Halaman

Sabtu, 8 Ogos 2015

Susu lembu membentuk akhlak manusia serupa lembu

Viral pula sedutan daripada rancangan bual biacara Fiqh Wanita di TV3 yang menceritakan tentang kebaikan susu ibu. Tidak dinafikan susu ibu manusia atau breast milk atau breastfeeding itu jauh lebih baik untuk bayi berbanding segala jenis susu di dalam dunia ini kerana bukan sahaja ia adalah fitrah alam malah dari segi saintifiknya nutrisi yang dibekalkan adalah jauh lebih berkhasiat berbanding susu2 lain terutama susu kambing dan lembu.

Seperti yang kita tahu, hampir semua kehidupan jenis mamalia termasuk manusia juga, setelah melahirkan anak, ibunya akan menyusukan anak mereka. Kita tak pernah lihat kucing beranak lepas tu anak kucing cari ibu kuda untuk menyusu. Ini fitrah.

Sumber gambar FB Obefiend

Begitu juga dengan manusia. Tiada susu lain yang lebih baik untuk bayi melainkan susu ibu. Namun manusia sebagai sebuah organisma yang agak kompleks, terdapat kes di mana susu ibu susah nak keluar sampai bengkak payudara, susu kurang, penyakit dan sebagainya, maka daripada bayi dibiarkan berlapar dan tidak mendapat sebarang nutrisi, manusia telah mencipta dan menghasilkan susu formula daripada susu lembu dengan kajian saintifik sebagai alternatif untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun susu ibu jauh lebih baik daripada susu alternatif tersebut, tetapi sekurang2nya bayi masih boleh mendapat khasiat yang diperlukan.


Namun seboleh2nya cuba elakkan daripada memberi susu formula kepada bayi yang baru lahir sehingga umur 1-2 tahun dan cuba untuk bagi juga susu ibu. Ini kerana susu dari lembu dan kambing, komposisi nutrisinya agak berbeza berbanding komposisi susu ibu manusia. Kandungan protein, kalsium, dan sodium dalam susu ibu manusia adalah jauh lebih rendah dan lebih tinggi kandungan lemak mono dan poli-tak tepu, karbohidrat, folat dan vitamin C yang mana diperlukan untuk kesihatan bayi.

Berikut adalah perbezaan komposisi nutrisi antara susu ibu manusia dan susu lembu dan kambing:

Nutrient Human Milk Cow's Milk Goat's Milk
Calories 172 146 168
Protein (g) 2.5 7.9 8.7
Fat (g) 10.8 7.9 10.1
Saturated fat (g) 4.9 4.6 6.5
Monounsaturated fat (g) 4.1 2.0 2.7
Polyunsaturated fat (g) 1.2 0.5 0.4
Carbohydrate (g) 17.0 11.0 10.9
Folate (mcg) 12 12 2
Vitamin C (mg) 12.3 0 3.2
Sodium (mg) 42 98 122
Iron (mg) 0.07 0.07 0.12
Calcium (mg) 79 276 327

Cuma masalah orang kita terutama para aktivis penyusuan susu ibu ini, bila mereka bagi penerangan dan kenyataan mengenai kebaikan susu ibu, mereka suka exaggerated atau berlebih2an seperti mengatakan bayi yang minum susu lembu akan mempengaruh akhlak bayi dan mereka akan jadi pemarah macam lembu bila dah besar.




Seriously?

Ada kajian yang telah dibuat?
Ada rujukan?
Berapa banyak sampel yang diambil sebagai bahan kajian?
Daripada hasil kajian, berapa ramai orang yang minum susu lembu ketika kecil yang menjadi lembu dan berapa ramai pula orang yang hanya minum susu ibu sejak kecil yang menjadi orang?
Berapa ramai orang yang genius, bijak pandai, berakhlak mulia yang hanya minum susu ibu dan tidak minum susu lembu sewaktu kecil?
PM Najib pula ada minum susu lembu atau tidak sewaktu kecil?

Kenapa ada orang bukan Islam yang minum arak dan makan babi tapi perangainya masih baik?
Kenapa ada orang Islam yang tak pernah minum arak dan makan babi tapi akhlak masih buruk?
Kenapa ada orang yang pernah minum arak tapi akhirnya boleh insaf dan menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa?

Kalau tiada buat sebarang kajian, jangan lah buat persepsi dan andaian berdasarkan "kemungkinan" yang susu lembu boleh mempengaruhi akhlak.

