Halaman

Isnin, 7 Disember 2015

Khalwat di rumah sendiri hak dan privasi individu

Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.

Gambar hiasan
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.
“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.
Sumber Utusan Malaysia.

Geng2 G25 ni memang merapu. Geng2 melayu Islam tua yang berfahaman liberal. Dula apa ya diorang pernah cakap. Oh, dia pernah kata pedofil akan berleluasa jika hukum hudud dilaksanakan. Orang Islam yang berideologi liberal dan barat ni ada je benda pasal Islam yang tak kena dengan diorang. Nama sahaja Islam tapi mereka lebih sukakan cara dan gaya hidup barat.

Mereka memang tak sebulu dengan orang Islam yang mengamal dan berpakaian mengikut Islam, ada je point diorang akan bantai pakaian seperti tudung, kopiah, jubah dan cara hidup muslim tersebut, contohnya kes KimK. Ada je point habis tudung yang yang kena bantai sampai digelar hipokrit bagai.

So dalam kes khalwat ni, kenapa nak kena pertikai peraturan syariah yang dibuat untuk kemashalatan ummah? Undang2 terhadap pasangan berkhalwat adalah salah satu cara pencegahan yang boleh dilakukan oleh pihak pemerintah. Memang ada kalanya caranya agak tidak kena seperti bawak orang ramai2, bawak wartawan ramai2, ambik gambar, masukkan dalam suratkhabar tanpa menutup muka yang boleh mendatangkan keaiban pada pelaku, namun kaedah pencegahan dan pengawalan itu yang perlu diperbaiki malah tidak boleh dijadikan alasan untuk memansuhkan terus undang2 syariah ini.

Kumpulan G25 ini kata perbuatan khalwat yang dilakukan di rumah persendirian itu adalah hak dan privasi setiap individu maka tak sepatutnya diganggu mahupun ditangkap.

Pertama, rumah persendirian tu bukan milik kita pun. Ia hanya pinjaman. Tak boleh dibawa masuk kubur pun. Maka berkhalwat itu hak asasi dan kebebasan seorang manusia, ya, lebih2 lagi hak seorang manusia yang tidak beragama, tapi bukan hak sebagai seorang muslim.

Kedua, apabila seorang anak lelaki atau perempuan membawa balik pasangan yang bukan suami/isteri masuk bilik dan beromen dalam bilik, maka sebagai seorang ibu bapa juga tidak boleh melarang dan mengambil tindakan terhadap orang yang dibawa balik kerana itu hak privasi mereka?

Ketiga, kalau kau tinggal sorang2 kat rumah atas bukit, ya mungkin kau nak bawak balik perempuan nak berkhalwat ke takde siapa yang peduli. Tapi jika kau duduk kat rumah apartment atau dalam kawasan taman perumahan dan bawa pula perempuan yang bukannya isteri atau mempunyai apa2 hubungan kekeluargaan tinggal dengan kau, itu bukan hal privasi kau sendiri tapi dah melibatkan masyarakat setempat. Kalau perbuatan kau menyebabkan jiran2 dan masyarakat setempat rasa tak selesa dan tak senang dengan kemungkaran kau, mereka ada hak untuk membuat laporan dan kau boleh dikenakan  tindakan.

Keempat, apa yang kau buat dalam rumah persendirian tak semestinya benda tu tak salah dan dibolehkan. Kau berzina, rogol anak sendiri, hisap dadah, proses ganja dan lain2, walaupun benda tu dilakukan dalam rumah kau sendiri tapi ia tetap salah dan boleh dikenakan tindakan. Jangan kata perbuatan yang berat2, kau buat bising depan rumah bakar2 ekzos motor, melalak2 berkaraoke pukul 1 pagi dalam rumah sendiri, renovate rumah waktu hari cuti pun jiran boleh buat aduan sebab kau mengganggu ketenteraman awam.

Rumah sendiri bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja kau suka sampai mengganggu orang sekeliling atau membuat perkara yang melanggar undang2.

