Halaman

Ahad, 16 Oktober 2016

Cabaran Komik Online Malaysia 2016 MatKomik kembali!

Berita baik untuk penggiat komik di luar sana. Ini peluang anda untuk serlahkan nama dan bakat anda dalam industri komik tanah air. Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM2016) anjuran Matkomik kembali lagi untuk tahun 2016 ini!

Namun cabaran pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas di mana tahap kesukaranya lebih mencabar.

Tema: Hero / Adiwira / Penyelamat
Gaya komik: Komik Bisu (Silent Comic)

Tarikh tutup: 15 Disember 2016 jam 12:00 AM.


Berikut adalah penerangan mengenai pertandingan ini dari blog MatKomik: http://bit.ly/ckom2016:

Tema

KOMIK BISU / SILENT COMIC
Komik Bisu / Silent Comic ialah komik yang tidak mempunyai dialog atau perkataan. Ianya seperti storyboard sebuah filem. Penekanan dari segi gaya penceritan dan visual dalam persembahan karya komik adalah lebih penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tanpa bantuan dialog atau perkataan. Ia menguji kemampuan sebenar seseorang pelukis komik.

HERO
Peserta dikehendaki menghasilkan karya komik 10 mukasurat berdasarkan perkataan 'Hero / Adiwira / Penyelamat'. Setiap orang mempunyai definisi tertentu tentang perkataan Hero. Pada mata seorang Anak, Ayah adalah Hero kerana membantu penyelesaian kerja matematik yang susah. Manakala pada pandangan seorang isteri, suami adalah Hero kerana membantu kerja-kerja di rumah. Untuk itu pelukis perlu hasilkan karya berdasarkan perkataan tersebut. Adalah lebih baik jika komik tersebut mempunyai mesej baik untuk disampaikan.

Syarat dan Peraturan Umum
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira umur, pelukis komik amatur ataupun profesional.
  • Pelukis perlu hasilkan 10 halaman muka surat sahaja ('Cover' / Muka depan tidak dikira sebagai mukasurat.).
  • Jika hasilkan 'Cover' / muka depan, hendaklah berwarna.
  • Komik perlu dalam Hitam Putih dan dibuat dalam saiz A4.
  • Isi kandungan komik berdasarkan perkataan 'Hero / Adiwira / Penyelamat'.
  • Komik boleh dihasilkan samada berseorangan atau berkumpulan.
  • Pelukis boleh menghantar lebih dari satu karya komik.
  • Hasil karya komik tidak melanggar hakcipta individu atau syarikat lain dan seumpamanya.
  • Hakcipta karya dipegang oleh pengkarya, manakala Komik-M memegang hakcipta penerbitan antologi.

Syarat Isi Kandungan Komik
  • Isi kandungan komik tidak mempunyai dialog / perkataan.
  • Penggunaan perkataan effect cth :- woosh~, ting.. / emoticons cth:- smiley, love / simbol seruan (!) , soal(?) adalah dibenarkan.
  • Asas cerita, ciri, watak dan latarbelakang komik hendaklah berasaskan unsur keMalaysiaan.
  • Isi kandungan komik tidak boleh mengandungi simbol lucah dan unsur pornografi serta seumpamanya.
  • Isi kandungan komik juga tidak boleh menyinggung mana-mana kaum, agama, bangsa dan seumpanya.
  • Karya komik tersebut MESTI yang asli dan belum pernah di cetak / papar melalui media cetak atau elektronik.
  • Oleh kerana komik pemenang akan dicetak di bawah terbitan Komik-M, jadi karya komik perlu ‘mesra syariah’ daripada segi kandungan cerita dan pemakaian watak. Boleh rujuk komik-komik terbitan Komik-M untuk dapatkan gambaran lanjut. Komik-M boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga boleh dipesan secara online di https://bookcafe.com.my
  • Melanggar syarat-syarat di atas karya komik anda akan di tolak.

