Halaman

Rabu, 25 November 2015

Apabila yang salah itu sudah menjadi kebiasaan

Apabila kita nampak ada orang Islam di Malaysia yang membuat sesuatu yang lain dari kebiasaan masyarakat seperti pegang babi, peluk anjing, bagi derma pada pengemis bukan Islam dan sebagainya, kita terus melenting dan menuduh mereka menghina agama, tak faham Islam, itu haram ini haram dan lain2 lagi seolah2 kita ini lebih Islam daripada mereka, akan tetapi kita jarang pula melenting dan hanya menutup mata apabila terlihat atau kita sendiri berbuat sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Ya, kita sering menjadi terlalu kisah kepada benda yang jarang2 sekali terjadi, namun sudah lali dan tak kisah terhadap perkara2 yang dah biasa sangat berlaku walaupun perkara itu salah, hanya kerana... perkara itu sudah terlalu biasa dan sudah pun menjadi suatu kebiasaan yang telah diterima sebagai norma dalam masyarakat kita.

Pelukis: cEro. Layari blog beliau di cErolian: nULL & aLteRnate.


Sekarang ni hubungan dan pergaulan bebas lelaki perempuan sudah menjadi norm.
Malah hubungan seks luar nikah juga sudah menjadi norm.
Melayu minum arak bukan lagi suatu yang menghairankan.
Main judi juga bukan lagi suatu yang dirasakan salah.

Maka tak mustahil jika suatu hari nanti, budaya LGBT pun boleh menjadi suatu yang norma dalam masyarakat kita, jika ramai muslim2 liberal yang menyokong fahaman dan ideologi Presiden US Barrack Obama.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags:apabila perkara perbuatan salah dosa haram sudah menjadi kebiasaan norm normal kehidupan masyarakat sosial diterima

4 ulasan:

  1. Setuju dengan komen di atas

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. apasal barak obama plak
    menyokong fahaman nuwar berahim la
    malu malu kucing plak nak mengaku PH/PR tu yang pejuangkan LGBT

    BalasPadam
  3. ko kahwin denga robert mugabe dulu la obama..
    nak support lgbt konon..dasar ko kat US tu pun kelaut..
    bila sampai malaysia ramai pulak menteri2 dgn pembangkang dok puja2 mintak pandangan dia pasal dasar negara..
    tak cukup lagi dah 500tahun kena jajah?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.