Rabu, 30 September 2015

31 Masyarakat miskin adab dan biadap di media sosial

Negara kita negara membangun, malah mengikut perancangan dalam beberapa tahun lagi negara kita akan menjadi negara maju. Infrastruktur, kemajuan teknologi dan pembangunan memang begitu banyak dan pesat membangun, namun ia tetap tidak akan menjadikan kita masyarakat yang maju kerana masalah pemikiran dan mentaliti kita sendiri. Tahu apa masalah dengan masyarakat kita ni?

Kita ini terlalu miskin. Bukan miskin harta, tapi...

Miskin adab.
Miskin etika.
Miskin hormat.
Miskin kesopanan.
Miskin tatasusila.
Miskin budi bahasa.



9 Boikot penjual makanan Melayu yang merokok

Aku hari ini nak ajak korang semua boikot penjual makanan Melayu...

Ya, semua penjual makanan Melayu yang menghisap rokok di premis, kedai, gerai terutama yang terlibat dalam penyediaan makanan tersebut. Benda ni basic gila kot tapi kenapa ramai penjual makanan Melayu masih gagal?

Asap rokok ni dia punya bau memang celaka semacam. Kalau ada orang hisap rokok kat dalam tandas, bila kau masuk kadang2 tak lama mana pun, bila kau keluar baju kau dah melekat bau celaka tu. Sama juga orang merokok kat tangga, padahal kau naik tangga setingkat je tapi bau celaka tu dah melekat kat badan kau dan susah nak hilang.

Aku pernah pergi gerai burger, goreng pisang, air kelapa dan lain2 lagi, aku tak perasan peniaga tu hisap rokok sebelum sediakan makanan/minuman, tapi lepas dapat pesanan, kat plastik bungkusan lagi dah melekat bau rokok jahanam.


Selasa, 29 September 2015

11 Hina orang lain tak menjadikan kita lebih mulia

Tak bolehkah kita, apabila mengkritik, berhujah, berdebat, menasihati atau bertukar pandangan dengan seseorang individu yang lain, tanpa disertai dengan kata2 kesat, cacian, hinaan, makian dan carutan?

Tak bolehkah kita berbincang dan bertukar pandangan dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain dengan baik, ilmiah dan matang?

Kita ini bukannya kanak2 yang masih mengejek nama bapak atau warna kulit. Ini ada yang dah jadi ibu bapa, cikgu, doktor, ustaz, pensyarah, engineer, businessman, peguam dan sebagainya, tapi masih mengekalkan carutan dan kata2 nista bagai zikir harian terutama dalam FB.

Dan apabila kita membibitkan cercaan dan kata2 nista seperti "bodoh", "bahlol", "sial", "babi" dan sebagainya kepada orang lain, ia langsung tidak membuktikan yang kita ini lebih pandai atau lebih mulia daripadanya, sebaliknya ia hanya mencerminkan sifat buruk dan keperibadian hodoh kita.


Isnin, 28 September 2015

20 Graduan Book smart VS Street smart

SERING kali kita pernah mendengar ada orang berkata adalah lebih baik menjadi seorang street smart daripada menjadi book smart.

Kebenaran kata-kata ini mungkin ada kewajarannya menerusi perkongsian pengalaman seorang lelaki, Dr. Md Azree yang berpeluang mengadakan sesi temu duga bagi mencari pekerja di syarikatnya.

Apa yang mengejutkannya ialah bagaimana graduan universiti terbaik di Malaysia tidak mampu perform dalam sesi interview dijalankan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu juruukur bahan di syarikatnya.


Sabtu, 26 September 2015

27 Best ke hidup dengan jurugambar sepenuh masa?

BEST KE HIDUP DENGAN PHOTOGRAPHER?

Jawapan dia tak best! Kenapa?

Sama saja photographer ke videographer ke designer ke arkitek ke interio decorator ke artis ke, semuanya dalam industri kreatif. Industri kreatif ni lain, tidak seperti industri lain.

1) Kerja di waktu orang cuti. Jangan harap nak cuti gembira kalau hari cuti awam, deepavali, hari raya dan sebagainya. Waktu inilah rezki masuk. Di kala semua orang lain cuti, mereka berpusu nak ambil gambar dan berkumpul seisi keluarga. Kak kay raya kedua dah shoot, itu pekara biasa. Tanya team kelantan, hari raya pertama turun bekerja adalah pekara biasa.



Jumaat, 25 September 2015

11 Tak suka bukan benci, tak benci bukan suka

Ramai orang yang ayat atau jawapan yang basic pun susah nak faham dan hadam lalu membuat andaian atau assumption sendiri, seperti contoh:

Ali: Kau suka PM Najib kita?
Abu: Tak suka.
Ali: Apsal kau benci Najib? Apa dia dah buat kat kau?
Abu: Bila masa aku benci Najib? Dah kau tanya aku suka ke tak, aku jawab la tak suka, dah dia bukan pemimpin kegemaran aku, tapi aku tak benci pun dia.
Ali: Kalau dah tak suka tu maksudnya benci la.
Abu: .....

