Halaman

Jumaat, 25 Disember 2015

Tak perlu anggap semua bentuk palang adalah salib

Kerajaan negeri mahu pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Menurutnya, kerajaan negeri akan memantau masalah itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik gambar rumah teres dua tingkat di Langkawi yang kelihatan seakan-akan simbol salib pada bahagian bumbung.

Berdasarkan pandangan kasar, simbol salib itu terbentuk pada dinding pembahagian antara rumah dengan lubang pengudaraan di tingkat atas.

Viral sejak 22 Disember itu turut mendapat kecaman ramai selain dikongsi lebih 2,322 pengguna Facebook lain.

Sumber Sinar Harian.

Sebenarnya kat kawasan bumbung tu nampak macam bentuk palang bila dipandang dari sudut tertentu sahaja. Kalau tengok dari pandangan atas, ia bukan berbentuk palang pun, seperti mana yang telah diterangkan dalam FB "Friends of JKR" di mana yang dalam bulatan yang bertanda merah adalah kedudukan "party wall n ventilation space" atau lebih dikenali sebagai ruang pengudaraan. Namun oleh kerana ada sesetengah orang kita ni rumit sikit, perjelaskan lah macam mana pun mereka takkan faham dan terima.


Perkara macam ni bukannya suatu benda yang baru. Memandangkan kebanyakan umat Islam di negara kita memang fobia dengan bentuk palang kerana dipercayai "Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu", malah dalam pemikiran ramai orang kita, apa2 jua benda yang berbentuk palang itu adalah salib orang Kristian. Maka aku fikir lepas ni nak buat apa2 rekabentuk pun, cuba elakkan daripada membuat bentuk palang, sebab orang kita lebih takutkan bentuk yang tak boleh buat apa2 berbanding keruntuhan moral mereka sendiri.

Nak buat tingkap, elakkan buat bentuk palang.


Nak buat ampaian penyidai baju, elakkan buat bentuk palang.


Nak buat jalan, pastikan jangan buat simpang empat yang membentuk palang.


Bentuk palang itu sebenarnya berada di mana2. Malah dari dulu lagi sejak zaman Greek lagi orang telah menggunakan palang sebagai suatu hukuman untuk menggantung orang yang bersalah dalam sesuatu hal yang dipanggil crucifixion. Tiada apa yang istimewa pun dengan bentuk palang tersebut. Kenapa mereka gantung manusia dengan guna palang?

Sebab anatomi badan manusia itu sendiri boleh membentuk palang maka mereka menggantung manusia mengikut bentuk palang manusia dengan memakukan terus tapak tangan kepada kayu dibelakangnya. Akan tetapi ada juga mereka gantung pesalah pada tiang tegak sahaja dengan pesalah mengangkat tangan lalu dipakukan tangan di atas kepala.


Orang Kristian mengambil bentuk palang tersebut lalu menjadikan simbol agama mereka hanya kerana Nabi Isa disalib pada kayu berbentuk palang. Maka simbol salib itu sebenarnya diiktiraf sebagai simbol agama Kristian adalah selepas kematian Nabi Isa. Semasa Nabi Isa masih hidup, Nabi Isa tidak membawa pun simbol salib sebagai salah satu ajarannya dalam agamanya.

Maka akhirnya ia kembali kepada niat kita sendiri kepada bentuk palang tersebut. Jika tanda palang itu memang jelas nyata digantung atau dilihat secara jelas memang untuk menunjukkan simbol agama Kristian seperti di gereja, di rumah orang Kristian, di perkuburan orang Kristian, atau mungkin simbol palang itu disertai dengan patung Jesus tergantung pada palang tersebut, maka kita boleh anggap ia adalah simbol salib orang Kristian kerana bentuk itu jelas digunakan untuk mewakili agama Kristian.

Namun selain daripada itu, tanda palang atau "cross shape" yang terbentuk dengan apa2 rekaan, huruf "t" dalam tulisan, tanda palang yang bercampur aduk dengan lain2 bentuk, corak dan garisan serta tanda yang terbentuk secara tidak sengaja di badan lembu, awan dan sebagainya, maka tak perlulah kita fobia sangat sampai anggap ia sebagai simbol agama Kristian, sebaliknya anggaplah yang ia hanya bentuk palang yang biasa yang kita jumpa tiap2 hari seperti mana bentuk2 lain seperti bulat, petak, segitiga, sfera, oval, bujur dan sebagainya. Malah aku pun tak rasa orang Kristian asal nampak bentuk palang kat mana2 mereka akan anggap itu adalah simbol salib agama mereka.

Lagipun akidah kita bukan ditentukan oleh sebarang bentuk, objek mahupun tulisan. Kalau kau gantung frame yang ada nama Allah sw.t. dan Muhammad s.a.w yang besar gedabak dalam rumah kau tapi kau tak pernah solat pun still tak guna jugak.

Dan andaikata suatu hari nanti muncul sebuah agama baru yang gunakan bentuk bulat sebagai simbol agama mereka, takkan kita nak fobia pada bentuk bulat pula?




tags: rumah langkawi pemaju perlu betulkan bumbung salib palang simbol agama kristian nabi isa jesus christ rosak cemar akidah melayu islam

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. ntah tapi2 kadang2 imaginasi ak pun pergi ke situ gak palang2 ni kadang2 aku anti haha tapi ak x cakap kat orang selalunya ak avoid... ni yang palang obvious la contoh mcm aku main video game memang ak elak pakai custom ada simbol palang kat character aku.... huhu

      sapa kentut kat komen nokhorom~

      Padam
    2. Booookkkk......*tetiba...#legabaqhang #dahnakkentutnakbuatmacammana #akuyangkentutkoyangpanas #taktahan #barulepasmakanubatjulap

      Padam
  2. Yg mna lbeh busuk,kentut bunyi tau tk bunyi?

    BalasPadam
  3. Anime Sailormoon guna simbol bulan sabit dan bintang untuk membunuh musuh, tak ada pula bangkit sentimen Islamophobia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan kuasa bulaaaaaaaaaaannnnnnnn akan menghukum muu~~~~!!!!! tunggu diorang tayang sailormoon crytal hehehehehe nyum2 :D

      Padam
    2. amenda la korang ni mcm kanak2 tadika tgk kartun. dah dewasa tgk la hentai. sapa suka hentai sila angkat tangan

      -sirosli hentai club-

      Padam
  4. Lawak gile..

    Paling xtahan yg tingkap tu pun kena jgk... wakaakakaaka...

    BalasPadam
  5. melayu islam biasala suma benda nak fobia. tapi yg pelik diorang tak pulak fobia plak dgn agenda yg merosakkan akhlak mcm akedemi fantatsia, konsert dandut, zouk, nightclub, pub2, kilang arak , judi dkt genting & tempat2 lain serta program lain yg melalaikan..

    tgh tunggu komen ayam aperika ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cıɞѧı ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ mєʏѧmѧя jѧԀı sıяosʟı pяooţţ Ԁmuҡѧ cEro

      Padam
  6. Kenapa org Islam inferiority complex sgt ek. Mcm2 benda konon nak menjatuhkan Islam.

    BalasPadam
  7. dah nk buat mcm mna kalau cross tu perlu utk construction rumah tu. x kan nk buat bulat pulak

    BalasPadam
  8. Nanti haramkan huruf 't' sekali..seakan2 simbol salib...haha

    Biase la, org kita suka bincang perkara remeh, benda yg lebih penting x dibincang..terutama perpaduan org melayu sendiri.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.