Halaman

Isnin, 25 Januari 2016

Festival kesenian universiti dianggap parti liar

Semalam ketika sedang berlangsungnya final Anugerah Juara Lagu 30 yang menyaksikan persembahan goosebumps oleh Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu dan juga Faizal Tahir dengan Assalamualaikum serta kemenangan lagu Potret oleh Akim and The Majistret sebagai juara, pada masa yang sama di UiTM Lendu, Melaka berlangsungnya malam persembahan kreatif pelajar sempena MADS (Melaka Art & Design Student) Festival.


Apa yang menarik adalah sebuah page FB yang agak terkenal iaitu Sokernet telah menyiarkan sedutan daripada event tersebut dengan meminta pihak polis menyiasat event tersebut kerana dikatakan dikhuatiri di bawah pengaruh dadah atau bahan alkohol sehingga menjadi viral.


Berikut adalah sedutan video tersebut:



Tak dinafikan dengan suasana gelap dan pancaran lampu seperti di parti liar dan disko, ditambah dengan lagu trance dan techno yang memang mengasyikkan dan membuatkan orang rasa seronok, keadaan yang sama seperti contoh Future Music Festival Asia 2014 ini dulu yang memang boleh mengundang rasa kurang senang kepada siapa2 yang melihatnya.


Tak dinafikan juga acara seperti ini jika dilihat dari sudut agama memang dah sah2 tak Islamik, audien bercampuran lelaki perempuan di dalam keadaan gelap, berjoget dan terkinja2, memang aku kalau hantar anak ke universiti pun kalau boleh tak nak anak aku terlibat dalam aktiviti2 seperti ini.

Namun untuk terus menghukum mereka itu di bawah pengaruh dadah, mabuk2 dalam parti liar dan sebagainya memang agak keterlaluan. Tak mungkin sebuah acara yang dianjurkan di universiti yang bukan sahaja melibatkan para mahasiswa malah sudah pasti turut diselia oleh pensyarah dan pegawai universiti akan membenarkan pengambilan dadah, ganja, arak dan arak, malah sudah pasti acara seperti ini juga dipantau oleh pihak polis dan sekuriti.

Disoal lagi oleh page Sokernet yang menyatakan mereka tak nampak apa signifikan projek joget-joget ni dengan pengajian mereka. Untuk apa? Kemahiran? Networking? Peluang kerja? Nak kerja dekat pub? Jadi GRO?

Sebenarnya aku pun bukan nak backing sangat budak2 mahasiswa ni, cuma korang kena faham yang kat universiti semua tu bukan asal semua masuk universiti akan ambil course akademik dan professional seperti kejuruteraan, medik, IT, akaun, farmasi, geografi, sejarah, pendidikan, sains dan sebagainya, tapi ada juga cabang yang beraliran seni kreatif seperti seni visual, muzik, perfileman, lakonan, animasi. tarian, art design dan yang sewaktu dengannya. So bila ada mahasiswa menari2 tu jangan la anggap diorang tu nak kerja kat pub atau disko. Ada je cabang profesionalisme dalam bidang tarian.

Bila budak2 seni kreatif ni buat event, dah tentu la event2 mereka ada melibatkan macam2 persembahan pentas seperti lakonan, tarian, nyanyian dan sebagainya. Takkan diorang buat event macam budak engineering buat event, buat simposium sembang pasal teknologi2 terkini atas pentas, buat demonstrasi basikal berkuasa solar dan sebagainya.

Event yang diorang anjurkan tu pun sebenarnya tak ubah seperti rancangan2 hiburan lain yang TV macam Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Gegar Vaganza dan sebagainya, bezanya crowd dia macam crowd kat konsert.

Dan aku percaya event MADS ni bukan semata2 persembahan ala2 rave satu malam tu je tapi event ni berlangsung selama 3 hari dari 22 hingga 24 Januari 2016 yang mengandungi pelbagai aktiviti seperti yang tertera pada poster dan aturcara acara berikut:



Malah persembahan diorang pun benda2 biasa yang kita tengok je macam tarian LED, pantomime, teatar, live band, tarian api, orkestra, persembahan gendang dan sebagainya, bukannya ada benda2 merepek, tarian tiang stripper atau tarian bogel pun.







