Halaman

Isnin, 22 Februari 2016

Adik, tak berbaloi pun jadi budak cool

Sekolah menengah merupakan era yang banyak mengubah saya. Mungkin majoriti yang mengatakan sekolah rendah adalah zaman terbaik dan sekolah menengah adalah zaman terburuk. Saya pula terbalik zamannya. Sebabnya pada sekolah rendah saya boleh kata sebagai budak yang kurang bersosial dan tak ramai kawan. Ibu bapa pun tahu dan risau tentang pergaulan saya (Hingga sekarang mereka masih social saya sama seperti sekolah rendah). Saya belajar soft skill pada masa tersebut dan sangat membantu saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi hingga sekarang. Antara benda yang saya belajar adalah cuba ambil tahu apakah trend yang budak suka. Pada masa ini, saya mula terdedah pada trend shuffle dance.


Bagaimana saya mula terdedah pada tarian shuffle? Jujurnya pasal saya tengok kawan saya buat semasa lepas kelas memandangan rumah dekat jadi selalu balik lambat. Pada masa yang sama selain shuffle, masa itu tarian tektonik juga tengah naik (tarian sotong rave juga serupa dengan tektonik) selain shuffle sedang hype dengan wujudnya kumpulan Hardstyle Republic. Bila saya tengok kawan buat dan cuba bershuffle, saya berminat pasal ia agak senang dibuat dan budak sekolah saya betul supportive pada newbie shuffle siap ajarkan mereka lagi.

 Sampai sekarang saya hairan, macam mana mereka boleh lepas daripada saman daripada Syarikat Square Enix pasal ambil logo belakang jaket Cloud  dari FF7 dan guna untuk logo kumpulan


Seronok juga tengok dan join mereka shuffle. Kadang-kadang ada juga buat dance battle antara shuffler. Kami buat pasal kami berminat, tiada hadiah cuma kepuasan dapat buat tarian sebaik mungkin. Saya juga cuba buat double slide, agak menjadi juga. Sampai sekarang saya tak puas hati pasal tak dapat buat “liquid” sebaik mungkin. Tapi tak lama populariti Shuffle apabila orang mula beralih pada Jumpstep selain budak-budak mula berminat pada Parkour pengaruh filem Perancis seperti Yamakazi dan Blok 13. Saya masih layan Shuffle tetapi semakin lama, jarang sudah bershuffle. Apabila saya dapat tawaran masuk SBP pada tingkatan 4, saya berhenti bershuffle (Start balik sekejap bila lagu Everyday I’m Shuffling sedang laku)

Saya teringat zaman saya sekolah menengah , apabila ada berita budak hipster dan raver ajak bergaduh di KLCC. Saya tak tahu apa sebab dan tak nak ambil tahu perkembangan tetapi sebenarnya benda yang tidak membawa mudharat  seperti menari tiba-tiba jadi isu menunjukkan bagaimana orang di internet dan para remaja ada masalah. Mula-mula, saya ingin jelaskan, saya tidak ada masalah dengan budak-budak menari bagai. Mereka ingin cuba benda baru DAN tidak membawa mudharat. Saya pun pernah bershuffle, Shukur pada Allah, elok juga saya pada hari ini. Percayalah, ramai juga yang jadi “hantu” ketika sekolah, tetapi dengan kuasa Allah ramai juga yang jadi manusia sekarang.


Pertama, saya ingin tegur kepada para pahlawan kekunci. Apa yang kamu ingin capai dengan kutuk mereka? Membantukah menyelesaikan masalah? Tolonglah, kau ingat mengeji akan bantu seseorang berubah? PM Najib yang ramai orang kutuk dari dalam dan luar negara masih tak turun-turun daripada jawatan yang dipegang. Selain itu, ingat setiap zaman ada juga remaja buat benda yang pelik-pelik. Woodstock yang terkenal dengan music hippe, free sex dan drug abuse itu pun berasaskan daripada remaja Baby Boomer yang cuba melawan budaya pra-Perang Dunia 1 dan 2 atau secara mudahnya “Counter Culture Movement”. Ingat yang zaman tersebut juga ibu atau ayah kita juga terkena tempias secara langsung atau tidak, bezanya tidak ditayangkan perbuatan mereka di dunia.


Jika anda tahu counter culture movement, anda belajar bagaimana kegilaan remaja yang menentang Perang Vietnam dan sedar bahawa  zaman ibu bapa kita lebih hype dan lebih mempengaruhi sosiopolitik dunia era Perang Dingin banding kita dalam era Millenlium 


Padahal, warga internet mudah keluarkan kata-kata kesat kepada mereka. Betul, ajakan untuk bergaduh itu salah dan pendek akal. Namun, agak-agaklah bro. kalau budak salah, kita yang sebagai orang dewasa patut beri nasihat mereka yang masih mencari identity serta meneroka dunia tanpa panduan ibu bapa. Tunjukkan apa yang baik dan tidak, beritahu bagaimana untuk membantu menjadi dewasa. Pada hemat saya, kalau kita kuat mengutuk tanpa bantu itu tunjukkan yang kita ini ada ego sedangkan kita juga 2x5 seperti mereka mungkin lagi teruk selain kita gagal berkembangan kematangan sebagai dewasa. Senang cakap, orang dewasa perlu bantu selesaikan masalah mengikut kematangan orang dewasa, titik.