Siti: Kau suka dengar lagu K-Pop tak?
Zainab: Tak.
Siti: Apsal kau benci kat K-Pop? Kau ni K-Pop haters!
Zainab: Aku tak la benci K-Pop tapi aku tak la suka, dah aku tak minat nak buat macam mana.
Siti: Dah kau tak suka mesti la kau benci.
Zainab: .....



Khamis, 24 September 2015

9 Besarnya ujian buat umat Islam di musim haji ini

Aidiladha tahun ini umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragedi kren jatuh di Masjid al-Haram, Mekah yang berlaku pada 11 September 2015 yang lalu menyebabkan banyak kematian dan kecederaan para jemaah haji termasuk daripada Malaysia.

Susulan dengan tragedi tersebut, Arab Saudi akan membayar pampasan kepada semua waris mangsa nahas serta menggantung syarikat pembinaan BinLaden Group yang bertanggungjawab terhadap kren tersebut.

Ditambah pula lagi dengan insiden rempuhan di Mina ketika sedang melakukan ibadah wukuf yang telah mengorbankan sejumlah besar jemaah haji.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat juga dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian ini.


Rabu, 23 September 2015

27 Jalanraya hak milik bersama bukan milik mat rempit

Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.


Selasa, 22 September 2015

31 Baik dan jahat, bijak dan bodoh, ingkar dan patuh

Zaman sekarang kita selalu dengar persepsi dan judgemental sebegini,
"Perempuan tu jahat sebab suka pakai seksi2, kesian aku tengok nanti masuk neraka."
"Orang pakai tudung labuh dah tentulah dia orang baik."
"Bagus orang tu tak pernah tinggal solat, confirm masuk syurga."
"Belajar pandai2 tapi jahat sebab tak pakai tudung".
Atau pun mentaliti dan tanggapan seperti ini,
"Aku pakai seksi tapi hati aku baik."
"Wanita pakai tudung belum tentu baik."
"Aku tak rajin solat tapi aku selalu tolong orang."
"Aku orang baik sebab aku solat tak pernah tinggal."

Isnin, 21 September 2015

26 Dakwah untuk membimbing atau sakitkan hati orang?

Dakwah sentap, tazkirah sentap, tarbiyyah sentap, kuliah sentap, ceramah sentap dan lain2 nama dakwah dengan nama sentap. Lately ini dah seperti menjadi satu trend orang bagi dakwah agama dengan cara sentapkan orang sehingga ramai orang nak dakwah sentapkan orang. Pada mereka, lagi ramai orang yang terasa lagi bagus. Lagi ramai orang sakit hati lagi bagus. Lagi ramai orang yang benci lagi hebat.

So macam mana berdakwah dengan cara bagi orang lain sentap ni?

Marah, herdik, sindir, perli, sarkastik, sinis dan kata2 pedas terhadap orang lain yang dilihat tak begitu mengikut pada ajaran agama.


Ahad, 20 September 2015

14 Novel Suamiku Budak Rock Jutawan: Bab Akhir

BAB 12 (AKHIR)

2 tahun sudah berlalu...

Kelihatan beberapa buah kenderaan mewah memasuki perkarangan rumah Mak Limah. “Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni”, soal Mak limah sambil menjenguk keluar jendela. “Qis!! Cuba tengok siapa yang datang tu?”, jerit Mak Limah dari dapur.

Qis berlari menuju ke pintu utama. Sebaik sahaja dia membuka selak pintu, kelihatan seorang jejaka yang amat dikenalinya berdiri di hadapan pintu.

“Ray!”, jerit hati kecilnya.

“Assalammualaikum Qis. Awak sihat? Awak tetap cantik seperti dulu”, Ray menyapa Qis sambil tersenyum. Seperti biasa, muka Qis bertukar kemerah-merahan. Air mata jatuh membasahi pipinya. Dia benar-benar tak sangka akan bersua kembali dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

“Jemput masuk Ray”, Qis berkata dengan nada perlahan.


Sabtu, 19 September 2015

41 Malaysia juga ada budak genius cuma jarang dipeduli

Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.

Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya.



2 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 11

BAB 11

“Assalammualaikum!!.. Assalammualaikum!!”, jerit Ray di hadapan rumah banglo yang tersergam indah bak istana di Seksyen 7 Shah Alam. Di hadapan parkir bersusun kereta-kereta mewah. Selepas beberapa kali menjerit sehingga hampir kering air liurnya baru Ray perasan tombol loceng di pagar. Dia pun menekan tombol loceng itu.

Tak sampai 5 minit pintu pagar automatik itu terbuka dan kelihatan kelibat gadis belasan tahun berlari-lari anak menuju kearahnya. Fikirnya anak tuan rumah, rupanya... “Jemput masuk mas Ray”, sapa gadis itu. “Ohh.. pembantu rumah rupanya.. Huhu”, Ray berkata dalam hati.
 