Cara Penghantaran Komik

PERINGATAN : Sebelum menghantar komik, pastikan anda mempunyai fail komik yang original yang resolusi tinggi dalam simpanan anda. Ini adalah bertujuan untuk kerja percetakkan jika karya komik anda menang.
  • Penghantaran komik adalah secara ONLINE sahaja.
  • Jika anda buat secara manual, anda perlu imbas / scan komik tersebut.
  • Fail komik tersebut perlulah di simpan (save) dalam bentuk format .jpeg atau .png.
  • Oleh kerana penghantaran komik melalui email, resize komik sehingga jumlah saiz fail keseluruhan komik (10pg) tidak melebihi 5MB.
  • Kesemua halaman komik perlulah di letakkan dalam satu folder fail dan kemudian ZIP/RAR.
  • Komik hendaklah di hantar dan attach / beri URL link fail komik tersebut melalui email ke matkomikmalaysia@gmail.com berserta dengan detail seperti ini :
    Nama :
    No. Tel :
    URL Link Media Sosial :
    Profil ringkas diri anda :
    Tajuk Komik :
    Sinopsis Komik :
    Genre Komik :
  • Kesemua penyertaan akan dipaparkan di website www.matkomik.com
  • Komik akan dimuatnaik ke website dalam tempoh masa 1 hingga 3 hari selepas ianya di email.
  • Tarikh tutup penghantaran pada 15 Disember 2016 jam 1200AM (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore.

Pengadilan dan Pemarkahan
  • Untuk menentukan penentuan tempat pertama, kedua dan ketiga, pengadilan akan dibuat berdasarkan 100% undian juri profesional.
  • Juri professional terdiri daripada editor komik dan pelukis komik profesional yang akan diberitahu kelak.
  • Pemarkahan juri profesional berdasarkan kriteria; kekemasan lukisan, mesej yang disampaikan, kreativiti dan originaliti serta lain-lain dari sesebuah komik tersebut.
  • Keputusan juri adalah muktamad, tiada bantahan atau ugutan selepas keputusan di buat nanti kelak.

Hadiah
  • Tempat Pertama : Memangi hadiah Wang Tunai RM 1000 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Tempat Kedua : Memangi hadiah Wang Tunai RM 750 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Tempat Ketiga : Memangi hadiah Wang Tunai RM 500 dan Voucher Bookcafe bernilai RM 100
  • Saguhati : Voucher Bookcafe bernilai RM 50
  • Karya Komik TOP 10 akan diterbitkan oleh Komik M.

FAQ

Soalan-soalan Lazim

Kenapa buat pertandingan Silent Comic, susahlah..
Setiap tahun Matkomik mengajurkan pertandingan CKOM. Untuk kekal relevan dan fresh, perlulah membuat sesuatu yang berbeza dengan tahun sebelumnya, jadi kami memutuskan untuk buat cabaran Silent Comic ini. Ia adalah medan ujian kebolehan dan kemampuan seorang pelukis komik sebenar.

Tema HERO ini macam mane? tak pahamlah..
Sebenarnya macam ni, tak semestinya HERO itu seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa. Hero ini ada di kalangan kita cthnya; BOMBA yang menyelamat kucing tersangkut di pokok, Seorang Ayah yang menyelesaikan masalah kerja sekolah anaknya. Jadi setiap orang mempunyai pengertian tersendiri. Untuk itu, pelukis perlu hasilkan karya berdasarkan perkataan itu.

Kenapa buat TERBUKA kepada semua, nanti pelukis pro masuk, confirm menang!
Belum tentu lagi, cabaran ini adalah medan ujian bagi semua pelukis komik. Terpulang kepada mereka untuk sertai atau tidak. Lagi pun jika seorang pelukis amatur menang ke atas pelukis pro bukankah itu lebih baik! Bersainglah dengan sihat.

Saya nak sertai tapi saya tak pandai nak melukis, boleh ker?
Dekati pelukis komik yang anda kenali dan berkolabrasilah untuk sertai cabaran ini.

Saya melukis secara manual sahaja, tak reti digital..pos tak boleh ker?
Maaf, kami hanya menerima penyertaan secara online sahaja. Untuk itu anda perlulah scan/imbas komik anda ke komputer dan seterusnya menghantar melalui email ke matkomikmalaysia@gmail.com. Anda boleh baca lebih lanjut di bahagian 'Cara Penghantaran Komik'.

