3 jenis lukisan tersebut adalah:
A - Stroke/gaya lukisan komik/kartun Malaysia
B - Stroke/gaya lukisan komik/kartun Jepun
C - Stroke/gaya lukisan komik/kartun barat (kebiasaannya US)
Lukisan2 ini dihasilkan oleh Plain83.
Dan seperti pemerhatian2 aku sebelum ini, maka memang terbukti bahawa majoriti orang Malaysia tak kira generasi, terutama generasi Y dan yang lebih muda lebih gemarkan lukisan komik/kartun berciri dan bermotifkan Jepun seperti keputusan berikut:
A (Lukisan Komik Malaysia) |
B (Lukisan Komik Jepun) |
C (Lukisan Komik Barat) |
Jumlah pengundi | |
Baby Boom | 1 | 1 | 2 | |
Gen-X | 1 | 5 | 2 | 8 |
Gen-Y | 50 | 162 | 52 | 264 |
Gen-Z | 8 | 59 | 5 | 72 |
Gen-A | 6 | 6 | ||
Jumlah undian | 60 | 232 | 60 | 352 |
Sebanyak 61% undian daripada generasi yang terbanyak membuat undian iaitu Gen-Y telah memilih B, 20% memilih C dan hanya 19% memilih A. Ini menunjukkan pengaruh lukisan komik Jepun sudah pun menjadi pilihan seawal Gen-Y lagi, namun yang memilih lukisan Malaysia masih agak ramai.
Namun pada Gen-Z, majoriti mereka lebih cenderung memilih B dengan 82%, berbanding yang memilih A sebanyak 11% dan C sebanyak 7%. Dan jika melihat pada jadual di atas, 6 orang pengundi daripada Gen-A, generasi yang paling muda kesemuanya memilih B, menunjukkan betapa lukisan komik Jepun telah pun menjadi standard lukisan komik bagi mereka.
Berikut adalah peratusan bagi undian keseluruhan daripada generasi Baby Boom sehingga Gen-A. Dengan ini tidak salah lagi bahawasanya lukisan komik Jepun menjadi pilihan utama majoriti orang Malaysia pada masa ini.
Maka, adakah salah para pengkarya tempatan sama ada yang profesional, yang amatur, yang mainstream, yang indie, yang lama dan yang baru ini meniru stroke, gaya atau style lukisan kartun, komik atau manga Jepun ini?
Tidak.
Tidak salah sama sekali, sebab ia pilihan kepada individu itu sendiri. Jangan kata Malaysia, negara2 lain seperti Korea Selatan yang semakin terkenal dengan manhwa mereka sendiri pun meniru gaya lukisan manga Jepun, malah di US sendiri budaya menceduk gaya lukisan komik Jepun ini lebih meluas kerana minat mereka terhadap manga dan anime dari Jepun dan jumlah mereka lebih ramai berbanding dengan orang Jepun yang minat karya orang US.
Yalah, berbanding watak komik Malaysia yang tidak comel, tidak kacak dan kurang realistik berbanding watak komik Jepun yang sangat kacak, cantik, realistik dan bersinar2, maka tidak hairanlah lukisan komik Jepun ini semakin mendapat tempat di hati pelukis dan pembaca komik Malaysia.
Seperti mana kita membeli kereta jenama Jepun berbanding jenama tempatan, itu adalah pilihan kita sebagai seorang pembeli.
Akan tetapi walaupun ia tidak salah, namun ia tetap memberi kesan buruk dan impak negatif terhadap industri tempatan.
Jika semua orang mengutamakan kereta jenama Jepun, maka akhirnya kereta jenama tempatan tidak lagi dapat bersaing dengan kereta jenama Jepun dan akhirnya lingkup. Dan bagaimana industri kereta tempatan ini mahu terus bersaing dan kekal relevan dalam industri automotif?
Daripada mereka mencipta kereta tempatan dengan sendiri, lebih baik mereka ambil kereta daripada Jepun dan rebadge sebagai kereta tempatan demi memenuhi selera dan kehendak orang Malaysia.
Begitu juga dengan industri komik.
Apabila majoriti masyarakat Malaysia sudah lebih suka dan gemarkan komik Jepun, maka pengkarya2 tempatan mula melukis kartun dan komik mengikut gaya stroke Jepun, kerana sama ada dia pun sama turut meminati komik Jepun ataupun terpaksa mengikut trend dan selera pembaca masakini.
Tiada yang salah tentang itu.
Bagi industri komik yang perlu hidup atas keperluan bisnes dan perniagaan, memenuhi permintaan pelanggan itu adalah suatu perkara biasa yang perlu dituruti. Ada permintaan maka adalah penawaran. Supply and demand, perkara paling asas dalam suatu perniagaan.
