Halaman

Isnin, 31 Oktober 2016

Cinta terhalang oleh halangan biologi

Biasa kita dengar, cinta terhalang oleh orang tua, terhalang kerana orang ketiga, terhalang kerana harta, darjat dan pangkat, namun jarang kita dengar cinta terhalang oleh halangan biologi. Kalau yang belum pernah dengar atau tak tahu, ya... ia memang wujud.

Andaikan situasi ini, anda bercinta dengan seorang lelaki/perempuan dan merancang untuk berkahwin. Bila anda berdua membuat medical checkup dan ujian darah, didapati anda berdua merupakan pembawa genetik yang tidak boleh bercampur atau darah anda tidak sesuai untuk bersama. Sekiranya anda berkahwin juga, anak anda akan berisiko besar untuk mendapat penyakit kronik.


Maka adakah anda akan tetap berkahwin demi cinta dan sanggup mengambil risiko mendapat anak yang tidak sihat?

Atau adakah anda akan tetap berkahwin tetapi merancang untuk tidak mempunyai anak sendiri dan mengambil anak angkat?

Atau adakah anda sanggup memutuskan hubungan cinta dan mencari cinta yang lain demi memperoleh zuriat?

Soalan ini aku lontarkan di akaun Facebook aku, dan ini adalah antara jawapan yang aku perolehi:
  • rasanya tak de sapa dpt jwb soalan ni....but the best thing before choose your partner, check dulu health condition....
    i think for the best of future kids, betterlah berpisah, tp kalau jodoh tak ke mana pun....redha sajalah...atau ambil anak angkat......
    I cannot sacrifice my future children's life just because of love when i know their live will be at risk kalau bersama dgn pasangan yg berpotensi berpenyakit....
  • Big no noob.. sblm aku buat keputusan utk kawen, aku kaji dulu ade x family dia yg sindrom.. klo da terbukti darah dia pembawa penyakit utk ank2 aku, aku lari jauh2.. sanggup putus.. maaf semua kalau nora terlalu jujur.. duit xde boleh dicari, tp klo benda camni, kita elakkn la
  • Ini soalan yang betul-betul mencabar. Bukannya senang nak cari pasangan yang boleh dipercayai dan boleh hidup mati bersama. Tapi bukannya senang nak dapatkan zuriat yang sihat. Tapi semua benda ni tak ada kepastian, ada kebarangkalian anak dapat boleh sihat juga. Perkahwinan pun tak semestinya berkekalan sampai happily ever after. Mungkin kahwin dan ambil anak angkat.
  • Tidak. Aku akan lepaskan.
    Mungkin bg sstgh org, dgn cinta tu depa rasa lautan api pun mmpu di redah. Setahun dua bolehlah ckp, ambik je anak angkat, setel masaalah. Aku, nak lahirkan zuriat aku sendiri, jika diizinkanNya. Dah klu tau dari awal masaalah tu, aku akan elakkan. Esok2, mulalah nak bergaduh, nak salahkan satu sama lain, tunding jari. Manusia skrg tak sabar.
  • Kahwin, tp xnak anak. Ank angkat pun xnk jugak. Biarlah hidup bdua habiskan masa bsama². Tak sanggup aku nak ada zuriat. Kemungkinan zuriat mngalami masalah ksihatan atau kecacatan. Bukan xsanggup jaga. Sanggup tp kalau da ank mnanggung kesakitan, aku xsampai hati tgk. Nk bg ubat, dok kat hospital. Kesian. Sepatutnya mbesar dgn riang gembira dan sihat. Jd aku pilih, kahwin tp xnk anak kalau bakal suami ada masalah genetik. Sbb belah² aku Alhamdulillah sihat² belaka.
  • Kahwin, cuba dengan seorang anak. Jika anak tersebut didapati menghidap penyakit yang tak diingini, seterusnya ambil anak angkat.
    Jika anak tersebut tidak menghidap penyakit yang tak diingini, teruskan menambah anak.
    Pendapat peribadi saya
  • Pasangan muda biasanya akan mengejar cinta..lautan api pon sggup redah..sblm kawin boleh sumpah setia mcm2..tp hakikatnya hanya boleh kita tau slepas kawin..apabila melihat pasangan lain ada ank and ank yg sht, kita akn mula membuat perbandingan..mula mencari salah pasangan..bila gaduh nanti mesti kuar ayat "ko la keturunan cacat" bla..bla..blaaa
  • susah persoalan ni sebab melibatkan soal hati. ujian darah pun hanya akan dibuat ketika dah nak kawin. tapi untuk talasemia, keputusan ujian terlalu lama. kalau tak silap 3 bulan masa zaman saya nak kawin dululah. HIV pula boleh dapat pada hari yang sama. kesimpulannya, tanya hati. pastinya susah nak jawab ya atau tidak bila dah sayang kan
  • I cant say for sure... it really depends laa dngn individu tu sndiri.. smpai mna kesanggupan aku utk dia.. klu ak pilih kahwin, no child of my own, and benda tu benda yg penting gila bagi aku. kalau aku pilih anak, aku jauhkn diri dri dia..
  • Pendapat aku, selagi tak dok dalam situasi tu memang takkan boleh bagi jawapan. Skrg boleh ckp macam2, tp bila keadaan dah terjadi, lain jadinya.
  • For me kalau takde anak takpe. Sayang tu kena ada kaitan dgn biologi ke?
  • Cinta boleh cari lain walaupun sukar melupakan dari saya gamble kehidupan anak2 saya nanti.just my 50dollar..
  • payahlah nak buat keputusan. bila kita bercinta mesti nak bersama dengan yg tersayang tapi kalau jadi macam tu, hurmm taktau nak buat macam mana
  • Sanggup, mengapa perlu menyiksa diri masing2. Cinta boleh dicari ganti..
  • Selagi boleh elak, akan elakkan. Kita boleh mengubah takdir kita, dan demi kesejahteraan ank2 kita.
  • I also will not risk my possible kid's life in the future,.
    rather split up or adopt children.
  • Cari lain je la. Laki ada lg 3 tempat kosong. Yg pompuan ? Takkan taknak bg cucu yg sihat kat parents?
  • zuriat lebih kepada lelaki, lelaki boleh kawin 4.. jadi jawapan tu lebih kepada perempuan. kalau kawin dapat anak berpenyakit , kalau ambil anak angkat mampu ke perempuan tu memberi kasih sayang seorang ibu yang betul betul sayang, atau soalan lain sangup ke perempuan tu tamatkan riwayat diri sendiri dengan tanpa anak sebagai susur galur nya. soalan yang rumit lebih kepada perempuan..lol...
  • Tujuan utama kahwin bukan utk beranak saja. Anak tu kira bonus rezeki la.
  • Susah tu. Hermm, soal jiwa perasan jangan buat main. Boleh jadi gila.
  • Ni soalan maut ni, nk jawab serba salah
  • Sebaik-baik perancang ialah Allah. Serahkan semuanya kepada Allah saja.
  •  Kawin, anak angkat.
  • istikharah
  • Aku ada saudara yang kahwin dengan pasangannya, dengan semua adik beradik pasangannya sumbing.
  • Truskn je lr perkhwinan n psal ank 2 serah kt tuhan je lr... sbb ank itu ade lr rzki n xkn nk tolak pulakk...