Gambar diambil dari hashtag Twitter #madslendu


Yang kelakarnya, ramai netizen yang bertanya kat media sosial acara apakah yang dianjurkan oleh UiTM Lendu ini? Ada sesiapa yang ada maklumat tentang ini? Bai, Google je la bhai, berlambak2 info.

Akhir kata kesimpulan aku, jika dilihat dari sudut hiburan dan kesenian duniawi, acara seperti ini bukan benda baru dan asing pun kat Malaysia. Kat TV yang korang tengok tiap2 hari tu pun banyak hiburan2 macam ni. Dan suatu hari nanti graduan2 seni inilah yang mewarnai industri hiburan tempatan kita pada masa akan datang. Merekalah yang akan menganjurkan konsert, mengarah filem, membuat muzik, mengacarakan rancangan TV, bekerja dalam bidang penyiaran dan televisyen dan sebagainya.

Tapi itu jika dilihat dari sudut hiburan dan kesenian duniawi sahaja. Jika dilihat dari sudut agama dan ukhrawi, terlalu banyak lagi sebenarnya perlu diperbaiki, lagipun yang haram tu bukan sekadar dadah dan arak sahaja. Tapi bab tu, kita semua boleh fikir sendiri dan tak perlu untuk aku huraikan.


P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: uitm lendu melaka arts madslendu #madslendu #madsymptoms acara persembahan event parti liar rave trance program maksiat

25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ok, t.kasih admin, proot dmuka ko


      -zilaroc-

      Padam
    2. Google je la bhai, berlambak2 info. (google je la cibai, berlambak2 info.)

      Padam
    3. Google apa? Ko salah rumah sirosli proott dmuka ko



      -zilaroc-

      Padam
  2. page sokernet ni mabuk berketum ketum. cer tgk page dia asyik nak hentam org je. dah puas hentam datuk vida sponsor bola dia p hentam uitm plak. prooOoOtt siket muka admin sokernet. ahh lega baq ang..

    -ji lalok( ex student uitm pointer 3.85)-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, Seriously jadi anon pulak! Proot dmuka ko



      -jila ke-

      Padam
    2. hahaha tipu aje. Aku minta maaf, pasal semua tanpa nama ni aku sorang je. Aku bahagia bila ada orang reply. aku betul-betul dambakan kasih sayang...so korang tolong la sayang aku. Please reply.

      Padam
  3. page sokernet jgn di layan sgt. admin dia pun xbetul. admin suka mencarut babi kimK dan sebagainya. beralih lah kpd page buasir otak huhu.

    BalasPadam
  4. Salam..noob..off topic sikit..aku terbaca satu komen beruk the hell kat entry lama2 berkaitan sistem pinjaman konvensional vs sistem islamic..yg sistem konvensional tu aku paham..yg islamic tu aku tak paham laa..dulu pun ayah aku penah bagitau yg pinjaman islamic ni lagi mahal @ kena bayar lebih berbanding konvensional..boleh ko kupas tak benda ni..bagi pencerahan sikit..dari kita duk merapu meraban je sembang pasal ajl yg tak memberi keuntungan pada kita..kalau ko ada masa laa..tak nak pun takpe..
    -lanun-

    BalasPadam
  5. Salam 1rasuah ,

    Ini bukti jelas kualiti ipt Malaysia ialah tempat lungguk sampah, tempat budak tak skor spm, awang hitam, china doll dan gro asia ambil degree.

    bukti sudah nyata kebanyakannya penjenayah awang hitam dan asian doll ini memegang visa pelajar tetapi datang tidak belajar, buat kerja lain. Kebanyakan kerja salah.

    Malaysia hub pendidikan kata kerajaan. Heee

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup lg ko ni..

      Padam
    2. toya hang la kedepan... prottt..

      -zilabarumangkittidoq-

      Padam
    3. hoi.. bleh blah!! prooot... prooot.. preng...peng peng peng..

