Iklan Leaderboard

Selasa, 31 Mac 2015

12 Elakkan ditipu peniaga selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 beberapa jam lagi sebelum tanggal 1 April 2015 yang merupakan hari yang dinanti2kan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana bermula tarikh tersebut sama ada suka atau tidak, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula berkuatkuasa, dan kita akan lihat sejauh mana keberkesanan dan impak pelaksanaan GST kepada negara, kerajaan dan rakyat amnya.

Aku tak mahu ulas banyak lagi pasal GST kerana sebelum2 ini dah banyak kali aku ulas dan bagi pandangan aku, cuma memandangkan kemungkinan realiti selepas pelaksanaan GST adalah amat berbeza seperti mana yang dijangkakan, maka aku nak kongsikan satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengetahui sama ada harga barangan tersebut berpatutan atau tidak selepas dikenakan GST. Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi Android MyKira GST.


Sabtu, 28 Mac 2015

15 Tambah kecintaan pada GST dengan lagu GST ini

Aku tak faham. Kenapa gomen ni suka betul buat benda2 yang pasti dah tahu akan dijadikan bahan jenaka? Kamon lah, dengan buat lagu GST edisi Jabatan Kastam ini aku tak rasa pun ia akan dapat menambah apa2 kefahaman pun pada rakyat tentang GST, malah tak meningkatkan pun rasa kecintaan dan kasih sayang rakyat pada GST.

Ini bukan kali pertama gomen buat lagu dan video2 macam ni, dulu buat lagu 1MOCC dan Janji Ditepati berapa banyak kena Dislike, berapa ramai orang kutuk, berapa ramai orang jadikan bahan ketawa? Malah siap dilaporkan dalam berita online Astro Awani? Seriously aku tak boleh nak brain apa sebenarnya dalam fikiran orang2 gomen ni yang buat lagu ni.



Jumaat, 27 Mac 2015

26 Artificial Intelligence dan Masa Depan

Aku baru lepas menonton filem Her lakonan Joaquin Phoenix walapun agak ketinggalan zaman. Cerita tahun 2013, tahun ni baru tengok. Filem mengisahkan tentang seorang penulis profesional, Theodore Twombly yang kerjanya mengarang surat-surat cinta oleh klien yang tak pandai mengarang ayat-ayat manis untuk pasangan, ibu bapa dan sewaktu dengannya. Siap ada kompeni besar dan ofis macam Google Office.

Khamis, 26 Mac 2015

69 Longgokan novel cinta Melayu mereputkan pemikiran

Kenapa ramai perempuan Melayu bila bab percintaan ramai yang mempunyai impian dan fantasi yang terlalu mengarut, tidak realistik, terlalu demanding dan sentiasa mahukan pasangannya seorang yang sempurna, atau hampir sempurna? Kenapa dekat page IPTA Confession terlalu ramai budak2 perempuan mengadu masalah percintaan yang kadang2 bila dibaca sangat merapu, remeh temeh dan sukar untuk diterima dek akal? Lihat gambar di bawah, bandingkan dan fikirkan kenapa pemikiran orang Melayu sekarang semakin mereput.


Rabu, 25 Mac 2015

28 Jangkaan VS Realiti selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 seminggu lagi sebelum GST dilaksanakan. Walaupun kita selalu diberi contoh mengenai penerangan dan pengiraan GST sebelum ini yang yang semuanya kelihatan seolah2 semua harga barang akan menjadi lebih murah atau sama harga selepas pelaksanaan GST berbanding SST seperti rajah2 di bawah, namun realiti dan hakikat sebenar selepas GST pasti berbeza daripada apa yang dijangkakan.



20 Rakyat biasa tidak berhak memilih Perdana Menteri

Pada suatu pagi yang gelap kini sudah terang...

Abu: Aku tak suka kat Najib tapi aku sayangkan UMNO. Aku mahukan Najib turun jadi Perdana Menteri tapi aku mahukan UMNO terus kekal memerintah. Sebagai rakyat biasa, aku tidak boleh memilih siapa untuk jadi PM kerana aku hanya boleh memilih parti sahaja. Memilih PM adalah hak parti.

