Halaman

Sabtu, 31 Disember 2016

Buasir Otak: 5 tahun dan 10 juta paparan

Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 sebelum kita masuk tahun 2017. Pada 2 Disember 2016 yang lalu, usia blog Buasir Otak genap 5 tahun. Setelah 5 tahun, Buasir Otak telah pun mencapai 10 juta paparan atau pageviews, 2200++ artikel, 4 buah buku komik dan beberapa akaun media sosial yang diikuti ribuan pengikut, antaranya IG Buasir Otak sebanyak 18K followers dan FB page Buasir Otak: The Komik sebanyak 55K likers. Pencapaian ini masih lagi kecil dan jauh jika nak dibandingkan dengan pencapaian orang lain selama 5 tahun yang sudah pergi lebih jauh.

5 tahun... ya, ia bukan suatu masa yang singkat.


Jumaat, 30 Disember 2016

Setiap orang mempunyai lingkaran yang tersendiri

Setiap orang hidup dalam lingkaran mereka sendiri atau apa yang disebut sebagai circles, antaranya lingkaran keluarga, lingkaran rakan, lingkaran kerja, lingkaran minat, lingkaran hobi, lingkaran ideologi dan sebagainya.

Lingkaran keluarga, rakan dan kerja biasanya terjalin melalui hubungan secara terus dengan seseorang sama ada melalui pertalian darah, menjalin hubungan kawan atas faktor lokasi yang sama seperti sekolah, universiti, tempat kerja dan sebagainya.

Selain itu, seseorang itu boleh berada dalam lingkaran sesebuah kelompok masyarakat disebabkan mempunyai minat, hobi dan ideologi yang sama. Dengan wujudnya Internet dan media sosial, lebih mudah untuk kita berada dalam circle ini bersama orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama.


Khamis, 29 Disember 2016

Pengasingan mengikut jantina lelaki dan wanita

Dalam dunia ini manusia cuma ada 2 jantina iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kaum ini amat berbeza antara satu sama lain, dari sudut fizikal mahupun emosi. Perbezaan ini menjadikan manusia ini sebagai sebuah pasangan yang saling tertarik antara satu sama lain. Namun biasanya orang lelaki lebih mudah tertarik terhadap orang perempuan, dan kecenderungan untuk orang lelaki bertindak terhadap tarikannya itu lebih tinggi berbanding wanita. Disebabkan perbezaan ini maka wujudkah pengasingan mengikut jantina.


Rabu, 28 Disember 2016

Walau kita berbeza, darah kita sama

Tak kira apa jua bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, negeri mana, pangkat apa, status kita, darjat kita, keluarga kita, harta kita, tak perlulah merasakan diri ini lebih atas daripada orang lain di dunia ini.

Walau siapa pun diri kita, setinggi mana darjat, status dan pangkat kita, darah yang mengalir dalam diri kita bukanlah darah emas pun, tetapi darah kita tetap sama merah seperti manusia lain. Ada masa orang lain perlukan kita, ada waktunya giliran kita pula perlukan orang lain. Maka usahlah sombong dan bongkak hidup di bumi Tuhan ini.


Selasa, 27 Disember 2016

Memberi bantuan adalah kemahuan bukan kemampuan

Apabila bercakap tentang memberi bantuan, biasanya kita akan terfikir tentang memberi sumbangan duit kepada orang yang susah, miskin, berpendapatan rendah, anak yatim, pembangunan masjid dan sekolah, orang sakit, waris orang mati, mangsa peperangan, mangsa kekejaman pemerintah dan sebagainya.

Namun pernahkah terfikir orang yang hidup senang, yang berpendapatan tinggi, orang kaya juga turut memerlukan bantuan? Mereka perlu bantuan bukanlah pada setiap masa, namun pada  tertentu ketika dalam kesusahan.