Ada yang memilih zuriat lalu memutuskan cinta.
Ada yang memilih cinta, namun rata-rata mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat jika mahu anak kerana tidak mahu mengambil risiko.
Ada juga yang memilih cinta dan cuba dapatkan anak pertama dahulu, jika sihat boleh teruskan dengan anak seterusnya.

Yang pasti, tiada betul atau salah dalam masalah seperti ini.
Semua orang ada pandangan sendiri, semua orang ada pendapat sendiri.
Malah andai pandangan itu agak ekstrim dan radikal, aku tidak akan judge, kerana setiap orang akan menjalani kehidupan dengan cara masing-masing.

Cuma apa yang kita boleh pelajari dalam isu ini, adalah halangan biologi ini wujud. So kalau nak bercinta dan berkahwin, buatlah medical check up dan semak sama ada biologi anda sesuai dengan biologi pasangan anda. Sama ada biologi anda serasi atau tidak, itu kemudian cerita, yang penting anda dan pasangan anda tahu. Apa jua keputusan yang anda buat selepas itu, terpulang kepada anda.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: cinta terhalang halangan biologi medical checkup semak tahap kesihatan suami isteri pasangan darah gen genetik talesemia penyakit kronik

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. ProooOoootTttT !

      - bijan kunyit-

      Padam
  2. perkongsian yang jarang diulas dan ramai yang tak tahu mengenai isu ini..
    Terbaikkk..

    Posting terbaru AM
    Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  3. PON... macam mana ujian biologi ni dibuat ye? Boleh tolong terangkan secara ringkas tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh check kat hospital atau klinik kesihatan. Antara ujian yang boleh dilakukan adalah untuk mengenalpasti sama ada kita dan pasangan ada pembawa talesemia atau tidak - http://www.majalahsains.com/talasemia-penyakit-genetik-yang-membawa-maut/.

      Padam
  4. Bro, ciri genetik yg resesif akan terhapus. Nikah jer.
    Anak insyaAllah baik.

    Kita tertarik pd psgn sbb gen dia menyempurnakan gen kita.

    BalasPadam
  5. Tiba-tiba sedih sebab ramai betul yg nak putuskan hubungan... Kesian nasib si pembawa genetik bermasalah itu T_T.

    BalasPadam
  6. kahwin je, perancang yang terbaik adalah allah ta`ala.....cinta adalah anugerah, anak adalah anugerah, anak yang cacat adalah anak syurga....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.