Acai: Kalau macam tu kau jadilah ahli parti UMNO, lepas tu kau pilihlah orang lain untuk jadi ketua. Kita kan mengamalkan sistem demokrasi, kita sama2 bersihkan UMNO dari dalam.

Abu: Baiklah, aku akan masuk UMNO dan sokong orang lain yang lebih bagus untuk jadi ketua.



Selasa, 24 Mac 2015

34 Apa sebab anda tak setuju hudud di Malaysia?

As salam semua dan semoga semua sihat belaka. Tajuk inilah yang hangat diperkatakan di news feed Facebook saya baru2 ini. Semua ini gara2 hukum hudud yang dilaksanakan di Kelantan. Macam2 pendapat yang keluar. Ada yang setuju, ada yang tidak. Tapi yang saya yakin nampak, hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang komen. Yang kawan2 saya yang bukan Islam, tak ambil port pun. Malahan suatu ketika dahulu masa PRU 13, bila timbul isu hudud, rakan2 sepejabat saya yang bukan Islam cakap kat saya "biarlah nak buat hudud. kalau tak buat salah buat apa nak takut?"


Isnin, 23 Mac 2015

26 Bersama jadikan Malaysia semakin maju dengan GST

Alhamdulillah tak sia2 aku undi BN dulu. Dengan GST semua orang kena menyumbang kearah kemajuan negara. Kalau dulu yang kaya je kena menyumbang, kini yang kurang kaya, miskin, termasuk juga pelajar sekolah dan universiti pun perlu menyumbang walaupun mereka masih belum ada pendapatan sendiri dan cuma ada pinjaman PTPTN je. Kita semua patut bangga sebab boleh sama2 berbakti kepada negara dengan adanya GST.

Bersama kita menjadikan Malaysia bertambah maju dan kuad.



Sabtu, 21 Mac 2015

18 Punca calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA

Calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA kerana tiada “kabel”?

Ramai calon yang sering gagal temuduga atau mungkin tidak dipanggil untuk temuduga sebagai penjawat awam. Kita sering mendengar keluhan mereka tentang kerajaan yang pilih bulu dan berat sebelah. Alasan yang sering diberikan ada tiada kabel (individu berpengaruh).

Ada yang menuding jari pada panel dengan memilih kroni mereka bagi kekosongan pekerjaan ini. Ada juga yang berpendapat, menghadiri temuduga itu hanyalah sekadar untuk cukup syarat sahaja, dan sudah ada calon yang dipilih awal.

Ada juga calon temuduga yang membawa surat sokongan menteri supaya peluang untuk bekerja di sektor kerajaan lebih cerah.

Adakah ini hanya alasan apabila nasib tidak menyebelahi mereka? Ataupun ia memang wujud dalam pengambilan penjawat awam di Malaysia yang dikenali sebagai Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam (SPA).



Jumaat, 20 Mac 2015

23 Kalau tidak bersetuju, usahlah mempersenda

Dewan Undangan Negeri Kelantan baru sahaja meluluskan usul implimentasi hudud. Tapi soalan yang lebih penting: apakah nasib rakyat Kelantan yang masih hidup merempat selepas banjir besar tiga bulan lepas? Adakah agama boleh menyelamatkan mereka dari realiti sosio-ekonomi yang semakin merosot?

Kandungan dan skript video adalah hasil kolaborasi antara BFM dan Projek Dialog.



Khamis, 19 Mac 2015

17 Anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah

Guilty Until Proven Innocent. Sudah menjadi budaya dan mentaliti dalam masyarakat kita, di mana jika ada apa2 masalah dan kejadian buruk berlaku, biasanya seseorang akan dianggap bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah. Apa yang sepatutnya menjadi amalan kita adalah seseorang itu harus dianggap tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah (Innocent Until Proven Guilty), namun ia terbalik pula. Situasi ini biasa berlaku pada apa jua keadaan, masa dan tempat, sama ada di rumah yang melibatkan ahli keluarga, antara kakitangan di pejabat, di kalangan kawan2 sekolah/universiti, pertuduhan jenayah dan sebagainya.



