Iklan Leaderboard

Isnin, 31 Ogos 2015

16 Sejauh manakah rakyat Malaysia Sehati dan Sejiwa?

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu adalah Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.



Ahad, 30 Ogos 2015

23 Koleksi gambar awek dan lain2 sekitar BERSIH 4

Berikut adalah koleksi gambar2 awek dan juga gambar2 menarik para peserta sekitar perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015. Bersedialah untuk menghabiskan kuota data Internet smartphone dan tablet korang.



Sabtu, 29 Ogos 2015

16 Anak kita sedang tenat akibat smartphone dan Wechat

ANAK KITA SEDANG TENAT!

Sejak kebelakangan ini, banyak kes melibatkan pelajar seperti DADAH, ZINA SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK, VAPER DAN SHISHA STICK berleluasa dari sekolah harian hingga sekolah yang berasrama, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Kita telah digegarkan dengan kes pada baru-baru ini murid tahun 5 bersalin anak tidak sama taraf seramai 2 orang. Itu yang kita ketahui tetapi yang lain? Juga ada kes pelajar menengah bersalin di tandas dan di asrama. Itu kes yang dilaporkan yang kita tahu tetapi yang tidak dilapor bagaimana?

Gara-gara kecanggihan teknologi dan dasar keperluan, anak-anak kita diberi atau mereka sendiri yang membeli telefon pintar dengan tujuan asalnya untuk menghubungi keluarga jika ada keperluan tetapi telah disalah gunakan secara berleluasa.



Jumaat, 28 Ogos 2015

22 Guru biadap atau murid yang tiada adab?

Pagi ini tersentak bila baca post ini. Post seorang murid yang mengejek dan menghina gurunya BIADAP di laman tweeter gara2 guru tersebut tulis :-

"Untuk mengelakkan aku stress, lantak kau nak buat apa. Yang nak belajar, tolong siapkan karangan. Yang tak nak boleh berambus sekarang."

Aku pun pernah remaja. Aku pun pernah jadi pelajar. Aku pun pernah membenci dan berdendam dengan guru atas sebab2 yang tertentu. Tapi tidak sampai ke tahap mengejek dan menghina guru sendiri. Tidak sampai memalukan guru yang menyampaikan ilmu kepadaku, kerana aku tau keberkatan sesuatu ilmu terletak pada guru!



Khamis, 27 Ogos 2015

14 Penghormatan diperolehi bukan dengan meminta-minta

Sepanjang kehidupan kita, pasti kita akan mempunyai seorang kawan (atau mungkin aku tak boleh labelkan sebagai kawan) yang kita tidaklah berapa baik dengan dia yang mungkin hanya kawan sekelas, setaman, sekuliah, sekuliah, sepejabat, tapi suka mengutuk, mengejek, memperlekeh, menghina, menyindir, memalukan dan menjatuhkan air muka kawan yang lain dengan suara yang kuat dan lantang di depan kawan-kawan yang lain atau di khalayak ramai?


Rabu, 26 Ogos 2015

29 Persiapan anak muda menentang demonstrasi Bersih

Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

“Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.



Selasa, 25 Ogos 2015

16 Orang Melayu akan terbangsat kalau tiada UMNO

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.



Isnin, 24 Ogos 2015

21 Peliknya tengok motor di laluan pandu lalu McD

Di luar negara, orang menunggang motor kat restoran yang ada drive thru seperti McDonalds untuk order makanan adalah perkara biasa, tersangat2lah biasa, macam takde apa yang pelik pun. Sama macam mengemas meja sendiri lepas makan kat restoran fast food, atau beratur ketika naik bas atau tren, atau berdiri di sebelah kiri ketika menaiki eskalator, di luar negara benda tu amalan biasa orang di sana, langsung tiada apa2 yang pelik.

Cuma yang aku pelik bila benda tu ada orang buat kat Malaysia, tiba2 ada pula orang lain pelik dan rasa benda tu kelakar sampai rasa nak gelak. Pelik, macam bangang kan?



Ahad, 23 Ogos 2015

17 Pekerja yang mengaibkan pelanggan sila mereput

Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long Di Sini, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum.

Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.

"Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.



Sabtu, 22 Ogos 2015

10 Apabila manusia itu lebih hina daripada binatang

Kenapa haiwan itu lebih mulia daripada sesetengah manusia? Kerana walaupun mereka tidak berakal, tapi mereka ada emosi dan sifat kebinatangaan, mereka tidak menganiaya dan menzalimi haiwan lain dan menyayangi keluarga mereka, berbeza dengan sesetengah manusia, walaupun sudah ada akal, tapi langsung tiada emosi simpati dan empati serta sifat kemanusiaan sehingga sanggup menganiaya dan menzalimi haiwan malah sesama manusia termasuk keluarga sendiri.