Dalam perniagaan, jika kita menjual sesuatu yang tidak mempunyai permintaan atau permintaannya terlalu kecil yang selalunya di kalangan peminat/pelanggan setia atau cult, maka kita sama ada syok sendiri atau tidak ambil kisah akan keuntungan dan lebih mengutamakan pelanggan setia.
Jika kita lihat hari ini, selain majalah Ujang dan Apo? yang baru sahaja melabuhkan tirainya, hanya majalah Gila-gila yang beridentitikan Malaysia sahaja yang masih bertahan walaupun kadar jualannya di seluruh negara tidaklah setinggi zaman kegemilangan mereka. Mereka masih hidup pun disebabkan peminat2 setia mereka. Untuk meraih peminat baru terutama di kalangan generasi muda bukanlah tidak ada tapi jumlahnya mungkin terlalu sedikit.
Walaupun beberapa kartunis popular lama seperti Ujang, Nik, Aie, Ubi, Taugeh, Tembakau dan beberapa lagi karyawan akan menyertai Gila-gila yang mana mungkin dapat mengembalikan semula sambutan masyarakat terhadap majalah komik Malaysia itu namun impaknya terhadap industri dan pembaca komik mungkin tidak begitu besar.
Kerana apa?
Kerana majoriti pembaca komik hari ini lebih cenderung kepada komik Jepun!
Ada yang berkata, kami tidak menitikberatkan sangat pasal lukisan komik sama ada ikut lukisan ikut gaya Malaysia atau komik kerana yang lebih penting adalah plot dan jalat cerita, malah jika lukisan komik tu cantik mana pun tapi jalan ceritanya tidak menarik, maka komik tersebut tidak akan berjaya juga.
Namun hakikatnya, lukisan adalah sangat penting kerana ia adalah "first impression" pembaca terhadap karya tersebut. Ini kerana jika di cover depan komik tersebut mempunyai lukisan dengan stroke manga Jepun, maka ia akan dapat menarik pembaca untuk pegang, buka dan baca komik tersebut, dan setelah membaca separuh jalan barulah mereka tahu sama ada plotnya menarik atau tidak, jika plot tidak menarik maka mereka tidak akan menyambung membacanya.
Berbeza dengan komik yang cover depannya mempunyai lukisan dengan gaya lukisan kartun Malaysia, walaupun plot dan jalan ceritanya sangat menarik di dalamnya, namun pembaca takkan tahu pun kerana minatnya untuk pegang, buka dan cuba baca komik tersebut langsung tiada hanya kerana covernya bukan lukisan Jepun. Mereka langsung tiada selera untuk mengetahui isi kandungannya hanya dengan lukisan sahaja!
Sebab itu lambakan komik dan buku tempatan pada hari ini pun kebanyakannya menggunakan stroke lukisan Jepun, dari majalah2 komik, buku komik pendidikan, komik dakwah, lukisan pada kulit buku novel/cerpen remaja dengan lukisan watak perempuan anime bertudung dengan mata besar bersinar2 dan lain2 lagi demi menarik minat pembaca yang majoritinya peminat komik lukisan Jepun.
Tapi jika sekadar minat tidak mengapa lagi, namun yang lebih teruk lagi apabila ada yang merasakan mereka adalah orang Jepun sehingga apabila ada orang memuat naik keratan kartun di bawah dari majalah Gila-Gila keluaran Ogos 2015, ada yang bersorak dengan mengatakan, "Yeay, kita menang!"
Seriously, "kita" menang? Sejak bila kita jadi orang Jepun? Kenapa harus kita bersorak dan gembira apabila komik Malaysia dikalahkan oleh komik2 Jepun? Di mana maruah kita sebagai orang Malaysia?
Tak dinafikan aku juga suka membaca komik Jepun, suka menonton anime Jepun, mahu mencontohi sikap2 baik orang Jepun, namun untuk menjadi orang Jepun tidak sama sekali.
Begitu juga dengan para pengkarya komik pada hari ini. Mungkin mereka terpaksa mengikut aliran dan trend kesukaan masyarakat zaman sekarang demi menarik lebih ramai peminat dan pembaca demi kelangsungan bisnes dan populariti, namun itulah risiko dan realiti pahit yang kita perlu telan. Kita terpaksa menjual maruah dan identiti kita sendiri demi memenuhi kehendak pasaran.
Bayangkan apabila kita tunjuk lukisan kita kepada orang lain atau bawa karya kita ke luar negara, jika kita tidak beritahu kita dari negara mana atau mereka tidak tahu siapa pelukis karya tersebut, first impression atau tanggapan pertama mereka terhadap karya kita adalah "pelukis ini adalah orang Jepun" atau "pelukis ini dari Jepun" atau "komik Jepun ini mungkin dilukis oleh orang bukan Jepun".
