Isnin, 30 November 2015

11 Belasungkawa: Pak Yus Jambu dalam kenangan

Satu2nya rancangan TV yang aku rasa dekat dengan diri aku adalah pertandingan Maharaja Lawak. Dah 4 tahun aku menjadi pengkritik tak berbayar membuat ulasan bagi pertandingan Maharaja Lawak pada tahun 2011 serta Maharaja Lawak Mega bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Maka apabila tahun ini tiada pertandingan paling besar bagi pelawak2 tanah air ini aku rasa macam tak best sikit.

Bagi yang pernah mengikuti ulasan Maharaja Lawak di blog ni, maka mereka pasti tahu aku ada peserta favorite, iaitu Nabil dan juga kumpulan Jambu. Maka apabila aku terdengar berita Pak Yus Jambu meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi, aku memang benar2 terasa atas pemergian beliau sebab Pak Yus antara pelawak yang bagi aku dekat betul dengan hati aku.



Ahad, 29 November 2015

8 Politik dan mengungkit jasa berpisah tiada

Masalah ahli politik kat Malaysia ni adalah mereka suka mengungkit. Ungkit jasa, ungkit kebaikan, ungkit sumbangan, ungkit janji walaupun berlambak2 lagi janji yang mereka mungkir semata2 agar mereka terus kekal berkuasa. Bagi aku kita ni janganlah asyik nak mengungkit jasa kita sahaja macamlah orang lain langsung tiada jasa dan sumbangan mereka. Kadang2 benda2 macam ni, kenyataan2 merapu macam ni yang buat orang benci dan meluat.


Sabtu, 28 November 2015

11 Nak kritik orang pastikan kita tidak dua kali lima

Apabila kita mengkritik perbuatan atau sikap seseorang yang tidak selari dengan kita, kita sebenarnya telah mejadikan perkara yang berlawanan dengan kritikan kita itu sebagai prinsip diri kita. Sebagai contoh jika kita kritik orang makan rasuah, secara tidak langsung tidak makan rasuah itu akan menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang taksub pada hiburan, secara tak langsung tidak fanatik pada hiburan itu menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang hisap rokok dan vape, secara tak langsung tidak merokok dan hisap vape itu sudah menjadi prinsip hidup kita.

Ini kerana jika kita kuat mengkritik orang lain tapi akhirnya kita juga sama macam orang yang kita kritik, ia menunjukkan yang kita sebenarnya langsung tiada prinsip dan hanya pandai berkata2 sahaja, ibarat meludah ke langit, akhirnya muka kita sendiri juga yang basah.



Jumaat, 27 November 2015

9 Makan bola, minum bola, gaduh pun pasal bola

Kadang2 aku tak faham orang yang fanatik pada sukan bola sepak sampai tahap boleh bergaduh, ejek2 mengejek, bahan orang lain. Sukan itu sepatutnya alat perpaduan bukan alat perpecahan. Lagi tak boleh blah bila bergaduh pasal bola luar negara sampai boleh putus kawan. Tak kisahlah kau minat pasukan apa pun tapi bila pasukan kau menang tak payahlah bahan2 peminat pasukan yang kalah, macamlah kau tu punca pasukan kegemaran kau menang.


1 Tolak ilmu sains dan percaya keajaiban pseudosains

Aku pelik kenapa orang kita ramai yang percaya sangat pada ilmu sains agenda yahudi freemason illuminati sedangkan kita sudah ada teknologi pseudosains kita sendiri seperti sticker jimat minyak, air ajaib, tilam garam laut ajaib, stokin ajaib, gelang magnet ajaib, batu kristal ajaib dan bermacam2 lagi produk ajaib lebih2 lagi yang dijual dengan kaedah MLM?!! Gerenti mujarrooooooob!


