Halaman

Rabu, 15 Julai 2015

Penjaga parking haram yang menindas kaum sendiri

Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.

Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."

"Dah kenapa?" Aku tanya.

"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.


Gambar hiasan

"Dah. Aku tak nak bayar." Aku pun hidupkan semula enjin dan keluar dari parking.

Aku parking jauh sikit daripada Uptown. Dekat 500 meter juga. Depan rumah kosong. Keluar je kereta, datang sorang lagi mamat.

"Bang, parking sini kena bayar RM5."

Ini celaka.

Aku pun try nak buat cerita. "Bro, sebelah ni rumah mak cik aku. Takkan aku kena bayar kot?"

"Rumah mak cik ke, pak cik ke, abang kena bayar jugak sebab dah parking area sini."

Hati aku panas.

Aku hidupkan balik enjin, dah blah dari situ. Dalam hati aku, takkan sesen pun aku bagi duit kat lanun-lanun macam ni.

Aku parking lagi jauh. Dalam 1KM juga daripada Uptown. Ingatkan dah lega.

Rupa-rupanya datang jugak dua lagi mamat naik motor, dan kata pada aku,

"Bang, RM3."

Ini sudah lemak. Kalau ikut kawasan radar askar, tempat ni memang jauh daripada Uptown yang hendak aku tuju.

"Korang ni dari mana? Kenapa aku kena bayar kat korang?"

"Ini arahan ketua tempat ni bang."

"Ketua dia siapa? Datuk Bandar? Menteri? "

Saja aku tanya walaupun dah tahu dah ketua apa yang dia maksudkan.

" Kalau abang tak puas hati, abang boleh jumpa dia. Nama dia xxxxx. "

Aku malas nak bertekak, aku pun kata,

" Dah. Aku malas nak parking sini."

Dan dia boleh menjawab, "Sukati kau la bang. Ramai lagi nak parking sini."


Kali ni dah tiga kali aku alih parking tempat lain.

Demi Allah, aku takkan bagi sesen pun kat diorang ni. Aku siap fikir nak balik ke bilik, tapi masalahnya, aku nak beli baju.

Tak sampai 50 meter dari tempat parking aku tadi, nampak satu tempat parking yang ada pondok pengawal.

Bayaran masuk dia RM1.00 sahaja sekali masuk. Tempat dia sama jauh dengan tempat aku parking last tadi.

Aku pun masuk, kemudian tak sampai seminit, terus dapat parking.

Kau bayangkanlah ya. Waktu-waktu musim perayaan begini, ada pihak yang ambik kesempatan untok tibai duit orang daripada bayaran parking.

Masalahnya, orang yang dapat duit banyak-banyak ni, bukan sesiapa. Duit tu disalurkan hanya untok poket dia sahaja. Buta-buta malam ni, boleh dapat dalam RM2000-RM5000. Kau ingat halal ke duit macam ni?

Ni nama dia penindasan. Menindas orang yang perlukan parking untok beli barang. Kau tak ada hak nak ambil duit aku. Kau tak ada hak nak kutip duit parking. Kau tak ada hak ke atas tanah yang kau caj RM3 dan RM5 tu.

Tapi yang ironinya, semua pemintak duit parking tadi adalah,

MELAYU.

Ya, bangsa Melayu. Aku kenal Melayu macam mana sebab aku pun Melayu.

Kalau semalam kat Low Yatt, dok bising pasal orang Cina menindas orang Melayu.

Ni orang Melayu tindas orang Melayu ni macam mana nak cerita?

Aku paham la ada sesetengah daripada kita ni kononnya nak berjihad melawan orang kafir lah, bangsa penindas lah, tegakkan khalifahlah.

Tapi masalahnya, kau pun menindas orang. Yang sedihnya, kau menindas bangsa kau sendiri. Lagi sedih, entah kau fikir ke tidak bahawa kau menindas saudara seagama kau sendiri!

Aku sedih gila kot. Aku bayangkan tadi, kalau ada Cina mintak aku duit, mesti ramai orang Melayu kata diorang ni buat kerja haram. Tapi kalau orang Melayu buat, secara automatik benda tu jadi halal.

Aku tengah panas lagi pasal benda ni. Tapi aku panas macam mana pun, aku nampak ada je polis lalu lalang situ. Tapi diorang buat tak nampak, atau memang betul-betul tak nampak kegiatan haram kat area Uptown tadi.

Aku harap, suatu hari nanti, Tuhan akan jatuhkan azab ke atas golongan penindas bangsa sendiri macam ni.

Sumber FB Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif.