Ini kerana sehebat dan secantik mana kita melukis komik dengan stroke Jepun, kita tidak akan membawa nama Malaysia sebaliknya nama Jepun. Nama Jepun itu akan terus membayangi dan menghantui karya2 kita.
Walaupun kita memasukkan elemen2 Melayu dan Malaysia dalam lukisan kita seperti watak anime wanita bertudung berhijab, buat cerita yang mempunyai suasana dan elemen kampung Melayu serta menggunakan pakaian dan senjata Melayu seperti baju Melayu, baju kurung dan keris, hakikatnya ia masih lukisan komik Jepun yang berlatarkan Malaysia sahaja.
Namun sekali lagi, aku tak salahkan siapa2 dalam hal ini, aku cuma beritahu realiti apa yang berlaku pada hari ini.
Cuma nasihat aku, setiap pengkarya perlu mempunyai identiti sendiri, perlu ada gaya tersendiri, perlu ada stroke dan style lukisan tersendiri. Tidak kisah jika anda mahu melukis ikut stroke Malaysia, Jepun, US mahupun Hong Kong, namun pastikan anda lukis ikut gaya tersendiri yang bila orang nampak sahaja lukisan anda, orang boleh tahu lukisan itu anda yang lukis, seperti mana anda lihat karya2 pelukis tempatan seperti Lat, Rejabhad, Ujang, Ubi, Sukun, Gayour, Lambok, Zint, Keith dan lain2 lagi pelukis komik yang bila anda lihat lukisan mereka, anda tahu lukisan itu adalah karya siapa.
Komik karya Lat |
Komik karya Lambok |
Ini kerana jika anda tidak membawa nama Malaysia dalam karya, sekurang2nya anda membawa nama dan identiti anda sendiri dalam setiap karya anda.
Jika anda melukis komik dengan gaya dan stroke lukisan manga yang tipikal dan sama seperti lukisan kebiasaan manga atau anime Jepun, maka percayalah, anda hanya salah seorang klon daripada ramai2 klon yang lukisannya sama sahaja seperti anda. Anda tiada kreativiti, tiada identiti dan tiada originaliti. Anda melukis sama seperti lukisan orang lain dan orang lain pun melukis sama seperti lukisan anda.
Tidak salah untuk menjadikan lukisan orang lain terutama lukisan mangaka Jepun dan anime2 Jepun sebagai rujukan dan untuk pembelajaran, namun anda tidak perlu jadi klon Akira Toriyama, Eiichiro Oda, Takehiko Inoue, Tite Kubo, Fujiko F Fujio, Gosho Aoyama dan lain2 lagi.
Cuba cari satu sentuhan gaya dan style lukisan anda tersendiri terutama bagi yang mahu serius dalam bidang dan industri komik ini. Anda tidak perlu menjadi klon. Dengan bakat yang anda sudah pun ada, aku yakin anda pasti boleh mencari indentiti sendiri jika anda boleh explore dengan mencuba pelbagai style yang baru.
Malah para penerbit komik boleh memberi galakan dan influence terhadap para perkarya baru dan muda untuk mencari identiti mereka sendiri agar industri kita tidak dilambakkan dengan lukisan komik klon.
Berikut antara lukisan komik tempatan yang mempunyai pengaruh komik Jepun namun masih mempunyai identiti dan gaya tersendiri pengkarya:
Komik Awek Aspuri karya Sarah |
Komik Under 18 karya Zint |
Akhir sekali, aku harap industri komik di Malaysia akan berkembang dengan lebih maju namun bukan dengan menjadi sebuah lagi industri komik Jepun sebaliknya industri komik yang apabila orang luar melihat karya2 kita, mereka akan berkata, "Oh, inilah komik Malaysia!".
tags: hasil rumusan keputusan kajian eksperimen survey soal selidik undian lukisan komik stroke gaya style melayu malaysia jepun barat us hong kong manga manhwa vs versus beza ulasan mangaka pelukis komik kartun karya karyawan artist pengaruh influence generasi pembaca peminat pasaran industri seni
Betul. Stroke penting untuk tarik minat. Bertahun saya kumpul kartun mingguan karya Zoy di Berita Minggu (Ayoko; Si Takluk Jagat; Seladang Tunggal) sama seperti karya Jimi (Laksamana Moden).