      -zilabarumangkittidoq-

      Padam
  6. Yahoo!! Noob menyokong maksiat!! Alhamdulillah ade jugak orang yang berfikiran terbuka mcm Mr Noob.

    Lepas ni aku harap next project MADS wat sex atas pentas gune LED haha.

    Hang boleh jadi the next pengerusi Tabung Haji Noob oi. Maju maksiat utk negara haha!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kinky sangat imaginasi kau event universiti buat seks atas pentas guna LED. Jahil2 orang melayu Islam pun diorang takkan anjurkan benda2 merapu di luar batasan macam tu, tak perlu exaggerate sangat.

      Btw aku tak tulis pun kat atas tu aku sokong maksiat. Aku cuma bagi penjelasan tentang isu festival tu, itu sahaja. Dan aku dah bagi pendirian aku kat bahagian kesimpulan artikel, so tak perlu pandai2 buat assumption pada benda yang aku tak tulis.

      Padam
  7. Well, one thing leads to another, doesn't it? Kau nmpk awek bertudung terkinja2 dan kau akan fikir "hm... boleh ni..."

    Ngaku je la Noob oi kau sokong maksiat. Jangan malu2 bro. Lelaki. Bak kate Hawkins dlm cite The Theory Of Everything "it's automatic..."

    Malu2 pulak. Name blog pun BUASIR... Org akan pikir ape ek... Majulah maksiat utk negara haha!!!

    Approved by Daddy Noob yaw!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sekarang kau ada kuasa boleh baca fikiran orang? Maaf tapi kau tak boleh force aku untuk accept assumption kau. Btw buasir dengan maksiat ada kaitan ke? Kelakar lah kau ni, dah pergi move on.

      Padam
  8. Takyah la dok komen bukan2 dah kalau korang pon still tengok movie2 yg ngarut2 ke kiss2 ke apa . Same jelah tu kan . Mereka2 yg belajar dekat lendu ni banyak yg ambik bidang yg dekat dengan industri hiburan. Iye memang banyak yg perlu ditengok balik apa yg mereka anjurkan tu. Salah satu assignment diorang tau kena anjurkan event kadang2 tu tema nya yg memang otak skema cam korang yg komen 'jet2 baik' ni takleh nak fikir. Tapi dah kalau nama hiburan, what do you expect bro ? For sure la diorang buat event yg diorang rasa benda tu bagi hiburan kat diorang . Ajl tu pon haa melalaikan jugak .. mentor bagai tu. Jangan cari salah diorang je . Manusia tak sempurna . Lagi2 darah muda ni kan .jangan cepat judge org dari luaran . Bukan nak sokong maksiat tapi Please la kalau nak tegur biar la elok2 . Maaf kalau terkasar bahasa . Thanks admin sbb bagi huraian kat atas tu pasal majlis diorang ni . -satulima

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tengok movie macam The Theory Of Everything bro. Cerita pasal orang yang paralysed Stephen Hawking and macam mana dia boleh jadi manusia paling pandai di dunia. Lagi pandai dari Albert Einstein.

      Bukan macam kau tengok movie Polis Evo dah dapat orgasm lalu terbasah seluar..

      Padam
  9. Korang ingat retis2 pujaan korang tu takde terlibat dgn alkohol and dadah . Ada beb ... ramai .. cuma korang tak tau sbb diorang tak tunjuk . Habis tu taknak report polis la pasal tu ? Tengok guna mata hati beb , buat event macam hardcore sikit sibuk kata ada bawak masuk dadah bagai . Kesian team pengajur event ni , penat diorang cari sponsorship bagai utk event ni korang judge yg bukan2 .

    BalasPadam
  10. Korang ingat retis2 pujaan korang tu takde terlibat dgn alkohol and dadah . Ada beb ... ramai .. cuma korang tak tau sbb diorang tak tunjuk . Habis tu taknak report polis la pasal tu ? Tengok guna mata hati beb , buat event macam hardcore sikit sibuk kata ada bawak masuk dadah bagai . Kesian team pengajur event ni , penat diorang cari sponsorship bagai utk event ni korang judge yg bukan2 .

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.