Khamis, 26 November 2015

5 Belajar bahasa Inggeris mengagungkan bangsa asing?

Ramai orang kita yang membenci bahasa Inggeris kerana merasakan yang ia tidak penting serta rasa benci kerana merasakan bahasa kebangsaan dipinggirkan, namun kadang2 kita perlu belajar bahasa asing ini bukan kerana mahu mengagungkan bangsa asing tetapi untuk menuntut ilmu, memudahkan komunikasi dan juga nilai tambah dalam persaingan pekerjaan yang semakin global. Malah ada juga yang belajar bahasa Inggeris kerana minat, seperti mana orang belajar bahasa Korea sebab minat pada negara Korea dan bahasa Jepun kerana minat pada negara Jepun.


6 Lelaki dan wanita bekerjaya layak dihargai sama rata

Diskriminasi dalam sektor pekerjaan di Malaysia bukanlah perkara yang baru, daripada diskriminasi mengikut kaum, diskriminasi mengikut agama, diskriminasi mengikut pakaian, diskriminasi mengikut status dan juga diskiriminasi mengikut jantina seperti contoh seorang wanita yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya lelaki pasti dipandang tinggi dan dihormati, manakala lelaki yang mempunyai kerjaya yang sinonim dengan kerjaya wanita sering dipandang rendah dan kurang dihormati di kalangan masyarakat.



Rabu, 25 November 2015

4 Apabila yang salah itu sudah menjadi kebiasaan

Apabila kita nampak ada orang Islam di Malaysia yang membuat sesuatu yang lain dari kebiasaan masyarakat seperti pegang babi, peluk anjing, bagi derma pada pengemis bukan Islam dan sebagainya, kita terus melenting dan menuduh mereka menghina agama, tak faham Islam, itu haram ini haram dan lain2 lagi seolah2 kita ini lebih Islam daripada mereka, akan tetapi kita jarang pula melenting dan hanya menutup mata apabila terlihat atau kita sendiri berbuat sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Ya, kita sering menjadi terlalu kisah kepada benda yang jarang2 sekali terjadi, namun sudah lali dan tak kisah terhadap perkara2 yang dah biasa sangat berlaku walaupun perkara itu salah, hanya kerana... perkara itu sudah terlalu biasa dan sudah pun menjadi suatu kebiasaan yang telah diterima sebagai norma dalam masyarakat kita.


15 Novel cinta Melayu hanya untuk penuhi angan2 wanita


Perasan tak jalan cerita dalam novel, drama atau filem cinta melayu sekarang biasanya adalah hanya semata2 demi melayan perasaan dan memenuhi mimpi serta angan2 wanita kebanyakan yang tidak kesampaian, seperti angan2 nak berkahwin dengan lelaki kaya yang juga sado, kacak, romantik, alim, anak Dato' dan sebagainya lalu menjadikan ciri2 tersebut sebagai kayu ukur bagaimana seorang lelaki dan suami itu perlu jadi sempurna seperti mana watak2 dalam novel dan drama kegemaran mereka semata2 untuk memenuhi impian2 mereka yang sangat tidak realistik itu?


Selasa, 24 November 2015

9 Ketahian generasi baru hasil warisan generasi lama

Budak2 zaman millenium gen-Z sekarang ni bukan sahaja suka cakap guna ayat2 merapu dan menulis menggunakan bahasa alien, malah tanpa segan silunya bercinta sakan di sekolah, membuat fake relay dengan ntah siapa2 kat Internet serta kesangapan menjaja diri di Fesbuk dan WeChat secara terbuka tiada segan silu tanpa mereka sedar yang spender mereka pun masih beli pakai duit ibu bapa.


8 Tak siapa boleh ubah diri kita selain diri sendiri

Seringkali sewaktu kita kecil, kita sering mendengar nasihat daripada orang dewasa yang mengatakan kita hendaklah pandai memilih kawan, kalau boleh kawan yang boleh membimbing, mempengaruhi dan mencorakkan kita ke arah yang lebih baik.