BalasPadamAgak berbeza stroke Zoy bila kita bandingkan "Ragam Wazata' dengan cerita bersiri seperti di atas :)
salam tuan, saya adalah salah sorang peminat komik zoy, mungkin kita boleh bertukar-tukar koleksi bagi melengkapkan koleksi masing-masing
Padamone piece nak abis .. aku dgar crta 10 taun lagi nak abis .. pehhh lama sial ..
BalasPadamhahaha, yang penting lawa, ikut stroke mana pun tak kisah lah, CP peminat anime, dah tentulah minat kalau karya kita ni ikut gaya jepun, lukisan dorang memang comel :D
BalasPadamDulu masa komik mutiara naga 1st kuar dkt mesia dlm thn 94 95. Siap ada iklan lg dkt tv psl komik ni. Aku membesar dgn komik jepun.. Bkn stakat dbz je komik mcm doraemon & shinchan, misteri naga pun femes time tu. Aku tumpang baca kwn punya dkt sekolah. Nk bli xmampu.. Except komik dragonball rela aku xmkn kantin kumpul duit nk bli setiap bln. Then bila dragonball habis . masuk plak komik hongkong dewata raya alam perwira .. Most ly budak suka sbb warna warni lukisan yg cantik serta plot jln cerita pertarungan luar biasa. Walaupun lukisan lawa ..Komik hongkong ada identiti lukisan watak nya sendiri.. So org leh beza yg mana cina mana 1jepun.
BalasPadamBila era dbz hbs muncul pulak the big 3 naruto onepiece & bleach utk generasi kemudian dari aku...
Apa yg aku perati ... Jln cerita, lukisan cantik, ada warna warni ..poin utama utk org minat sesuatu karya. Mcm mna pun skrg .. Org dh xbeli komik dh sbb leh bacaonline dkt intenet. Komik pendekar laut yg aku nk sgt baca masa sekolah dulu aku leh dpt dgn mudah dkt intenet. Tinggal downlod free .. Ada 3generasi aku ada simpan versi digital .. Tp xtau la ada lg x skrg komik tu dkt intenet..
Komik mesia ni bg aku perlu revolusi la .. Idea komik kelakar dh xramai budak minat. Kalu ada pun otai2 yg pastinya dh berumah tangga beranak cucu skrg. Nk harap bdk2 skrg? Lebih rela hisap vape jadah bli flavor mahal dari support komik tempatan ...
Dulu .. Masa moy masih ada. Aku selalu beli komik blues selamanya. Hanya ni saja yg aku rasa lukisan dia cantik & terbaik & ada ciri2 melayu dgn story yg lain dari idea lawak. Tapi sayang dah berkubur ..
Aku masih meminati baca majalah ujang
BalasPadamyamg penting kita ada identiti sendiri dalam lukisan kartun melayu..
BalasPadambaca ujang ak paling minat part cupin dalam workshop ak suka giler stroke dia detail dan memang ada identiti sendiri cuma hit dia kurang je untuk storyline.... :( yang lain ak layan gitu2 je...dulu2 lawak citer dia la ni paling latest ujang terakhir ak beli ni pun dah kurang lawak.. mungkin sebb aku dah layan lawak gintama sampai nak layan lawak citer malaysia pun rasa slow... tapi boboiboy lawak gila... apa kata diorng belajar dr situ?
BalasPadamsaya sangat menafikan stail atau stroke sesuatu karya untuk menunjukkan identiti tempatan
BalasPadamseperti yang anda cakap, yang penting unsur2 tempatan diserap dalam, bukankah itu yang lebih penting? bukankah unsur2 tempatan menunjukkan identiti??
Saya juga harap bahawa karya tempatan nie tak menjadi klon2 karya jepun sahaja, tetapi permintaan majoriti tak dapat ubah secara senang... kerana karya jepun tidak bleh dinafikan lebih menarik jika berbanding dengan lain2
tapi mungkin kite boleh buat kompromise? stail atau stroke jepun manga ini diguna dan diubahsuai menjadi stroke tersendiri? cuba tengok anime 70s, 80s, 90s, dan sampai sekarang. mungkin stail mereka ubah dan ubah menjadi lebih realistik, tetapi ciri2 wajah digunakan lebih kurang sama, seperti mata yang besar.
itulah inovatif, kawan.
mugkin kite tak leh menjadikan stroke tempatan dikenali secara global dalam tempoh masa yang singkat disbbkan permintaan konsumer. karya2 tempatan ini saya mencadangkan juga mengambil initiatif untuk ke arah inovatif dan mengubah suai. kerana saya rase inilah cara macam mana dunia ini dikerjakan.
kita tak leh mendiami di satu tempat, lepas tempoh hangat telah ditamatkan, kita yang masih dalam tangisan dan menyalahkan keadaan yang sering ubah ini, manakala orang lain yang telah tahu keadaan ini yang telah ubah, juga ubah dengannyer.
yang telah dilepas tidak boleh dikembali, kita hanyer leh tengok depan.
semase tuu, juga harap2 yang terbaik.
salam.
