Halaman

Selasa, 28 Julai 2015

Walau dapat rezeki sama namun keperluan berbeza

Seperti sudah menjadi satu trend orang yang hidup senang mencela dan memandang rendah orang yang hidup susah, malah dengan bangganya menceritakan pengalamannya bagaimana mereka boleh berjaya dan memandang sinis kenapa orang lain tidak boleh berjaya sepertinya. Hakikatnya, keperluan kehidupan setiap orang itu tidak sama.


Katakan ada 5 orang yang bergaji RM3,000.

A seorang lelaki bujang, seorang anak tunggal, ibu bapanya masih bekerja dengan pendapatan yang agak tinggi. Dia merasakan gaji RM3,000 itu cukup buat dirinya malah ada lebihan wang lagi kerana dia tiada sebarang tanggungan. Malah setiap bulan masih boleh upgrade aksesori keretanya.

B seorang wanita bujang yang baru lepas grad. Ibu bapanya merupakan pesara kerajaan dan mempunyai ramai abang dan kakak yang sudah berkahwin dan bekerja. Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Walaupun gaji RM3,000 tapi beliau langsung tiada tanggungan malah seringkali mendapat duit tambahan daripada ibu bapa dan abang kakaknya. Duit gajinya hanya digunakan untuk simpanan, buat pelaburan, keperluan diri sendiri dan menukar handphone baru setiap 3 bulan.

C seorang lelaki yang sudah berkahwin, isteri tidak bekerja, ada 2 orang anak dan masih ada ibu bapa di kampung yang hidup susah. Dengan gaji RM3,000 memang agak sesak untuk menampung perbelanjaan dan keperluan tanggungan serta ibu bapanya, malah beliau langsung tidak dapat berbelanja untuk diri sendiri.

D seorang wanita bujang yang sudah kematian bapa. Merupakan anak sulung kepada 4 orang adik yang masih bersekolah. Ibunya sakit dan memerlukan rawatan dialisis setiap 3 kali seminggu. Dengan pendapatan RM3,000 itu lah beliau gunakan untuk menanggung adik2nya, rawatan ibunya serta keperluan diri sendiri. Disebabkan kesempitan hidup, beliau tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumahtangga kerana memikirkan nasib keluarganya.

E seorang janda yang telah kematian suami. Beliau mempunyai 2 orang anak dan salah seorangnya adalah orang kurang upaya dan mempunyai penyakit hati yang kronik. Beliau menggunakan gajinya setiap bulan untuk menampung kehidupan sendiri dan juga untuk menanggung rawatan untuk anaknya setiap bulan.


Pendapatan yang sama, memperoleh rezeki yang sama, namun penggunaan dan perbelanjaan setiap orang berbeza sama sekali kerana komitmen dan ujian kita tidak mungkin sama.

Ada orang boleh peruntuk hingga 60% duit gajinya untuk menyimpan.
Ada orang boleh peruntuk hingga 80% duit gaji hanya untuk enjoy sahaja.
Ada orang terpaksa peruntuk 50% duit gaji semata2 untuk buat rawatan.

Oleh itu bila ada orang cakap pendapatan RM3,000 pun tak cukup, tak perlulah kita dengan bangga dirinya cakap "Kenapa aku cukup je gaji RM3,000 sebulan. Kalau aku boleh cukup kenapa dia tak boleh cukup?"

Jangan anggap macam kita ni pernah duduk dalam kasut semua orang.
Jangan kita rasa pengalaman dan kejayaan kita hebat sangat sampai harus dijadikan contoh kepada semua orang.

Ya, kau mungkin pernah diuji dengan kesusahan sehingga akhirnya boleh keluar dari kesusahan tersebut, tapi kau belum diuji dengan kesusahan kehidupan seperti mereka.

Kau belum diuji dengan anak yang sakit kronik.
Kau belum diuji dengan kegagalan organ dalaman.
Kau belum diuji dengan kecacatan kekal.
Kau tidak diuji dengan lahir dari keluarga yang fakir.
Kau tidak diuji dengan ditinggalkan ibu di tepi tong sampah.
Kau tidak diuji dengan lahir dari perut seorang ibu Bangladesh.

Usah bongkak.
Usah mencela.




tags: walau dapat rezeki gaji pendapatan sama nilai tapi namun keperluan perbelanjaan komitmen berbeza tak sama miskin kaya berjaya pengalaman

9 ulasan:

  1. Nice noob, ulasan yang mencakupi semua aspek... rezeki, semua individu berbeza jadi jangan compare, jangan dengki, jangan berkire... bak kata bhai dalam Seniman Bujang Lapul, die punya makan die makan, you punya makan you makan, apa salah makan same2 hehe.