Beruk dibaling mercun, kucing dibaling dari tingkat 9, anjing dibaling batu, anak sendiri dibuang, didera dan dizalimi, apa nak jadi dengan manusia hari ini?  Apa masalah manusia2 bangang seperti ini? Aku harap spesis orang macam ini tidak lagi membiak kerana mereka hanya akan membuatkan bumi ini bukan tempat yang selamat untuk didiami kehidupan.



Jumaat, 21 Ogos 2015

8 Perbezaan belajar sewaktu kecil dan besar

Pembelajaran adalah suatu proses yang panjang. Kita sudah mula belajar secara formal di sekolah bermula seawal 7 tahun sehinggalah 17 tahun dan kemudiannya menyambung ke peringkat lebih tinggi. Namun walau kita masih belajar subjek yang sama, kisah yang sama, namun pembelajaran sewaktu umur sudah banyak tidaklah seindah seperti belajar sewaktu masih kanak-kanak.



Khamis, 20 Ogos 2015

23 Warkah buat rakyat Malaysia: Najib umpama kain buruk

Warkah Buat Rakyat Malaysia: Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.



Rabu, 19 Ogos 2015

19 Layakkah kita menghina pekerjaan orang lain?

Akhir2 ini banyak benar isu orang menghina profesion jururawat. Mungkin disebabkan mereka pernah ada peristiwa hitam dengan seorang dua jururawat, maka habis kerjaya jururawat itu habis dicemuh dan dihinanya. Aku tak nafikan, jangan kata jururawat, malah doktor, jurutera, arkitek, cikgu, polis, tentera, posmen, pemotong rumput atau apa2 kerja pun pasti ada orang yang bermasalah, namun yang bermasalah itu adalah individu itu sendiri, bukan kerjaya dan orang2 lain yang sama profesion dengannya.

Serius, apa kelayakan kau yang membolehkan kau menghina pekerjaan orang lain? Hebat sangatkah kau sehingga merasakan betapa tingginya diri kau dan kerjaya kau sehingga melayakkan diri kau untuk memperlekeh dan memandang rendah pekerjaan orang lain?


Selasa, 18 Ogos 2015

22 Jadi pejuang negara dengan game Perwira Merdeka

Sempena Hari dan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos ini, aku ada bangunkan sebuah shooting arcade game khas untuk smartphone atau peranti Android iaitu Perwira Merdeka. Dalam game ini, anda sebagai seorang tentera wira dan askar perajurit perlu mempertahankan negara dan memperjuangkan kemerdekaan negara daripada serangan tentera komunis yang cuba menggugat keamanan negara.

Cara bermain sangat mudah, tiada sebarang misi atau objektif yang sulit, anda hanya perlu tembak seberapa banyak tentera musuh pengganas di dalam hutan belantara ini untuk mengumpul mata. Elakkan daripada ditembak sehingga nyawa anda kosong.



Isnin, 17 Ogos 2015

25 Industri komik semakin hilang identiti tempatannya

Sebelum ini aku pernah menulis beberapa artikel mengenai industri komik di Malaysia berdasarkan pemerhatian aku sahaja, namun aku perlukan bukti atau suatu kajian yang lebih kukuh untuk menyokong teori dan pemerhatian aku. Maka aku pun membuat survey atau soal selidik dengan memberikan 3 jenis lukisan komik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi setiap generasi umur.



Sabtu, 15 Ogos 2015

36 Soal selidik jenis lukisan komik paling digemari

Saya ingin membuat satu survey atau soal selidik untuk memilih lukisan watak yang anda rasakan paling sesuai untuk dijadikan komik, oleh itu saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk memilih dan mengundi antara 3 lukisan watak berikut, jenis lukisan yang mana satukah yang anda suka dan rasanya dapat menarik minat anda untuk membaca komiknya?

Sila pilih 1 jenis lukisan sahaja yang paling digemari sama ada A, B atau C.

Nyatakan sekali generasi anda:
Lahir antara 1946 - 1964: The Baby Boom
Lahir antara 1965 - 1976: Gen-X
Lahir antara 1977 - 1997: Gen-Y
Lahir antara 1998 - 2009: Gen-Z
Lahir pada 2010 hingga kini: Gen-A

Anda boleh tulis pilihan atau undian anda di ruangan komen atau di ruang FB saya seperti contoh ini:
Saya pilih A
Dari Gen-Y



14 Gembirakan pasangan dengan minat dan kegemarannya

Seorang isteri membuat cupcake kegemarannya lalu diberikan kepada suaminya untuk rasa.