Anime jepun ni yg buat daya tarikan utama sbb awek dlm citer cantik and seksi belake...komik tempatan mana bleh. Scd, story plot. Komik jepun ni satu tajuk mahu bertahun-tahun lamanyer cerita contoh Naruto. Bila dah start baca bak tau kesinambungan, nak tau punya nak tau sampai jd tabiat(xde xleh)...komik tempatan mcm gila2 & ujang tak berkaitan saru sama len.
BalasPadamDlm undian sy memilih B kerana kekemasan.
BalasPadamTp sy meminati gaya lukisan kartunis tempatan.
Seperti lambok yg kelakar. Ujang. Gayour. Aie. Petai. Dato lat yg kartun nya diabadikan pd air asia.
Sy membesar dgn kartunis2 ini. sy juga melukis dgn meniru gaya mereka.
Sy lbeh suka membaca karya apo. Kurang minat karya dr gempak. Lukisan gaya mereka pd sy nmpk kaku wlaupun agak realistik.
bagi aku simple je noob aku xkisah sgt pasal stroke sbb itu cuma hiasan bagi aku..memang menyedapkan mata memandang.. aku pena belek2 komik tempatan macam misi 10A finale. walaupun bukan genre utk aku, tpi ada ada mesej dan penceritaan. pastu plot crita berkembang ada byk character. boleh jadi juga sebagai contoh utk lapisan remaja, mungkin juga faktor yg perlu ditekankan plot penceritaan bagaimana perkembangan jalan cerita. boleh diselitkan lawak tapi perlu juga jalan penceritaan yang serius, maksud aku perkembangan crita. makasi.
BalasPadamanon bersaudara
gua memang tak suka komik orang malaysia yang bercirikan jepun. mungkin waktu memula nak belajar tu okey lah, tapi kalau dah terer mengapa nak lukis satil komikjepun lagi? mata besar bersinar, boobs, seksi, lelaki rambut sepesen.
BalasPadammungkin sbb kalau diberi 'sentuhan' jepun baru mendapat tempat kot.
apa2 hal pun gua bangga dengan kartunis Dato Lat sebab berjaya membawak kartun malaysia termasuk gaya hidup kampung orang malaysia ke serata dunia dgn dialihkan-bahasakan ke pelbagai bahasa :)
Noob, kalau ko nak tahu aku membesar dengan majalah komik dari dulu sampailah sekarang. berlambak majalah yang telah dikumpul.
BalasPadamTerus terang aku tergolong dalam Gen-Y dan komik awal yang aku baca ketika itu ialah Gila-gila, komik-komik dari kartunis Lat dan aku juga suka membeli komik jilid cerita penjelajahan lawak jenaka dari kartunis utusan Rejabhad. Tak lupa juga majalah Bujal yang mempunyai komik dalam tulisan jawi yang banyak pengajaran.
Pada ketika itu komik-komik dari luar masih belum sampai lagi di Malaysia dan kurang penyebarannya hinggalah pada tahun 1988 aku terbaca satu komik hong kong, amat tertarik komik aksi dari Tony Wong dengan lukisan dan warna yang pernuh teliti lagi realistik. Antaranya Naga Sakti dan Jejak Wira. Malangnya penerbitan komik tersebut tidak dapat disambung kerana kurang permintaan.
Kemudian wujud pula komik Doraemon, yang menariknya alat-alat berteknologi canggih yang tentunya agak mustahil untuk dicipta tetapi idea kartunis F.Fujio Fujiko memang melampaui batasan pemikiran manusia.
Dan selepas itu makin banyak komik-komik dari Jepun dan Hong Kong yang telah aku follow:
Komik Hong Kong
1- Jejak Wira
2- Naga Sakti
3- Pedang Setiawan (paling ohsem)
4- Juara wira
5- Alam Perwira
6- Dewata Raya
7- Jengking Merah
Komik Jepun
1- Bola Naga
2- Doraemon
3- Penyiasat Remaja (Young Kedaichi)
4- Detective Conan
5- Naruto
6- One Piece (budak getah)
7- Bleach
8- Slamdunk
9- GTO
10- Pejelajahan Jojo
11- Kenshiro ( Fist of the North Star)
12- Hanada Shōnen Shi (Cerita ala Six Sense tapi sangat kelakar)
13- Initial D (animenya asik aku tengok ulang)
Kalau nak di listkan semua memang terlalu banyak
Memang pada awalnya aku beli juga majalah Ujang dan Apo tapi lama kelamaan akukurang berminat sebab terasa rugi untuk membaca cerita bersirinya. Yerlah cerita bersiri yang aku minat tak banyak dalam majalah tu tapi kena beli kesemuanya. Katakan aku minat cerita Aku Dia dan Volkswagen, rugilah aku kalau hanya baca minat siri tu jer.