Ya, tak dinafikan memang bagus cari kawan yang boleh tolong kita dan membawa kita menjadi lebih baik dan berjaya, namun jika kita sendiri yang tak mahu bantu diri kita sendiri, carilah kawan pandai ke, alim ke, usahawan berjaya ke, tak guna juga, kerana akhirnya kita sendiri yang perlu membentuk masa depan dan menentukan hala tuju kita sendiri.


Isnin, 23 November 2015

11 Buasir Otak: The Komik - Reloaded & Revolution

Setelah kejayaan kami menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik yang pertama, kini terbit pula bukan 1 tapi 2 buku komik yang baru daripada kami iaitu Buasir Otak: The Komik [RELOADED] dan Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION]!

Untuk kedua2 komik indie yang baru ini kami menghimpunkan 33 pengkarya yang terdiri daripada blogger, pelukis komik indie dan amatur di dunia maya iaitu Aika, Amna Shark, Anhaz, Ankel Jonni, Art Syah, Aujinz, Ayuni Rafilah, Az, Bandido, Budoxe Lee, cEro, Dayang Deno, Endman3010, Imanina Shin, Irfan Hilal Kawa, Manbia, Nazirul, Nazrul Ali, Nine Redial, Nuruddin, Plain83, Prince of Noob, Pyromania, Remy, Renjer, Rizal PaperBag Head, Silver Fox, Syue Artz, Tengku Puteri, Xua Xragonz, Yura Yu dan Zyraroxx.



Ahad, 22 November 2015

4 Antara Cinta dan Sahabat

Antara Cinta & Sahabat

Aila, seorang penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Putra Malaysia tidak pernah mempunyai kawan yang rapat kerana kelemahannya, namun kehadiran seorang sahabat istimewa iaitu Maisarah telah mengubah kehidupan beliau menjadi lebih ceria dan gembira. Akan tetapi semuanya bakal berubah apabila mereka berdua telah terjatuh hati pada lelaki yang sama.

Baca komik ini untuk mengetahuinya apakah kesudahan kisah cinta 3 segi ini?



Jumaat, 20 November 2015

28 Asal usul budaya tayang slip keputusan peperiksaan

Beberapa entry yang lepas aku lebih banyak menulis artikel tentang isu berkaitan pendidikan, sehinggalah ada yang bertanyakan kepada aku, di negara2 yang sistem pendidikan mereka antara yang terbaik di dunia, ada tak keluar kat mana2 berita di negara mereka tentang kejayaan pelajar mereka di dalam peperiksaan, anak2 exam dapat score straight A dan markah penuh atau dapat jadi best student?

Persoalan ini membuatkan aku berfikir sejenak sebab aku langsung tak pernah terfikir pun pasal ni. Maka aku pun ada lah cuba cari kat Google sikit berita tentang kejayaan pelajar mereka yang ambil peperiksaan besar, pasal pencapaian dan keputusan peperiksaan meningkat, pelajar yang dapat best student atau pelajar yang tayang slip peperiksaan di negara2 lain, dan surprisingly... aku tak jumpa, atau sangat sedikit jika nak dibanding dengan Malaysia.



Khamis, 19 November 2015

13 Rahsia kejayaan sistem pendidikan Korea Selatan

Kita sudah baca serba sedikit mengenai sistem pendidikan negara Finland. Kita sudah tahu sedikit sebanyak mengenai sistem pendidikan negara Jepun. Sekarang kita baca mengenai sistem pendidikan negara Korea Selatan yang kini menjadi sistem pendidikan terbaik seluruh dunia berdasarkan pengalaman dan pemerhatian seorang guru Sains dan Kimia tempatan iaitu Cikgu Hailmi yang berada di Korea Selatan selama 3 bulan bagi program pertukaran guru Malaysia-Korea bawah UNESCO.

Perkara yang saya sering ditanya mengenai sistem pendidikan di Korea adalah apakah rahsia atau ramuan khas yang menjadi kekuatan kepada kejayaan sistem pendidikan di Korea. Ceramah daripada Dr Namgi Park, seorang profesor daripada Gwangju National University of Education sedikit sebanyak memberi input berguna kepada saya. Saya pernah kongsikan apa yang dikatakan oleh beliau, tetapi kali ini lebih lengkap dengan dapatan daripada pemerhatian saya juga sepanjang berada di Korea.

