Halaman

Sabtu, 17 Oktober 2015

Identiti bagi pelukis komik adalah gaya lukisannya

Zaman sekarang ini semakin ramai orang yang pandai melukis terutama generasi2 baru kita, namun seperti yang aku pernah tulis dalam artikel "Industri komik semakin hilang identiti tempatannya", gaya lukisan generasi baru ini kebanyakannya telah dipengaruhi dengan lukisan komik Jepun. Perkara ini adalah suatu trend yang sudah tidak dapat dielakkan kerana pengaruh komik dan anime Jepun yang memang kuat sejak tahun 80 dan 90-an lagi. 

Akan tetapi, seperti juga yang aku pernah tulis di dalam artikel tersebut sebelum ini, tidak salah untuk melukis mengikut gaya strok lukisan Malaysia, Jepun, Hong Kong, US atau mana2 negara sekalipun, namun penting untuk kita membawa identiti yang unik dan tersendiri dalam lukisan kita.

Aku telah membuat satu survey di FB aku dengan meminta orang meneka siapakah pelukis bagi lukisan komik Malaysia dan Jepun seperti berikut, dan ternyata... ramai yang boleh meneka siapa pelukisnya dengan hanya melihat stroke lukisan mereka sahaja walaupun aku tidak menyatakan siapakah pelukisnya.


Ya, ramai orang yang pandai melukis tetapi mereka tidak membawa nama dan identiti mereka dalam lukisan mereka. Ramai yang boleh melukis komik malah boleh melukis dengan sangat cantik tapi tidak tahu macam mana nak menjadikan lukisan itu milik kita, yang bila orang tengok sahaja mereka dah boleh tahu siapa yang lukis tanpa kita letak pun nama atau tandatangan kita di sebelahnya.
Sebab itu jika anda mahu menjadi seorang kartunis atau pelukis komik yang serius dan sepenuh masa, maka adalah penting untuk anda mencipta gaya lukisan yang mempunya identiti yang unik dan tersendiri.

Menjadi kartunis/pelukis komik ini sebenarnya sama sahaja dengan menjadi artis dalam bidang seni. Penyanyi misalnya, yang membawa identiti seorang penyanyi adalah keunikan suara. Ramai orang boleh menyanyi dengan baik, tapi yang akan popular dan diingati lama adalah mereka yang menyanyi dengan suara yang unik dan tersendiri. Seperti M. Nasir, Awie, Black, Faizal Tahir, Amy Search, Ella, Najwa Latif, Jaclyn Victor, Yuna dan lain2 penyanyi yang mana bila kita dengar sahaja suaranya kita dah tahu siapa yang menyanyi walaupun mereka menyanyikan lagu orang lain.

Maka macam mana mahu menjadi pemilik kepada keunikan suara tersebut? Ia mestilah sedap didengar dan juga merupakan ORANG PERTAMA yang menghasilkan keunikan tersebut, seperti contoh Dato' Siti Nurhaliza.


Mengapa beliau boleh menjadi begitu popular dan kekal popular sedangkan selepas2 beliau muncul dahulu ramai penyanyi baru lain yang boleh menyanyi yang mempunyai suara yang hampir sama serta lenggok nyanyian yang lebih kurang sama?

Kerana beliau adalah ORANG PERTAMA yang mencetuskan keunikan tersebut, maka keunikan tersebut telah menjadi identiti bagi diri beliau. Orang lain yang melakukan perkara sama akan dianggap meniru dan hanya klon kepada beliau.

Seperti juga pelawak dan pelakon komedi di mana pelawak2 seperti Johan, Nabil, Saiful Apek, Harith Iskander dan lain2 yang mempunyai keunikan tersendiri di mana kalau orang lain tiru, ia akan jadi tak best dan hambar.


Maka sama halnya juga dengan pelukis komik atau kartunis. Aku ulang semula sahaja apa yang aku pernah tulis sebelum ini, jika anda melukis komik dengan gaya dan stroke lukisan manga yang tipikal dan sama seperti lukisan kebiasaan manga atau anime Jepun, maka percayalah, anda hanya salah seorang klon daripada ramai2 klon yang lukisannya sama sahaja seperti anda. Anda tiada kreativiti, tiada identiti dan tiada originaliti. Anda melukis sama seperti lukisan orang lain dan orang lain pun melukis sama seperti lukisan anda.

Cuba tengok lukisan di bawah ini, sebuah lukisan watak tipikal manga dan anime Jepun, namun anda kenal siapa pelukisnya? Tidak bukan? Kerana stroke dan gaya lukisannya tiada keunikan dan kelainan daripada beratus2 manga dan anime yang ada di pasaran. Adakah anda hanya mahu menjadi klon atau mahu mencipta identiti sendiri?


Ya, tidak salah untuk menjadikan lukisan orang lain terutama lukisan mangaka Jepun dan anime2 Jepun sebagai rujukan dan untuk pembelajaran, malah pelukis2 komik dan kartunis professional pun memang bermula dengan merujuk lukisan orang lain, namun akhirnya anda tidak perlu jadi klon Akira Toriyama, Eiichiro Oda, Takehiko Inoue, Tite Kubo, Fujiko F Fujio, Gosho Aoyama dan lain2 lagi.

Sebab itu apabila anda mahu terjun ke dalam bidang kartun dan industri komik secara lebih serius, cuba cari satu sentuhan gaya dan style lukisan anda tersendiri. Anda tidak perlu menjadi klon. Be creative, be original. Dengan bakat yang anda sudah pun ada, aku yakin anda pasti boleh mencari indentiti sendiri jika anda boleh explore dengan mencuba pelbagai style yang baru.