Iman, akhlak dan nilai moral, semua benda tu perlu dididik, perlu disemai, perlu diajar, perlu disemat dalam hati, bukan bergantung kepada pemakanan semata2. Kalau tiap2 hari kau bagi anak kau minum susu ibu dari kecil tapi kau didik dia dengan hiburan, dah besar nanti dia pasti bercita2 nak masuk Akademi Fantasia juga.

Dan kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi?
Maka kenapa kalau DNA lembu masuk dalam badan manusia?
Lembu tak mencuri macam manusia.
Lembu tak makan rasuah macam manusia.
Lembu mungkin tidak berakal, seperti juga kebanyakan haiwan2 lain, tapi teruk sangat ke akhlak lembu?

Ya, patutlah ramai orang perangai macam lembu, sebab DNA lembu masuk dalam badan manusia melalui rendang daging.
Ramai orang perangai macam ikan sebab DNA ikan masuk dalam badan manusia melalu ikan siakap 3 rasa.
Ramai orang perangai macam ayam pula sebab DNA ayam dah masuk dalam badan manusia melalui ayam KFC Hot & Spicy.
Mungkin kita kena makan manusia baru akhlak kita akan serupa orang.

While I'm not against kebaikan susu ibu atau para aktivis ini, malah aku sendiri menyokong kempen mereka, tapi aku harap kalau boleh bagilah penerangan dengan bijak, cerdik dan berfakta sikit. Aku takde masalah dengan perjuangan dan agenda mereka, aku cuma ada masalah sikit dengan kenyataan yang kenyataan dia sahaja. Cuba elakkan daripada memberi kenyataan2 yang boleh mengundang kontroversi seperti kenyataan2 Ahmad Maslan dan rakan2nya:

Ya, punca kebakaran adalah dari api.
Punca banjir adalah dari air.
Punca ribut adalah dari angin.
Punca pemarah adalah dari susu lembu.

Berikut adalah perkongsian bermanfaat daripada seorang penuntut dalam bidang Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul), Universiti Malaya mengenai isu ini:
Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi, Assalamualaikum dan salam sejahtera mudah-mudahan rahmat dan kasihNya melimpahi kehidupan kita, dan mudah-mudahan redha Allah jua mengiringi setiap perbuatan kita dan mudah-mudahan, salah dan khilaf kita diberi keampunan oleh Tuhan

Baru ini saya melihat tersebarnya kenyataan ustazah dalam Fiqh Wanita TV3, mengenai isu DNA lembu yang masuk ke dalam badan kalau minum susu lembu.

Saya menghormati ustazah sebagai seorang yang proaktif dalam memberi pandangan, berhati-hati dalam memberi pendapat, dan tersusun bahasa apabila menyampaikan. Kupasan ustazah dalam bidang fiqh wanita banyak membuka minda wanita yang mengikuti kupasan ustazah baik dalam ceramah, di youtube, dalam buku atau novel dan sebagainya. Ustazah ke hadapan membawa idea yang baik untuk diketengahkan. Saya juga pernah menghadiri mukhayyam yang mana ustazah merupakan penceramahnya, di hadapan pada satu subuh yang hening, berkisah mengenai wanita dan perjuangan dalam Islam.

Atas dasar hormat itu saya ingin mengetengahkan seperkara yang saya lihat ustazah sampaikan telah tersasar dari fakta, meskipun niat ustazah baik dan mahukan yang terbaik bagi orang lain.

Iaitu, ustazah memberitahu mengenai DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi. Bagi saya, kenyataan ustazah ini mendatangkan sedikit kekeliruan, dengan ustazah meletakkan kenyataan ini dalam kondisi negatif kepada semua pihak.

Saya ingin memberitahu ustazah, DNA yang masuk ke dalam tubuh bayi (dalam hal ini saya merujuk susu lembu itu masuk melalu mulut dan oesophagus, kemudian masuk dalam perut ia dicerna, kemudian ke bahagian usus untuk diserap), ia diserap sebagai nutrient, dan tidak memberikan tindak balas kepada DNA manusia kecuali, susu itu mengandungi bahan radioaktif atau bahan-bahan yang merangsang mutasi kepada DNA seperti bahan yang mengandungi proflavin ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Proflavine ), bahan yang mengandungi 5-bromouracil ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/5-Bromouracil ), mustard gas ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Mustard_gas ), hydroxylamine ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/hydroxylamine ) dan lain-lain yang mana ia tidak dicampurkan dalam mana-mana susu yang diproses.