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea

Rabu, 18 November 2015

8 Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A

Memang Finns (Orang negara Finland) tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system!



12 Lebih afdal letak bendera UMNO berbanding Perancis

Di saat dunia sekarang sedang sibuk menukar gambar profil facebook masing2 dengan imej bendera Francis, Ketahuilah adalah lebih afdal kalian di Malaysia menukar gambar profil facebook masing2 dengan bendera keramat UMNO, sebagai solidariti kita rakyat Malaysia terhadap UMNO yang sejak akhir2 ini diserang dengan berbagai FITNAH yang keji untuk menjatuhkan UMNO.

Sekadar Cadangan.
‪#‎UMNO‬



Selasa, 17 November 2015

12 Orang dewasa usah beri idea yang salah pada murid

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 keluar hari ini dengan pencapaian keseluruhan meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Seperti biasa media sosial dilambakkan dengan slip peperiksaan dan ayat2 perangsang.



9 Kalau aku bukan, kau pun bukan, habis tu siapa?

Hujung minggu baru2 ini aku ada buat komik lawak saja2 dan minta rakan2 Fesbuk untuk sumbangkan idea dialog apa yang sesuai untuk dimasukkan dalam komik tersebut dan 5 idea terbaik akan aku gunakan dalam komik dan masukkan dalam blog. Komik yang pertama adalah contoh idea aku, 5 komik seterusnya tambah lagi 1 extra adalah idea yang berjaya terpilih.


Isnin, 16 November 2015

8 Kemalangan ngeri akibat leka dengan smartphone

Zaman sekarang ramai orang ada smartphone. Zaman sekarang ramai orang berjalan tidak lagi memandang ke depan tetapi berjalan menunduk ke bawah. Zaman sekarang ramai yang memandu kenderaan mata tak tengok depan tapi menunduk ke bawah. Zaman sekarang semakin ramai orang yang terlalu asyik dan leka dengan telefon pintar mereka sehingga hilang fokus terhadap persekitaran.

Ya, masyarakat kita memang ada masalah ketagihan terhadap telefon pintar baik yang tua mahupun yang muda, baik yang tidak berpendidikan mahupun yang berpelajaran tinggi. Namun percayalah yang berjalan dan memandu sambil menggunakan telefon bukan sahaja annoying malah sangat bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.


Ahad, 15 November 2015

14 Konspirasi di sebalik insiden serangan di Perancis

Umum tahu kelmarin telah berlaku satu insiden serangan pengganas di beberapa lokasi yang hampir serentak di restoran, dewan konsert dan berdekatan stadium di Perancis yang mengorbankan kira-kira 140 orang. Untuk membaca berita, kronologi dan perkembangan tentang kejadian tersebut boleh cari je kat Internet, aku cuma ingin kongsikan sedikit pandangan aku hasil pemerhatian aku terhadap netizen mengenai insiden tersebut.



Sabtu, 14 November 2015

14 Adakah agama Islam menggalakkan keganasan?

Baru2 ini si porno yang lari ke US telah sekali lagi memuat naik status dan gambar menghina Islam yang sangat menjijikkan kat FB dia yang aku rasa tak perlulah dikongsikan di sini, dan apabila orang Islam dari Malaysia marah2, memaki hamun dan mengecamnya di FB, dia mengatakan yang sudah terbukti agama Islam ini agama yang ganas.

Seriously orang ini sakit otak sebab benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir.


Jumaat, 13 November 2015

20 Sikap yang dididik dari kecil akan menjadi budaya

Ada satu hari tu aku pergi ke sebuah hospital kerajaan dan aku singgah kafe hospital itu untuk bersarapan pagi. Macam biasalah hospital kerajaan ni memang ramai orang, maka kafeterianya juga penuh dengan orang. Meja makan pun penuh, so aku tunggu la sekejap sementara nak tunggu ada meja kosong. Sekali ada satu keluarga bangun tinggalkan meja dan aku terus ke meja tersebut.