"Sedap tak bang?"

"Sedap. Pandai sayang buat," puji suaminya.

Isteri tersebut gembira kerana suaminya memuji cupcakenya. Merasakan suaminya suka akan cupcake buatannya, dia telah membuat lebih banyak cupcake untuk suaminya.

Namun setelah beberapa hari, dia melihat cupcake2nya tidak berapa nak luak. Daripada 10 cupcake yang dia buat, masih ada 8 lagi dalam peti sejuk. Dia merasa agak kecewa kerana suaminya tidak menghabiskan cupcakenya dan merasakan suaminya seolah2 tidak menghargai masakannya.



Jumaat, 14 Ogos 2015

19 Media sosial telah melahirkan ramai pakar Internet

Hari ini kita boleh lihat keyboard warrior atau pahlawan papan kekunci yang punya macam2 kepakaran muncul macam cendawan kat FB, Twitter dan lain2 media sosial. Namun yang sebenarnya keadaan dan situasi kita pada hari inilah yang telah memaksa dan menuntut para keyboard warrior ini untuk menjadi seorang pakar Internet dalam pelbagai bidang seperti:


Khamis, 13 Ogos 2015

57 Hisap vape nampak bangang bila sudah jadi trend

Benda yang pada asalnya bagus atau konon2 bagus, bila dah jadi trend, benda tu akan jadi bangang. Sama macam orang hisap rokok elektronik, e-cigarette, vape, vapor, vaping, vape on, vapejob dan yang sewaktu dengannya. Dulu vape ni wujud kononnya sebagai alternatif kepada rokok tembakau bertar dan nikotin agar perokok tegar dapat berhenti merokok. Namun lama kelamaan vape ni bukan lagi jadi alternatif untuk berhenti merokok tapi dah jadi budaya dan trend bodoh.

Yang tak pernah hisap rokok nak hisap vape. Budak2 sekolah pun nak hisap vape walaupun spender masih mak bapak yang beli. Awek2 belajar hisap vape acah2 macho. Kalau dulu hisap rokok takde pun beria nak main asap, lepas hisap vape acah2 poyo main asap, hisap vape kat tempat awam sampai mengganggu orang sekitar, sembur kat muka orang, ambik gambar hembus vape upload kat Internet, tak tahu pencapaian apa yang dibanggakan sangat dengan nak menunjuk2 yang dia hisap vape. Yang asyik kata duit takde, harga barang makin naik, tapi beli body, liquid dan aksesori vape sampai beratus2 tu tiba2 ada pulak duit?

Macam kau ambil ubat atau bahan seperti Nuiquitin untuk berhenti rokok. Lepas kau makan ubat tu, lama kelamaan kau akan berhenti merokok, dan lama kelamaan, kau akan berhenti makan ubat tu. Tapi orang yang mula2 kata nak hisap vape sebab nak acah2 berhenti rokok, tapi sampai ke sudah masih hisap vape, takde pun nak berhenti dari hisap vape. Konsep dia sama je macam kau berhenti cari penyakit, kau cari penyakit lain.



Rabu, 12 Ogos 2015

7 Isteri sibuk bekerja, suami sibuk cari perempuan

Ada sebuah kisah rumahtangga suami isteri. Pasangan ini masih mempunyai anak2 yang masih kecil. Sang isteri seorang jururawat yang masa bekerjanya shift, kadang2 siang, kadang2 malam, kadang2 hari Sabtu Ahad pun kena bekerja, manakala si suaminya pula bekerja mengikut waktu pejabat biasa dari pukul 8 ke 5, Isnin ke Jumaat. Rumah dan kereta mereka kongsi bayar suami isteri.

Nak dijadikan cerita, akibat kesibukan isterinya bekerja dan tidak dapat melayan suaminya malam2, tengok wayang, teman makan dan sebagainya, maka suaminya cari perempuan lain untuk menghilangkan kesunyian dan kini mahu ceraikan isterinya kerana mahu kahwin dengan skandalnya.