“Jemput masuk Ray. Buat macam rumah sendiri”, kelihatan makcik yang pernah ditolong oleh Ray itu di hadapan pintu utama.

“Tak payah susah-susah makcik”, jawab Ray pula.

“Tak payah nak bermakcik-makcik la Ray. Panggil je Kak Jah. Semua orang panggil makcik Kak Jah je.. He..He..”, balas Kak Jah pula.


Jumaat, 18 September 2015

25 Bagaimana kaum Melayu rasa terancam dan tergugat?

Dalam artikel sebelum ini ada satu persoalan kenapa orang Melayu kini rasa begitu terancam, tergugat dan tercabar dengan kaum lain terutama pada kaum Cina. Apa sebenarnya yang membuatkan orang Melayu rasa tercabar dan terancam sangat? UMNO, sebuah parti ketuanan Melayu telah memerintah Malaysia selama lebih daripada 50 tahun namun orang Melayu masih rasa tercabar, rasa terancam, rasa akan jatuh miskin, rasa hilang kuasa, rasa hilang tanah dan sebagainya.


4 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 10

BAB 10

Semenjak pulang dari kampung Qis, bermacam-macam pekerjaan dilakukan oleh Ray. Dari mencuci kereta, menjual surat khabar lama, bekerja sambilan di McD dan di waktu malam pula berniaga burger bakar. Cuma satu di benaknya...

Permintaan ibu Qis.

Pelajaran dan cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera semakin hari semakin padam.. semakin hari semakin hilang dari ingatan.. Akhirnya dia dibuang dari Universiti. Hidup Ray semakin tidak terurus. Mie, sahabat karibnya cuma mampu menggelengkan kepala melihat perubahan ketara Ray.

Ray kini ibarat hidup segan mati tak mahu. Padahal dia adalah pelajar harapan. Dia tak tahu mengapa segala apa yang diusahakan tidak menampakkan sebarang hasil. Masa kian suntuk tapi dia sudah kehabisan tenaga. Mahu saja dia mengaku kalah! Ya.. Mengaku kalah. Tapi setiap kali dia buntu, wajah ayu Qis terus menerpa di mindanya. Semangat juangnya muncul semula.

“Mie, gua nak keluar kejap pergi Seksyen 2. Lu nak kirim apa-apa?”, pagi-pagi lagi Ray sudah bangun. “Lu kirim salam sayang gua kat mak Qis”, balas Mie bersahaja. Tanpa berkata sepatah Ray menghidupkan enjin motornya dan menuju ke Seksyen 2. Dia menuju ke Pasar Mini Rahmat untuk membeli Dunhill 7 batang.

Dengan tidak semena-mena bahunya dilanggar side mirror motor EX5 dari belakang yang ditunggang oleh dua orang lelaki yang cuba memecut laju dengan tergopoh-gapah seperti pencuri lagaknya. Dari kejauhan kelihatan seorang makcik menjerit-jerit meminta tolong. “Tolong!! Tolong!! Peragut!!”, jerit makcik itu. Dan seperti biasa tidak ada seorang makhluk pun ingin menghulurkan bantuan.


Khamis, 17 September 2015

18 Gelar suatu kaum dengan haiwan yang mereka makan

Tidak ada apa-apa kesalahan dengan perkataan "Cina babi" yang dilemparkan peserta terhadap beberapa pihak media pada perhimpunan "baju merah" semalam, kata salah seorang daripada penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sambil menambah perkataan "babi" bukan satu penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi.

Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata perkataan "babi" bukan satu perkataan yang sensitif bagi orang Cina.

"Bagi saya kalau semalam you (media) kena dengar keseluruhan yang dikata jangan ambil perkataan.

"Bagi Melayu sebut babi kita sensitif sebab babi haram tapi bagi orang Cina, babi ini adalah makanan mereka tak ada masalah," katanya kepada pemberita pada satu sidang media hari ini.



8 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 9

BAB 9

Sedar tak sedar sudah setahun usia perkenalan mereka. Rasa macam baru semalam mereka bertentang mata. “Qis.. saya ada sesuatu yang dah lama saya nak bagitau kat awak”, ucap Ray secara tiba-tiba.

“Hmmm.. Ape die awak?”, jawab Qis. Dan tak semena-mena wajah putih gebunya bertukar kemerah-merahan seakan tahu apa yang ingin Ray sampaikan.

Sejurus selepas soalan Qis itu, Ray terus membelok menuju kearah Stesen Petronas di tepi highway dan memberhentikan kereta Kancil yang dipandunya itu di tempat parking kereta yang disediakan. Keadaan agak sesak maklumlah hari minggu. Banyak kenderaan menunggu giliran untuk memenuhkan tangki minyak kereta mereka yang sudah kekeringan.

