Halaman

Isnin, 11 April 2016

Apabila pendakwah terkemuka datang ke Malaysia

Siapa yang tak kenal Dr. Zakir Naik, seorang penceramah dan pendakwah Islam tersohor yang berasal dari negara India. Beliau pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2012 untuk memberi ceramah. Beliau terkenal kerana isi kandungan ceramahnya menggunakan konsep perbandingan agama dalam menjawab segala persoalan. Beliau bukan sahaja merujuk kepada Al-Quran dan hadis, malah akan merujuk kepada kitab-kitab agama lain seperti Injil dan lain-lain sebagai mengukuhkan lagi hujahnya.

Baru-baru ini beliau hadir ke Malaysia sekali lagi atas jemputan dan undangan program ceramah Dr. Zakir Lecture Tour to Malaysia 2016 yang dijadualkan bermula dari 9 hingga 20 April 2016 di beberapa lokasi di seluruh negara.


Isu hangat berkaitan program Dr. Zakir Naik adalah pertamanya petang semalam berlangsung masjlis ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu di mana kira-kira 30,000 orang telah hadir. Antara yang menjadi bualan adalah bagaimana Dr. Zakir Naik menjawab soalan provokasi menghentam kerajaan dari seorang pelajar perubatan kerana yuran pengajian medik yang dikatakan "tinggi".


Orang cakap malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau nak bertanya pun, buatlah research sikit dan janganlah tanya soalan yang bukan-bukan hingga boleh malukan diri sendiri dan juga orang lain. Tunjuk sikit kita ni hebat sesuai dengan level kita sebagai orang Islam, sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Melayu, sebagai pelajar universiti. Jangan setkan dalam kepala semua benda hentam kerajaan. Hentam kemungkaran yang dibuat, dan sokong kebaikan yang dilakukan.

Hal yang kedua, kedatangan Dz. Zakir ke Malaysia ini telah ditentang hebat oleh organisasi yang mewakili kaum India seperti MIC, HINDRAF dan RAPAT serta memaksa syarahan Dr. Zakir Naik dihentikan, malah FB page "Kami Bantah Dr. Zakir ke Malaysia" juga diwujudkan. Hari ini pihak polis mengeluarkan arahan pembatalan program ceramah di UTeM yang bertajuk "Persamaan antara agama Hindu dan Islam". Setakat ini cuma ceramah ini sahaja yang diarahkan pembatalannya, ceramah lain tidak pasti mungkin akan diteruskan.

Sumber FB Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Namun pembatalan ini telah mendapat banyak respon negatif daripada netizen terutama di kalangan orang Melayu Islam.


Entahlah. Mungkin benar masyarakat di negara kita minda mereka masih tertutup, masih terlalu tertutup, dan jumud, dan takut, takut dengan bayang-bayang sendiri. Jangan kata hal agama, hal berkaitan kaum, perniagaan, politik, semua masih terlalu tertutup dan tidak terbuka.

Di luar negara, semua orang diberi peluang untuk berdebat dan berhujah secara intelek, secara tertutup mahupun terbuka. Ulama, paderi dan sami berpeluang berdialog di atas pentas yang sama. Semua ahli politik dan calon wakil rakyat berpeluang mengemukakan idea dan manifesto mereka di atas saluran yang sama rata.

Di Malaysia, perbahasan intelek itu tak boleh, ini tak boleh. Orang itu boleh keluar TV, orang ini tak boleh keluar TV. Orang itu maksum tak pernah buat salah, orang ini sangat berdosa besar sampai tiap-tiap hari keluar berita pasal dia.

Dah tu apa yang boleh?

Konsert, boleh. Pertandingan nyanyian, boleh. Pertandingan tarian, boleh. Persembahan lawak, boleh. Ceramah agama, boleh, asal tak hentam pemerintah. Disko, arak, semua boleh. Tarian rave, boleh. Aspirasi anak muda.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: dr zakir naik ceramah tour syarahan program batal polis igp ketua polis negara pelajar perubatan video tanya soalan makan diri terkedu termalu

16 ulasan:

  1. Pendakwah yang terkenal DR Zakir Naik

    Aku respek dengan cara penyampaian beliau, tidak merendahkan agama lain, tetapi membandingkan di mana kesalahan sesuatu agama buatan manusia yang palsu

    Disebabkan itu, ramai dah orng sama ada dari pemikir bebas(atheist), hindu dan agama lain yang telah buka hati mereka dan peluk islam hasil dari islam itu sendiri yang sempurna dan disampaikan secara bijaksana

    "Ibarat cahaya yang terang menerangi kegelapan di hati"

    Aku x setuju kalau disebabkan nak menjaga ketenteraman kaum, Acara berilmu camni x dilaksanakan, tengok dari teras sendiri Dr Zakir sendiri tidak memaksa untuk masuk islam, aku dah tengok beberapa video beliau dan kagum dengan cara penyampaian yang disampaikan.. Hormat

    Tapi jujur lah, aku pun x tau boleh terima klu ada agama lain nak sampaikan dakwah agama drng aku mungkin akan tentang jugak walaupun tu peluang yang baik untuk menyatakan kelemahan dan kesilapan ajaran yang x teguh

    Huhu entahlah kene bermusahabah diri jugak ni

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. Menidakkan kejahilan sendiri apabila menentang perbincangan mengenai kejahilan agama.