Lain pula komik hong kong dan Jepun yang di jual judul karyanya secara berasingan.. Itu sebab aku berhenti membeli majalah Ujang dan Apo. Sepatutnya mereka menjilidkan judulnya lebih awal dan Ujang dan Apo hanya sebagai pengenalan judul-judul.. karya kartunis Contoh majalah Kompilasi Manga Kreko. Awal-awal jer aku beli dan kemudianya berhenti membeli kerana membazir jika hanya membaca Naruto sahaja.
Lagi sekarang banyak komik online lebih2 lagi dari Manga..lagi memudahkan aku untuk membacanya dan foloow dimana jua aku berada.
Komik malaysia secara umum lebih kepada version komedi n santai....x banyak sgt version drama atau adventure series. Kdg2 x semestinya sbb ilustrasi komik jepun lebih menarik yg menyebabkan ramai org minat, tp sy sendiri pun layan komik jepun berbanding komik malaysia...setiap episod komik dikeluarkan menyebabkan kita tertunggu2 utk edisi terbaru next month. Tp sy akui byk komik jepun mempunyai jalan cite lebih menarik, belum cite yg diadaptasi ke TV, lg la super best...tp komik malaysia yg masuk ke tv mcm boleh kira pakai jari..even cite upin ipin pun xde komik pada mula2.
BalasPadamPasal originality, upin ipin adalah satu contoh..cuma maybe sesuai utk genre kanak2...tp kalau versi remaja, still byk copy paste jepun atau barat smpi xde identiti. Tp again...kalau pasaran kecil, mereka malas nak pecah kepala n labur berjuta2 utk just buat satu komik n cite anime TV yg sesuai utk remaja.
Maybe remaja skrg suke layan hentai n ****...version jepun bersepah..sbb 2 undi komik jepun tinggi sbb dah biasa tgk, mane best gambar seksi anime tp x detail..x dpt bygkan lukisan A & C jadi komik hentai...uekkkkk!
ayam yang tidak berkokok tapi berkata-kata
PadamTahniah tuan atas kupasan yang baik.
BalasPadamApa yang tuan tekankan di sini amat menarik.
Tapi,apa yang saya dapat simpulkan adalah, bukan Malaysia sahaja mengalami fenomena kegilaan komik jepun dan anime ini,malah seluruh dunia. Even DC comics juga pernah mengeluarkan komik ala manga serta cartoon network juga pernah menyiarkan kartun ala manga. Ia fenomena global.
Benar dakwaan tuan bahawa kanak-kanak dan generasi baru tidak lagi berminat dengan lukisan stoke tempatan.
Pengkarya pengkarya bisa semuanya semakin hilang seperti perginya arwah Rejabhad.
Saya personally minat stroke tempatan,karya Aza, Nick, Nik, Asan dan Ambo dari majalah gila gila sebab saya membesar dengan majalah itu.
Bagi saya,mungkin jika ibu bapa membelikan anak-anak mereka majalah kartun tempatan seperti Gila-Gila seperti apa yg ayah saya lakukan suatu masa dahulu, cinta terhadap lukisan stroke tempatan akan terus hidup.
Nota: saya juga menggemari stroke anime dan manga,namun tidaklah sebesar cinta saya terhadap stroke tempatan.
Bg aku, xpenting lukis macam mana pun, yg penting tahap kelawakannya. Klu lukis cakar ayam sekalipun tapi lawak gila, aku tetap suka dan minat.
BalasPadamPada saya, komik tempatan ni rata2nya banyak lawak hampeh dan loyar burok je. Berbanding dengan komik negara lain, agak buruk, 'kotor', dan hambar. Sama je macam keadaan negara kita yang penuh dengan sampah-sarap dan kahak merata2.
BalasPadamPernah terfikir tak, kenapa komik tempatan wataknya hodoh2 belaka? Mungkin si kartunis melihatnya sebagai cara mudah untuk membuat orang ketawa. Muka 'kelakar' la katakan. Atau mungkin ianya dilukis berdasarkan 'orang2 tertentu' dalam hidup si kartunis.
Kartun Jepun pun ada watak2 yang muka dan bentuknya aneh dan kelakar, tapi kalau cantik, memang cantik habis. Siapa tak suka tengok wajah yang cantik? Kenapa komik tempatan tak boleh lukis watak yang cantik sekali-sekala? Ini balik2 yang muka yang macam tu je. Yang macam mana? Yang macam tu la. Muka seposen! Design tahap longkang. Cukup setakat untuk buat lawak loyar burok je.