Sebaik berhenti, Ray lantas keluar dari kereta dan membuka pintu kereta sebelah Qis sambal melutut. “Ray!! What are you doing? All eyes watching us right now!”, ucap Qis dalam keadaan yang tak senang duduk.

Sambil mengeluarkan cincin berlian hasil dari penat lelahnya membuat kerja part time selama sebulan dari poketnya, “Qis.. Hmmm.. Macam mana I nak mulakan ye? I.. I really love you Qis. Su.. Sudikah you menjadi isteri I yang sah?”.

* * * * * * * * * *

“Apa?? Nak kahwin?? Duit pun mak bapak kasi ada hati nak kawen dengan anak aku??”, bentak ibu Qis.

Qis tertunduk membisu di atas sofa. Dengan perlahan-lahan Ray bersuara, “Maafkan saya makcik.. Saya sangat mencintai dia. Saya tak sanggup berpisah dengan Qis.. Tolong restui perhubungan kami makcik”. 


Rabu, 16 September 2015

27 Himpunan Melayu berbaju merah di Hari Malaysia

Hari ini, 16 September 2015, bersempena Hari Malaysia, telah diadakan sebuah perhimpunan halal yang telah dapat permit dan kelulusan iaitu Himpunan Baju Merah yang juga digelar Himpunan Maruah Melayu yang juga dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.



5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 8

BAB 8

Sudah hampir seminggu Ray terlantar di rumah sewanya. Luka-luka di tubuhnya sudah pun beransur kering. Doktor memberikannya cuti sakit selama dua bulan dan dia membuat keputusan untuk berehat di rumah sewanya sahaja walaupun emaknya menasihatkannya supaya berehat di kampung. Alasannya, di kampung dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran maklumlah ini adalah semester terakhirnya sebelum bergelar Sarjana Muda. Jadi emaknya mengikut sahajalah kemahuan anak tunggalnya itu.  Padahal jauh di sudut hatinya tak sanggup untuk berjauhan dengan Qis.

“Assalammualaikum. Ray, tolong bukak pintu. Apahal pulak lu kunci pintu dari dalam?”, jerit Mie dari luar.

Ray pun mencapai tongkatnya dan melangkah setapak demi setapak kearah pintu, “Jap.. jap gua bukak”. Bukak sahaja pintu terus sahaja Mie menempelaknya, “Dah tau bertongkat yang lu kunci pintu dari dalam apesal? Lu layan movie baek punye ke?”.

“Banyak la lu punye movie. Dah..dah.. gua lapar giler ni. Mana gua punya mi goreng mamak?” Mie pun mengeluarkan sebungkus mi goreng daripada beg sandang Deuter nya.“Bro.. tadi ada budak nampak kereta Evo putih tu dekat seksyen 13. Bebudak cakap memang kereta tu selalu port dekat situ. So, lu nak gua kumpulkan bebudak ni pergi serang dia ke? Bebudak ni menunggu arahan je”.

“Tak payah la Mie. Kalau gua nak repeat, gua sendiri boleh pergi. Kaki dan tangan kanan gua je yang bersimen, tangan kiri gua still boleh genggam buku lima lagi. Tapi dari dulu gua cakap dekat lu. Kita takkan bergaduh pasal pompuan Mie. Daripada lu pikir pasal si mangkuk hayun tu baik lu practice untuk gig kita next week”.

“Perghh.. dengan kaki bersimen pun still nak on lagi ke? Gua ingat lu dah cancel dah gig tu”.

“Susah payah gua dapatkan slot untuk gig tu takkan senang-senang je gua nak cancel. Kaki bersimen ni takkan menghalang gua untuk berkarya bro”.


Selasa, 15 September 2015

18 Henti jadikan jerebu itu fenomena tahunan

Perhimpunan atau demonstrasi jalanan dikatakan memberi kesan terhadap ekonomi, peniaga rugi, jualan terjejas dan sebagainya sehingga ia digambar dan digembar gemburkan sebagai suatu yang sangat teruk dan buruk. Tapi tahukah anda apa yang lebih teruk?

Jerebu.

Ekonomi terjejas.
Perniagaan terjejas.
Pelancongan terjejas.
Kesihatan terjejas.
Pendidikan terjejas.
Gaya hidup terjejas.
Alam sekitar terjejas.
Penglihatan terjejas.
Pernafasan terjejas.
Macam-macam terjejas.


5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 7

BAB 7

Pagi Isnin itu sama seperti pagi-pagi yang lain pintu pagar Universiti sudah mula dipenuhi kenderaan, kelihatan semua penuntut-penuntutnya bersemangat memulakan kelas mereka pada hari tu. Tapi lain pulak ceritanya dengan Ray. Dia masih lagi lambat seperti hari-hari yang lain. Bangun-bangun sahaja dia lihat rumah sewa sudah pun kosong.

“Hadoyaii.. Bebudak nih sume pergi kelas tak kejutkan aku ke? Siyut betul la”. Padahal dah beratus kali si Mie kejutkan Ray. Dengan tangan, kasi semua siap nasib tak simbah dengan air panas je.

