Halaman

Khamis, 6 Ogos 2015

Peniaga melayu biadap membusukkan nama melayu

Al-kisah viralnya cerita mengenai sebuah gerai bernombor 7 di Medan Selera Klebang, Melaka oleh 2 orang pelanggan yang berkongsikan pengalaman buruknya dengan peniaga tersebut. Kemudian, lebih ramai orang yang pernah menjadi pelanggan kedai tersebut berkongsi cerita mengenai betapa teruknya peniaga kedai tersebut.



Kisah #1:
Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah, aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera Klebang, Melaka semalam.

Kedai makan yang aku singgah tu tak ada air batu, jadi aku minta izin nak order air di kedai lain. Aku pun orderlah kat kedai nombor 7 ni.

Pekerja dia buatkan air dan hantar satu jug air sirap ke tempat aku makan. Oleh kerana air batunya sikit sangat, aku suruh anak aku pergi kedai tadi, tambahkan air batu sebab dia kenakan harga RM10 untuk satu jug air sirap.

Tiba-tiba anak aku datang balik tanpa jug air tu. Aku tanya 'mana jug air?'. Dia kata tokey kedai marah dia.

Eh? Aku pun pergilah tanya apa pasal. Anak aku nak minum air kan, kenapa pula tak dibaginya air tu?

Bila aku tanya, tokey kedai dan anak dia maki aku kaw-kaw depan customer. Diorang kata 'makan meja mana?'. AKu terpinga-pingalah of couse tak tahu apa sebenarnya yang dia marah.

Aku tanya lagi, 'apa pasal ni? apa yang salahnya? aku bayar kan? apa pasal nak marah?'.

Rupa-rupanya tokey kedai nombor 7 ini tak suka orang order air dia tetapi makan di meja yang lain.

Aku pun naik hantulah sebab anak aku nak minum ni dia pula tak bagi. Sudahlah caj RM10 untuk satu jug air sirap. Habis? Dia rampas air itu separuh jug lagi, dia tak bagi aku habiskan. Dia ambil RM10 yang mana adalah hak aku sebagai pembeli.

Dia maki pula aku depan orang lain tanpa kesalahan yang mana aku sendiri pun tak tahu apa puncanya. Mana etika dia sebagai peniaga?

Aku beritahu suami aku, dia datang jumpa makcik itu dan anak dia. Lelaki aku tanya baik-baik anak dia yang pondan tua nak mampus tu terpekik-pekik maki suami aku. Kurang ajar betul! Suami pula kata nak lapor pada Usop Soroj.

Makcik itu jawab dengan sombongnya, "Siapa Usop Soroj tu? Aku tak takut dengan dia. Dia siapa? Agong ke??"

Ewahh! Betul-betul makcik itu berlagak macam rezeki dia. Dia yang tentukan.

Kau bayangkan betapa keringnya hati dia ambil duit RM10 tetapi aku tak dapat barang seperti hasil yang aku kena bayar. Dia rampas air itu.

Aku merayu dia bagi air itu pada anak aku sebab dia nak minum. Dia halau aku keluar dari kedai depan customer lain tahu tak? Dia terjerit-jerit macam aku ni salah besar.

Itu yang aku tak puas hati. Aku maki dia balik. Aku kata, "Cakap baik-baiklah. Jangan maki orang tak tentu hala!". Dia ingat anak tekak dia je, dia tak tahu anak tekak aku macam mana.

Sudahlah kedai kotor, makanan pula terdedah tanpa penutup. Lalat hinggap pada makanan pun dia jual pada orang.

Mana pergi penguat kuasa? kenapa tak datang pantau dia ni? Tak patut dapat lesen berniaga kalau macam ini punya etika. Buat malu Melaka je kalau orang luar datang dia maki hamun. Busuk nama orang Melaka.

Itu pun tokey kedai tempat aku makan kata sebelum aku kena marah, ada seorang customer dah kena maki sebab customer itu komplen makcik itu bagi nasi berkerak. Makcik itu siap boleh kata,

"TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASI KERAK NI!!"

Korang tengok, betapa kurang ajarnya peniaga kedai nombor 7 ini dengan customer.

Sumber FB Maznah Rahmat.