Mungkin tak adil kalau nak dibandingkan dengan komik Jepun. Audience dan kategorinya pun lain. Nak buat cerita menarik sampai berpuluh2/beratus2 chapter tu jangan harap la. So tolong jangan rasa terpressure untuk bersaing dengan komik Jepun. Kalau nak kekalkan style tahap longkang komik tempatan tu kekalkan je la. Tapi jangan salahkan orang2 muda sebab tak nak baca ye.
Satu cadangan saya, buat satu website untuk hostkan komik2 tempatan. Lepas tu letak iklan. Dapat la duit sikit. Kalau nak laku, buat komik yang berkatain dengan isu2 dan politik semasa. Kalau nak harapkan printed punya majalah, memang dah tak laku dah. Nak baca pun takde masa, inikan pula nak harapkan orang BELI? Kalau letak dalam website, at least bolehla orang baca masa duduk atas jamban!
Sebab aku baca komik dr kecik, jadi aku tanamkan satu pemikiran supaya baca dulu baru nilai.
BalasPadamDari situ aku dapat tahu yg komik tak bergantung sepenuhnya pada lukisan.
Yup, strokes dan gaya lukisan mmg penting dlm bagi pengaruh awal, tapi baca dulu sampai habis baru kita tahu isi sebenar komik tu.
Dan banyak sebenarnya manga jepun yg tak perlukan karektor dan lukisan bentuk moe untuk berjaya,
dan para pelukis komik Malaysia pun, daripada butthurt dgn komik luar, baik kaji sedalam-dalamnya macam mana komik luar tu boleh maju. Diorang nak maju bukan sehari dua, siap sekarang ni ada professor lagi dalam universiti manga mereka.
Kita? Ulang lawak sama. Tak lawak putus asa.
Tak laku salahkan pembaca. Masa laku tak nak pulak terima kasih dekat kita. Hahahaha
Salam Noob, aku bukan peminat fanatik jepun dan budaya mereka cuma aku buatkan kesimpulan atas pemerhatian aku yang agak tidak bias ni (-.-).Sebab utama aku prefer baca manga (komik jepun) berbanding dengan komik tempatan adalah 2 perkara.
BalasPadam1.Lukisan yang lebih kemas dan menarik
2.Jalan cerita yang 'out of the box' dan tak cliché
Aku cuma nak tahu pendapat kau tentang manga "Death note" dan "Onepunch-man" dan tengok bagaimana kualiti lukisan dan jalan cerita manga ni. Apa yang pasti genre dan tema yang dibawa adalah menarik dan tidak statik/kitar semula. (Album http://imgur.com/a/zFK5i )
Apa yang jelas ini cuma soal bakat,usaha dan inovasi.Aku dulu suka jugak baca komik style lukisan Hong Kong.Pada pendapat aku stye Hong Kong lebih realistik berbanding jepun.Antara yang aku minat adalah wira tunggal (translate ke BM).
Dan kalau nak bandingkan dengan komik Malaysia... hmmm.. ko fikir sendiri la Noob, dengan stroke lukisanya, dengan backgroundya dengan jalan cerita yang di recycle setiap tahun.Balik balik lawak double meaning, lawak laki bini gaduh nak balik raya dsb.
Jadi aku cadangkan kau baca 3-4 chapter manga2 jepun yang aku rekomen kat atas tu dan mungkin belek belek komik berberapa hong kong yang popular.Aku rasa pada masa tu kau tau kenapa gaya komik mereka dan jalan cerita mereka sangat popular di serata dunia.
Kalau betul kartunis Malaysia bagus, banyak idea, banyak inovasi..buktikan dengan mencipta lukisan yang mantap (bukan style lawak tapi serius) dengan DNA Malaysia dan jalan cerita yang lebih gila dan tak masuk akal tapi menarik.Aku rasa kalau ada wujud komik yang boleh buat aku ternanti-nanti sambungan cerita pada setiap minggu yang dihasilkan oleh karyawan negara then aku akan beli tiap minggu tanpa kompromi.
Tapi apakan daya aku tahu semua tu takkan berlaku :)
Salam,
PadamAku rasa kau salah faham sikit pasal artikel aku ni. Kalau kau baca balik artikel aku tu, aku tak menghentam komik Jepun, malah aku sendiri lebih suka baca komik Jepun. Komik yang kau nyatakan seperti Death Note dan Onepunch Man tu memang aku dah baca, malah aku rasa aku dah pernah baca 100 lebih komik Jepun sama ada yang popular mahupun yang tak berapa popular, dari genre Shonen ke genre Seinen. Aku tak nafikan dari segi lukisan, penceritaan dan sebagainya, memang komik Jepun adalah yang terbaik.
