepas ni..

    Jadi tiap bulan aku simpan 50dan bini aku simpan 50..portion khas untuk raya..atleast bila nak raya aku ada paling kurang 1200..boleh la topup sikit2 mana2 yg patut..

    Pastu aku up sikit kepada 100/100..dan sekarang aku simpan 150/150..baju raya anak lepas, duit raya pun lepas..belanja nak jalan beraya macam minyak/tol lepas dah..kalau xcukup pun cuma tambah sikit2 je...

    Yang penting cara kawal perbelanjaan..kalau semua nak harap income sebulan guna untuk persiapan raya confirm xcukup..

    Korang ble mulai bulan 8..sebagai persiapan raya tahun depan..dapat sikit pun xpe..dari takde langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus awak ni pandai bajet. Kebanyakan orang yang saya jumpa memang ada masalah menguruskan kewangan.

      Padam
    2. Great minds think alike...

      Padam
    3. Great minds think alike...

      Padam
  9. Pakar motivasi kaki kipas gov! Sbb tu cakap ikot sedap cm maslan. Motivate la rakyat ni dgn cr extra money utk raya. Bukan nye xyah balik raya. Sengal

    BalasPadam
  10. Yeke ada duit pasti balik. Gua pun ada duit tapi xdpt blk gak sbb kerja. Acaner tu??? Xsuma xnak blk sbb mls nk blk. Yg rata2 xblk sbb tuntutan tugas especially polis, tentera, bomba, & health worker..

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. masalah skrg ni,ak nk lari dari drive bawak kete nk jimat petrol...skali tambang bus dah naik la pulak....jilakee betoi...

    klau ikut bajet ak,(pudu -> sg.siput utara)
    tambang bus rm23 x 2orang = 46 (cincai kira rm50) untuk pergi sahaja dan kalau pergi balik maka jadi lah rm100 + tambang bus sampai kampung rm2.50 x 2 = rm5.. kiraan kasar.

    kalau naik kete minyak dalam rm45 (saga flx sv)(lebih kurang la) + tol rm28 = rm73, maka kalau pergi balik dah jadi rm146..kiraan kasar tak termasuk jem...


    -petai

    BalasPadam
  14. Aku simpan rm150 setahun sebalum raya berikutnya..jadi tak de langsung masalah perbelanjaan utk raya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.