Halaman

Ahad, 3 Januari 2016

Suami usah kedekut dan berkira sangat dengan isteri

Ada lelaki yang lepas berkahwin bukan main berkira dengan isteri. Selain daripada nafkah yang memang wajib, apa salahnya sekali sekala belikan hadiah buat isteri atau belanja makan di luar. Ini tidak, dengan isteri pun nak berkira. Si suami boleh pula berbelanja untuk diri sendiri, beli rokok, vape, sport rim, motor besar, alat mancing, beli game dan sebagainya tapi isteri mintak apa2 pun tak diberi, dikatanya membazir lah apa lah.

Para suami janganlah terlalu berkira dengan isteri. Kalau kita boleh belanja banyak duit untuk hobi sendiri, apa salahnya berbelanja untuk isteri. Lagipun dia kan isteri kita, bukannya orang lain. Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami dan macam2 lagi Kan banyak kerja isteri buat tu!

Pelukis: Syue Artz


Jangan sampai demi minat dan diri sendiri sanggup keluar duit beratus2 ribu tapi bini mintak beli seluar dalam pun kedekut. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri. Tiada yang lebih membahagiakan daripada dapat menggembirakan hati orang tersayang.

Don't take for granted what you have today, you may not be lucky enough to have it tomorrow.

~ Quote from the Internet

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri rumahtangga beli hadiah belanja makan

13 ulasan:

  1. beli hadiah untuk bini tapi balik rumah xde bini. hahahaha2 First!!

    BalasPadam
  2. Cıɞѧı sıяosʟı pєяєmpuѧň яupѧňʏѧ ,ňı һѧԀıѧһ uţҡ ҡo pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ,✌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prooottt creeeerrrtttt....

      Padam
    2. ⓚⓐⓝⓘⓝⓐⓑⓞ ⓒⓘⓑⓐⓘ ⓢⓘⓡⓞⓢⓛⓘ ⓜⓔⓨⓐⓜⓐⓡ ⓙⓐⓓⓘ ⓐⓝⓞⓝ ⓟⓡⓞⓞⓞⓣⓣⓣ ⓓⓜⓤⓚⓐ ⓜⓐⓣ ⓢⓔⓛⓐⓝ

      Padam
    3. Korang ni dah kenapa? Rasa dah cukup kelakar ke komen2 bodoh macam ni? Serius tak kelakar langsung. Serius.

      Padam
    4. Uiyohh..noob pun dah butthurt..adehhh..aku pun menyampah jugak ngn komen kentut ni..sampaikan sirosli sendiri pun dah tak kentut..ade ramai tukang kentut yg lebih berwibawa..
      -lanun-

      Padam
  3. Biarlah, bloglirikdanlagu bila nk aktif noob? ⓝⓞⓞⓑ ♪♩♬ ツ

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah, tu blog eksperimen je tu. aku rajin aku update la. tapi kalau aku update pun bukan ko nak lawat tiap2 hari pun.

      Padam
    2. Mestilah aku lawat blog tu, tapi ko buka komen utk anon, bkn apa biar anon2 bole sumbang LIRIK2 lagu yg mereka suka, teringat plk blog ekspresiku maxis..mmg byk org sumbang lirik lagu,tapi tah kemana tah blog tu, dh tkleh buka ♬ツ彡♪♩

      Padam
  4. ciri2 blog tempatan yg sudah jd popular mcm ni lah, cuma tinggal komen2 dari sampah masyarakat yg xde halatuju dlm hidup. hakikat dunia blogging yg menyedihkan nub, telan je lah. dunia ni sementara je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah telan lah ni. terima kasih atas ingatan tuan anon.

      Padam
  5. Masa bercinta semua benda beli...sbb nak ambik hati..kalau dah kawin kesilapan paling besar ialah xde effort nak ambil hati lagi...harapkan balasan org ambil hati kita...so smpi bila xde sapa nak ambil hati pasangan masing2.

    So, dlm perkahwinan ni kena ikhlas n sayang menyayangi..bukan masa wangi berkepentingan je...n kena banyak berkorban...pentingkan tanggungjawab masing2, bukan hak masing2.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.