Bahan-bahan yang diproses meskipun kebiasaannya dilalukan dengan ionizing radiation, tetapi ia tidak mendatangkan kesan kepada manusia dan hanya cukup untuk bunuh bakteria sahaja - ia dipanggil food irradiation. Namun, proses bunuh bakteriapada bahan tenusu kebiasaannya menggunakan proses pasteurization (rujuk : http://www.milkfacts.info/Milk%20Processing/Heat%20Treatments%20and%20Pasteurization.htm )

Dengan fakta yang saya sebutkan di atas, mengatakan DNA manusia berubah atau terkesan dengan meminum susu lembu adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada rujukan yang berautoriti dalam bidang sains. Perbicaraan mengenai mutasi dalam tubuh badan manusia merangkumi tulisan yang lebih panjang, cukuplah saya menyatakan bahawa kenyataan ustazah sebelum ini tidak tepat dan perlu kepada rujukan semula.

Saya memahami tujuan ustazah mahu menonjolkan sisi baik mengenai susu ibu dan bagaimana, susu ibu itu lebih baik daripada susu yang lain. Tetapi saya juga berharap agar ustazah juga tahu dan mengambil kira, ada ibu-ibu di luar sana yang tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor biologi, mengambil supplement atau ubat perangsang pengeluaran susu ada pro dan cons -nya yang tersendiri, dan selain itu ubat tersebut mahal bagi ibu-ibu yang tidak mampu untuk membelinya.

Saya berharap ustazah dalam mengetengahkan kelebihan susu ibu, supaya lebih berhati-hati dalam membawakan fakta. Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali.

Saya ingin membawakan rujukan yang saya kira mempunyai autoriti mengenai hal 'breast feeding' dalam laman :-

How Breast Milk Protects Newborns :
http://kellymom.com/pregnancy/bf-prep/how_breastmilk_protects_newborns/

Immune factors in human milk :
http://kellymom.com/nutrition/milk/immunefactors/

Breast feeding: overview and breast milk immunology (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7825463

Transfer of antibody via mother's milk (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12850343

Saya berharap orang lain yang membaca post ini membuka link-link yang saya sertakan, atau setidak-tidaknya 'bookmark' page tersebut untuk rujukan mendatang.

Saya tidak mengatakan, bahawa pendapat saya lebih betul dari sesiapa, baik kepada ustazah sendiri. Saya cuma sampaikan apa yang saya tahu, dan semoga kita sama-sama dapat membaiki silap kita dan saling menegur dengan baik, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi keyboard warrior.

Saya tidak berharap statement saya sebentar tadi di-viral-kan untuk "serang" Ustazah Fatimah Syarha.

Beliau ada banyak sumbangan yang sangat berharga, terutama bagi kaum wanita.

Di saat ramai para ustaz ustazah memberikan pandangan jumud mengenai wanita (dan masih lagi hingga kini), beliau datang membawakan hujah yang lebih meluas dan mengajak kita berfikir, dan berlapang dada kepada yang tidak menyetujuinya.

Saya menulisnya kerana saya tahu beliau, seorang yang berlapang dada dan berfikiran terbuka. Saya meyakini beliau akan lebih berhati-hati selepas ini.

Saya menulisnya secara terbuka supaya orang yang share statement saya tadi, terutamanya, ambil effort untuk baca link yang saya sertakan. Analisis rujukan dan maklumat yang saya berikan. Bagaimana jika saya katakan, yang apa yang saya katakan itu mungkin silap?

Saya menulisnya secara terbuka supaya ramai orang bertindak berhujah secara fakta, secara ilmiah, secara akhlak, dan bukan melakukan character assassination, bukan mencarut dan memaki hamun, bukan sekadar komen mengutuk di page Fiqh Wanita TV3 itu. Kita boleh menulis dengan beradab dan berakhlak tetapi mengapa kita tidak?

Semua orang buat silap. Kita bernasib baik sahaja, Allah lindungkan banyak kelemahan dan keaiban kita.

Dari saya, yang banyak kelemahan,
Syahira Hozami
Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
UM





tags: rancangan bual bicara forum fiqh wanita tv3 kebaikan keburukan susu ibu tetek hisap nenen payudara manusia lembu kambing breast milk breastfeed breastfeeding nutrisi nutrition komposisi khasiat fitrah perangai akhlak dna diwarisi

19 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. dulu masa time skolah kelas agama blajar bab ibu susuan apatah, usatzah pernah cakap skrang dah ramai jadi anak susuan lembu sbb susu frmla kan..lalu kami tertawa..utzah melawak
    tiba-tiba berlarilah segerombolan pelajar nakal melalui kelas kami..dikejar PKHEM barangkali..
    lalu ustazah berkata "tengok, hasil susuan lembu.. ponteng kelas la lompat pagar la.."
    kami tertawa lagi..lebih keras..
    yer ustazah melawakk..hahaha

    BalasPadam
  3. biasa la nub.. ko kan penah ulas pasal pseudoscience.. ni pon salah satu darinya.. kih3.

