Halaman

Jumaat, 16 Oktober 2015

Abu Hurairah : Penilaian Semula Kepada Pecinta Kucing



Abu Hurairah adalah perawi hadis yang terkenal dan banyak hadis sahih diriwayatkan oleh beliau semasa dalam hidupnya. Gelaran Abu Hurairah yakni Bapa Kucing adalah gelaran yang diberikan Rasullullah S.A.W kepada beliau kerana kasihnya kepada kucing dan tingginya ilmu beliau dalam ilmu hadis.

Biografi Ringkas Abu Hurairah 

*Mesti ada orang kata aku macam-macam nanti sebab quote dari Bible, kan?

  • Banyak sekali hadis sahih dari Abu Hurairah. Aku tinggalkan kepada pembaca untuk mencari dan menilai sendiri dari pencarian korang. 
  • Isu kat sini adalah sesetengah Cat Lover yang mengjustifikasi tindakan membela kucing korang sampai ketaksuban korang boleh dikatakan agak melampau.
  • TAK, tak salah bela kucing sampai beratus ribu pun. Tak salah kalau mampu. Yang peliknya , ada sesetengah CatLover bela kucing dan justified "Eh, aku sayang kucing macam Abu Hurairah."
  • YA, betul. Abu hurairah hidup dia penuh ibadat dan perawi hadis anta paling prolifik dalam Sejarah dan ilmu Islam.
  • Kita kebanyakan dah terbalik. Suka kucing..bela kucing tapi ibadah kita? Korang sendiri boleh menilai diri sendiri.
  • Sampai ada kesilapan dalam empati kepada anjing, siap bela anjing , pergi pegang anjing suka-suka dan paling liberal bela anjing atas justifikasi , AKU SAYANG BINATANG. Kat sini ada yang silap pemahaman dalam dalam hukum Islam itu sendiri.
  • Tapi aku tak nampak yang bela babi atas dasar sayang binatang. Yang pegang dan makan babi dah ramai dah.Melayu ISlam kita sendiri. Niat apa kita tak tau. Biar dia dengan Tuhan je.
  • Cuma bila ketaksuban melampau dalam membela kucing atau pet lain, itu jadi satu macam kesilapan dalam hidup dan ibadah kita.
  • Kadang-kadang kita nak bersedekah kepada masjid, anak yatim seminggu sekali pun susah , tapi bab kucing, sampai ke Madagascar cari baka kucing sebab nak bela.
  • Lagi sekali aku cakap, TAK SALAH.
  • Cuma lebih bagus kita sedekahkan kepada manusia yang memerlukan e.g anak yatim, muallaf, fakir, miskin
  • Sebab kucing adalah haiwan Survival. Keturunan Harimau. Tak perlu risau dia makan ke tidak. Dia tahu nak hidup dan Survive.Tak Percaya? Cuba kau lepaskan American ShortHair kau kat kawasan lapang dan peratikan apa dia buat. Naluri Harimau dalam diri dia akan berkembang.
  • Dan aku tak setuju cara pembelaan kucing dalam sangkar. Nampak kejam dan tidak berperi kemanusian.
Mungkin terkena pada batang hidung sendiri dan ramai yang mungkin terasa . Tapi pada hakikatnya, penafsiran kita sayang kucing atas dasar 

" Aku macam Abu Hurairah, sayang kucing "
" Kucing adalah binatang kesayangan Nabi, jadi aku nak ikut contoh Nabi.."  

perlu pemahaman dan penilaian semula kepada diri aku sendiri dan kita semua.

Salam Jumaat kepada semua.





17 ulasan:

  1. Memelihara kucing itu salah satu sunnah..kerana Rasulullah SAW sendiri sayangkan kucing..cuma,jangan dek kerana melaksanakan salah 1 sunnah,,ibadah yang lain diabaikan..dulukan yang wajib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... elok2 sunnah terus jadi punah lps habis duit beribu2 buat beli kucing

      Padam
    2. aku ada terbaca jual beli kucing ni hukumnya haram.. ada hadis pasal ni.. kalau nk tau lg google je atau tanya kat ustaz

      Padam
  2. Perdu cinta

    tak pernah dengar pun bela kucing sunnah? mungkin harus lebih tepat? nanti akan ada yang kata bela unta sunnah sebab nabi ada unta, maka siapa tak ada unta tak ikut nabi...setahu saya belas kasihan terhadap haiwan itu yang sunnah eg sembelih pisau tajam, jangan asah pisau depan sembelihan, hadis pelacur beri anjing minum, hadis jangan siksa keldai, hadis wanita siksa kucing dll