    BalasPadam
  3. Saya respek kat Dr. Zakir naik, namun dalam konteks ini kita semua jelas, dia bukan Tuhan. Kesilapan adalah lumrah manusia.

    Memandangkan itu adalah program keagamaan, fokus persoalan adik tersebut sebenarnya adalah riba. Jadi, adalah pelik untuk Dr. Zakir naik lebih menangkap kepada tanggungjawab kerajaan.

    Adalah mudah untuk dia berkata, saya tak tahu bagaimana kerajaan anda berfungsi, namun jika benar seperti yang dikata, maka ianya adalah salah. Tidak kira yuran RM10, jika ia menyebabkan riba, ia tetap salah dan dosa walaupun sebillion ulama dunia menyokong kerajaan sedemikian.

    Dalam hal ini, soalan ini bijak, namun apabila ditangkap oleh orang yg cetek akal, mereka akan fokus kepada agenda politik namun pokok utama yang mereka perlu concern adalah RIBA kerana itu adalah program bersifat keagamaan.

    Adakah Allah akan mengatakan budak ini bodoh dan tak bijak apabila dia bertanya tentang riba yang berlaku dalam sistem pendidikan negaranya?

    Seterusnya, jika adik ini masih ingin mendapat jawapan sewajarnya tentang riba kerana rata2 netizen taksub dengan kebijaksanaan Dr. Zakir meskipun dia sekadar manusia yang membuat kesilapan, digalakkan untuk bertanyakan terus kepada Imran Hosein dan insyaAllah dia akan mendapat jawapannya.

    Tentang baitulmal, tentang pinjaman tanpa faedah tu, itu cuma satu tekaan sahaja. Jika ianya dibuktikan aldah lebih baik. Jika dapat disenaraikan badanyang memberi pinjaman tanpa faedah itu jugalebih baik. Namun bila kita terlalu fokus kat benda salah, kita akan dibutakan secara tak langsung - kan lebih logik jika netizen naytakan badan memberi pinjaman tanpa faedah tu, atleast budak tu dapat juga jalan penyelesaian nak lepas riba.


    Topik kedua tu, ia juga merujuk kepada TAK PAHAM. Manusia ada satu sifat yang rasanya dah tertanam dalam diri kerana nak survive kot. Bila tak faham, dia akan bangkang habis2an sampai titisan darah terakhir.

    macam juga agama,, kalaulah semua orang faham bahawa agama Islam itu benar. Tak kira sebillion orang Islam masuk ke gereja, ke kuil sekalipun tetap akan percaya Islam itu benar kerana mereka faham.

    Dalam hal politik, kerana tak faham, ramai hentam Rafizi Ramli pura2 berlakon digari. Bila tak faham prosedut undang2, orang bodoh akan melalak asal ada pihak provoke. Tipikal.

    Dalam hal perniagaan, Rayani Air boleh berjaya jika semua pihak bekerjasama nak bangunkan perniagaan berlandaskan Islam - terutamnya orang Islam. Percayalah, ada ramai orang Islam yang nak selamatkan Rayani Air punya sistem berkonsepkan Islam ni, cuma siapa ahli perniagaan Islam yang nak masuk? Sedangkan Tun M sendiri, sebagai orang Islam kecam ia sebagai gimik dan ramai pulak menyokong termasuk orang Islam sendiri.

    Yang manakah terbaik di mata Allah, pelaburan limit yang 200K yang kita buat dalam ASB dengan ianya riba di situ jelas atau bantuan RM100 kita untuk menyelamatkan sistem penerbangan Islam di Malaysia ni?

    Jujur aku ni tak pandai, tapi kerana tak pandai aku rajin ke page Noob ni sebab ianya banyak buka minda aku untuk berfikir. Tapi jujur Noob, kali ni penulisan agak tak terbuka. Budak tu bertanya soalan bijak. Moga2 kau akan menghasilkan satu lagi post, dan viralkan yang budak tu mungkin ebanr dan kita semua (netizen) yang mentertawakan budak tu adalah salah.