30 Adakah produk 1Malaysia benar2 mesra rakyat?

Tengah dok makan kuey tiaow tengah hari tadi sambal peluh menitik tengah cuaca panas ni, bukak la portal berita online di smart fon. Itu je la sumber berita yang saya suka baca sekarang ni. Sebab berita di tv lambat, dan ditapis mengikut sedap rasa. Itu pun portal berita ni kena hati2 tak boleh baca headline je. Kena baca betul2 takut kang ada berita yang spin. Satu tajuk yang mengangkat bulu kening saya ialah ini:

Simkad Rakyat 1Malaysia dilancar


Rabu, 18 Mac 2015

40 Kenali sub-spesies2 politicalfags di Malaysia

Dalam iklim politik negara kita, masyarakat kita boleh dibahagi2kan kepada beberapa sub-spesies tertentu. Sepertimana kita sudah kenali dahulu puak2 kecil dalam kaum Melayu dan juga sub-spesies2 anon, kali ini kita akan berkenalan pula dengan sub-spesies2 politicalfags di Malaysia.


Selasa, 17 Mac 2015

44 Reaksi pembelian pesawat eksekutif kerajaan baru

Umum sudah tahu mengenai pembelian sebuah lagi jet peribadi baru oleh kerajaan apabila tersebarnya satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319. Isu ini telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat, lebih2 lagi di waktu pelaksanaan GST yang sudah tidak lama lagi ini.



Isnin, 16 Mac 2015

24 Cara lelaki tunjuk sikap peduli dan kasih sayang

Orang lelaki kebiasaannya jarang menunjukkan kasih sayang dan sikap pedulinya secara terang2an. Biasanya orang lelaki menggunakan cara yang berbeza untuk menunjukkan sifat kasih sayang dan kepeduliannya terhadap insan yang dia sayang. Mungkin wanita merasakan lelaki seperti ini tidak romantis dan tidak sayang kepadanya kerana mereka tidak nampak perbuatan kasih sayang yang nyata itu, namun hakikatnya mereka sebenarnya sentiasa mengingati dan menjadi pelindung kepada wanita dan orang yang dikasihinya.



19 Suatu eksperimentasi media sosial mengenai GST

Kita lahir di hospital kerajaan.
Mendapat pendidikan di sekolah kerajaan.
Dididik oleh cikgu kerajaan.
Bergerak menggunakan jalan kerajaan.
Mendapat hiburan melalui saluran TV kerajaan.
Belajar kemahiran dengan pusat kemahiran kerajaan.
Ke menara gading dengan universiti kerajaan.
Mendapat keamanan yang dijaga oleh polis dan tentera kerajaan.
Kita membesar serba serbi bersama kerajaan.

Kini, sudah tiba masa kita membalas jasa dan menyumbang semula kepada kerajaan melalui GST. Apalah sangat sumbangan 6% kepada kerajaan bagi setiap perbelanjaan kita kalau nak dibandingkan dengan jasa dan bakti kerajaan kepada pembangunan ketamadunan rakyat jelata terutamanya bangsa Melayu amnya.

Let's Grow and Share Together with GST.



Sabtu, 14 Mac 2015

19 Menilai tahap pemikiran mahasiswa tempatan

Ramai mahasiswa dan mahasiswi zaman sekarang yang bagi aku takde class. Ya, dulu ramai juga yang takde class tapi tak ramai yang tahu. Namun dengan kewujudan media sosial seperti FB dan Twitter, ia menjadi semakin obvious. Korang boleh lihat sendiri tahap mentaliti dan pemikiran mereka di fanpage2 Confession seperti UKM Confession, USM Love Confession, IIUM Confessions - BM, UITM Confessions, UPSI Confessions, UTM Confessions, UniKL Confessions dan lain2 page pengakuan dan luahan perasaan pelajar2 universiti tempatan.



Jumaat, 13 Mac 2015

9 Betapa manusia tidak boleh hidup tanpa orang lain

Derih, bukan nama sebenar. Beliau menimbulkan persoalan betapa tahyulnya seorang manusia untuk hidup tanpa ada keperluan untuk mempedulikan orang lain.



Khamis, 12 Mac 2015

49 Membeli-belah menjadi lebih menyakitkan dengan GST

Dalam lebih kurang 20 hari lagi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara kita pada 1 April 2015. Berdasarkan berita yang dipetik daripada Harian Metro, konsep Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu cukai yang dikenakan berdasarkan penggunaan dan bukan pendapatan, sudah tentu mampu mendidik rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah penjimatan dengan hanya membeli barangan penting dan keperluan saja.