    BalasPadam
  3. suka org la nak bela kucing ke anjing bkn ko susah pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kucing jiran gi berak kencing kat laman rumah aku, ye mmg aku susah. nak bela kucing bela la tapi pandai bela pandai la jaga, masalahnya ramai yang pandai bela tapi tak pandai jaga sampai nyusahkan jiran lain... bangang

      Padam
  4. Salah ke sayang kucing? Lantak die lah duit die nak buat apapun. Ko dah brp banyak sedekah? Nak sibuk org lain buat apa dgn duit sendiri. Jom cintai kucing dan haiwan. Sabda nabi, barang siapa yang tidak menunjukkan belas kasihan maka tiada belas kasihan kepadanya, hadis bukhairi.

    BalasPadam
  5. :) - Tipikal Meleis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cibai ko popsoul, delete 2 komen, bkn carut pn

      Padam
    2. aku yang delete, bukan popsoul. aku delete sebab kau guna nama orang lain. guna lagi nama orang lain aku padam.

      Padam
  6. Bela kucing boleh tapi jangan sampai gangu jiran, aku geram jiran sebelah rumah tak reti jaga kucing, biar kucing dia berak kat rumah aku, sepahkan halaman rumah aku,aku jarang duduk kat rumah, pernah satu hari anak kucing dia mati kat rumah aku, aku jumpa dah tinggal kulit dan tulang (bau dah macam bilik mayat), bau busuk kucing rumah dia semerbak masuk rumah aku ikut hati rasa nak racun je kucing dia, kereta besar tapi otak kecil, nak bela tu jaga la sensitiviti jiran tetangga.

    BalasPadam
  7. Sbb kucing berak dpn rmh ko. Ko suruh nilai semula cinta kucing? Selfish b*st*rd!

    BalasPadam
  8. Senang cite sygkn binatang la.. x aniaya..

    BalasPadam
  9. :) Ramai orang cerdik rupanya...:)

    BalasPadam
  10. sek2 demo ni gong molek.. pasa kucing pong nok baloh... demo pong meleis jugok pok so.. koya demo.. hoktuih..

    BalasPadam
  11. Inilah bahananya salahguna konsep-konsep ajaran Islam. Dari Raja-raja hinggalah ke para pembesar kita. Malah pemimpin pun turut menggunakan doktrin-doktrin Islam demi kepentingan diri dan kerabat sambil membodohkan orang lain serta rakyat khususnya.

    Konsep bersyukur kepada Tuhan sudahpun bertukar menjadi konsep bersyukur kepada pemerintah dan manusia. Malah baru-baru ini, semasa Jerebu, pemimpin Indonesia juga dipetik berkata seolah-olah Indonesia menyediakan udara bersih kepada Malaysia. Jadi waktu jerebu, kena faham dan ucaplah rasa syukur mengingati saat-saat menghirup udara bersih kurniaan Indonesia waktu-waktu sebelumnya.

    Ya.. Islam memang agama dominan. Bila jumpa sesuatu yg tak kena atau membuatkan nama kita akan menjadi kaya atau bangga cirit, kita boleh petik saja dari langit akan ayat-ayat Allah, pesanan-teladan-contoh nabi-nabi yg berjumlah 124,000 orang lebih, gerak kerja rasul yg berjumlah 313 orang serta berjuta kisah-kitab alim ulamak kena dengan selera kita yg berada di pihak yg menang dan benar juga bangga. Bagi pihak yg terkena patukan ayat dan pedas cili tadi sayugianya terus menilai sebaliknya peribadi "rasulullah segera" yg banyak dosa dan kebejatannya.

    Ingat tak perkataan "bughah" digunakan Mufti terkenal kita dulu. Banyak lagi haru biru ayat-ayat agama dihamburkan dari agama dominan ini untuk dibuat ulam tambah sekera makanan pihak pemerintah dan pegawai-pegawai kerajaan untuk menutup kesalahan para penguasa, bangsawan dan pemerintah.

    Sampai bila kita nak terus begini. Perlu bersembunyi di balik agama untuk menonjolkan mempromosi dan iklankan kebaikan kita. Bukankah kebaikan keikhlasan itu seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.