Namun bila isu ni dipost oleh sebuah FB page yang agak terkenal, bila aku tengok komen2 dari netizen kat situ, aku tengok tahap pemikiran dan mentaliti mereka taklah jauh beza dengan geng G25 ni pun. Ada yang muka dan nama begitu baik tapi komen lucah, porno dan serangan peribadi berpisah tiada.


Kesian tengok orang melayu kita.

* * * * * * * * * *

Jangan lupa untuk mengundi komik "Antara Cinta & Sahabat" untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015  di sini -



Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 11 Disember 2015.

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

* * * * * * * * * *

Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik. Baca buku komik ini sama seperti anda membaca lebih 300++ entry dalam blog Buasir Otak. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: geng kumpulan g25 khalwat mansuh undang peraturan syariah islam hak peribadi kebebasan rumah persendirian asasi manusia human right

52 ulasan:

  1. apsal gambar hiasan seluar lelaki tu basah dah... terlambat serbu kah
    -KomK-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam lah mu sangat..7 Disember 2015 pada 5:18 PTG

      Inilah suruhan Islamkan serbu!!! muahaha..

      Padam
  2. Matlamat tak menghalakan cara.
    Harap makcik pakcik G25 segera bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang betul.
    Dan kepada netizen, jadilah manusia bertamadun yang sedang menuju ke tahun 2020

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko kat landasan mana ?landasan dah betul ke?

      Padam
    2. Neraka atau syurga anda tentukan?7 Disember 2015 pada 5:20 PTG

      Zyra Roxx alim benor ko ye..
      Jangan jaga dosa orang lain.
      Sudah pastikah anda akan masuk syurga dan bukan neraka menuju tahun 2020?

      Padam
    3. eh ada pulak supporter g25 sesat? Ada ke aku cakap syurga neraka dosa pahala kat sini? nak butthurt pun biar la bertempat, xdela nampak bangang sgt

      Padam
    4. ramai der g25 bekas penjawat awam ni.sejarahnye diorang ni org lama..ikut mentaliti british punye stail. mau tak ke barat caranya. kalau ikut, memang ke laut la kita

      Padam
  3. makcik ni dah nak mampos pun duk merepek lagi.tobatla wehh

    BalasPadam
  4. ProoooooTTTTT creeeeeeTTTTT lega baq hang

    BalasPadam
    Balasan
    1. cibai sirosli menyamar jadi anon. proot d muka ko..

      Padam
  5. Oh Rozana

    Aku mencari gambarmu
    Keluar photo jejaka bangla
    Tersenyum dan melirikmu
    Bersama seketul bisjut & royi

    Oh Rozana

    Tapi aku tak mampu
    Membalas lirikan dan senyummu
    Tanpa bisjut & royi darimu
    Yang kuharap selalu

    Oh Rozana

    Dengan perasaan sangat rindu
    Kutulis pesan singkat untukmu
    Untuk mengurangi resah dihatiku

    Oh Rozana

    Bilakah ada bisjut & royi
    Ku tunggu telefon darimu
    Kerna aku sangat rindu
    Ingin membeli bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  6. http://drmaza.com/home/?p=1413

    BalasPadam
  7. 7. Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama:


    “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

    Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.

    Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
    _---akibat pejuang komik bercerita tentang agama--

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau aku kongkek adik kau boleh?

      Padam
    2. wow ada yang lebih hebat dari ulamak dunia ini...konon memeprtahankan agama..cara kata2 menonojolkan kurang dapat pendidikan dari ayah..atau mungkin tiada ayah

      Padam
    3. Jgn layan otak x betul, kerja lain x de nak kongkek je, nak hujah keluar dalil.

      Padam
    4. Tanpa Nama 5:10 setan besoq... ini yang islam patut halang manusia suka kongkek adik orang

      Padam
    5. Ertinya,KALAU suka sama suka tkpe ke? Asalkan org tk nmpk,kiranya antara kita dgn tuhan? Hadis tu sahih tau dhoif? Sekadar bertanya.