Lepas siap mandi, Ray pun bersiap-siap untuk pergi berjuang di menara gading. Di atas meja makan kelihatan secawan kopi yang masih hangat dan sebungkus biskut tiger. “Baik jugak hati korang buatkan aku air siap ada biskut tiger lagi. Kalau macam ni tak payah naik motor la jawabnya, pergi kelas berlari je macam iklan biskut tiger. Ha..Ha..”.

Sesudah siap bersarapan, Ray pun bergegas menuju ke tempat letak motor. Cuma nasib tak berapa baik sewaktu menuruni anak tangga dia boleh tergilincir pulak, langsung berguling sampai ke bawah. Nasib baik takde orang masa tu, kalau tak mana nak sorok muka weii.

“Siapa la pulak yang sesuka hati buang kulit pisang dekat sini ni. Korang ingat zoo ke main campak-campak kulit pisang. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa kekejaman korang”, bebel Ray sambil menggosok kepalanya yang sengal akibat gulingan 360 darjah tadi.


Isnin, 14 September 2015

19 Isteri meminang sendiri wanita lain buat suaminya

Jika ada seorang wanita didatangi dan dipinang oleh seorang isteri orang untuk dijadikan isteri yang kedua buat suaminya, atau mungkin dipinang oleh seorang suami orang yang ditemani sekali bersama isterinya, apakah tindakan yang relevan yang harus dilakukan oleh wanita tersebut? Adakah wajar wanita tersebut menerima atau menolak pinangan berpoligami lelaki tersebut?

Itu adalah persoalan yang ditanyakan oleh seseorang pembaca blog ini yang aku sendiri agak terkejut dengan persoalan yang ditimbulkan. Walapun aku ini bukanlah seorang pakar kaunselor mahupun pakar percintaan, namun aku bolehlah kongsikan sedikit pandangan aku terhadap persoalan tersebut.


5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 6

BAB 6

Kringggggg!!!

Jam loceng Pikachu tu dah dekat setengah jam berbunyi baru lah Ray tersedar. Dengan mata yang tertutup rapat dia mencapai berus gigi, menyapu ubat gigi dan terus ke bilik mandi. “Ada orang la pulak. Woitt Mie cepat sikit mandi kang gua terlajak Subuh ni kang. Tak payah nak gosok lebih-lebih sangat”.

“Siyut la lu Ray, jap..jap.. gua nak siap dah ni. Tak menyabar-nyabar la”, balas Mie yang dah dekat setengah jam dalam bilik mandi tah apa yang digodeknya.

Ray terus menuju ke sinki dapur untuk memberus giginya. Tak sampai seminit dia rasa macam nak termuntah. “Apa ke peliknya pulak rasa ubat gigi ni”, katanya di dalam hati sambil merapatkan berus gigi itu ke matanya. “Tak berbuih siap kaler kuning lagi. Bende alah apa pulak ni”. Terus dia masuk ke dalam bilik dan mencapai bende alah yang disangkanya ubat gigi tu tadi. Memang jelas tertera Burnol AKA ubat luka.

“Puihh.. patut la pelik betul rasa dia. Burnol rupanya. Sape lah yang letak ubat ni sebelah Colgate aku nih. Habis deria rasa aku seminggu ni”. Untuk menghilangkan rasa pelik tu, dekat setengah botol Listerine dikumur-kumurkannya. Tapi rasa itu masih lagi bersisa. “Arghh.. lepas makan KFC kang hilang la ni”, kata Ray dengan yakin.

Sesudah siap menunaikan fardhu Subuh, Ray pun bersiap-siap mengenakan baju kemeja hitam dan seluar jeans hitam slim fit nya itu tak lupa juga wallet berantainya itu. Rambutnya di gel rapi dan disudahi dengan semburan minyak wangi Dashing.


Ahad, 13 September 2015

20 Etika bagi tetamu jemputan majlis perkahwinan

Sekarang musim kahwin. Walau tengah jerebu teruk pun majlis kahwin tetap kena jalan. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal majlis kahwin atau pengantin sebaliknya pasal etika yang melibatkan tetamu atau jemputan.

Satu pasal makan. Aku faham majlis kahwin biasanya dibuat pada waktu tengahari memang ngam2 la orang datang majlis kahwin untuk makan tengahari, tapi sesetengah orang tu dia punya pelahap lain macam. Dia punya melantak ambik makanan penuh pinggan memang tak ingat dunia macam setahun tak pernah jumpa makanan. Ayam 2 3 ketul atas pinggan, daging dan kambing penuh atas nasi sampai tak nampak dah nasi kat bawah tu. Lepas tu lepas dah makan tu tak payah la berborak2 kat meja makan, bangun la terus kasi tetamu lain duduk pula.


