Halaman

Khamis, 18 Ogos 2016

Atlet Malaysia menghampakan sekadar raih perak?

Selepas pemain badminton negara dalam acara beregu campuran Chan Peng Soon - Goh Liu Ying memperoleh pingat perak dan pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang pula memperoleh pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil, habis berlaku kekecohan di media sosial, bukan kerana kemenangan mereka tetapi kerana gara-gara laporan berita akhbar perdana yang sangat tidak sensitif dan berat sebelah.


Headline di akhbar Kosmo! menulis "Peng Soon-Liu hampakan jutaan rakyat Malaysia". Ya, tak dinafikan aku pun hampa sebab mereka tak menang emas, dan aku pasti mereka sendiri pun hampa dan kecewa bila mereka sendiri yang melalui dan merasai pengalaman itu, tapi gambaran ayat itu sangat negatif, sedangkan mereka sudah berusaha dan mencuba yang terbaik.


Tajuk di Berita Harian pula "Beregu campuran sekadar raih perak" untuk melaporkan hal yang sama. Wow, SEKADAR tu. Orang lain nak bertanding kat Olimpik pun tak lepas, dapat pingat Perak hanya SEKADAR.


Manakala untuk acara keirin pula, headline Kosmo! menulis "Azizulhasni bangkit raih pingat". Gila positif dan semangat tajuk berita, BANGKIT tu.


Dan tajuk di Berita Harian pula, "Azizulhasni Awang melakar sejarah jadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat di Olimpik apabila raih gangsa acara keirin". MELAKAR SEJARAH tu. Habis tu yang acara badminton beregu campuran raih perak bukan MELAKAR SEJARAH, tapi hanya SEKADAR?


Aku bukan nak cakap apa, tapi aku harap pengamal media dan wartawan berita lebih sensitif dan peka dalam menulis suatu berita kerana ia boleh mengundang banyak persoalan sehingga ada yang mengaitkan dengan isu perkauman seolah-olah sumbangan daripada atlet yang berbangsa Cina tidaklah begitu penting berbanding sumbangan atlet berbangsa Melayu.

Cuba kalau ada akhbar bukan berbahasa Melayu yang menulis "Azizulhasni menghampakan rakyat Malaysia sedar meraih gangsa", rasa-rasa orang Melayu kecil hati tak?

Salah ke kalau tulis "Peng Soon-Liu Ying bangkit melakar sejarah jadi pasangan beregu campuran pertama memenangi pingat perak di Olimpik"?

Kita sepatutnya menumpang gembira dan bangga dengan pencapaian mereka semua kerana telah mengharumkan nama Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, negeri, latar belakang dan status mereka, kerana sukan itu seharusnya menjadi medium perpaduan, bukan perselisihan.

Dan aku harap tiada siapa yang mempertikaikan ganjaran dan pencen yang mereka dapat lepas ini. Rasa macam orang tak betul pun ada.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: laporan akhbar berita mainstream arus perdana atlet malaysia badminton beregu campuran hampa kecewa sekadar raih pingat perak azizulhasni awang gangsa keirin mb menteri besar terengganu sindir basikal 


6 ulasan:

  1. tapi sejujurnya ak pun agak hampa.. indo dapat emas tu.... agak sedih gak la... in the end indo jauh ke depan malaysia masih berdiri tempat sama dan melangkah kebelakang sedikit demi sedikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat melesia yg hampa ko sorg je kosmo. Jgn nak libat kan aku skali lah cibai. Ni olimpik bro .. bukan pertandingan sukan antara kampung2 . ProooOoottT d muka kosmo.

      -sirosli lurve liu ying-

      Padam
  2. Usaha telah dilakukan..adat bertanding kalaj dan memang tuan..tak apa lah...ya

    BalasPadam
  3. Sirosli gila jubur lelaki19 Ogos 2016 pada 1:17 PTG

    Biasalah golongan rasis. Kl diorang menang entah2 tajuk paper melayu “wakil malaysia menang nasib je”

    BalasPadam
  4. bukan senang walaaupun "sekadar"nak dapat bronze olimpik.participate in olimpik pon ingat senang nak layak?.ini olimpik woii.bukan hari sukan sekolah kampung burung hijau

    BalasPadam
  5. mereka dah berusaha..even perak atau gangsa je..itupun dah susah nak raih..menang kalah itu ada permainan. tahniah semua wakil dari Malaysia..korang dah buat yang terbaik!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.