      Padam
    6. http://drmaza.com/home/?p=1413 baca kat sini ada ulasanya

      Padam
    7. Walaupun saya tidak menolak ulasan Dr. Maza, namun ulasan saya lebih kepada topik yang diperkatakan iaitu khalwat di rumah persendirian, boleh jadi rumah sendiri atau rumah sewa. Dan apabila perbuatan khalwat itu menjadi well-known kepada masyarakat setempat, ia bukan lagi masalah sendiri yang cuba disorok2.

      Ada kes student universiti lelaki bawa balik awek dia tidur kat rumah tiap2 hari dan perkara tersebut telah menjadi pengetahuan umum jiran2. Apabila jiran menegur budak tu buat tak endah, apa lagi yang masyarakat boleh buat untuk mencegah kemungkaran? Dalam kes ini terpaksa laporkan kepada jabatan agama supaya kemungkaran tersebut dapat dicegah.

      Adakah apabila kita tahu suatu kemungkaran itu berlaku di kawasan kejiranan kita maka kita harus berdiam diri dan buat tak tahu sahaja? Sebab tu aku tulis kat atas tu, kalau orang tu memang berusaha untuk menyembunyikan kemungkarannya, duduk rumah sorang2 atas bukit yang jauh dari orang lain, maka benda tu antara dia dengan Tuhan kerana orang lain tak tahu pun. Tapi kalau dah kemungkaran tu berlaku dalam pengetahuan orang sekeliling, maka cegah itu lebih baik.

      Padam
    8. ko pergi duduk kat perlis cukup la noob.tengok sendiri orang awam tak kisah je nampak remaja muda mudi pegang peluk.sebab katanya tak boleh fitenah maksiat.tu yang jenis jahil macam asri jugak

      Padam
    9. peminat komik ulas tentang agama...wtf...

      Padam
    10. admin ni lebih hebat dari ust. asri serta yusof qaradawi...harap lepas ni mohon jadi mana2 mufti ye...usulludin pun x lepas..lepas ni boleh join group baca yassin depan mahkamah pertahankan kalimah Allah..arab saudi pun pening dengan islam malaysia ni..

      Padam
    11. bior la noob org2 ni nak kutuk ko.aku sokong ko. yg set2 lawan ni sume kaki nak dpt lesen bawak kapel tido kat rumah tnpa perlu takut. org mana tkut dah dengan hukum tuhan sekarang ni. ntah percaya tuhan ke tak pun kita xtau. Mansuhkan hukuman khalwat jika kena tangkap kat rumah sebab tu urusan dengan tuhan dan hak peribadi. aku tergelak dah baca isu ni siap de yang sokong.

      ibaratkan camni la:
      laki: syg..jom kita beromen kat rumah i malam ni..takde sape2 kat rumah
      pmpn: jom..lega i, jabatan agama takleh kacau dah..hehe..tuhan je yang tau..ape la sangt dia tau.hahah

      mak: eh, minah..ko bawak kawan2 laki ko masuk bilik ramai2 tu buat ape?
      anak: alah mak, kat luar kang kena tangkap..so bawak balik rumah la..orgy mak..orgy..
      mak: owh..(lantas berdoa: Ya Allah, bawalah anak aku ke jalan yang lurus dan insafkan dia)..(pastu sambung tgk tv kat ruang tamu sambil dgr anak ah..ah..ah..meraung buat seks beramai-ramai sebab tak leh kol jabatan agama atau polis.

      pak mail: hello..ni jabatan agama ke? encik, ni ada jiran sebelah rumah saya buat parti seks beramai2..abis telanjang joget2 sambil romen2 ni.
      pegawai agama: encik..kat rumah ke diorang buat?
      pak mail: ha la
      pegawai agama: owh..biaq pi la kat depa, kami takleh tangkap..tuhan ja buleh tangkap depa..encik nak pi join pun xpa, kami tak tangkap pun.