Namun apa yang aku tulis kat atas tu lebih fokus kepada komik kita, terutama pengkarya2 komik tempatan. Aku nak pengkarya kita cari identiti sendiri, kalau tak boleh bawa identiti Malaysia dalam karya, sekurang2nya cari identiti sendiri dan jangan jadi klon mangaka Jepun.
Bagi aku stroke lukisan selain manga juga boleh membuatkan ceritanya bagus. Tengok sahaja macam mana Aie dan Ubi boleh buat komik cinta yang berjaya seperti Aku Hidup Dalam Blues dan Aku, Dia dan Volkswagen, kartunis Puyuh yang berjaya buat cerita anker dan seram, kartunis Puppeteer menghasilkan komik steampunk yang hebat tanpa menggunakan stroke lukisan komik manga Jepun. Tak semestinya pengkarya kena ikut lukisan manga Jepun untuk menghasilkan cerita yang hebat2.
Sebab komik yang dihasilkan orang Malaysia tapi dilukis dalam stroke manga Jepun, at the end ia masih membawa nama Jepun di dalam karyanya. Walaupun tak salah dan terpulang pada pengkarya nak lukis macam mana, tapi aku harap mereka mempunyai identiti tersendiri yang unik dan niche lebih2 lagi bagi mereka yang sudah popular dan berjaya mencipta nama, bukan sekadar menjadi klon mangaka Jepun semata2, kerana mereka adalah ikon, idola, trendsetter dan influencer kepada pengkarya2 lain yang baru dan amatur.
menarik entri ni..kesedaran ttg identiti tersendiri perlu diketengahkan..agar kita tak menjadi generasi yang sekadar mengikut....mahu cipta stail sendiri xmudah..tpi perlu..
BalasPadamMmg perlu ada identiti diri tp biar lah seiring dgn peredaran zaman. Kartunis malaysia kena evolve klu nk terus bertahan pada masa kini dan akan dtg..
BalasPadam#seranggabertaubat
sebenarnye tarikan dan kehebatan komik jepun ini adalah datang daripada " keunikan " jalan ceritanya yang mengagumkan dan bijak mengunakan humor yang tersedia ada serta kepelbagaian plot yang menarik, cuba kita lihat apa yang komik malaysia berikan pada kita? drama komedi lawak humor yang tak abes2 digunakan diulang semula sampailah majalah ujang bankrup, saya bukan nak kata apa, masalah ramai pemuda pemudi yang berbakat melukis komik di malaysia nie tapi macam "disekat" oleh sesuatu entiti, asyik-asyik komik yang berunsurkan lawak je, jangan cakap Lawak Kampus by Keith itu dah memang cara dia sbb lawak dia menjadi, yang sekarang menjadi masalah pd industri komik malaysia adalah kenapa tidak hasilkan komik yang berkepelbagaian macam pelukis/mangaka jepun buat? cuba tengok betapa berjayanya komik NAruto, One Piece dan Dragon Ball di sebabkan jalan cerita yang unik serta mempunyai moral dan nilai yang tinggi macam persahabatan, kepercayaan dan kehidupan, siapa yang minat baca dan tengok One Piece sampai mengalir air mata walaupun orang tu otai or hati kering mesti mengalir air mata punya kalu tengok One piece, sebab nilai nakama or kita panggil nilai persahabatan yang sungguh hebat sampai orang cakap macam mana sahabat2 Rasullullah rasa dulu ketika baginda hampir wafat. dan banyak lagi komik jepun yang unik dari segi gabungan nilai kemasyarakatan serta unsur2 komedi yang menyentuh hal2 semasa dan politik, tengok betapa hebatnye masyarakat jepun, sebenarnya kan kalu jepun tak buat komik pun kalu diaorang menulis cerita,hasilkan novel memang boleh pergi punya.
BalasPadamjadi akhir katanya kat sini, pelukis komik malaysia perlu lah berusaha menghasilkan cerita yang unik bukan asyik2 lawak bodoh je, bukan saya nak bangga kan jepun walaupun saya nie Otaku tp saya sedih dgn industri komik malaysia sekarang, tp masih berbangga dgn artis2 GempakStarz. kalu kamu boleh buat komik yang setanding dengan One PIEce, boleh buat saya mengalirkan air mata pada babak2 tertentu maknanya kita boleh lawan Jepun pd masa akn datang, ingat ini dari segi berani atau tidak je tp jangan putus asa.