4 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 5

BAB 5

Kereta sport EVO 4 bernombor plate 2 angka itu meluncur laju melalui jalan raya yang penuh sesak. Lagaknya seperti pelumba F1 yang sedang menghabiskan lap yang terakhir sebelum bergelar Juara. Destinasinya rumah teres di Seksyen 2. Sampai sahaja di situ tanpa ucapan salam terus pemiliknya menghamburkan kata-kata yang tak berapa enak didengari gegendang telinga, “Qis!! Kau keluar Qis!!”.

Sayang sekali, jejaka yang berwajah ala model perfume Boss, berpakaian kemas dan berambut pendek tersisip rapi tetapi berperwatakan begitu. Qis yang baru sahaja menyudahi solat fardhu Zuhur terpinga-pinga bangun dan terus ke pintu depan.

“Haikal?. What are you doing here? Antara kita sudah tiada apa-apa. Do you forget the court order?”.

“Arghh.. I don’t give a damn the court order. I dengar you bukan main happy lagi dengan mamat selekeh tu ye? Don’t you forget my eyes are everywhere. You are forever being mine Qis. I takkan benarkan you hidup gembira dengan orang lain”.

“Cukuplah Haikal. Redhalah dengan apa yang telah terjadi. I dah banyak bagi peluang pada you tapi you sia-siakan. Memang.. memang I pernah menyintai you. Care for you. But now, antara kita sudah tiada jodoh. Stop it Haikal!”, ucap Qis dengan nada teresak-esak.


Sabtu, 12 September 2015

5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 4

BAB 4

“Check..check.. 1 2 3”.

Suara lembut itu disambut dengan sorakan kuat bersilih ganti dengan siulan dan ciutan para penonton dan peserta Battle of The Band yang berlangsung di Business School.

“Perhatian kepada pemilik kereta Toyota Caldina warna biru bernombor plate BFU XXXX sila alihkan kenderaan anda kerana menghalang laluan. Terima kasih atas kerjasama”.

Bila pemilik kereta tu sampai baru semua orang perasaan yang tu sebenarnya kereta dekan. “Sorry guys. Enjoy your nite ok. Office saya depan ni je sebab tu parking dekat sini. Ingat nak ambil barang je tadi tak sangka pulak boleh terserempak dengan Puan Halimah. Well you know la her”.

Itu la dekan Business school yang memang super cool dan dihormati oleh semua pelajarnya, Puan Zarina. Puan Halimah? He..He.. memang kalau berborak dengan dia sehari suntuk tak habis.

“Sorry..sorry Puan. Saya tak tau pulak tu kereta puan pasal selalunye puan bawak kereta lain”. Berpeluh jugak dahi Qis dekat atas stage. Any how the show must go on.

“Hari yang dinant-nantikan telah pun tiba. I’m Qis and  I’m welcoming you guys to the 5th Battle of The Band organized by Business school. Thanks to all committee for their hard work, thanks to all supporters, participants and finally most welcome to our guest band for tonight. The legendary O..A..G. Big applause to all of them”. Tepukan bergema hingga ke pondok guard di pintu masuk University.


Jumaat, 11 September 2015

17 Jika alien serang bumi adakah manusia akan bersatu?

Dalam dunia ini di mana2 juga ada pergolakan, perpecahan, permusuhan, peperangan, penindasan, persengketaan dan pergaduhan tak kira sama ada di Malaysia sendiri, negara2 di Asia Tenggara, negara Asia Utara, di Timur Tengah, negara Afrika, negara2 barat dan sebagainya yang semuanya berlaku akibat faktor perbezaan sesama manusia dari segi agama, bangsa, etnik kaum, keturunan, kerakyatan, ideologi politik, taraf dan darjat serta lain2 lagi.



5 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 3

BAB 3

“Lu ni apa hal Ray?. Kusut je gua tengok. Takkan teringat dekat awek yang lu tolong minggu lepas tu kot? Come on Ray, dah seminggu dah. Tah bini orang ke ape ke”.

“Mana ade la, gua ok je nih mata lu orang yang tak betul kot”. Padahal jauh dalam lubuk hati aku masih teringatkan Qis. Menyesal betul la tak amek nombor henpon die hari tu. Dan pasal tu jugak la aku hilang semua mood aku walaupun sekarang  ni kitorang tengah ada jamm session  untuk Battle of The Band minggu depan.

“Kita nak bawak lagu ape untuk battle tu nanti ni?”.

“Actually gua ada lagu baru nak practice hari ni. Gua start dulu lepas tu lu orang pandai-pandai la masuk apa yang patut. Lu Zee pukul drum cantek sket kalo tak lu yang gua pukul nanti. Ok guys, gua start chord C ok”.

“ Worrait.. macam tu la Ray. Lets Rock n Roll guys”, kata Mie dengan semangat. Kitorang memang tiap-tiap minggu jamm dekat studio ni. Studio Apple Jamm dekat Seksyen 7. Equipment dia memang tip-top. Cuma gitar dia aku tak berapa berkenan sangat, semua gitar cutting Strat. Sebab tu aku lebih selesa bawak gitar sendiri.  Aku cuma minat Telecaster punya cutting je. Beribu jugak la duit aku habih nak angkat gitar Fender Telecaster Custom nih. Takpe yang penting puas hati.