      Padam
    12. anon 1017, tepat sekali.hahah.pak mail pun join jugakkk

      Padam
    13. Anon 10:17..muahaha pastinya selama ini tak pernah kapel.
      Tak pernah ada gf.
      Masih dara lagi..hehe
      Kalau tak pandai pikat pompuan jangan jeles..
      Kita orang yang ada pompuan kita punya hal bukan ko.
      Apa kata P Ramlee pujangga melayu?
      Dunia bukan syurga tanpa wanita... gua sokong P Ramlee
      Lu 1017 pegh tenguk video lucah jepun...hehe

      Padam
    14. Perlu ingat, ugama itu kepercayaan. Bukan Jabatan Agama yang menentukan iman. Jadi Anon 1017 perlu bertaubat.
      Kita jadi orang Islam takutkan Allah bukan takut kepada Jabatan Agama.

      Ada faham? Segala pemikiran anda tentang ugama ni songsang. Iman tak boleh dijual beli tak boleh diwarisi.

      Hanya satu kita patut takut itu Tuhan. Jadi dalam islam ada syirik, yaitu menyekutukan Tuhan. Apabila Anon 1017 takut kepada Jabatan Agama dan Anon 440, Anon 342 juga percaya iman itu adalah takut kepada Jabatan Agama yang dibangunkan oleh UMNO, maka ini adalah ajaran sesat yang baru...

      Padam
    15. Ko tu yg salah 758. Jabatan agama tu wujud sebab nak tau lumrah manusia ni mmg akan hnyut dosa punya kalau tak dikawal.ko jgn nilai ikut konteks iman individu je brader.kalau cmtu abis sume kaki kelab malam, kaki judi, kaki pelacur, dan mcm2 lagi yg org islam kita terjebak tu sume kita takleh bnteras sebab harapkan iman dia selamatkan dia. Mau tgu smpi mampus pun berape kerat je yg insaf. Jabatan agama bukan nak buat kita takut kat dia.tp nak ingatkan kita supaya tkut kat tuhan. Sebab kita ni lalai. Kalau bebas nak harap iman masing2 je.cntoh org mcm ko..mmg ke budaya seks bebas mcm negara barat la jawabnye.pikir tu biar logik. Jgn dah la songsang.menyatakan org lain pulak songsang. Kalau pikir mcm ko..dari zaman nabi dulu tak wujud jabatan atau pertubuhan keagamaan yg berfungsi utk banteras maksiat, jalankan dakwah sume tu.nabi ckp cmni je "hmmm..ikut korang la..iman masing2". Adoiii

      Padam
    16. anon 758 suka kalau anak dia macam tu.ataupun dia sendiri penah buat macam tu,tu pasai angin kus kus semacam je...
      tak kena setempek kat diri sendiri bole la gebang ugama songsang bagai semua.bila kena sendiri mula bising,kenapa jabatan agama tak tangkap...
      piiiiiiiiiiiiirah

      Padam
    17. betul tu 815, anon 758 ni spesis islam liberal ni.cakap macam ada ilmu agama, tapi ntah pusing camner ntah.

      Padam
  8. harap admin buat research dulu..sebelum melenting terhadap sesuatu isu..ini bukan tentang siapa yang bawak isu tetapi apa isunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko dah buat ke research?

      Padam
    2. 508. ko pun tak buat research, tgn dok tergetaq tak sabar nak tgu lampu hijau bawak balik kapel kat rumah

      Padam
  9. jangan pulak nanti korang semua ingat benda ni menggalakan zina ...kita jauhi zina ..ini tentang menceroboh privisi orang lain untuk mengaibkan atau suka2 menjatuhkan hukum dengan mengintip..kalau secara perlakuan terangan baik ko suruh penguatkuasa agama serbu majlis berinai sebab berinai dari agama hindu...meniru perlakuan agama lain berdosa besar lagi boleh jatuh akidah tambahan lagi sekarang kahwin pun dah ada flower girl macam kristian ...tengok berani tak jabatan agama nak buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa kau bebal nk mampos? Ko tk faham erti? Jaga privasi org buat maksiat? Dh tau aib kenapa buat maksiat? Bila kantoi dihujah bab agama,mmg haramjadah

      Padam
    2. Anda memaki yurof qaradawi ke?

