Halaman

Khamis, 7 Januari 2016

Belajar ilmu komik dengan otai2 komik tanah air

Anda suka melukis? Anda sudah ada kemahiran melukis? Anda suka melukis komik? Anda mempunyai cita2 untuk menjadi seorang pelukis komik atau pergi lebih jauh dalam industri komik? Anda seorang pelukis amatur di sekolah dan di Internet? Anda mempunyai impian untuk menghasilkan komik sendiri? Mahu memperoleh ilmu dalam industri komik tempatan tentang apa yang anda perlu tahu dan apa yang penerbit dan pembaca komik mahukan?

Anda seorang peminat komik Siri Misi, Young Aisyah dan Birat? Mahu berjumpa dan menimba ilmu komik dengan 3 orang pengkarya komik yang tidak asing lagi dalam industri komik tempatan tanah air iaitu Nazry Salam, Reja Mus dan Ahm Ahmad?

Jika kebanyakan jawapan anda adalah ya, maka anda berada di tempat yang betul. Sertai Bengkel ComicCoaching Siri 2 anjuran Comicore Club sekarang! Tempat adalah terhad, jangan lepaskan peluang ini.



PENDAFTARAN KINI DIBUKA UNTUK BENGKEL COMICOACHING SIRI 2!

Tarikh: 23 Januari 2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu: 9.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT TERHAD!

Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120
EMAIL: hello@comicoreclub.com


Siapa COMICOACH anda?


REJA MUS

Status: Pelukis komik sepenuh masa, Editor Komik-M
Karya: Young Aisyah, Shootz, Liga Robot

Tentang REJA MUS:
Nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang meminati komik. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun dalam melukis dan menghasilkan komik. Kini beliau adalah seorang Editor komik untuk sebuah syarikat penerbitan komik yang terkenal di Malaysia, Komik-M! Sebagai Editor dan pelukis komik, beliau mempunyai perspektif dan visi yang lebih cenderung untuk melihat kualiti komik yang boleh menarik minat pembaca.


NAZRY SALAM

Status: Penulis sepenuh masa merangkumi novel remaja, komik, dan ebook tutorial
Karya: Siri MISI, Aviasi Fantasi, Kelab Pelajar Super

Tentang NAZRY SALAM:
Nama Nazry Salam tidak asing lagi di dalam industri komik remaja generasi kini. Beliau merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang kebanyakannya adalah karya BESTSELLER! Setakat ini, beliau sudah menghasilkan lebih 20 judul buku dengan jumlah cetakan mencapai 230,000 naskah. Beliau mahu berkongsi tips dan rahsia menulis karya masterpiece bersama anda! Peluang keemasan!


AHM AHMAD

Status: Pelukis komik secara indie
Karya: Birat, Baran

Tentang AHM AHMAD:
Karya Ahm Ahmad kerap kali menjadi viral dalam perlbagai platform media sosial. Keunikan karyanya yang menyentuh pelbagai isu dengan gaya selamba menjadikan ia senang dan dekat dengan semua pembaca. Dengan jumlah cetakan sebanyak 3,000 naskah secara indie dalam jangka masa kurang dari satu tahun, pasti ada tips bernilai yang mahu beliau kongsikan bersama anda!


Untuk maklumat2 terkini boleh layari laman Facebook Comicore Club dan juga laman web rasmi Comicore Club.




5 ulasan:

  1. cıɞѧı ňooɞ meyamѧr jadi ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧTmѧsєLѧň ,sıяosʟı & ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ ✌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cibai sirosli meyaamar jadi anon proooottt dmuka rani kulup✊

      Padam
  2. Dulu aq pun rajin buat komik gak. Tapi pembaca abang aq aja haha.

    BalasPadam
  3. Berminat. Tapi RM110 tu...
    Telan ayaq liuq jap.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.