Selasa, 11 Ogos 2015

15 Pelanggan yang jelek lagi menjengkelkan

Selalu aku kongsikan mengenai isu dan masalah yang melibatkan peniaga, namun terdapat juga banyak masalah kebangangan yang berpunca daripada pihak pelanggan atau bakal pelanggan. Mungkin kerana dengan kata pepatah "The customer is always right", maka ramai pelanggan yang rasa peniaga perlu layan mereka macam Tuhan walaupun kadangkala permintaan mereka sangat mengarut dan bodoh yang mereka sendiri pun tak tahu apa keperluan sebenar mereka dan apa sebenarnya yang mereka mahu, malah ada pula yang permintaannya macam2 tapi nak bayar dengan harga yang murah, seperti mahu produk yang kualiti seperti Ferrari tapi nak harga seperti Proton.



Isnin, 10 Ogos 2015

3 Situasi yang biasa dihadapi jika ada anak OKU

Jika anda ada anak Orang Kelainan/Kekurangan Upaya (OKU):
  1. Sewaktu bawa anak OKU anda ke tempat awam anda dapat lihat orang berbisik bisik sambil memandang anak anda.
  2. Paling berani ada yang memandang anak OKU anda seperti ternampak makhluk asing tanpa pedulikan anda.
  3. Ada yang bertanya macam macam sehingga anda tidak selesa. Sesekali ada yang akan menasihatkan anda dalam bentuk agama dan tentang dosa lampau anda.
  4. Rakan sepejabat anda akan mengumpat di belakang anda kerana selalu cuti atau meminta pelepasan kerana memenuhi temujanji hospital.
  5. Majikan atau Ketua Jabatan yang tidak memahami keadaan anda.
  6. Ahli keluarga dan saudara mara yang tidak pernah pun menyentuh anak anda.


Ahad, 9 Ogos 2015

5 Parodi persembahan muzik live paling hancur

Anda pernah tengok persembahan muzik secara live yang sangat hancur? Macam mana pula kalau persembahan muzik live yang dipersembahkan oleh artis2 profesional tanah air menjadi sangat hancur, dengan suara yang sumbang kelaut sangat menjengkelkan serta muzik yang berterabur, lari key dan tak ikut tempo? Layan video2 parodi "Persembahan Paling Teruk" oleh Walker Shah Alam ini, memang sangat kelakar, terutama video Elizabeth Tan ft Faizal Tahir - Knock Knock dan Bunkface - Anugerah Syawal tu.



Sabtu, 8 Ogos 2015

19 Susu lembu membentuk akhlak manusia serupa lembu

Viral pula sedutan daripada rancangan bual biacara Fiqh Wanita di TV3 yang menceritakan tentang kebaikan susu ibu. Tidak dinafikan susu ibu manusia atau breast milk atau breastfeeding itu jauh lebih baik untuk bayi berbanding segala jenis susu di dalam dunia ini kerana bukan sahaja ia adalah fitrah alam malah dari segi saintifiknya nutrisi yang dibekalkan adalah jauh lebih berkhasiat berbanding susu2 lain terutama susu kambing dan lembu.

Seperti yang kita tahu, hampir semua kehidupan jenis mamalia termasuk manusia juga, setelah melahirkan anak, ibunya akan menyusukan anak mereka. Kita tak pernah lihat kucing beranak lepas tu anak kucing cari ibu kuda untuk menyusu. Ini fitrah.


8 Kenapa kita tak boleh tahan bau kentut orang lain?

Ada satu benda yang aku masih tak dapat rungkai sampai sekarang.

Kalau nak diikutkan bau kentut semua orang sama je busuk dia, tapi kenapa kita boleh selesa dengan bau kentut sendiri sahaja tapi tak boleh tahan dengan bau kentut orang lain?

Boleh siapa2 tolong jelaskan?



Jumaat, 7 Ogos 2015

16 Industri komik tempatan tidak lagi seperti dahulu

Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhiran. Buat anda yang membesar dengan majalah lawak Ujang dan Apo? pastinya terkesan apabila menerima berita bahawa Moy Publications selaku syarikat penerbitan bagi kedua-dua majalah ini telah pun menamatkan operasinya serta merta pada hari ini, 6 Ogos 2015, dengan keluaran terakhir Ujang siri 505 dan Apo? siri 398.



Khamis, 6 Ogos 2015

9 Peniaga melayu biadap membusukkan nama melayu

Al-kisah viralnya cerita mengenai sebuah gerai bernombor 7 di Medan Selera Klebang, Melaka oleh 2 orang pelanggan yang berkongsikan pengalaman buruknya dengan peniaga tersebut. Kemudian, lebih ramai orang yang pernah menjadi pelanggan kedai tersebut berkongsi cerita mengenai betapa teruknya peniaga kedai tersebut.



