Halaman

Selasa, 17 Mei 2016

Bisnes produk trending hanya untuk jangka pendek

Baru-baru ini dilaporkan industri vape dalam negara semakin merudum dalam tempoh 7 bulan kebelakangan ini seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online. Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat lebih kurang 800,000 orang penghisap vape tegar tetapi kini dilaporkan hanya 200,000 sekitar awal bulan ini.

Menurut pengasas dan penasihat Malaysian E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (Mevta) iaitu Allan Foo, hal ini mungkin disebabkan trend vape kini sudah pun berlalu dan tidak lagi hype seperti mana tahun lepas. Pengguna vape baru semakin berkurangan, dengan jualan cecair vape menurun sehingga 90 peratus sejak awal tahun ini.


Yang masih membeli peranti atau mod vape yang baru dikeluarkan pun hanya peminat dan pengguna vape tegar sahaja. Kebiasaannya setiap kali vape keluaran terbaru dilancarkan pada zaman puncaknya sekitar 10,000 ke 20,000 unit dapat terjual, namun kini hanya sekitar 500 unit sahaja sejak bulan Mac.

Kedai vape juga yang suatu ketika dahulu boleh membuat keuntungan harian sebanyak RM1,000 ke RM2,000 kini purata hanya dalam RM200 sahaja. Malah kedai vape seluruh negara juga telah semakin berkurangan dari 1,500 kedai kepada sekitar 700 kedai.

Baca sepenuhnya di artikel The Malay Mail Online ini "Vaping industry at all-time low". Merudumnya industri ini juga dikaikan dengan pengharaman vape di beberapa negeri di Malaysia serta kempen yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Malah disebabkan industri vape dalam negara semakin menurun, pengusaha vape kini mensasarkan pasaran antarabangsa pula.

Ok itu dari pembacaan aku dari berita. Dari pemerhatian aku pula terhadap persekitaran dan orang di sekeliling aku, memang makin kurang yang masih kekal bervape. Ada yang sudah kembali menghisap rokok semula, ada yang dah berhenti vape terus dan tak lagi hisap rokok. So yang pertama tu dia hisap vape dulu mungkin sebab trend, dan yang kedua pula memang dia hisap vape sebab nak cuba berhenti hisap rokok dan akhirnya berjaya berhenti hisap kedua-duanya.

Bagi aku vape ini satu trend semasa, yang sangat gah pada zaman puncaknya, dan akhirnya kian dilupakan. Sama seperti trend2 semasa lain yang pernah gah di zaman puncaknya terutama dalam industri makanan seperti burger bakar, goreng pisang cheese, durian crepe, aiskrim pasu, aiskrim sumi, kopi ice blended dan sebagainya. Trend ni sewaktu benda tu sedang popular, kau akan nampak banyak kedai jual benda yang sama.

Sebenarnya bagus berniaga benda-benda yang sedang trending kerana kita sewaktu ia tengah popular tu lah kita mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan yang banyak. Namun perlu diingat, perniagaan produk trending ini bukanlah satu perniagaan jangka panjang tapi berbentuk jangka pendek yang kadang-kadang tak sampai setahun pun, mungkin hanya sekitar 6-8 bulan.

Oleh itu kalau nak berniaga produk trending, pastikan jangan melabur dan keluar modal banyak sangat, dan pastikan anda akan dapat pulangan balik dan dapat membuat keuntungan yang besar dalam tempoh 6 bulan. Lepas tu boleh mula buat bisnes produk trending yang lain pula. Jika anda melabur besar dan dah nak dekat 8 bulan masih tak balik modal lagi, anda mungkin akan menghadapi masalah.

Aku pernah lihat sebuah kedai menjual burger bakar suatu ketika dulu di zaman kemuncaknya di mana berduyun-duyun orang nak beli beratur panjang siap kena ambil nombor lagi. 2 bulan lepas tu dia upgrade dan renovate kedai dia tambah pekerja tambah dapur. Sekarang aku tengok kedai tu macam hidup segan mati tak mahu, jangankan beratur, nak tengok ada satu pelanggan beli burger bakar pun susah. Harga pun masih kekal sama macam dulu.

Berbeza dengan kalau kau jual produk yang biasa, benda tu mungkin tidak trending dan ada waktu popular, tapi ia kekal relevan sepanjang zaman. Contohnya kau jual produk yang trending seperti karipap cheese, benda tu mungkin popular sekejar je, tapi kalau kau jual karipap yang biasa seperti karipap inti kentang, daging, sardin, walaupun ia tidaklah begitu popular dan trending tapi pasti akan ada orang beli juga sepanjang masa.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: bisnes industri vape vaping vapor vapers merudum menurun jual bisnes perniagaan niaga produk barang trend trending popular

19 ulasan:

  1. Betul tu.. baik jual nasi kosong & lauk pauk.. sepanjang zaman org beli.. Sekali sekala jual nasik special spt nasik kerabu, dagang & beriani

    BalasPadam
  2. burger bakar memang dah banyak tempat yang tutup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di area saya pun da tak ada yang jual burger bakar atau burger home made.

      Padam
  3. Bukan sekadar bisnes je yg akan tutup cepat bila ikut trend...tapi apa2 perkara skali pun.

    BalasPadam
  4. kopi hipster pun dah makin kurang skrg. dulu punya la ramai org sampai aku nak beli pun xda mood sbb kena beratur. lg 1 kurangkan lah ais dlm bekas plastik. org nak beli air bkn nak beli ais

    BalasPadam
  5. bukan sedap manapun burger bakar,,,karipap cheese ...goreng pisang coklat semua tu,,,lidah dah biasa makan yg original..bukan buat time trending je...org buat..semua nak buat...rasa ke laut..kan..mahal pulak..

    BalasPadam
  6. habis belaka balik isap rokok, seronot syarikat okok jualan kembali kukuh.

    BalasPadam
  7. Iye.Apatah lagi di negeri Johor, Yang Amat Mulia Sultan Ibrahim mengharamkan segala apa yg berkaitan dgn VAPE, memang nampak kesannya tidak ramai lagi yg menghisap vape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertuah Johor ada Sultan yang ambil berat kesihatan rakyat

      Padam
    2. Kenapa dia x haramkan rokok yg lebih bahaya dr vape?

      Padam
  8. kat wasap pon dah xde viral vape on dah, agaknya dah off kot..

    BalasPadam
  9. vape off . back to smoke. ramai member aku yg dulu vape tapi skrg dh isap rokok balik. betul la kata noob .. benda tranding ni sekejap je..then people going back to normal.

    BalasPadam
  10. area rumah aku ada 3 kedai vape, 2 dah bungkus tinggal 1 nyawa2 ayam je..
    aku doakan diorang dapat meniaga benda lain pulak utk menampung keluarga aminn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bgtwla diorg suruh niaga mende lain

      Padam
    2. suh dia buka kedai rokok la. rokok halal. proo00Oo0tT !

      -denoutantei aka sirosli-

      Padam
  11. Trend ni satu hal..tp sy sy pelik hanya byk berlaku kat peniaga melayu...kalau kaum lain biar bukak kedai biasa je tp bertahan long term dr segi permintaan even x mewah mana..org kita x kisah la vape ke, MLM ke..benda yg nmpk kaya short term yg dikejar sbb nak kaya cepat..bila rugi sekejap je. Berubahla....

    BalasPadam
  12. kedai burger bakar yg ambik no tu skang dah tak ramai tu kat Puchong ke?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.