Di atas meja tersebut penuh dengan pinggan mangkuk dan sisa2 makanan mereka. Aku baca sebuah notis di tiang berdekatan yang tertulis "Sila letakkan pinggan dan cawan di sini SETELAH makan" di mana di bawahnya terdapat besen besar dan juga tong sampah.


Khamis, 12 November 2015

23 Nyawa semua manusia itu sama sahaja nilainya

Suatu hari berlaku satu kemalangan jalanraya pada tengah malam menyebabkan seorang kanak2 yang berusia 5 tahun cedera parah lalu dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan yang terdekat. Kecederaan budak itu amat teruk dan pembedahan dilakukan dengan segera. Pada ketika itu di hospital tersebut hanya ada seorang doktor pakar bedah yang available, maka pakar bedah tersebut terus ditugaskan untuk membuat pembedahan terhadap budak yang cedera itu dengan segera.

Sedang doktor tersebut membuat persiapan dan mahu memulakan pembedahan, tiba2 dia dipanggil oleh seorang kakitangan hospital. Katanya ada seseorang yang bertaraf VVIP baru dimasukkan ke hospital yang tangannya patah akibat jatuh dalam bilik air dan memerlukan pembedahan segera, dan doktor tersebut diarahkan untuk menangguhkan pembedahannya terhadap budak 5 tahun itu untuk melakukan pembedahan terhadap VVIP tersebut.



Rabu, 11 November 2015

19 Bolehkah Sg. Klang dijadikan laluan alternatif?

Aku sebenarnya dah lama terfikirkan benda ni tapi dah lupa. Bila page Amran Fans upkan gambar orang naik sampan buatan sendiri kat sungai di tepi bandar yang tidak diketahui lokasinya ini mengingatkan aku balik pasal benda ni.

Dari dulu lagi aku terfikir, sebenarnya kalau ikut undang2, boleh ke kita naik sampan atau bot lalu kat Sungai Klang? Kalau boleh, aku rasa Sungai Klang ni dah boleh digunakan untuk dijadikan laluan alternatif bagi penduduk2 di Lembah Klang.



12 Pemain game Starcraft 2 dari Korea yang badass

11 November 2015 adalah tarikh pelancaran expansion pack terakhir bagi sebuah RTS (Real-Time Strategy) game yang popular di seluruh dunia iaitu Starcraft 2: Legacy of The Void melengkapkan siri trilogy game Starcraft 2. Siri pertama iaitu Wings of Liberty dilancarkan pada tahun 2010 manakala siri kedua Hearts of Swarm pula dilancarkan pada tahun 2013.

Bersempena dengan pelancaran trilogi terakhir ini juga, pembangun game ini iaitu Blizzard Entertainment telah menganjurkan sambutan BlizzCon di mana antaranya terdapat kejohanan Starcraft 2 serta perlawanan persahabatan antara pemain2 professional lagenda.



Selasa, 10 November 2015

9 Sertai Kursus Komik Digital secara Percuma!

Bagi mereka yang ingin mendalami dan memperolehi ilmu melukis komik secara digital, ini adalah peluang anda. Perbadanan Kota Buku akan menganjurkan Kursus Komik Digital yang bertempat di Tingkat 24, Maju Tower, Kuala Lumpur selama 3 hari iaitu pada 21 hingga 23 November 2015. Yang lebih menarik, TIADA YURAN dikenakan kerana ia adalah PERCUMA/FREE!

Program ini juga amat sesuai untuk pelajar2 sekolah kerana ia diakadan pada cuti sekolah. Makan dan ruang solat juga disediakan dan setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan setelah tamat kursus. Bagi yang berminat, boleh hubungi 03-2630 6882 untuk pendaftaran atau daftar di sini: http://kotabuku.my/digital-comics-for-the-future/

Jangan lepaskan peluang ini, sertai sekarang!



