Pelukis: Elly Elias
Ya, contohnya macam meludah chewing gum di merata-rata tempat terutama di atas jalanraya. Nampak macam kecik je, setakat chewing gum je pun. Tapi kesannya pada orang yang terpijak, sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pijak taik kucing pun ok lagi daripada terpijak chewing gum. Sekurang-kurang taik kucing boleh basuh dengan sabun pastu move on. Chewing gum bila dah terlekat dekat tapak kasut, memang merana la kau nak tanggalkan balik.
Banyak lagi contoh-contoh perkara bodoh kecil lain yang kesannya besar terhadap orang lain, seperti buang botol plastik keluar dari kereta ke atas jalanraya yang mana sampah itu boleh membahayakan penunggang motosikal, tak bagi signal bila nak masuk simpang yang mana boleh mengundang bahaya kepada pemandu lain, bercakap-cakap dengan kawan sebelah pasal cerita yang tengah ditonton dalam panggung wayang yang masa sangat menjengkelkan orang lain dan sebagainya.
Sebab tu kalau nak jadi bodoh, jadi bodoh sorang-sorang dan pastikan kebodohan anda itu tidak memberi kesan mudarat yang besar serta menyusahkan orang lain.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541
tags: kebodohan kerosakan kecil kecil simple mudah kemudaratan mudarat kesan buruk mudharat
memang kena maki la sape buang chewing gum cam ni
BalasPadamMenyusahkan mazlahab orang ramai tanpa disengaja
BalasPadamSebab tu la golongan mcm ni dipanggil bodoh. Diorg tak tau dan tak kisah kesan kebodohan mereka dekat org lain.Melainkan kebodohan mereka terkena pada batang hidung mereka sendiri
BalasPadamBenda2 kecik gini kadang2 macam dah biasa dibuat dalam hidup, tapi benda nilah yang bagi impak besar
BalasPadamTeori ini orang panggil Butterfly Effect.
BalasPadam