Khamis, 22 Disember 2016

Cerita klasik untuk masa depan

Negara kita pada hari ini telah pun mencapai kemerdekaan dan memperoleh keamanan. Namun harga yang perlu dibayar untuk apa yang kita kecapi pada hari ini tidaklah murah. Segalanya tidak akan wujud tanpa pengorbanan para perwira dan pejuang zaman dahulu, para perwira tidak didendang yang sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa mereka demi untuk masa depan yang yang lebih baik dan cerah untuk generasi yang akan datang.

Namun adakah kita benar-benar menghargai segala perjuangan mereka? Adakah kita telah membalas segala pengorbanan mereka? Adakah kita telah membentuk masa depan seperti mana yang mereka harapkan, atau telah jauh menyimpang dan mensia-siakan keamanan yang mereka bersusah-payah perjuangkan dengan darah mereka?


Ahad, 18 Disember 2016

Sendiri buat sampah, orang lain dipersalahkan

Orang Malaysia dan sampah sarap berpisah tiada.

Gambar ini dikongsikan oleh seorang pengunjung Comic Fiesta 2016 di FB miliknya. Sampah yang dibuang dan dilonggok di tempat yang tak sepatutnya. Nampaknya kita hanya sekadar mengkagumi animasi dan komik Jepun sahaja, tapi tidak mahu pula mencontohi sikap mulia orang Jepun.

Sabtu, 17 Disember 2016

Pemimpin berjiwa rakyat dan berjiwa hamba

Seperti yang semua rakyat Malaysia sudah maklum, Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan telah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi negara Malaysia yang ke-15 bermula pada 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun. Dan seperti yang ramai juga sudah maklum, YDPA Tuanku Muhammad V sangat disenangi oleh orang ramai terutama rakyat negeri Kelantan kerana imejnya yang berjiwa rakyat dan berjiwa seorang hamba Tuhan.

Baginda sangat menghormati dan sering mendekati para alim ulama, solat berjemaah di masjid bersama rakyat, menjadi imam solat jemaah di masjid, sering berpakaian biasa seperti rakyat jelata, turun bertemu dan membantu rakyat tanpa sebarang protokol, menukar laungan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar, bersama dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban, menyambut jenazah dan sebagainya. Rasanya tak perlu aku cerita dan tulis lagi bagaimana imej baginda YDPA kerana kita semua sudah tahu.


Jumaat, 16 Disember 2016

Buasir Otak: The Komik di Comic Fiesta 2016

Pengumuman! Di sini ada berita baik!

Buku Buasir Otak: The Komik (Awakening) telah pun masuk cetakan kedua dan akan dijual di Comic Fiesta 2016 (CF2016) yang bakal berlangsung bermula esok pada 17 & 18 Disember 2016 ini bertempat di Hall 1 & 2, PWTC Kuala Lumpur.


Selasa, 13 Disember 2016

Pelanggan sentiasa benar bukan lesen untuk biadab

Minggu lepas viral tentang isu tentang penginap sebuah hotel di Ipoh di mana mereka telah dikatakan melayan pekerja hotel ibarat sampah. Mereka meletakkan tuala di dalam mangkuk jamban di hotel yang diinap, malah seorang wanita telah membaling tuala basah ke muka pekerja wanita di kaunter hotel yang berusia 50-an dan menengking mereka ketika check-out, dan kejadian ini telah dirakam dalam CCTV hotel.


Ahad, 11 Disember 2016

Manusia paling kelakar dalam dunia dari Malaysia

Seorang pelawak dan penghibur Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Harith Iskander telah berjaya menjadi juara dalam sebuah pertandingan komedi antarabangsa iaitu 2016 Funniest Person in The World yang dianjurkan oleh Laugh Factory serta membawa pulang AS$100,000. Pertandingan akhir telah diadakan di Finland semalam. Ini bermakna orang paling kelakar dalam dunia yang diiktiraf secara rasmi adalah orang Malaysia iaitu Harith Iskander!

