Halaman

Rabu, 30 Disember 2015

Kemuncak Cabaran Komik Online Malaysia 2015

Bagi peminat komik terutama yang mengikuti pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh MatKomik, acara ini akhirnya sudah pun hampir ke kemuncak. Sukacita dinyatakan bahawa pihak Komik M yang juga merupakan penaja utama pertandingan ini akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa), KL pada tarikh 2hb Januari 2016. Acara akan bermula jam 2.30 petang.




Untuk pengetahuan, pemenang hanya akan di umumkan pada acara tersebut, malah pihak MatKomik pun tak tahu siapakah yang pemenangnya.

Untuk itu, kesemua peserta CKOM2015 digalakan untuk hadir bagi mengetahui lebih lanjut.

Selain dari itu, 10 karya finalis CKOM2015 akan di pamerkan. Penantian korang selama ini berbaloi!!

Nyatakan status kehadiran anda di sini --> http://bit.ly/kehadiranckom2015

Berikut adalah 10 karya yang berjaya dipilih sebagai finalis CKOM2015:


Tajuk: Aku Bukan Tanggang
Penulis/Pelukis: Al-Hafiz
Tajuk: Panda-Man
Penulis/Pelukis: Hanza
Tajuk: Harga
Penulis/Pelukis: Syewe Yoss
Tajuk: Surat Untuk Langit
Penulis/Pelukis: Iqbal
Tajuk: Sentuhan Dari Hati
Penulis/Pelukis: Danial Haikal
         
Tajuk: Yang Lebih Aku Cintai
Penulis/Pelukis: Abeben & Syafy Zahin
Tajuk: Antara 2 Cinta
Penulis/Pelukis: Yoketouchi
Tajuk: Belum Lagi
Penulis/Pelukis: Mizi
Tajuk: Nisrina
Penulis/Pelukis: Rahimi AF
Tajuk: Antara Cinta & Sahabat
Penulis: Prince of Noob
Pelukis: Irfan Hilal
         

Karya-karya peserta lain juga boleh di baca di sini: http://bit.ly/ckom2015

Jangan lupa, jumpa anda di sana! Mari kita sama-sama meraikan pemenang dan terus menyokong industri komik tempatan,




5 ulasan:

  1. Klau dtg sana boleh jumpa ko noob? Proott

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun tak pasti lagi boleh datang ke tak.

      Padam
    2. Habis tu apa bikin blog B.O ni promosikan komik ni noob? Ko dari dulu mcm nk elak je, takot identiti ko terbongkar? Nѧҡ jumpѧ poň ɞʏҡ ѧʟѧsѧň ,,, ✌,,,✌

      Padam
    3. ntah la noob ni pemalu xhabis2 nak ajak jumpa pun xmau. patut la dah tua pun x kawin2 lagi

      proot d muka noob ..

      Padam
  2. Cıɞѧı ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ mєʏѧmѧя jѧԀı sıяosʟı pяooţţ Ԁmuҡѧ cEro

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.