Rabu, 11 Mac 2015

26 Bro Code: Etika perhubungan sesama kaum lelaki

Satu perbezaan antara lelaki dan perempuan adalah orang perempuan tidak mempunyai semangat setiakawan setinggi orang lelaki. Perasaan suka bersaing sehingga ke tahap dengki dan cemburu sering berlaku walaupun sesama rakan sekolah, rakan serumah, rakan sepejabat, rakan Facebook, mahupun dengan sahabat baik sendiri. Berbeza dengan orang lelaki yang mempunyai keperluan dan daya fikiran yang hampir serupa sesama mereka menyebabkan mereka lebih mudah bertoleransi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain, lalu terwujudlah terma Brotherhood dan Bro Code.



Selasa, 10 Mac 2015

24 Bahagia milik kita itu biar kita sahaja yang rasa

Hari minggu, mama mengajak semua anaknya balik ke rumah. Reunion. Lapan orang anak. Semua dah besar panjang, dah ada kerjaya, ada keluarga. Nasib baiklah, sebahagiannya kerja tidak jauh, sekitar ibu kota saja dan sebahagian lagi sejam dua perjalanan saja balik kampung.

Berkumpullah sekeluarga. Makan-makan. Gelak ketawa bersama. Lepas makan, semua duduk di ruang tamu.

Mama ajak semua duduk keliling dia. Mama ambil dua tiga album lama. Buka dan tunjukkan semua gambar pada anak-anak dan cucu-cucu. Ada yang tergelak tengok gambar lama, ada yang menangis tengok gambar arwah abah. Semua tu kenangan.


Isnin, 9 Mac 2015

31 Lepasan SPM perlu elak 10 jurusan tak berguna ini?

Terdapat sebuah artikel dari blog media TheVocket yang bertajuk "Lepasan SPM Mohon Elakkan 10 Jurusan Tidak Berguna Ketika Musim Gawat Ini" yang mana agak ramai orang kongsikan di media sosial lantas mengundang kemarahan di kalangan warga maya. Ini kerana 10 jurusan tersebut bukan sahaja dilabelkan sebagai tidak berguna, malah data statistik yang digunakan juga bukan data yang diambil berdasarkan negara Malaysia tapi US.



Ahad, 8 Mac 2015

29 Masalah integriti punca agamawan bertelagah

Baru2 ini berlaku perselisihan antara 2 orang tokoh agama yang terkenal di dalam negara kita iaitu Datuk Ustaz Kazim Elyas (DUKE) dengan Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) kerana tersebarnya sekeping surat yang dihantar oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis kepada YB Senator Tuan Mohd Khalil bin Ahmad  yang menyatakan ketidak setujuannya dengan pemilihan panel DUKE kerana dikatakan beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat2 palsu.



Sabtu, 7 Mac 2015

13 Remaja obses komik cenderung baca komik lucah

Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.

Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.



Jumaat, 6 Mac 2015

34 Melayu lebih percaya Pseudosains berbanding Sains

Satu lagi kelemahan orang Melayu adalah terlalu percaya kepada sesuatu ilmu, kaedah, kepercayaan, amalan dan juga produk yang bersifat pseudosains, di mana pengamal dan penjualnya menganggap ia adalah suatu yang santifik dan merupakan cabang sains, namun hakikatnya ia tidak mengikut kaedah saintifik dalam pengajian dan amalannya.

Istilah pseudosains ini (pseudoscience) berasal dari perkataan Greek iaitu pseudo - (palsu atau berpura-pura) dan perkataan Latin scientia (pengetahuan). Orang yang percaya kepada pseudosains ini sering percaya yang suatu amalan dan produk itu mempunyai kesaktian dan bersifat ajaib, walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan ilmiah.