Khamis, 10 September 2015

17 Apa lagi yang diharapkan dengan sukan bola sepak?

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa baru2 ini terpaksa dihentikan pada minit ke-88 ketika pasukan Malaysia sedang ketinggalan 1-2 berikutan insiden membaling suar oleh penyokong ultras Malaya. Kejadian mendapat perhatian dunia sehingga satu akaun pengulas bola sepak, Football 24/7, memanggil memuat naik gambar kejadian dengan kapsyen "Malaysia Truly Asia".



7 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 2

BAB 2

Kereta Honda City warna biru no plat Wilayah selamat sampai di perkarangan  rumah teres Seksyen 2. “What!! After what he did for you and you didn’t take his phone number? What’s wrong with you dear”.

“I totally forgot la Nina. There’s so many things happened today. Kalau ada jodoh Qis pasti akan jumpa dia lagi”.

“You go take a shower dear. Dah teruk sangat rupa you I tengok. I’ll cook dinner for us”.

“Thanks Nina. I owe you one”. Qis melangkah masuk ke kamar tidurnya dan bersiap-siap untuk mandi.  Jam dinding menunjukkan tepat pukul 6.00 petang. Dengan langkah kiri Qis memasuki kamar mandi, mengenakan kain batik mandinya dan terus membuka pili shower. Rasa tenang sekali tatkala mukanya terkena pancuran air itu.

Dalam keheningan  hatinya berbicara, “Aku gembira dapat berkenalan dengan kau Ray. Walaupun tak sampai sehari perkenalan kita, gelagatmu sering buat ku tersenyum. Membuatkan aku terlupa kesengsaraan yang telah aku alami. Kalaulah kita dipertemukan lebih awal. Tapi aku yakin dengan Qada’ dan Qadar yang Maha Esa. Dia yang menentukan segalanya. Sebagai hambanya, kita harus redha”.


Rabu, 9 September 2015

20 Kebaikan dan keburukan transaksi tol tanpa tunai

Hari ini, Plus Malaysia Bhd (Plus) mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di lima plaza tol miliknya mulai 12 tengah hari tadi. Pengurus Besar Operasi Plus, Norbayati Manap berkata, lima plaza tol itu ialah di Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang serta Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
  
Beliau berkata, tujuan pelaksanaan ETC adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa.
 
"Mulai 12 tengah hari esok, kami tidak akan menerima pembayaran wang tunai di kelima-lima plaza tol berkenaan dan kami akan sediakan lorong 24 jam untuk pembelian kad Touch 'n Go," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan ETC di Jambatan Pulau Pinang semalam.
  


9 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 1

Suamiku Budak Rock

“Sebuah Kisah Cinta Yang Bakal Mengubah Hidup Anda..”

PROLOG

Kisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya..

Pagi Ahad itu hujan turun dengan lebat membasahi pohon-pohon yang menghijau, anugerah yang tak ternilai dari yang Maha Esa yang cuma segelintir manusia mensyukuri nikmatnya. Jauh dari jendela kaca kelihatan awek-awek Universiti berlari-lari anak sambil memegang buku di atas kepala menuju ke arah bas persiaran yang siap tersedia menanti.


Selasa, 8 September 2015

20 Hidup bermasyarakat tidak boleh pentingkan diri

Kita ini hidup bermasyarakat. Apabila hidup dalam sebuah masyarakat, kita tak boleh hidup hanya untuk diri sendiri dan pentingkan diri sendiri sahaja. Jika tidak mahu hidup bermasyarakat dan hanya mahu hidup untuk diri sendiri sahaja pun, sekurang2nya janganlah memberi kesusahan, menyakiti hati dan membuatkan orang lain tidak selesa dengan sikap dan perbuatan kita.



Isnin, 7 September 2015

11 Bagi perumpamaan untuk lebih faham dan hadam

Selalu kalau kita mahu menjelaskan atau memberi jawapan terhadap sesuatu persoalan, ada orang jarang atau sukar nak faham akan penjelasan kita itu, kerana mereka tidak merasai atau berada di dalam kasut seseorang untuk memahami penjelasan tersebut. Sebab itu kita perlu membuat atau memberi suatu perumpamaan, cerita atau contoh terhadap jawapan2 kita agar ia lebih difahami dan dirasai oleh orang lain.



Ahad, 6 September 2015

21 Ahli keluarga: Antara ketentuan dan pilihan

Teman lelaki, teman wanita, suami dan isteri itu boleh ditukar ganti.

Girlfriend boleh jadi ex-girlfriend...
Boyfriend boleh jadi ex-boyfriend...
Isteri boleh jadi bekas isteri...
Suami boleh jadi bekas suami...