Bagi para remaja generasi Z, saya sebagai budak generasi Y ingin beri nasihat. Ya seronok buat tarian rave tu. Bahkan itulah yang kami panggil tarian tektonik. Saya juga masa sekolah suka happening dengan kawan-kawan. Bagi budak introvert yang cuba belajar berkawan, itu yang mengembirakan saya bila dapat berinteraksi. Cuma satu nak pesan, JANGAN OVER SANGAT. Saya tak faham kenapa nak bergaduh sakan budak rave dan hipster. Bukannya nak rebut kawasan macam KL Gangster. Ingat, apabila posting sesuatu, fikir balik berbaloi tak posting ini untuk dibaca balik 5-10 tahun akan datang. Saya jamin anda hempuk kepala pasal malu betapa naifnya posting anda pada zaman remaja. Been there, done same thing.

Rave memang seronok tetapi saya percaya popularitinya sekejap sahaja dan bakal ganti dengan benda lain. Zaman saya yang Shuffle pun boleh pudar dan Parkour sendiri pun sudah pudar sedikit, ini pun tak lama juga. Internet boleh menaikkan suatu trend tetapi macam orang putih cakap “Easy come, easy go”. Ini kenyataan yang datang daripada seseorang yang pernah lihat Friendster berada di puncak, kemudian jatuh diganti dengan  Myspace dan sekali lagi lihat kejatuhan Myspace untuk diganti dengan Facebook. Benda sama boleh terjadi pada Facebook dan Youtube pada masa akan datang cuma lambat atau sekejap.


Friendster akhirnya bertukar tangan sebelum terkubur pada 2 tahun lepas. Myspace pula masih hidup tetapi nyawa-nyawa ikan selain telah dibeli oleh syarikat lain baru-baru ini


Memang cool untuk jadi budak yang layan benda trending tetapi serius cakap tidak berbaloi untuk ikut. Benda ini seronok semasa sekolah tetapi bila anda masuk politeknik/unversiti, ramai yang sudah tidak kisah lagi dengan apa yang anda buat. Anda mungkin risau untuk berfesyen bila keluar dengan kawan terutama jika ada kawan berlainan jantina, bila masuk university siapa tidak kisah pun bagaimana anda berpakaian. Asal sopan, menutup aurat dan selesa, tiada siapa akan menghakimi anda. Saya pernah masuk dewan peperiksaan dengan pakai baju kolar bulat dan seluar track hitam.

Fikir balik, berapa banyak benda trending yang pernah terjadi serta menjadi “One Hit Wonder” sama ada music, pakaian, trend internet atau filem. Jika anda lupa, saya senaraikan benda yang pernah hype

  • Poco-poco
  • The fox, Ylvis
  • Cerita ala gangster
  • Psy Gangnam Style
  • Romantik islamik (Ayat-ayat Cinta dan seangkatan)
  • Gwiyomi
  • Ice Bucket Challenges
  • Dubmash
  • Harlem Shake
  • Frozen

Benda yang senarai di atas juga menjadi trending serta pennah menjadi ikutan dunia. Saya tanya anda semua, populariti yang saya senarai di atas, masih ada orang perkatakan? Majoritinya tak ada langsung. Apa yang kita boleh kata ialah benda ni tak lama. Anda boleh enjoy selagi boleh tetapi ingat benda ini tak berbaloi untuk ikut sangat. Jangan terlalu obsesi mengikut trend, nanti anda hanyut dan lemas dalam dunia internet dan realiti. Serta hati-hati jangan tunjukkan ketidakmatangan dalam internet. Anda sudah mesti tidak mahu diingati kawan lama semasa perjumpaan alumni sekolah untuk perkara yang memalukan anda terutama di hadapan isteri dan anak-anak.

Akhir kata, selain akademik, boleh sahaja belajar benda lain atau cuba benda baru. Asalkan selalu fikir panjang dan bukan benda yang mendatang mudharat pada diri dan orang lain. Benda terpenting saya belajar semasa sekolah menengah adalah belajar untuk berkomunikasi dan berkawan. Saya belajar untuk ingat nama kawan, belajar untuk faham double meaning, intonasi untuk berbual , topic sesuai untuk cakap megikut keadaan dan belajar guna ekspressi badan untuk sampaikan mesej. Soft skill ini memang membantu saya yang introvert dan pasif dalam bersosial untuk bercampur dengan masyarakat serta memboleh saya yang dianggap budak pelik sehingga sekarang untuk berinteraksi secara normal. Pendek kata, belajar sesuatu yang bantu anda untuk terus hidup dan mengajar anda menjadi dewasa. Ada banyak cara menjadi dewasa yang matang dan bertanggungjawab dan mesti ada satu yang sesuai dengan anda.