Khamis, 5 Mac 2015

15 Inikah sajian pemikiran generasi muda?

Umur saya pada relatifnya masih muda, dalam kelompok awal 30-an. Saya selalu membaca tanggapan bahawa orang muda seusia dengan saya menggemari hiburan dan gaya hidup yang urban dan malas berfikir. Walaupun tanggapan itu tidak disertai dengan fakta dan kajian akademik, saya setuju generasi muda memang suka dengan hiburan dan gaya hidup urban. Tetapi saya tidak setuju dengan dakwaan generasi muda malas berfikir. Bagi saya, itu bukan kerana individu itu generasi muda. Orang tua pun ada yang malas berfikir. Sebab itulah program televisyen untuk orang malas berfikir bertambah banyak.



Rabu, 4 Mac 2015

25 Wanita yang menulis surat buat PM difitnah teruk

Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013, selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan blog Anak Jerung miliknya.

Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.

Malah masa tu aku sendiri pernah tulis surat yang berbaur sarkastik kepada PM berdasarkan surat Siti Hajar yang sangat viral pada ketika itu. Namun sejak itu, gadis tersebut telah difitnah dengan begitu teruk di media2 sosial oleh orang lain yang membuat akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya sehingga memburukkan nama beliau serta keluarganya.


26 Suami/Isteri mu adalah sahabat baik ku

Aku ada ramai kawan lelaki dan perempuan, tapi semua sahabat baik aku adalah lelaki. Aku tak percaya yang ikatan dan hubungan sahabat baik / best friend / BFF boleh wujud di antara lelaki dan perempuan terutama bagi mereka yang sudah masuk ke alam dewasa. Persahabatan baik di antara lelaki dan perempuan bagi aku hanya boleh wujud di kalangan pasangan kekasih yang bercinta dan suami isteri sahaja.



Selasa, 3 Mac 2015

12 Nasihat dan harapan kepada para cendekiawan muda

Bila keluar keputusan SPM, pasti ada yang gembira, namun pasti ramai juga yang bersedih dan kecewa. Dan macam biasa, nasihat2 tipikal yang biasa kita dengar adalah seperti "gagal SPM bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan", "result SPM bukan segala2nya", "jangan risau sebab dulu pun ramai orang yang SPM tak cemerlang tapi akhirnya masih boleh berjaya dan jadi kaya". Ya, itu adalah nasihat2 biasa yang kita dengar diberikan kepada orang yang lemah dan kurang bijak dalam akademik untuk menaikkan semangat dan memujuk hati mereka, namun bagaimana pula dengan mereka yang cemerlang dan mendapat result yang bagus?


Isnin, 2 Mac 2015

16 Perbezaan di antara boss, leader dan dickhead

Ciri2 seorang boss - memacu pekerjanya, menggunakan kuasa autoriti, ketakutan sebagai sumber inspirasi, berkata "Saya", mencari kesalahan orang lain, tahu bagaimana ia dilakukan, menggunakan sumber manusia, mengambil kredit, memberi arahan dan berkata "Pergi!".

Ciri2 seorang leader pula - melatih pekerjanya, menggunakan budi bicara, menarik minat bekerja, berkata "Kita", mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku, menunjukkan bagaimana ia dilakukan, membangunkan sumber manusia, memberikan kredit, bertanya dan berkata "Mari Kita Pergi!".

Manakala ciri2 seorang dickhead...


21 Kaedah sebenar mengira harga minyak di Malaysia

Semenjak harga minyak naik 1 Mac hari itu, ramai yang kongsikan graf ini di mana kenaikan 25 sen bagi semua jenis minyak boleh dikatakan tidak logik. Ini kerana harga minyak setelah subsidi dimansuhkan berkuatkuasa pada 1 Disember, harga minyak ditentukan melalui kaedah pengapungan terkawal di mana purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Namun persoalannya, bagaimanakah sebenarnya cara dan pengiraan untuk menetapkan harga minyak di Malaysia ini?



Ahad, 1 Mac 2015

15 Panduan menggunakan tandas awam dengan bijak

Masalah yang selalu dihadapi bila pergi ke tandas awam di Malaysia adalah orang kencing dan berak tak flush, ada kesan tapak kasut kat mangkuk tandas duduk, lantai yang basah lenjun, flush yang rosak, tiada tisu tandas dan tiada penyangkut seluar. Oleh sebab rata2 pengguna tandas awam ni boleh tahan bodoh dia, so aku terpaksa buat tips dan panduan untuk menggunakan tandas awam demi kesejahteraan semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...