Halaman

Khamis, 23 Julai 2015

Kisah Raya: Aktiviti ziarah VS melepek depan TV

Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je.


Kalau rumah cikgu ke atau rumah orang berada sikit, dapat la dua posen atau rekod saya lima puluh sen satu rumah. Itu macam dah kena loteri masa tu. Tak cukup jiran kampung sendiri, boleh pulak seberang ke kampung sebelah.

Tapi anak-anak kita sekarang, bukan kata nak bertandan ke rumah jiran, kita nak bawa pergi rumah saudara mara pun tak mahu. Semua nak melepek kat TV tengok rancangan TV sempena hari raya.


Sumber cerita2 daripada FB page Ada Sesiapa Yang Zaman Kanak-kanaknya di Tahun 80an & Awal 90an.




5 ulasan:

  1. Baca ni teringat pasal budak2 yang selalu dtng kat kampung ramai2 waktu raya nak beraya a.k.a "duit raya" haha

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. zaman dulu pun ada jer yang tak nak berjalan ke rumah rumah orang duduk melepak nonton sarkas lepas semayang raya. bak kata za'ba, perangai bergantung pada diri sendiri. nothing to blame the past or the future.

    #withagecomewisdom

    BalasPadam
  3. ade je lg budak2 nk beraya skrang, sbb dpt duet raya yahooo

    tp yg best mak aku suruh dorang bace al fatihah dulu nk test.

    BalasPadam
  4. Ok.. khalas... mcm boring je post sume citer raye... jom admin2.. back in business...

    raya..raye juge.. lain2 info kalau ade lagi menarik rasenya nak mbaca blog BO ni... oh.. tlupa plk.. slm idulfitri smua...kemaafan jika ada yg nak dimaafkan...trima kasih!

    BalasPadam
  5. Dulu dulu time raya jer ada citer sarkis da dlm tv

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.