      Padam
    3. bodo...tetiba nak berselindung di sebalik yusof qaradawi
      sama macam nuwar peliwat,tetiba sibuk pakai nama yusof qaradawi kekunun kena pakai hukum qisas.alih alih tak sokong pun bila kelantan nak bentangkan hudud

      cibai

      Padam
    4. ntahnye..bila kelantan nak buat hudud, itu ini tolak. bnyak benor salahnya. macam2 hadith kuar nak cakap hudud tu tak perlu buat kat malaysia. tapi bila bab nak bagi lampu hijau buat khalwat kat rumah, pun bermacam-macam hadith kuar jugak nak cakap tak boleh kacau org khalwat kat rumah sendiri. puh kiri, puh kanan..oiii setan, jgnlah kau menaip kat sini..laknatlah kau wahai setan yang bertopeng manusia

      Padam
  10. adoi kalu xsuka undang2 syariah kat mesia di persilakan pindah duk amerekkkaaa xpun pindah ke planet nameck.. usahkan bawak awek ..ko bwk blk babi buat hamba kongkek dlm umah xsapa nk terjah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.ntahnye. pi la amerika tu. hidup penuh bebas seks. kita nampk yang baik2 je amerika tu tunjuk. seronok bile boleh buat seks bebas kat rumah. romantik. mne takut jesus sume tu. kalau malaysia buat cmtu, org lame2 pun tak takut Allah dah. amerika tu kes hubungan seks bapak dan anak, HIV, mengandung anak luar nikah sume tu paling tinggi kat dunia. ada diorang cerita benda tu? nak ke kita sume tgk anak2 kita tinggal dgn laki lain atau anak kita bawak balik pmpn bebas je ke rumah dia? nak ke kita kes suami isteri curang semakin bertambah siap bebas buat seks kat rumah? kat hotel pun ke kat rumah sekarang ni sume kena tangkap. ni kalau dah bebas buat kat rumah, mampus la. Pikir pakai otak la. asyik2 cakap bergantung kat iman. sebab org tau iman korang tak kuat la yang diorang bantu dengan pertubuhan badan pencegah maksiat semua tu. kalau semua bagus mcm zaman nabi dulu, tak perlu la ada semua ni sekarang.

      Padam
  11. Sesetengah benda dibuat adalah lebih baik utk mencegah.katakan..diorang menang..ye..kita takleh tangkap dan hukum org yg berkhalwat dlm rumah. Maka dalam masa setahun dua..bertimbun-timbun kes isteri tido dgn laki lain..anak bebas lakukan hubungan seks dengan rakan2 dan mcm2 lagi.impaknya pula..pecah belah rumah tangga..haru biru moral remaja..runtuh habis..dan wujud masyarakat budaya seperti org barat dimana seks bebas disana sini. Ini time akhir zaman.mmg bnyk dugaan utk umat lalai dan cube hidup dgn bebas penuh maksiat.sabarlah..jgn disebabkan hidup yg singkat ini..kita enjoy sepenuhnya dan sanggup diseksa di akhirat. Kita kne ingt.jika sayangkan umat..jgn lepaskan dia dari hukum manusia tapi biarkan dia dpt seksa Allah. Hukuman allah jauh lebih dahsyat dan paling tinggi azabnye. Kita buat tindakan tangkap khalwat sume tu utk buat org tkut dan insaf. Lebih baik insaf dan taubat di dunia daripada dok tgu azab tuhan.

    BalasPadam
  12. aku suspek geng tua kerepot ni bela anak ikan. tu yg nk mansuh khalwat. senang nk wat projek . wakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu memang dah pasti la. mesti la bersebab kenapa dia bersemangat nak bebaskan khalwat di rumah.

      Padam
  13. betui la dalam facebook tu tanya dia.cuba kalau anak perempuan dia berkhalwat dengan jantan kat rumah lain tapi tak boleh ditahan atau tangkap sebab pakai hujah dia balik.dia nak senyum bangga ke atau nak malu letak muka dalam tanah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah.betul tu.kalau anak dia kne gangbang pun apa salahnya. kan mak dia bagi lampu hijau. berani cakap, berani la telan.tak gitu?