Isnin, 9 November 2015

23 Jika mahu ada tanggungjawab, jagalah betul-betul

Pagi semalam tak tau macam mana kucing jiran boleh masuk rumah dan berak atas carpet rumah aku. Memang rasa marah dan geram yang teramat sangat, tapi memandangkan kucing tu takde akal, aku cuma keluarkan saja kucing tu, cuci taik dia dan hantar carpet ke kedai dobi (melayang $$$).

Disebabkan benda2 macam ni lah aku tak bela kucing. Bukan sebab aku tak suka kucing atau tak suka bela kucing, tapi disebabkan aku tahu aku bukan seorang pembela kucing yang baik, maka jika aku bela juga mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kucing atau menyakitkan hati jiran lain atas kecuaian dan kegagalan aku.



Ahad, 8 November 2015

99 Segmen Semua Komen Pasti Balas

Seperti yang pembaca blog Buasir Otak ini sedia maklum, aku jarang balas komen. Kenapa aku jarang balas komen, boleh baca kat entry ini "Evolusi seorang Blogger", tapi biasanya komen yang berbentuk pertanyaan dan persoalan aku akan cuba reply walaupun mungkin kadang2 aku terlupa atau tak berkesempatan.

Tahun lepas aku pernah buat segmen "Sesi Soal Jawab bersama Buasir Otak" di mana aku akan jawab setiap pertanyaan dan persoalan dari pembaca, namun untuk segmen "Setiap Komen Pasti Balas" kali ini, aku akan balas apa jua komen yang korang tulis kat bawah tu tak kira la komen berbentuk pertanyaan ke, persoalan ke, pandangan ke, idea ke, luahan perasaan ke, kritikan ke, kutukan ke, kemerapuan ke dan sebagainya.

Oleh itu, silalah komen dan aku akan balas komen korang, memandangkan aku pun tengah agak free hari ni.



10 Cabaran Komik Online Malaysia 2015 oleh Mat Komik

[STICKY POST] Perhatian buat buat semua kaki-kaki lukis komik di Malaysia!!!

Satu pertandingan menghasilkan komik yang dianjurkan oleh website komik Malaysia, Mat Komik kini sudah bermula dan anda berpeluang untuk memenangi RM1000 serta komik anda akan di terbitkan oleh Komik-M!!!

Kali ni penganjurannya lebih besar dan gempak dengan penglibatan Komik-M dan Creative United sebagai penaja, juga blog Buasir Otak ini sebagai rakan media!

Tema tahun ni adalah “CINTA” dan peserta perlu hasilkan komik 10 mukasurat dengan tema tersebut. Cerita banyak tak guna, kalau BRAN boleh baca syarat dan peraturan di sini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015. Tunggu apa lagi? Cepat lukis sekarang!



Sabtu, 7 November 2015

10 Tak nampak macam orang Melayu Islam pun?

Orang Melayu Islam zaman sekarang, dah ramai yang tak nampak macam Melayu Islam.


Jumaat, 6 November 2015

163 Kisah graduan baru ditipu syarikat pelaburan Forex

Kisah #1: Awas Fresh Grads Jangan Terpedaya!

Selepas beberapa bulan habis belajar, aku mendapat beberapa panggilan job inteview. Aku berharap untuk bekerja di sekitar KL/Selangor pada masa itu. Pada suatu hari, aku dapat panggilan interview. Mereka kata mereka dapat resume aku daripada jobstreet sedangkan aku tak mohon pun. Sebagai fresh grads yang tak ada pengalaman, itu suatu berita gembira untuk aku. Aku tanya ini company apa, mereka kata mereka servicing company. Okay, aku yang dungu ni pun pergi interview sebab ada interview lain di Bangsar.



17 Meramal masa depan dunia dalam soalan Sejarah SPM

"Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia."