    BalasPadam
  2. itu sebb ada yang complain kekadang orang yang complain psl ni sebb tengok la belakang dia bnayak benda nak di tanggung... cekalak betul si bongkak melayu!

    BalasPadam
  3. dalam banyak-banyak entry, aku akui entry ni paling thorbaik. nice prince of noob. kipidap.
    banyak tersirat dan tersurat, pesanan kepada semua bersedekahlah kepada insan yang memerlukan.


    abang gelojoh

    BalasPadam
  4. Sebab-sebab ini(di atas) boleh ke diguna pakai atas sebab tidak cukup masa.kadang-kadang ada yg comparekan waktu "aku pon kerje, aku pun ada anak, aku pun belajar, aku pon ade class, tapi boleh je datang..."

    BalasPadam
  5. omg, aku pun salu rasa benda yang sama ok. maklumla, sekarang kan trending cite pasal kejayaan memasing. and aku macam, "macam la sume orang sama nasib macam kau...."

    duh

    BalasPadam
  6. omg, aku pun salu rasa benda yang sama ok. maklumla, sekarang kan trending cite pasal kejayaan memasing. and aku macam, "macam la sume orang sama nasib macam kau...."

    duh

    BalasPadam
  7. Klau gaji rm3k hidup bujang atau xde anak...sure rasa mewah lagi. Once ada anak atau komplikasi kesihatan. ..ckp la berapa ribu, still rasa x cukup lg2 dduk kl.

    BalasPadam
  8. ada org pernah kata..bila tuhan bagi org tu berharta banyak,pasti ada benda lain yang ditarik serta kurang dari org lain. sebab tu aku buat bodoh dan dont even care kalau member2 atau sedara gaji besar dari aku, pakai kete besar atau bnyak harta. aku bersyukur dengan apa yang aku ada. gaji aku cukup utk aku tanggung bini dan anak kecik aku. aku pakai kete buatan malaysia je. tak macam kawan2..pakai kete besar dan duit bnyk utk pergi melancong. Tapi aku syukur sangat2, Allah bagi aku isteri dan anak yang elok, mak bapak yang masih sihat utk aku luangkan masa bersama. Org lain duit bnyk..sampai dah tua pun tak kawin lagi. ada org duit bnyak, sakit macam2. ada org duit bnyak, tp mak bapak dah xde dan hidup sunyi.

    Sebab tu aku nak ingatkan diri sndiri dan juga kalian..idup kita tak pernah kurang dari org lain..Allah tu maha adil. susah cmner pun kita, senang cmner pun org lain..masing2 ada qada' dan qadar. Jangan lekehkan kesusahkan org dan jangan menyanjung kekayaan org. Apa yang penting, hargai setiap apa yang Allah bagi kat kita dan bersyukur sebab kita dapat benda tu.

    Senyum..bersyukur..berdoa..dan berserah kepada Allah. Sekecil-kecil nikmat Allah kepada kita, nescaya besar rahmatnye jika kita bersyukur

    BalasPadam
  9. ade kesah mamat MLM sorg ni...ayat dia same je...xpnh ubah..rsnya dia dh hafal skrip ni je kot...haha

    MAMAT MLM :
    " sapai bile hidup nk mkn gaji? sapai bile nak naik kete,moto yg mcm tu...xkn xnk tukaq..xkn xteringin nk duk rmh besar,tgk beg duit berkepuk tebal...duit xpnh putus dlm poket ni..xnk ke jd mcm aku? "

    AKU:
    "xpela..mkn gaji pun..skurg nya aku ade icome tetap tiap bulan,xpela naik moto n kete lama pun..asal ade sudah...org lain ade yg xde kete,moto,teringin jgk nk rmh besar..tp mampu..jd xpela xdpt rmh besar pun..asalkan rmh yg ambe duduk ni dh mampu blindung hjn pns,dan xpyh susah2 tanggung hutang dan sewa rmh...rmh sendiri..esok luse ade duit leh buat besar sikit2.."

    # kite xperlu lah nak tgk org yg atas dr kite..tp tgk org yg bwh dr kite....wlpun sakitht dgr sindiran..buat muke blur je.....dh mamat MLM ni xphm k konsep rezeki dan kperluan..nk wt cmne ag kan..tp sakit jgk ht kite ni wak..klu aku de pistol,dh lame aku tembak mati mamat MLM ni..kikiki.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.