Kisah #2:
Kedai makan paling cilaka...di dunia...tauke dia makcik si mulut puaka...dah la bayar mahal...sambal sesudu pon nak charge sampai 2 ringgit...pastu ckp kene bayar jga lepas ambil lauk,,takut awak lari x bayar..pastu anak dia lelaki lembik cakap mak kire meja tu,,takut dia org lari...dengan x puas hati..aku dan isteri aku..terus naik angin la...dia plak melawan balik..terus jadi pergaduhan la...dgn amarah saya terus maki dia,,lauk dan pingan saya campak je depan kedai dia...org ramai jadi saksi,,terus bangun, ada yg x jadi makan situ...makcik tu memang kurang ajar...lokasi pantai kelebang melaka..

Sumber FB Alfonso de Lorenzo.


Kisah2 lain dari ruangan komen:
ShAfiq SaPet Mak dia ijau...sial.nya kedai...dia ingat kedai dia bersih ke..kedai tu dh lama sy tak masok...wat geli je...sikap melayu mcm tu la..makan kedai lain pon dia sakit hati..mcm mana melayu nk bersatu...Allah maha kuasa bukan dia....

Turtle Darat Wat report je kak pd penguatkuasa mbmb...smlm sy pun terkena gak..ingat nak mkn kat kdai yg sama...bila tgok je lauk..makcik tua tu pun ckp nasi xde...g la cri kedai lain...mcm tu ckp dgn pelanggan...pd pihak mbmb sila ambil tindakkan kepada owner gerai tersebut....

Far Eeda Memang betul pon mknan dh basi pn dia jual celaka ni.....eh dia pikir tekak dia je besar kuat jerit mrh org ....ni ha tekak aq lg kahau if dh naik angin dia xtau naa

Asni Zam Org kedai ni mmg sy kenal sgt2...suka maki hamun org sesuka hati diorg jew xde adab..1kmpg dgn hubby sy ni..maki hamun tu mmg dh jd *amalan* mulut diorg..xpayah la nk pi mkn minum sana ibarat cm buang duit korang jew kt dlm longkang..kak Maznah Rahmat bersabar yea kak & doakn org cmni dpt hidayah dr Allah swt

Ajep Anna Rabi Saya nasihatkan akk untuk report di hak pngguna dan mbmb...mmng patut di komplen.. sy prnh kena beli x 2 jns lauk sampai rm15... klu dia kering hati kira buta sj mcm tu, sy pon kering hati letak balik lauk tu x hingin sy bayar.. dia x berani marah sy ms tu sbb sy ckp sy buat report kt pengguna awak meniaga mcm ni..

Psyroll Cingkun Jr. Kdai tu mmg,dri dlu smpai skrg cm tu.. Xde smangat jiran brniaga..

Fiza Faizam sebenarnya acik yg pakai apron dlm gambar ni..bukan tokey kedai ni..m.cik ni..hanye perkerja .dan beliau juge seorg ibu tunggal..die pun ade juge mengadu tokey kedai ni selalu maki2 ...sya harap gambar muka makcik ni ditutup agar tidak ada salah faham...kerana gambar ni ditujukan pada no kedai ..iaitu no7...risau jugak..makcik tu nanti kena simbah asid ke...atau apa2 penghinaan...padahal dia hanya pekerja yg x bersalah...tp muka terpampang...org kata dia..

Sinaran Mentari Tumpang lalu, ye gerai no 7 memang wat hal.
Saya dr johor jika ke melaka memang ke sini untuk mkn.
Bayangkan pasal kerusi bayi pun nak gaduh.
At last saya g sebelah hujung sekali.

Dhia Ashira Sy ingt kdai ni x kn diutara kn msk fb akhirnya msk gk bia taw rsa...mlt pki lpas...huihhh...tp choppp...sy geram ngn hamba allah yg mention mlka ni kotor...x smua tmpat hokeyyy...pape pon gerai no 7 ni mmg ptt disita jee ataw diambil lesen niaga nya...