Itulah salah satu bentuk soalan yang ada dalam peperiksaan matapelajaran Sejarah Kertas 3 SPM 2015 yang kalau tak silap boleh dijawab secara Open Book, dan ia menjadi viral di media sosial di kalangan pelajar2 yang baru lepas jawab soalan tersebut selain daripada soalan "hubungkait gerakan penentangan dengan gerakan nasionalisme".



11 Betapa kita suka menghukum dan menyalah erti

Awal minggu hari tu hangat isu di kalangan netizen terutama di page Amran Fans iaitu photoshoot gambar konvo dengan ayahnya yang bekerja di ladang dan juga gambar sebuah keluarga yang memuatnaik gambarnya di FB sedang menolak ibunya yang berkerusi roda di pusat membeli belah.

Kedua2nya gambar ini telah mendapat kecaman hebat daripada ramai warga maya yang mempersoalkan keikhlasan, riak dalam melakukan kebaikan, batak like, pergunakan mak bapak untuk meraih populariti di media sosial dan sebagainya.

Aku pernah berkongsi artikel "Budaya riak dan takbur tanpa disedari" dan juga "Riak siber zaman moden di laman sosial" sebelum ini, namun untuk kedua kes ini, aku ada pendapat yang berbeza.



Khamis, 5 November 2015

5 Doktor kacak bukan untuk wanita tergedik-gedik

Di kala zaman sekarang ini ramai orang perempuan hamil/mengandung yang mahu bersalin dengan doktor wanita, ada pula yang tergedik2 nak book untuk bersalin dengan doktor lelaki hanya kerana doktor tersebut kacak? Cuba kalau doktor lelaki tu tak hensem, ada kamu nak tergedik2 nak book doktor tersebut untuk bersalin?


Rabu, 4 November 2015

10 Saranan bernas bangun awal pagi untuk elak tol

Pagi ni memang pelik.

Aku bertolak kerja macam biasa pukul 8 pagi tapi jalan tak jem macam biasa. Nak menyumbang dalam pembinaan sekolah dan hospital dengan membayar tol pun lancar je takde jem pun.

Nampaknya ramai orang ikut saranan menteri bertolak awal pagi ikut jalan takde tol. Kesian diorang mesti kena hadap jem pagi2 buta lagi.

Terima kasih menteri kerana memberi saranan yang sangat bernas serta sentiasa prihatin dan peka dengan aspirasi nadi denyut urat saraf degupan jantung rokyat jelata.



11 Nampak macam Melayu tapi bukan Melayu

Melayu itu bila...
Aku lihat,
Melayu mengaku Melayu apabila berniaga,
Melayu mengaku Melayu apabila mempertahankan Artikel 153,
Melayu mengaku Melayu apabila musim perayaan,
Melayu mengaku Melayu apabila menuntut hak keistimewaan.


Selasa, 3 November 2015

20 Cintailah perempuan yang suka membaca

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.



Isnin, 2 November 2015

4 Kebahayaan lif dan eskalator yang kurang disedari

Setiap teknologi yang dicipta itu adalah untuk memudahkan urusan manusia, namun ia sebenarnya turut datang dengan risiko. Ada dua mesin atau jentera yang selalu kita guna namun jarang kita ambil berat dan memandang ringan ketika menggunakannya terutama dari aspek keselamatan, iaitu lif (elevator) dan tangga bergerak (escalator). Boleh kata ramai yang guna teknologi ini tiap2 hari di pejabat, di bangunan tinggi, di rumah apartment atau kondominium mahupun di pusat membeli belah, namun boleh dikatakan ramai orang yang tidak sedar akan kebahayaan kedua2 mesin ini terutama terhadap kanak2.



Ahad, 1 November 2015

9 Bodoh simpan sendiri jangan libatkan orang lain

Beberapa hari lepas viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak dan kemudiannya salah seorang daripada mereka menendang pintu lif hingga pecah dan rosak kemungkinan kerana tidak tahan dengan lif yang ditunggu terlalu lama.