Ya, semua penjual makanan Melayu yang menghisap rokok di premis, kedai, gerai terutama yang terlibat dalam penyediaan makanan tersebut. Benda ni basic gila kot tapi kenapa ramai penjual makanan Melayu masih gagal?
Asap rokok ni dia punya bau memang celaka semacam. Kalau ada orang hisap rokok kat dalam tandas, bila kau masuk kadang2 tak lama mana pun, bila kau keluar baju kau dah melekat bau celaka tu. Sama juga orang merokok kat tangga, padahal kau naik tangga setingkat je tapi bau celaka tu dah melekat kat badan kau dan susah nak hilang.
Aku pernah pergi gerai burger, goreng pisang, air kelapa dan lain2 lagi, aku tak perasan peniaga tu hisap rokok sebelum sediakan makanan/minuman, tapi lepas dapat pesanan, kat plastik bungkusan lagi dah melekat bau rokok jahanam.
Gambar hiasan Program Kesedaran Pemakanan Tidak Sihat. |
Malah ada sekali aku tercakap pada penjual tu, "Saya cakap nak beli makanan je, tak cakap nak pakej sekali dengan bau rokok.", tapi pakcik tu jeling kat aku lalu aku cepat2 blah dari situ. Kalau aku tunggu lama kat situ mungkin dah kena pukul.
Aku memang takkan pergi lagi mana2 kedai/gerai makanan yang penjualnya menghisap rokok di gerai/kedainya. Nak merokok tu merokok la waktu selain masa kau tengah berniaga. Ini lepas kau merokok, kau terus sediakan makanan dengan tangan2 yang tak berbasuh yang masih berbau rokok.
Orang macam ni memang tak pernah belajar adab ke?
Orang Jepun yang majoritinya tak Islam pun tak buat perangai bodoh macam ni, inikan pula orang Melayu yang beragama Islam. Ini baru cerita pasal orang yang merokok atau menyediakan makanan selepas merokok untuk pelanggan, belum perkara2 lain yang seharusnya diamalkan dalam penyediaan makanan bagi menjaga kebersihan dan hygine seperti memakai penutup kepala, apron, sarung tangan plastik serta berkuku pendek dan sebagainya.
Kau nak sediakan makanan untuk orang lain, dan orang lain bayar kau dengan duit titik peluh mereka untuk beli makanan dari kau, maka kau hargailah pembeli dengan makanan yang sedap, bersih dan nilai etika yang baik.
Ini kau bagi pelanggan bau rokok kau, kau ingat mereka suka? Kau rasa mereka nak datang balik beli makanan dari kau? Gunakan otak tu sikit ya, dan kurang2kanlah hisap rokok tu sebab mungkin otak kau dah susah nak berfikir dengan betul sebab dah berjerebu sangat dengan asap rokok kau tu.
tags: boikot penjual peniaga makanan minuman kedai gerai restoran penjaja melayu merokok hisap rokok vape sediakan makanan tukang masak bau busuk
Sah peniaga/penjual ni belum gi Kursus Pengendali Makanan. Semua pengendali makanan wajib hadir kursus- belajar tentang pengendalian makanan yg bersih dan selamat. Boleh didenda kalau takde sijil kursus. (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009)
BalasPadamDetails di http://www.aimisyahirah.com/2011/06/syarat-syarat-nak-jadi-pengendali.html
Padamsalam 1rasuah
Padamaku perokok
KEDEPAN
hahaha... tu belum lagi yg sambil masak hembus hingus lah, korek idung la, main henpon....
BalasPadamAs Salam...
BalasPadamMemang MYiDEAKiNi pun tak suka perokok sbb bau macam hancing....Mcm housemate sorg tu mmg perokok tegar tapi bau blik dia mashaAllah...Naauzubillah....
Nak tegurkan nanti terasa plak sbb boleh fikir kot...Berbanding dengan Vape at least baunya tidaklah seteruk rokok bakau..
Wahhh...sana sini tepek adsense...hehehe..
Anyway datanglah jenguk blog MYiDEAKiNi yer...
Patutnya rokok ni kena jatuh kategori najis, serupa macam dadah, baru la diorang boleh berfikir dengan waras, najis dengan makanan tak boleh campur.
BalasPadammy oppinion, sorry
haha ada la dulu ada coworker baru masuk, pangkat makcik 40 an cmtu. pastu budak2 praktikal masuk, 2 lelaki. Pstu kuar la makan sesama utk pertama kali. Boleh plak lpas makan, makcik tu cakap "korang nak merokok, merokok la"
BalasPadamAku mcm , 'haaa ? apahal makcik ni?? budak2 praktikal ni x kuar pn kotak rokok dorang makcik ni dh offer green light bg merokok, kt tempat makan lak tu?? aku yg pmpuan ni kau x pikir plak xleh bau asap rokok ke ape ke??'
sejak hari tu aku mmg hilang bnyk respek la kt mckik tu yg juga merangkap co-worker... ADOYAI! Ada gak orang prihatin nak bagi orang hisap rokok lepas makan kt tempat awam. ADOYAIII
Makcik tu konon rasa open minded la tu...
Padamopen minded bangang. mmg nk dijauhkan dpt mak mentua macam ni.
Padam