Umur saya 13 Tahun, bolehkah saya sertainya?
Yup! sudah tentu boleh. Penyertaan adalah terbuka.

Saya tak nak masuklah, nanti SENPAI kutuk,tak sukalah..boleh block dia tak?
Jangan begitu, sebenarnya SENPAI mencerminkan realiti masyarakat Malaysia sebenar. Tetapi tak semua macam SENPAI. Apa yang dikatakan beliau itu ada benarnya. Kita sebagai pelukis komik perlu mempunyai hati yang kental untuk terus survive dalam bidang ini. NO PAIN, NO GAIN!

Lukisan saya buruk, adakah karya saya akan di TOLAK?
Tidak. Kami tidak akan TOLAK karya anda selagimana anda tidak melanggar peraturan seperti yang telah dinyatakan. Penyertaan adalah terbuka.

Saya ada masih simpan karya yang pernah di tolak oleh penerbit, bolehkah saya hantar karya tersebut?
Boleh, selagi mana ia tidak pernah di terbit secara fizikal atau elektronik/online, anda boleh sertai cabaran ini.

10 mukasurat termasuk Cover tak?
Tidak.

Boleh tak lanjutkan tarikh tutup penyertaan, sebab saya sedang exam sekarang ni.
Buat masa ini ia tetap pada tarikh 15 Disember 2016. Banyak masa itu, takkan tak sempat nak buat.

Saya masih ragu-ragu untuk join pertandingan ini, apa yang perlu saya buat?
Join saja! menang kalah belakang cerita yang penting anda mencuba. Kalau tidak sekarang bila lagi?..^^

* * * * * * * * * *

Ya, hadiah kali ini lebih menarik di mana selain hadiah wang ringgit, komik yang mendapat Top 10 juga akan diterbitkan dalam sebuah buku kompilasi terbitan KomikM.

Jika anda berminat dan mempunyai impian untuk melihat karya anda dibukukan dan dijual di rak-rak kedai buku, ambil peluang ini untuk mencuba. Jangan terlalu fikirkan kalah atau menang, yang penting cuba dan usaha dulu. Kalau kalah pun sekurang-kurangnya kita telah mencuba.

Kalau rasa tak mampu nak buat seorang, boleh cuba berkolaborasi, bertukar idea dan pandangan serta minta nasihat dari otai-otai untuk kenalpasti kelemahan dan ruang pembaikan.

Tema Hero ini tak semestinya tentang superhero. Bomba yang menyelamatkan orang pun hero. Ibu kucing yang menyelamatkan anaknya dari dimakan anjing juga hero. Bahkan seorang pekerja kumbahan juga adalah seorang unsung hero.

Untuk teknik Silent Comic pula boleh belajar dengan merujuk di Internet contoh-contoh komik yang sedia ada. Yang penting "Be creative, imaginative and innovative".

Akhir sekali, siapa nak join kami galakkan untuk buat awal-awal dan jangan hantar last minute. Walaupun tahun ini permarkahan adalah 100% dari juri dan bukan undian daripada orang ramai, namun jika hantar awal, komik anda akan disiarkan lebih awal dari orang lain.

Dengan itu cerita kita pun tidak akan nampak sama seperti komik orang lain sebab kita dah buat dulu. Kalau kita nak buat komik pasal ahli bomba, kalau hantar lambat tengok-tengok dah ada orang lain yang buat dulu komik pasal ahli bomba, jadi tak bestlah sebab subjeknya sama.

Satu lagi kalau hantar awal, kita boleh dapat banyak respon dan feedback dari orang lain, so ada masa lagi untuk tahu kelemahan kita dan perbaikinya dalam komik yang lain, sebab untuk pertandingan ini seorang peserta boleh hantar berapa banyak penyertaan yang dia nak.

Itu sahaja, selamat maju jaya kepada yang akan menyertainya.

Pesanan ikhlas dari;
Buasir Otak, Rakan Media Online CKOM2016.


6 ulasan:

  1. Ok...moga berjalan dgn lancarr...😝😝🏃🏃

    BalasPadam
  2. CAJ RM32 RIBU] Pusat Perubatan Darul Rizqi buat pengumuman, DITUTUP termasuk semua laman sosial Darul Rizqi



    Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi membuat pengumuman bahawa mereka telah menutup pusat perubatan tersebut berkuata kuasa serta merta.