    TY




    Topik kedua sebenarnya seperti topik pertama adalah hampir serupa. "

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya maaf, aku terlepas pandang isu riba tu. Cuma tulah, sebab soalan pelajar tu agak berbelit seperti kenapa "kenapa yuran pengajian tinggi" dan "kerajaan seperti tidak menghargai medical student" menenggelamkan soalan dia tentang "kenapa nak belajar kena ambil pinjamana yang ada riba", sampaikan Dr. Zakir Naik pun keliru dengan soalan dia dan jawab panjang lebar.

      Aku tulis kat atas tu bukan bermaksud aku tak bagi dia bertanya lagi di masa akan datang tapi belajar lagi cara bertanya dengan betul dan susun soalan tu biar simple tapi jelas.

      Dan tentang hal riba tu, DZN cuma menyatakan yang negara kita dah ada alternatif pinjaman lain yang tidak guna riba, so kenapa tak buat pinjaman yang tiada riba sahaja. Dan mungkin dia tidak tahu tentang PTPTN. Mungkin juga dia tidak mahu menghentam kerajaan kerana tidak mahu bermusuh dengan kerajaan Malaysia, aku tidak tahu.

      Pasal isu tak paham tu, aku rasa sampai bila-bila pun masyarakat berbilang bangsa dan agama kat Malaysia ni akan tak faham atau buat-buat tak faham walau negara dah 50 tahun lebih merdeka. Mungkin kerana pemerintah sendiri tiada inisiatif untuk memahamkan siapa-siapa dan lebih senang menggunakan pendekatan hal bangsa dan agama aku hal aku, hal bangsa dan agama kau hal kau. Kau buat hal kau, aku buat hal aku.

      Padam
    2. anon kat atas ni adalah kedepan versi bersopan santun.

      Padam
  4. zakir naik adalah medikal doktor .. adik student tu pun bakal doktor juga. so aku rasa xda masalah dia nak tanya pasal yuran. cuma tempat je tak sesuai .. ni tempat berdiskusi agama so soalan yg xda kaitan patut di elakkan. dr zakir naik bukannya arif pasal politik malaysia ..

    di negeri bangelasia ni xpayah nak pelik la kalu ceramah di batal kan. dah byk kali berlaku. dan xpelik jika org yg batal pun org melayu. zakir naik haram kata ketua twitter negara .. yg tak haramnya adalah aktiviti zakar naik.

    BalasPadam
  5. blogwalking http://albumretro.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. Soalan tak berapa celik tapi aq kagum dengan keberanian dia

    BalasPadam
  7. Huhu...dr pagi smpi ke malam panas..smpi letak kipas letak kat muka pun still rasa bahang angin panas....apa komen UZN?

    Sy kagumi sesetengah yg perjuangkn isu UZN ni...tp harap apa mereka perjuangkan x habis kat situ...pengamalan ibadah n agama pun penting gak.

    BalasPadam
  8. Selena gomez dtg malaysia bln julai nnti.. Xde sapa2 nak bangkang ke?

    BalasPadam
  9. yuran RM 3,500 setahun mengeluh mahal!, habis yang aku ni RM 8,500.00 stahun tak bising pun. patutnya bersyukur kerajaan tolong, bukan semua nasib baik, takkan semua kerajaan nak support, inilah belia masa kini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kau tak bising, mungkin sebab kau mampu.

      Sekarang kau dah mampu, mohon bantu pelajar yang tak mampum sebab kau cakap kemas sangat wahai keyboard warrior

      Padam
    2. Sbnrya kerajaan dah tolong subsidi yuran anda utk yg belajar kat uni awam..kalau gi swasta yg terkemuka..standby la RM15-25k setiap sem! Yg bagusnya org bukan melayu dr kecik dah siap2 mengumpul duit utk kos belajar masa masuk U just in case anak x pandai...org kita harap disuap kaw2, kalau boleh semua nak free.

      Bila sy kata kerajaan, x merujuk terus kpd BN, especially Najib. Sy merujuk kpd konsep yg telah diguna pakai sekian lama utk subsisi yuran pengajian kat uni awam sehinga 80-90%, siap bg hostel dduk kat dlm uni pun dah kira murah habis byr 100-200 hundred setiap sem, dduk luar byr la sendiri setiap bulan. Uni swasta jgn harap bg hostel.

      Padam
  10. malaysian memang lenih tertutup dalam semua hal dan segi, sampai benda2 ilmu pun nak ditutup jugak..

    yang menghentam kata DZN ni hina agama, aku rasa diorang ni tak pernah dengar pun talk DZN.Dengar2 dari org lain kata DZN ni sekian2, terus nak hentam..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.