* * * * * * * * * *

Bani Melayu ni kalau kena tindas dengan bangsa lain bukan main berapi siap nak gaduh bagai tapi tak sedar berapa ramai orang Melayu yang kena tindas dengan bangsa sendiri. Kan bagus tenaga dan semangat yang sama seperti yang ditunjukkan pada malam tempoh hari disalurkan dalam bentuk memperkukuhkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan dakwah ke jalan yang lurus.





tags: jaga parking tempat letak kereta haram minta duit kena pow melayu tipu tindas bangsa kaum sendiri

13 ulasan:

  1. kalau dah rasa kena tindas repot lah sama tok kadi.

    BalasPadam
  2. ramai lagi melayu di kalangan kenalan aku yg masih mempertahankan bangsa sendiri x kira apapun.
    menyampah dah rasanya.
    masalah org melayu ni mudah lupa dan x fikir panjang. nak kata cina menipu? berapa banyak melayu kena tipu dgn MELAYU ISLAM? nak kata kaum lain tindas melayu? habis, penguatkuasa dan pemerintah yg tindas golongan pekerja dan peniaga kecil tu semua cina ke? melayu juga kan?

    aku x faham apa faedah melaung2kan semangat pertahankan org melayu ni. makin dilaung, makin nampak kejahilan diri; jahil ilmu teknologi, jahil kebenaran. nak salahkan kaum lain juga ke?

    melayu ni macam ayam kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya, mana-mana tempat pun ada macam ni. Huhuhuhu. penguat kuasa pun macam tak nampak. Huhuhuu

    BalasPadam
  4. Mana abang long kawasan, ayahanda persatuan..kasi gempur ni parking lot issue, x kisah kawasan rm5 dan rm3, kita gempur kaw2...panggil keyboard warrior buat liputan sekali. Tunggu drpan kedai mamak..suruh ketua kawasan dtg jumpa mengadap....tp ni semua xkn berlaku kalau yg menindas ialah melayu sendiri sdgkan isu penindasan yg sama je.

    Benci org yg racist sbb semua kebencian, sangka buruk akan wujud dalam diri sedangkan kita semua manusia biasa. Even sorg buat taik sekalipun bukan tanda semua kaum dia sama gak taik. In other words, once we become racist. ..we lost our COMMON SENSE!!

    BalasPadam
  5. downton cheras..

    BalasPadam
  6. Aku rasa elok hentikan polemik bangsa. Jika yg bersalah itu muslim atau apa2 sekalipun, x perlu kaitkan dgn bangsa atau agama. Yg bersalah adalah segelintir individu yg menjadi manusia celaka.

    Buang segala pengenalan bangsa dan agama. Pesalah x pernah pikir pun dia apa babgsa mahupun agama nak commit crime. Mengapa bila saja kantoi, kita sibuk kaitkan dgn bangsa dan agama pesalah?

    Bullshit la.. kata benci racist.. tapi artikel racist bersepah2 menyembah keagungan bangsa masing2.

    Hentikan artikel sebegini racist. Tiada guna membela bangsa. Yg cuai ialah individu atau manusia. Cari satu titik kemanusiaan dulu utk selesaikan atau bincangkan isu. Nak kaitkan agama, elok buat blog agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isunya di sini memang mengenai bangsa Itu sendiri. Persoalannya mangapa wujud double standard dalam Hal penindasan Dan penipuan? Mengapa Kalau cina tipu melayu tercetus Rusuhan yg menimbulkn sedikit ketegangan, pelbagai spekulasi Dan isu yg Timbul. Mengapa Kalau melayu tipu melayu Tindas melayu sendiri Tiada impak yg Sama?Sbb dia melayu aku pun melayu?Mcm tu?

      Padam
    2. Fuh..aku pun fikir bends sama..tak kisah lah org yg love atau hate.. Am nmpk ada yg xsuka hate kaum tapi suka sangat mengangkat satu2 kaum yg lain...

      Padam
  7. Penulis blog penuh dengan prejudis. Berpijaklah pada bumi nyata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape tak boleh tegur bangsa sendiri ke?
      bangsa lain buat hal kau menyalak sampai demonstrasi..
      bangsa sendiri buat hal kau sokong membuta tuli..
      kalau cina india tegur orang kita, kita emo membuta tuli..
      jadi siapa lagi nak tegur bangsa sendiri?
      siapa lagi nak tegur untuk kemajuan bangsa sendiri?
      Bangsa lain tegur kau kata racist..
      Jadi apa masalah nak tegur bangsa sendiri?
      kalau tak ditegur kau nak biar bangsa sendiri bernanah baru nak mengadah?

      Padam
  8. Ni bising2 pasal parking korang dah bayar zakar ke belum?

    BalasPadam
  9. Zakar tak payah bayar.Allah dah bagi free.tengah pakai.yg nak dibayar zakat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.