    BalasPadam
  4. Syokkan kalau dapat menyusu..

    BalasPadam
  5. ni semua salah yahudi. kita sering dimomokkan dengan keburukan susu lembu. Sampai orang tengah marah pon dia ni katakan salah susu lembu. Orang melayu yang malas salah yahudi. Sekarang ni orang melayu mengamuk salah lembu.

    BalasPadam
  6. DNA lembu. Melampau sangat. Tapi bab Stephen Chow cakap kat atas tu memang lawak...itu tak rasa melampau..jadi budak sekolah biasalah nakal. Tapi berdosa menghina manusia menyamakan dengan binatang. Kita tak tahu kita dibangkitkan berupa apa di padang mahsyar kelak.

    BalasPadam
  7. DNA lembu. Melampau sangat. Tapi bab Stephen Chow cakap kat atas tu memang lawak...itu tak rasa melampau..jadi budak sekolah biasalah nakal. Tapi berdosa menghina manusia menyamakan dengan binatang. Kita tak tahu kita dibangkitkan berupa apa di padang mahsyar kelak.

    BalasPadam
  8. DNA lembu. Melampau sangat. Tapi bab Stephen Chow cakap kat atas tu memang lawak...itu tak rasa melampau..jadi budak sekolah biasalah nakal. Tapi berdosa menghina manusia menyamakan dengan binatang. Kita tak tahu kita dibangkitkan berupa apa di padang mahsyar kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 la kak nk komen sampai tiga baris..orang lain nak komen jugak....

      -petai

      Padam
  9. Susu lembu or susu ibu...pd sy kita harus tgk keadaan bayi dan ibu. Sy AMAT PERCAYA bhw se,ua ibu2 dlm dunia ni mahu menyusukn ank nyer tp ada kala keadaan tidak mengizinkn spt yg d sebut d ats. Dan kita jg harus tgk keadaan bayi. Mcm kes ank sedara sy, dia meraung2 n muntah2 ketika d beri susu ibu. Smpi putus asa akk sy. Finally ats nasihat doc ank nyer diberi susu formula wpn usianya br sehari dan alhamdulillah dia x muntah n boleh terima suau formula dgn baik. So,tlg laa jgn buat statement mcm ni kalaupn betul2 nk skg breastfeeding campign...

    BalasPadam
  10. semua salah lembu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Semua salah lembu NFC Kak Ijat!

      Padam
  11. Sepatut nya kak jat yg rembat 250juta duit lembu yg mesti dipersalahkan..

    BalasPadam
  12. Ko x pernah join HPA Noob.. pada derang, sumer produk pasaran ada bercampur babi...bukan lembu lagi.. pada penganut HPA, skrg HPA dah lingkup 90%.. ada la berjalan sikik2..hidup segan mati x mau..mereka berbalik makan produk bercampur babi semula.. haha..

    sengkek giler melayu ni berpikir.. hutang riba kat bank, berduyun2 melayu islam pak haji ulang alik ke mekah gasak amalkan riba.. makan babi jugak jadi isu.. riba punyer hal..dok senyap2.. padahal makan babi 50 kandang pun, dosanya tak seberat riba...

    Hal riba tenggelam terus.. hal lembu pulak jadi biol..

    http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/03/antara-babi-zina-dan-riba.html?m=1

    BalasPadam
  13. X sampai hakikat agaknya admin sengal ni.

    BalasPadam
  14. kot ustazah ni banyak susu...aku pun nak nyusu ngan dia

    BalasPadam
  15. Sy fhm yg dia mengatakan minum susu lembu dpt DNA lembu lebih kepada pandangan sendiri..bukan dr segi saintifik. Kalau makan ayam, daging, ikan..dpt DNA mereka sekali? Pas2 jgn cite dpt DNA haiwan masa bayi, masa dewasa pun diambil kira...

    Pasni kita ramai2 minum susu gantung sbb saranan 'pakar' ni..pas2 makan daging manusia, makan daging haiwan agak mainstream. Tp kesian gak kat 'pakar' ni..sbb tersalah memberi pandangan..terus jadi viral hasil dr org yg rajin buat screenshot ni.

    Bg sy..benda ni isu kecil je...x perlu nak perbesarkan sgt, memaafkan lg baik dr nak menang ego diri sendiri atau nak buktikan yg 'pakar' ni bangang atau bodoh 7 petala langit...biasela kita ni suka menghukum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dgn ayam ini. Dah meh, nak sembelih

      Padam
  16. hihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
    bagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
    saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
    yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
    itulah sebaik-baik kejadian.
    -blogspot : rawatankanser2013

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.