15 Diskriminasi terhadap graduan melayu dalam pekerjaan

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan terutama di syarikat2 swasta terhadap graduan dan pekerja melayu bukanlah suatu yang asing dan baru di Malaysia. Malah sudah menjadi "open secret" bagi syarikat yang dimiliki oleh tauke2 cina atau syarikat multinasional yang dipegang oleh orang cina secara terang2an hanya mahu mengambil orang cina sahaja untuk bekerja dengan mereka seperti kebiasaannya tertera di dalam iklan2 kerja kosong.

Malah pada tahun 2012, seorang pensyarah cina UKM telah membuat kajian mengenai diskriminasi majikan cina memilih warna kulit dan bangsa dalam sektor swasta.


1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.


3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.

8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.

14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber portal berita UKM. Lain2 artikel yang berkaitan:


Sebenarnya, diskriminasi kaum dalam pekerjaan bukanlah satu rahsia lagi di Malaysia ini, malah ia bukan kerana semata2 kaum melayu dan bumiputera ini tiada kualiti seperti mana yang pernah ditulis oleh Tun Mahathir.

Kebanyakan majikan cina lebih suka mengambil pekerja cina, begitu juga dengan majikan melayu, dan juga majikan india. Semua orang lebih suka dan rasa selesa untuk bekerja dengan bangsa masing2.

Namun, majikan kaum lain selain kaum cina tidak terang2an mengiklankan yang mereka mahu pekerja melayu sahaja, atau india sahaja, kerana mereka tahu jika mereka meletak syarat sedemikian akan ada bangsa lain yang menjerit dan menjadikan isu betapa diskriminasinya majikan tersebut.

Akan tetapi berbeza dengan kebanyakan majikan cina, mereka secara terang2an meletakkan syarat seperti "Cina sahaja", "Chinese only", "Able to speak mandarin" dan sebagainya di dalam iklan kerja mereka. Itu belum masuk isu pekerja muslim yang tidak dibenarkan pakai tudung atau menunaikan ibadah seperti solat.

Adakah ini bukan suatu bentuk diskriminasi pada kaum lain? Adakah kaum cina yang katanya bencikan perkauman sedar akan perkara ini dan akan menegur diskriminasi tersebut?

Kalau ya pun nak ambil pekerja cina sahaja, tak perlu lah letak syarat2 seperti pada iklan pekerjaan. Jika ada bangsa kaum lain hantar resume, tak perlu lah panggil mereka temuduga so takde siapa pun tahu yang majikan itu diskriminasi atau tidak.

Aku ada banyak kenalan melayu di dunia sebenar dan maya yang ultra-melayu yang anti-cina, aku juga ada banyak kenalan melayu yang lebih terbuka dan anti-perkauman. Jika ada isu2 berkaitan perkauman di media2 sosial, kenalan2 melayu yang anti-perkauman ini akan memberi komen mengenai anti-perkauman malah jika terdapat isu yang melibatkan individu dari kaum lain, mereka hanya mengecam individu tersebut dan mempertahankan kaum individu tersebut walaupun mereka sering dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan sebagainya hanya kerana mereka berprinsip yang salah hanya individu dan bukannya kaum mereka..

Namun, untuk menghapuskan isu perkauman dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang harmoni untuk didiami oleh pelbagai kaum, usaha daripada orang melayu sahaja tidak cukup. Tidak cukup jika sekadar orang melayu sahaja yang mempertahankan kaum lain apabila kaum lain dicemuh. Kaum lain terutama orang cina yang anti-perkauman juga perlu mempertahankan kaum lain seperti melayu dan india apabila mereka berhadapan dengan orang2 dari kaum mereka sendiri yang rasis.

Jangan kata kaum cina tiada yang rasis, dengan diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan sahaja pun dah membuktikan kewujudan orang cina yang rasis. Oleh itu, aku harap kaum cina yang anti-perkauman ini juga akan turut menegur, menasihat dan menyampaikan mesej anti-rasis ini kepada bangsa mereka sendiri terutama apabila terdapat rakan atau kenalan sebangsa mereka yang mengeluarkan kata2 atau komen yang rasis dalam bahasa cina, memandangkan orang melayu tak tahu bahasa mereka. Jangan bila bangsa korang kutuk melayu, korang pun hanya diam sekali atau join sekaki kutuk juga.

