Halaman

Ahad, 19 Julai 2015

Kisah Raya: Seronoknya raya zaman kanak-kanak

Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali. Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah. Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.


Apabila diimbas semula, ternyata zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan bagi sesiapa pun - kecualilah bagi mereka yang kurang bernasib baik. Yang jadi mangsa dera, mangsa perceraian, mangsa pengabaian ibu bapa dan sebagainya. Dan, keseronokan waktu bulan puasa serta hari raya adalah keseronokan yang tak terhingga bagi kanak-kanak. Apalagi kalau hari raya tu jatuh waktu musim cuti sekolah.

"Dam, dam, dum... bunyi mercun. Kanak-kanak datang berduyun-duyun". "Miskin kaya memakai baju baru warnawarni....", "Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong". Semua lirik-lirik ini menggambarkan betapa seronoknya menyambut hari lebaran. Setiap kali berkemundang lagu-lagu nostalgia ini, setiap kali itu jugalah, secara automatik pastinya minda kita mengimbau semula kenangan 10, 20 atau 30 tahun lepas.

Sewaktu zaman kanak-kanak saya dulu, pada tahun70an. Meriam buluh belum diharamkan. Mercun pun. Kadang-kadang pakai kabaid untuk buat meriam. Asal masuk ramadhan, memang setiap petang dan malam selepas terawih, bunyi dentuman meriam bersahut-sahutan tanpa henti. Seolah-olah berlawan antara satu kampung dengan kampung sebelah. Biasanya waktu malam kalau bulan Ramadhan memang semua orang kampung berkumpul di surau sembahnyang terawih. Syoknya makan mi rebus moreh. Apalagi, kita ni anak orang susah. Jarang-jarang makan mi rebus yang ada daging, ayam, udang dalamnya. Tapi, kalau moreh, mi rebus, roti jala, mi goreng dan sebagainya memang mewah. Selain makanannya yang sedap, barang kali itulah nikmat yang Tuhan bagi sebab makan selepas sunat terawih.


Malam-malam, kalau bukan pasal Ramadhan memang tak boleh nak ke mana-mana. Memang waktu untuk menelaah buku pelajaran. Tapi,istimewanya bulan puasa, kanak-kanak dapat lesen besar. Lepas sembahyang terawih, selalunya kami berkumpul ramai-ramai. Macam-macam permainan, polissentri, main sembunyi-sembunyi dan berbagai-bagai lagi. Dulu, ibu bapa tak risau anak main-main tengah malam. Bukan ada orang jahat pun. Paling syok kalau7 malam terakhir. Semua rumah di kelilingi dengan pelita terang benderang.

Sebelum pengharaman mercun, memang meriah pesta bunga api dan mercun ni. Teringat pulak masa tahun 80an, umur dah remaja. Teknik bermain pun makin tambah brutal. Bayangkan, tiap-tiap malam main perang macam Iran-Iraq dulu. Pakai mercun lidi dan mercun telur. Memang kita tak sehebat seperti mat rempit zaman sekarang. Tapi, sempatlah juga rambut hangus dan kepala berasap kena mercun lidi. Kerja bodoh tapi memang seronok.

Tapi, sekarang ni. Kesian saya tengok anak-anak saya. Duduk kawasan perumahan, bandar besar macam KK, nak keluar rumah pun takut-takut. Kita pun tak bagi. Kalau balik kampung barulah mereka seronok sikit. Kita sendiri pulak, bila hari raya, perasaan seronok tu bercampur baur dengan perasaan berdebar-debar. Seronok kalau dapat jumpa semua adik-beradik dan sahabat handai. Tapi, bedebar-debar memikirkan bajet yang mungkin banyak lari selepas raya nanti.




2 ulasan:

  1. 1st lagi! !

    Yg sy tau..excitement sbnr zaman skrg bukan mcm dulu, berani main bermacam2 jenis game outdoor n mercun bagai....tp zamn skrg excitement dgn LIKE n ramai comment dgn gmbr raya yg recently post. Klau x tgk update post kita, at least baca news feed member2 kita. Jgn ckp budak2, org dewasa pun sama.

    Kalau company jenis bg bonus sebelum raya ( company kecil melayu)...mmg seronok la beraya x perlu risau bajet. Ada state gov bagi sebulan bonus lagi seronok. Utk 2-3 tahun ni, staff gov dpt rm500 kira nasib baik..tunggu nak dkat PRU dpt lebih.

    Yg sy tau..ramai sedara sy berkorban diri jadi kari ayam kampung masa raya..nsib baik dduk afrika..haha.

    BalasPadam
  2. ahh damn aila ni lelaki rupanya haha2 kesian anon haha2 selamat hari raya semua kawan2 dan blogger yang ak benci selalu~ x lupa ayam yang merapu~ tapi yang penting kentut selalu kat anon~ Prooooooooooooo0o0o0o0o arghhhhhh~~~ lega bak hang

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.