      Padam
  14. 100 markah untuk setan dan pengikutnya dan 0 markah utk org yang cuba menghalang maksiat.

    BalasPadam
  15. Renung ku tenung duduk termenung,
    pusing ligat otak melihat manusia,
    sibuk menjadi kesatria lapangan Jahannam,
    ku guna hadith..kau olah hadith,
    ku lafaz buku..kau simpul buku,
    Memandai ku tak pandai kau terpandai.
    Senyum si tanduk hitam bermuka hodoh merah,
    ramai 'doktor falsafah' membela logik akal hitamnya,

    Alahai manusia..berimankan berhala yang berucap indah,
    dia sendiri tak mengerti apa yang dihidangkan kepadanya,
    oleh sang pencipta di atas sana,
    bagaimana kau wahai iman sehalus kuman,
    boleh yakin Ya Rahim akan tersenyum menyambutmu di sana?

    putar mata hitamku,
    nah kau wahai rakyat jelata,
    diangkat pemimpin yang tamak haloba,
    diiringi rakyat yang bergelora jiwa panas neraka.

    ku undur, ku undur.
    risau kelak terbakar,
    biarlah aku dngn seangkatanku,
    bukannya harus perjuangkan isu bolehkan khalwat dimana,
    tapi khalwat itu sendiri harus dicegah dan ditegah.
    perjuangkan sesuatu biar tahu akarnya,
    bukannya sekadar sangka tahu hak peribadi manusia.

    BalasPadam
  16. Kalau yg cakap statement ni org kuat agama atau ustaz..maybe boleh dibincangkan lagi..bila org mcm G25 yg mcm jahil agama ckp, payah nanti sbb kita spt dah anggap mereka pemimpin agama mereka..n org non-muslim sgt happy jika ada org islam dan lebih sekular n menyerupai gaya hidup mereka.

    Ckp la mcm 2 kat manusia leh la...cuba ckp mcm 2 kat depan malaikat atau Allah swt sendiri...sendiri fhm la.

    BalasPadam
  17. lain kali bawak ramai2 masuk rumah.. bukan sorang jer.. baru xjadi khalwat.

    BalasPadam
  18. Disini kita akan nmpk ada 2 group.mudah saja.

    group 1 adalah yg berniat hnya utk mengelakkan khalwat terjadi. Sbb mereka melihat secara keseluruhan lumrah manusia yg perlu dikawal dan sentiasa diingatkan. Golongan ini pada aku adalah yg berfikiran lebih waras dalam membuat keputusan utk melindungi dan mengawal persekitaran.

    Group 2 pula adalah yg menyokong membolehkan khalwat dirumah tnpa boleh diganggu. Yusof qadrawi ke..ape ke..guna la.org kapir yg lawan hujah dgn dr zakir naik tu lagi bnyk guna hadith dan ayat quran. Tu mmg benda biasa. Gunakan hadith, quran dan hukum hakam dari ahli kitab sendiri utk hentam islam dan cari point utk pesongkan sesuatu. Dr zakir naik ckp gerakan anti islam.islam yg liberal kononnya. Berdiri atas nama islam liberal.

    Kita sume kne berjaga-jaga. Gerakan anti islam ni kat mne2 je. Kat malaysia kita ni walaupun agama islam adalah agama rasmi..kita kne ingt..ramai jugak geng murtad, syiah, dan juga islam liberal ni..tak lupe juga athiest. Ramai..sangt ramai. Jadi tak hairan bila ada ulas pasal keagamaan, akan timbul golongan2 ni..dgn hujah mereka..menggunakan nama islam, tp bukan islam. Apa pun point diorang..kita yg betul2 percaya kepada agama kita ni jgn terpengaruh.kita boleh tgk..nmpk ayt dia menyakinkan..tp fokus kepada kemanusiaan dan belakangkan agama..mmg sah la geng2 tu. Ayat memamg akan power dan nmpk bijak..tp bnyk makan diri sndiri.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.