    Mereka juga menyatakan pusat tersebut sedang disiasat oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga NGO.

    "Untuk meredakan keadaan yang seperti telah di 'Viralkan' sepatutnya Pihak Individu tersebut berjumpa terus kepada kami tentang kami ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan kami. Memandangkan perkara ini telah terjadi, pihak Pengarah Syarikat kami MENUTUP serta merta bagi memuaskan hati Warga Malaysia yang telah tersinggung dengan perkara ini" jelas blog pusat perubatan tersebut.

    Pusat perubatan tersebut juga menjelaskan bahawa Jumlah Bayaran seperti dinyatakan adalah TIDAK BENAR sama sekali, ianya cuma 'Sebut Harga' yang pihak kami keluarkan dan BUKAN bayaran sebenar yang kami terima. Ianya adalah kesalahfahaman/ kekeliruan tentang Bil yang telah dikeluarkan.



    Invois Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka.
    Jumlah keseluruhan rawatan : RM 32 800
    Bayaran imbasan penyakit "scan" - RM300
    Air Yasin Penawar Darul Rizqi - 2 botol percuma
    Diagnos:
    1. Masalah urat saraf - RM 10k
    2. Masalah rahim senget - RM 4.3k
    3. Masalah buah pinggang bengkak - RM 10k
    4. Masalah kencing manis - RM 5k
    5. Santau patung berjasad - RM2.6 k
    6. Mandian Sunnah tutup ubat - RM900

    Sebelum ini viral di media sosial luahan ramai orang tatkala membaca sekeping bil bayaran pusat rawatan Islam yang berjumlah RM32,000.

    Bil itu dimuat naikkan oleh anak mangsa, Sholehin yang mendakwa pusat rawatan Islam tersebut menipu dan hanya menggunakan agama untuk kepentingan tertentu.
    Kisahnya bermula apabila Sholehin pergi ke pusat itu bersama ibuya, Selasa lalu setelah pihak hospital gagal mengetahui punca sebenar penyakit kaki ibunya.
    Menurut Sholehin, pada awalnya dia dikehendaki sekadar membayar RM300 untuk pengimbas penyakit ibunya.
    “Mula-mula rasa berat dah, fikirkan masalah mak aku.. aku pun kumpul duit dengan abang dan isteri aku untuk dapatkan jumlah RM300. Dan dia kata rawatan susulan percuma… aku pun okla. Dia listkan penyakit-penyakitnya,” ujarnya dalam status di Facebook miliknya.
    Namun, apa yang mengejutkan, pusat perubatan itu kemudian menyerahkan caj harga rawatan penuh yang mencecah lebih RM32,000. 
    “Mahal mak datuk… lepas tu dia bagi tawaran turun harga RM22,000… bapak dia… katanye itu caj bagi dia tanggung risiko untuk mak aku,” katanya lagi yang selepas itu mengajak ibunya pulang.
    Bagaimanapun, kerana ibunya sudah tidak tahan menanggung sakit, wanita itu kemudian memberikan rantai tangan emas yang berharga kira-kira RM4,000, untuk bayaran suku rawatan.
    Pusat rawatan itu juga menyarankannya membeli air Yasin berjumlah RM40. Namun, dia enggan kerana sudah tiada wang.
    Lebih menghampakan, setelah pulang dari berubat, ibunya mendakwa tiada perubahan dan sakit kakinya bertambah teruk.
    Baru-baru ini, pusat perubahan itu ada menghubunginya untuk menyambung rawatan,  Sholehin mengambil peluang untuk mempersoalkan harga tersebut.
    Pusat perubatan Islam itu bagaimanapun mendakwa, ia mempunyai kelebihan tertentu yang dianugerahkan Allah SWT.

    celahgelegar at 8:02 AM

    BalasPadam
  3. Menarik. Ko join ke x contest komik ni noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry lambat reply tak berapa sihat 2 3 hari ni. aku tak pasti lagi nak join ke tak.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  5. Waa.. bru baca CKOM.. esok da 15.. rse tak boleh nk pospone (´。_ 。`)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.