Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2016

Manusia semakin berusia semakin tak kisah

Suatu masa dahulu, bila aku beli komputer, mesti aku dah tukar macam-macam. Tukar desktop wallpaper, tukar theme, tukar ikon, tukar cursor, install macam-macam software dan game untuk menunjukkan identiti aku dan hal yang aku minat. Pernah satu masa aku minat manga Slam Dunk, aku tukar wallpaper dan theme Slam Dunk. Satu masa aku minat gila dengan Naruto, aku tukar wallpaper Naruto. Jangan kata dekat PC, kat bilik rumah sewa aku pun penuh poster anime dan benda-benda lain yang aku minat.


Pada satu masa dulu, waktu aku beli handphone dan smartphone, habis semua wallpaper dan theme aku tukar dengan benda yang aku minat. Malah sanggup compose lagu ringtone sendiri masa zaman telefon Nokia 3310. Masa zaman smartphone dah canggih sikit, download pula lagu MP3 untuk dijadikan ringtone. Bila orang call habis bingit dengan lagu kegemaran aku. Bila orang tengok, aku rasa macam cool habis.

Ada suatu ketika dulu, masa aku baru pandai buat website, guna HTML je pun. Zaman tu Facebook malah Friendster masih pun belum wujud lagi. Bila buat website sendiri, semua benda tentang diri sendiri nak cerita dalam tu. Gambar, biodata, hobi, minat, pencapaian, resume, semua aku nak sumbat dalam website tu. Aku rasa macam nak semua orang kenal dan tahu siapa diri ini.

Pernah satu waktu dulu, aku rasa terlalu minat dengan suatu benda, aku selalu promosikan kepada orang lain minat aku agar mereka pun minat juga. Tetapi jika ada orang lain mencemuh dan memandang rendah pada minat aku, aku rasa sangat marah, menjadi terlalu emosional dan beria-ria mempertahankan minat aku itu. Aku sanggup berbahas dan berdebat kat Internet berjam-jam semata-mata nak pertahankan minat aku tu je. Malah kalau aku nampak komen yang menyakitkan hati di Internet, aku sanggup balas dan berhujah tanpa ada kesudahan.

Namun itu cerita dulu...

Kini, aku hanya menggunakan default wallpaper sahaja di komputer aku. Aku hanya install software yang aku perlu guna sahaja.

Telefon aku juga hanya menggunakan default setting sahaja. Tiada ubah wallpaper, tak ubah theme, malah ringtone pun guna default sahaja.

Begitu juga di Internet. Aku jadi lebih privasi. Tiada lagi website peribadi, tiada lagi biodata, maklumat terperinci tentang diri aku, minat aku, hobi aku, pencapaian aku, kerja aku, aktiviti aku, malah gambar pun sekali sekala je letak di media sosial. Aku rasa tiada keperluan dan kepentingan pun untuk semua orang kenal aku di Internet seperti mana waktu dulu.

Dan minat aku... aku tak rasa pun nak berkongsi dan promote kat orang lain. Kalau aku orang terakhir dalam dunia ni yang minat benda tu pun, aku tak kisah. Malah kalau orang kutuk minat aku pun, aku tak kisah dan tak rasa nak beria-ria mempertahankannya. Mereka nak ejek ke kutuk ke nak tulis apa ke terpulang, aku tak peduli. Aku takkan buang masa berdebat atau berbahas dengan mereka.

Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang rasa macam ni...

Ia bukan suatu yang pelik, sebaliknya ia adalah fasa normal yang akan dilalui oleh semua manusia, di mana semakin kita berusia kita menjadi semakin tak kisah.

Tak kisah lagi untuk menonjolkan diri.
Tak kisah lagi orang tak kenal kita.
Tak kisah lagi orang nak cakap apa.
Tak kisah lagi pada hal-hal remeh yang membuang masa.

Ya, kita menjadi semakin tak kisah bukan kerana kita tak peduli atau kerana kita malas, tetapi kerana banyak lagi benda lain yang lebih penting dan utama yang kita perlu kisahkan.

Yang belum tua tu, tidak mengapa... satu hari nanti mesti anda akan mengerti jua...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: manusia semakin berusia tak kisah peduli default malas i just really don't care anymore give a shit it's not that i'm lazy meme

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. PrOoTt...arghhh lega baq hang ✨🌟💢

      Padam
  2. Mungkin tak kisah atau sebenarnye apabila semakin tua dah tau apa maksud priority. Mane yang lebih penting untuk difikirkan. Mane yang utama untuk dilakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun merasakan yg sama, bila dah berusia sikit kita kurang fokus pada benda yg takde priority.

      hanisamanina.com

      Padam
  3. Hype. itu bendanya. nnt timbul benda baru mesti semua sibuk psl tu, mcm pokemon go dulu.

    BalasPadam
  4. aku belum tua lagi, tapi awal awal aku dah rasa mcmtu..bg diri aku, yg menjadikan 'aku tak kisah' tu bkn faktor usia aku..yg menjadikan aku tak kisah pd byk perkara sbb muda2 lg dah terlampau byk aku ketinggalan segala benda dlm dunia ni..pnggunaan duit kertas ringgit malaysia yang baru pun aku baru tau beberapa bulan yg lepas..bila dah terlepas byk bnda ni, masa xkan berulang utk bg peluang aku merasai sptmana org lain lalui..sampai satu masa, aku dah kisah

    BalasPadam
  5. Dewasa dgn remaja pemikiran xsama. Remaja segala mak bapak yg tanggung. Bila dh dewasa byk benda nk pk. Psl famili psl anak psl keja psl bajet. Lg2 idup di zaman jibby yg makin mahal ni. Prioriti come 1st

    BalasPadam
  6. betui bos..tak kisah sebab tak menyumbang apa2 pd produktiviti.

    makan masa, guna tenaga, ..tapi langsung tak dapat duit, takdak pekdah.

    orang tengok kita rasa cool?
    dia tengok sebab rasa meluat sebenarnya..pandang slack :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.