Sabtu, 5 September 2015

33 Kisah si plagiator dan macai-macainya

Al-kisah yang dah agak lama dalam 2 bulan lebih, ada satu artikel blog yang juga aku sharekan di FB aku telah diambil dan dikongsikan di mana nama dan juga link ke sumber asal ke entry aku dibuang oleh seseorang yang agak ramai follower yang juga merupakan seorang ustaz dan pakar motivasi, dan artikel tersebut telah dikongsikan lebih 10,000 orang dan rata2 semua berterima kasih kepada ustaz tersebut atas artikel tersebut, malah artikel tersebut pernah masuk sebuah surat khabar Cina atas nama dia.


Jumaat, 4 September 2015

18 Hacker Anonymous Malaysia yang syok sendiri

Awal bulan lepas, satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ telah mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan mengancam untuk menyerang kebanyakan laman web dan sistem kerajaan menjelang hari Kemerdekaan pada 29 hingga 30 Ogos 2015 baru2 ini, menyebabkan ramai orang IT kerajaan yang terpaksa standby tak tidur malam dan berjaga2 untuk menghadapi dan menangkis serangan siber tersebut.



7 Till Jannah or Jahannam? Pesanan Buat Suami Baru

Musim mendapat kad kahwin dah pun bermula. Segala jemputan kenduri dari hotel ke rumah , kecil atau besar, nasi minyak, nasi hujan panas sudah bermula.

Tahniah kepada mereka yang menamatkan zaman bujang bersama pasangan. Semoga perkahwinan tuan-tuan dan puan-puan mendapat keberkatan dan berkekalan sehingga Jannah.

Till Jannah kata hipster-hipster sekarang.



Khamis, 3 September 2015

12 Antara gelaran, ikon belia dan ketua perbarisan

Semua bermula apabila anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Dato' Nurul Hidayah Ahmad Zahid menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan dengan menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong2 yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.


13 Tudung dan Konsep Menutup Aurat

Kegilaan trend bertudung dengan pelbagai fesyen sikit sebanyak ada kebaikan. Selain menggalakan masyarakat berpakaian sopan dan lebih patuh syariah.

Apa salahnya menutup aurat tapi bergaya sikit ye tak?


24 Kenapa ramai doktor Melayu kerek dan bermasalah?

Dah masuk 3 hari abah tinggalkn kami sekeluarga. Redha dengan ketentuan Allah. Kami cuba kuatkn hati tabah hadapi dugaan Allah. Mungkin Allah lebih sayang dia. Cuma bila terkenang detik2 akhir abah, pukul 6.30 pagi Khamis abah dah mula sakit sangat2. Saya adik dan mama cepat2 bawa abah ke hospital Seberang Jaya, abah terus dimasukkan di wad kecemasan. Kami di minta tunggu di luar. Dah sejam tak dapat apa2 berita dari doktor.

Saya pun masuk wad tu untuk tanya doktor keadaan abah. Masa tu yang ada seorang doktor perempuan melayu kecik molek badan dia, muda lagi, cantik, rasa macam doktor praktikal ja, tapi tak sure. Saya tanya dia abah saya macam mana, pastu dia cakap abah awak saya dah bagi ubat. Masa tu mata saya tengok abah masih sakit di dada sangat2. Saya tanya abah saya ok ka? Pastu sambil perli2 doktor tu jawab, ingat ubat tu ada magic ka makan terus boleh baik? Kalau ada magic bagus la ubat tu kan.. kan? Kena tunggu sejam setengah baru boleh tengok kesan ubat.



Rabu, 2 September 2015

17 Kemerapuan dalam program orientasi universiti

Setiap kali pelajar menjejakkan kaki ke kolej atau universiti pasti akan melalui sesi orientasi untuk pelajar2 baru atau biasanya dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS). Sesi orientasi ini pula biasanya diurus oleh fasilitator yang merupakan senior yang juga orang kuat atau ahli jawatankuasa kolej. Macam biasa, bila orientasi tu, maka banyak la program dan aktiviti2 merapu dan merepek yang abang dan kakak2 fasi suruh budak2 baru ni buat dan sebagai budak baru dan junior yang masih hijau terpaksa turutkan sahaja arahan fasi2 ini.

Dan baru2 ini, tersebar pula gambar dan video antara aktiviti program orientasi di sebuah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memaparkan lagu atau chant yang pelajar2 baru ini kena buat yang mengandungi ayat2 sampah dan jilake seperti UTM Swag, UTM wat lek wat peace yo, UTM kipidap dongibab yukanduit dan Power Rangers.



14 Niat Baik belum tentu dipandang baik

Mengikut laporan Kosmo, Tengku Shafiq ditikam ketika sedang menunggu tuan punya motosikal datang ambil kunci yang tertinggal. Laporan penuh boleh dibaca di sini - Bilal muda berhati mulia ditikam - Kosmo.


Selasa, 1 September 2015

23 Apa khabar jutawan-jutawan MLM?

"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"

"LUAR BIASA BAIK!!!!"

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!