Violet De Roosses Sy sokong...kdai ni mmg bmslh..mslh mental, adab n budi bahasa...memule sy kne..sy msih bsabar mgenangkn makcik tu tua..tpi bile ank branak tu mkin pijak kpala...xde pe yg dpt dsabarkn lagi...pinggan mangkuk die skali sy cmpak ke tepi jln..lpas ni xyah la sesape g mkn situ..bkn nk mjatuhkn org mlayu..tpi mhalang diri dri sakit ati n memaki hamun...


Sumber Cari Forum.

Cuba kalau peniaga yang buat hal tu cina, dah lama dah melayu berkumpul depan kedai tu, tapi memandangkan peniaga tu melayu, maka setakat luahan di Internet jelah yang mampu dilakukan dengan harapan ramai orang akan tahu dan boikot kedai tersebut. Kalau nak lagi bagus, buat laporan pada Tribunal Pengguna.

Aku pun tak tahu kenapa peniaga melayu macam ni boleh berniaga dengan cara biadap dan kurang ajar terhadap pelanggan, tapi peniaga2 macam ni sebenarnya yang kasi busuk nama semua peniaga melayu. Bila berhadapan dengan peniaga melayu macam ni, pasti orang akan geleng kepala dan bagi persepsi dalam kepala, "melayu... melayu..." atau "macam ni lah melayu" dan sebagainya.

Kenapa peniaga melayu tak ramai yang ada kemahiran etika asas dalam perniagaan seperti ini:
  • Jual barang atau perkhidmatan yang berkualiti.
  • Jujur dan tidak menipu. 
  • Beradab sopan dan mesra.
  • Memberi kepuasan kepada pelanggan.
  • Khidmat pelanggan selepas jualan.

Benda ni basic, patut dah ada dalam setiap kepala hotak peniaga. Paling mudah, bila orang datang kedai tu, senyum. Ini muka kelat, tarik muka, macam la kita ni pencuri. Kita ni pelanggan, nak bagi duit yang kita perolehi hasil penat lelah kita bekerja pada korang, sekurang2nya hormat la orang yang nak bagi duit mereka tu kat korang.

Aku harap peniaga melayu yang macam ni berhentilah berniaga. Kalau nak berniaga juga, ubahlah sikap tu. Kalau tak pandai juga, belajar dengan cina, bangla atau pakistan etika berniaga. Kita memang suka ramai orang melayu yang menceburi bidang perniagaan, tapi kita tak perlukan peniaga melayu macam ni.




tags: kedai gerai peniaga medan selera restoran makanan makan nombor no 7 klebang melaka berpuaka kurang ajar biadap maki hamun

9 ulasan:

  1. Ish. saya duk melaka. Selalu jugak pergi klebang. Tapi tak pernah lagi makan kat kedai ni. Sekarang ni dah tahu cerita, sangat confirm saya tak akan makan kat kedai ni. Huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. mak cik sy ckp, ada kala lauk smlm pun dia jual plg meloyakan, ikan berulat pun dia jual... sbb kwn mak cik da terkena... laa i da ttp 2 hari since org da viral kn kat media sosial

    BalasPadam
  4. Tak berkat berniaga camni...aniaya org!

    BalasPadam
  5. Nak meniaga kenalah jujur & pandai layan pelanggan ..ni tak,layan pelanggan mcm apa je,memangla org tak nak pergi dh kedai dia lps ni..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Kita memang amalkan sifat 'cover' kaum sendiri kalau menipu, kasar, biadap.. Semua redha je.
    Saya rasa kalau dah tengok lauk dah nampak basi dan tak elok, terus x payah lagi makan kat situ. Sebabnya, kita bagi peluang sebab sama sama melayu.

    Sepatutnya gunakan hak kita sebagai pengguna..

    *ingatkan diri sendiri juga>*

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Kita memang amalkan sifat 'cover' kaum sendiri kalau menipu, kasar, biadap.. Semua redha je.
    Saya rasa kalau dah tengok lauk dah nampak basi dan tak elok, terus x payah lagi makan kat situ. Sebabnya, kita bagi peluang sebab sama sama melayu.

    Sepatutnya gunakan hak kita sebagai pengguna..

    *ingatkan diri sendiri juga>*

    BalasPadam
  8. Salam semua. Kalau kedai makan tu tak bagus, biadap dsb kenapa masih ramai yg pergi? Adakah sebab dia guna 'pelaris'?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.