Dalam setiap kaum pasti ada ramai orang yang rasis dan membenci kaum lain, itu benda yang kita tak boleh lari. Ada melayu yang benci cina, ada cina yang benci melayu. Maka kita melayu, cina dan india yang anti-rasis dan tidak bermentaliti jumud ini sama2lah menegur dan mengingatkan orang sesama bangsa akan betapa buruknya sikap perkauman dan betapa pentingnya hidup bersatu padu dalam sebuah negara sebagai rakyat Malaysia.

Baca lagi "Walau beza kaum dan agama, darah tetap sama merah".




tags: diskriminasi pekerjaan kerjaya kerja terhadap graduan mahasiswa melayu sektor swasta kajian ukm professor iklan kerja kosong cina chinese only malay graduates


Rabu, 5 Ogos 2015

14 Kehidupan di Jepun yang buatkan anda tak mahu pulang

Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku 'lupa daratan' , 'tak rindu keluarga' , 'lupa kawan' , 'bajet da jadi org jepun' , 'duk negara maju dah tak pandang kampung' etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :



Selasa, 4 Ogos 2015

14 Adakah PM Najib terlalu istimewa tiada ganti?

Daripada 11,229,744 undian pada PRU13, sebanyak 5,262,983 yang mengundi BN, yakni 46.87% daripada jumlah keseluruhan undian di seluruh negara.

Dan daripada 5,262,983 orang yang mengundi BN ini pada PRU13 2 tahun lepas, berapa ramaikah yang masih tinggal menyokong PM Najib?


12 Kepimpinan melalui tauladan mana layak dicontohi?

SPRM telah menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pertama sekali, ia sudah mengesahkan yang transaksi RM2.6 bilion ke dalam akaun bank PM yang didakwa sebelum ini adalah benar2 wujud walaupun telah dinafikan dengan begitu beria sekali.

Kedua, aku faham derma tu bukanlah sama seperti derma kepada orang susah atau anak yatim piatu. Ia adalah sumbangan untuk dana bagi hal2 berkaitan politik BN, seperti mana juga parti lain seperti PAS, DAP dan PKR yang memperolehi dana daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan dan derma.

Namun, memasukkan sejumlah besar wang derma kepada akaun peribadi? Kenapa akaun peribadi? Kenapa tidak derma ke akaun amanah parti?


Isnin, 3 Ogos 2015

7 Malaysia perlu jadikan Bahasa Inggeris keutamaan

Penguasaan berbahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana kedudukannya sebagai medium komunikasi global, kata Datuk Seri Nazir Razak.

"Inggeris adalah bahasa global dan negara ini sepatutnya mengisytiharkan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan," kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Komen itu disusuli bersama imej daripada artikel yang dimuatnaik Nazir.


Ahad, 2 Ogos 2015

30 Jika esok PRU, parti mana anda akan pilih?

Bekas TPM Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Timbalan Menteri MITI Ahmad Maslan pula berkata, jika esok pilihan raya, saya jawab esok bukan PRU. Esok adalah persiapan untuk pilihan raya.

Di FB PM Najib Razak pula dibanjiri dengan komen #najibletakjwtanPM, #najibletakjawatan, #kamisupportnajibletakjawatan dan yang sewaktu dengannya.

Tapi orang Malaysia biasa cakap je lebih tak sokong BN ke apa, tapi bila PRU nanti pangkah dacing juga.

So kita try buat undian atau poll, jika esok PRU, parti mana anda akan pilih?


15 Drama dan filem tempatan yang berfikiran sempit

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online


Sabtu, 1 Ogos 2015

4 Usah cela wira tak didendang yang kerja makan gaji

Biasa bila ada orang membangkitkan pasal gaji yang kecil dan kos sara hidup yang tinggi terutama golongan yang kerja makan gaji, akan ada golongan cerdik pandai yang cakap:
"Itulah kau, sampai bila nak kerja makan gaji. Jom join bisnes MLM aku, lama2 boleh pakai kereta BMW."

"Jom join seminar Jutawan yang Professor Madya Doktor Air Liur tu anjurkan, dia boleh ajar macam mana nak jadi jutawan."

"Buang masa je kau belajar ambil degree semua tu, tengok macam aku takde degree tapi boleh kaya sebab buat bisnes online."

"Ini semua silap sistem pendidikan kerana mendidik orang Melayu supaya kerja makan gaji, patut ajar macam mana nak kerja sendiri buat bisnes."

"Kau ni manja, lembik, tak bersyukur. Dah tau gaji kecik siapa suruh kau mintak kerja tu? Nak gaji besar jadi ahli hartanah macam aku ni."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...