Malah para penerbit komik boleh memberi galakan dan influence terhadap para perkarya baru dan muda untuk mencari identiti mereka sendiri agar industri kita tidak dilambakkan dengan lukisan komik klon.


Kepada pelukis2 baru di luar sana, adakah anda tidak mempunyai impian untuk menjadi seperti pelukis2 di atas itu, yang mana bila dilihat sahaja karya mereka, orang lain sudah tahu yang itu adalah lukisan dan hasil karya anda?

Jika ya, maka carilah keunikan dalam lukisan anda, atau paling tidak pun hasilkan sebuah karya yang hebat dan agung yang ikonik seterusnya membawa nama dan identiti anda dalam setiap hasil karya anda.


Sekian.


* Btw, berikut adalah nama pelukis bagi lukisan2 di atas:

(Dari kiri)
Baris pertama: Ujang, Tite Kubo, Zainal Buang Hussein, Gayour, Eiichiro Oda, Ubi
Baris kedua: Akira Toriyama, Hiro Mashima, Datuk Lat, Masashi Kishimoto, Aie, Naoki Urasawa
Baris ketiga: Bawang, Rossem, Fujiko F. Fujio, Rizalman, Fakhrul Anour, Takehiko Inoue
Baris ke-4: Zint, Yusuke Murata, Zunar, Keith, Lambok, Takeshi Obata

Nak tahu diorang siapa dan karya yang mereka hasilkan boleh Google sahaja.



tags: identiti pelukis komik kartunis mangaka stroke lukisan stroke strok gaya lukis kartun unik tidak tiru klon senarai terkenal popular jepun malaysia kuiz teka siapa hasil karya original originaliti

12 ulasan:

  1. saya yakin, pelukis2 diluar sana mahukan identiti sendiri, tak mahu jadi mesin fotokopi. nak cari identiti, kena banyak bereksperimen. lagi satu, kena "rip-off" banyak stail. bab rip-off ni, saya dengar dari orang musik lah. katanya nak hasilkan musik yang original, perlu rujuk banyak genre musik. campurkan semua. lama kelamaan boleh dapat "sound" sendiri. boleh apply pada lukisan juga hehehe. sekadar pandangan dan komen kecil saya. terbaik boss!

    BalasPadam
  2. Prooooooooooooooooottttttttttt di muka sirosli arghh leganya

    BalasPadam
  3. nice entry...usaha membuka minda para pelukis komik malaya utk mengekal identiti negara kita sendiri...

    BalasPadam
  4. Salam, yaaa sy setuju dgn hal ni..rata2 illustrator dan pelukis komik skang gemar melukis ikut stroke kartun jepun, dan takde identiti sendiri...melainkan dia buat satu karakter yg boleh dikenali / jd trademark kpd pelukis tu...apapun, sy bangga dgn pelukis komik tempatan especially yg dlm UJANG, mmg ade identiti dan mcm kau ckp, tgk je stroke, dan boleh kenal dah :D haha!
    nice topic btw~

    BalasPadam
  5. Nak mendapatkan identiti sendiri tu bukannya mudah tapi rasanya dengan berkat rajin berlatih dan membuat rujukan, yang tak mudah itulah yang berbaloi, kan?

    BalasPadam
  6. Hmm... Tu dia lagi satu mamat nak bercakap pasal "keunikan", "gaya", "identiti".

    What is wrong with outside style? You have no right to critique those young artist you know that very well right? Every budding artist have their style, only you not open your eyes. Urghh... I bet you will defend "if the style not represent one particular country, then you are not a true artist." statement like that. So much BS.

    Then tell me, what "style" cartoon, animation that are box office or gain profit? I also want to know. Obviously, "defending" one particular style and "attacking" another particular style will not do any good. Those "style" that you "defending" cant even show the value. If I am a president/CEO/Board member. I would not even care if the "style" dont have value, because there is no profit.

    You only like a tin can. Talk loud but nothing. Huh...

    Silap-silap haribulan semua pelukis-pelukis muda nanti tak akan pandang lagi "keunikan" "gaya" "identiti" negara nih. Sedangkan Jepun pernah buat animasi gaya Barat tidak ada sesiapa pandang buruk pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entry ni bukan suruh pelukis muda lukis ikut stroke Malaysia, tapi nak influence mereka untuk cari lukisan yang ada identiti sendiri. Nak lukis gaya Jepun ke, Malaysia ke, Hong Kong ke, US ke, terpulang lah tapi kalau boleh cari identiti dan keunikan untuk lebih dikenali melalui lukisan.

      Btw yang anda butthurt sangat dah kenapa?

      Padam
    2. As a hobbyist, I draw a lots of those "typical" style, I perfectly fine with what I have done. The problem is I know you want those artist to find their styles, uniqueness and identity but what I see you looked down at people can draw typical style, which is going to hurt artists joy and pride a lot. And I dont like how you say "those who drew like typical japenese you are only a clone. No creativity. No identity. No originality." Its rather destructive and not constructive for artists out there. But hey,its just another opinion by me.

      Butthurt? No. I just aggressive type person. But yeah, I maybe sounded rude to you...? Then I am sorry.

      Padam
  7. Tu la...originality agak kurg bagi pelukis muda malaysia....mmg idola mereka byk dr luar negara, tp kalau byk guna konsep copy&paste design sbb nak senang...smpi bila susah berkembang. Tp it is not an easy job.....

    BalasPadam
  8. Aoki Takao, Imuda, Nudin @ Nud's, Cabai @ Ida, Bor, Ambo, Kunyit, Keladi, Watsuki Nobuhiro, Dato' Lat, semua ada karisma dan wibawa tersendiri sebagai pelukis.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.