Ini video rakaman budak sekolah saya. Sebelum rakaman, ada kenalan ajak saya join sekali masuk shuffle, katanya nanti bawa masuk Youtube. saya menolak dan cuma tengok dari belakang sahaja. Ingatkan main-main sahaja, rupanya memang betul upload masuk Youtube. Kalau saya kata "Ya" mungkin ada muka sekali dalam video ini.



Black Bladerz
Bekas Budak (Bajet) Shuffler


15 ulasan:

  1. 90's
    Punk vs Skinhead
    Hiphop vs Punk

    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com
    http://bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tu la pasal sama je noob tuduh2 kutuk2 ravers dia pun dulu masa muda2 layan benda bodoh puihh

    BalasPadam
  3. Budak2 lg penulis ni. Zaman aku sekolah aliran muzik yg famous ialah grunge & black metal. Masuk U barulah budak2 shuffle ni br nak up. Seriously kami pun menyampah tengok anda bershuffle x ketahuan hala sepertimana anda menyampah tengok budak2 skrg buat rave

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadinya, sama sahaja setiap zaman yang di mana akan ada orang kutuk apa yang budak buat. Rasanya ada juga mereka yang kutuk remaja yang ikuti scene grunge dan black metal pada zaman tuan. Sama sahaja bagi setiap zaman

      Padam
    2. Yup..aku menyokong pendapat pussy hunter tu..walaupun aku muda sikit..zaman skinhead n hiphop..aku layan dua2 sekali..semangat perjuangan n muzik..
      Bagi aku shuffle n whatsoever yg baru2 ni tak boleh dihadam langsung..aku tak faham langsung kenapa benda2 (maaf cakap) bodoh ni ramai pengikutnya..
      Aku terima black bladerz cakap..benda2 ni hanyalah sementara je..cuma yg jadi masalah adalah media sosial..

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. berapa orang penulis buasir otak ni? entry lepas duk mengutuk, entry ni tak boleh pulak. buasir otak je yang boleh menngutuk. yang lain2 sila senyap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya highlight yang berpada-padalah mengutuk. Jika generasi remaja buat silap. Orang Dewasalah yang perlu tunjukkan kematangan dan beritahu sikap yang betul untuk ikut bukan sekadar tembak dalam FB

      Padam
    2. Penulis ramai. Btw kami meraikan perbezaan pendapat dan cuba bagi sudut pandangan yang macam2, selebihnya terpulang kepada pembaca pula untuk berfikir.

      Padam
  6. masa aku baya korang .. p cari buluh buat rakit, buat layang2 buat wau bulan. cari biji getah, g kilang papan cari kayu buat senapang main perang2 dlm kebun getah, main game mario, kontra, street fighter dkt umah member, berkumpul dkt umah member ramai2 tgk citer kesatria baja hitam, maskman, flashman, kumpul duit sekolah beli komik dragen ball, komik dewata raya,jejak wira, pendekar laut. berkubang dlm parit, tali air cari ikan sepat, lampan buat goreng lauk, panjat pokok petik buah manggis, rambutan. cari kayu daun pisang buat kemah ... kemah atas pokok pun aku pnah buat...& aku rasa aku xpnah buat tarian bangang jadah tu ...

    xkira apa yg ko buat pada zaman skrg .. kesannya ko akan nampak lagi 20 tahun 30tahun. masa ko dah kawin ko dah beranak pinak. ingat apa yg ko buat dkt intenet selamanya akan berada di intenet sehingga ke hari kiamat. jgn sampai anak cucu ko tgk kebodohan ko di masa lampau. malu broo ..

    aku xsalahkan budak2 buat benda bangang ..diorg xtau apa2. xleh nak berfikir secara matang. . semakin canggih zaman semakin bangang manusia. org tua cara org tua. yg muda cara muda. aku cuma bersyukur kerana x membesar pd zaman ni kalu x aku rasa aku pun akan terjebak sama. .

    -pcm biru-

    BalasPadam
  7. aku mampu geleng kepala je tengok bebudak ni. Nasib aku tak pandai buat style semua macam tu.. Takde la malu bila flashback nanti. hehe

    BalasPadam
  8. terima kasih black braderz...very ilmiah and menyedarkan :)

    BalasPadam
  9. Shuffle ni satu zaman dengan Muzik Indie dan Fesyen Gothik. 2007-2009

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.