Tahniah dan syabas aku ucapkan dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada pelawak dan penghibur di luar sana. Baca berita penuh di Astro Awani.

Namun dalam kejayaan manis ini, ada respon yang sangat mengecewakan dari sebilangan rakyat negara kita sendiri.


Sabtu, 10 Disember 2016

Ahli politik adalah wira kita yang sebenar

Dalam dunia ini, tak kira apa jua status, darjat dan latar belakang seseorang, mereka pasti ada keinginan, kehendak, cita-cita dan impian, dari orang yang ada jutaan harta sehingga orang yang tiada apa-apa yang hanya tinggal di bawah jambatan.

Atas keinginan ini, pasti ada yang akan mengambil kesempatan terhadap keinginan orang lain agar keinginannya tercapai. Kerana itulah mereka sering membuat janji palsu yang ditaburkan kepada orang lain kononnya akan memenuhi keinginan orang ramai sebaliknya hanya demi memenuhi cita-cita dan kepentingan diri sendiri.

Akhirnya, tiada orang yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Manusia lain hanya boleh bantu dan tunjukkan jalan sahaja, yang mampu mengubah diri kita adalah diri kita sendiri. Maka usahlah terlalu berharap pada manusia lain, dan janganlah terlalu memberi harapan kepada orang lain. Usah tunggu wira datang menyelamatkan kita, sebaliknya kita sendiri perlu menjadi wira untuk ubah diri sendiri.


Jumaat, 9 Disember 2016

Kewajaran pendidikan seks untuk murid tadika

Sex.

Dalam bahasa Melayu, sex ini boleh jadi dua maksud iaitu hubungan seks dan juga jantina. Sebab tu bila isi borang bahasa Inggeris, kat ruangan Sex (atau ada juga yang ditulis Gender) tu cuma ada pilihan Male dan Female sahaja iaitu Lelaki atau Perempuan, takde pilihan cara atau kaedah untuk melakukan hubungan seks pun.

Cuma dalam kepala hotak kita, asal perkataan sex je terus fikir hubungan seks, beromen, berjimak, bersetubuh dan sebagainya. Bila bercakap pasal sex education, ia bukan pendidikan tentang berjimak semata-semata, kau ajar kanak-kanak cara nak kencing, larang tayang kemaluan, nama alat sulit, cara membasuh kemaluan dengan bersih dan cara guna pad masa perempuan remaja datang bulan pun dah boleh dikira sebagai sex education.


Selasa, 6 Disember 2016

Harapan dan kecewa, dua dunia kita berbeza

Kadangkala, kita terlalu mengejar keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan akademik, sehingga kita terlupa pada nilai kemanusiaan...

...pada mereka yang bermasalah...
...dan mereka yang kurang bernasib baik.

Mengajar itu mudah.
Mendidik itu sukar.

Bukan semua orang hidup di dalam dunia yang sama.
Dua dunia.... yang sangat berbeza.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Dua Dunia karya oleh Ben Osman.


Isnin, 5 Disember 2016

Tak perlu ajar bagaimana wanita harus berpakaian

Kita faham, kita manusia yang tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tapi kalau apa yang kita buat itu dah memang terang-terang tidak mengikut syariat agama, bila ada orang menegur atau bagi nasihat, tak usahlah mempertahankan kesalahan kita dan menentang pula. Duduk diam muhasabah diri seorang diri sudah.


Jumaat, 2 Disember 2016

Semua orang mampu mengubah dunia jadi lebih baik

Setiap penulisan dan lukisan itu, adalah cerminan kepada diri kita... hati kita.

Menulis mahupun melukis, adalah untuk menyampaikan, bukan sekadar untuk diri sendiri, juga kepada orang lain, malah ia mampu membentuk pemikiran dan keperibadian seseorang.

Semua orang mampu untuk mengubah dunia untuk menjadi lebih baik dengan cara sendiri.

Ayuh, jom kita mengubah dunia!

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Mengubah Dunia karya oleh cEro.