Ahad, 31 Januari 2016

17 Seni Trolling: Berdua dalam group Whatsapp

Kita mesti ada kawan yang suka masukkan kita dalam macam2 group kat Whatsapp atau Telegram. Group kawan sekolah, group kawan universiti, group kawan pejabat, group futsal, group badminton, group game, group peminat bola sepak, group lepak mamak, group memancing, group alumni kursus dan macam2 group lagi. Asal ada event, create group baru. Asal ada aktiviti, create group baru. Asal ada apa2, create group baru, lepas tu add kita yang kadang2 takde kaitan sangat pun dalam group tu sampai membuatkan kau stuck dalam group tu dan tak sampai hati nak left.

Kalau korang ada member macam ni, korang boleh troll diorang balik dengan add dia ke dalam group "kita".

Kah kah kah.



Sabtu, 30 Januari 2016

32 Sekilas pandang tentang politik Malaysia hari ini

Sembang politik #1

Rakyat tidak boleh memilih siapa2 untuk jadi ketua kerajaan persekutuan atau negeri. Rakyat hanya boleh memilih parti politik, dan parti politik yang menang berhak memilih ketua kerajaan persekutuan atau negeri setelah diperkenan oleh ketua negara/negeri.


Jumaat, 29 Januari 2016

9 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 1

[TONTON VIDEO DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kini kembali menyaksikan pertarungan antara 15 peserta iaitu Reza, Saywho, Chilok, Awok, Kavin, Shake, Bora, Puteh, Xola, Enjen, Bos, Cham, Bocey, Jaros dan Lol. MLM tahun ini mungkin kurang menarik audien sikit kerana ketiadaan otai2 MLM seperti Jozan, Sepahtu, Nabil, Jambu, Shiro dan Zero.

Bocey adalah satu2nya kumpulan otai yang bertanding. Beberapa ahli kumpulan pelawak otai seperti Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Rahim R2/Sepahtu membentuk kumpulan baru. Along pula bergabung semula dengan Azrul sebagai kumpulan Cham setelah 8 tahun tidak bersama. MLM tahun ini juga menyaksikan 2 orang stand-up comedian bertanding iaitu Reza dan Kavin yang mana kedua2nya pernah muncul dalam rancangan Komediri.

Adakah MLM tahun ini masih berbisa dan akan kembali menyegat? Sama2 kita nantikan.


Khamis, 28 Januari 2016

16 Intipati Penstrukturan dan Pengubahsuaian Bajet 2016

Berikut ialah 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Langkah-langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.


Rabu, 27 Januari 2016

24 Isteri berhias untuk orang lain lebih dari suami

Zaman sekarang sudah tidak asing lagi bagi para isteri bersolek tebal dan berhias bukan main apabila keluar rumah, pergi ke pejabat, berjalan2 dan untuk berselfie dan upload gambar di media sosial, namun di rumah kecantikan mereka itu tidak ditunjukkan pun untuk suami sendiri. Bukankah sepatutnya isteri melebihkan suami lebih daripada orang lain. Ni melaram cantik2 nak tunjuk kat kawan pejabat, kat Facebook, kat Instagram, kat follower media sosial, untuk apa? Korang dah kahwin dah ada suami pun kan, nak tarik perhatian siapa lagi?

Kepada para isteri, berhiaslah untuk suami anda dan cuba elakkan daripada berhias untuk orang lain lebih daripada untuk suami sendiri. Kalau kat rumah anda pakai minyak wangi 3 semburan, di luar cukuplah 1 semburan sahaja. Kecantikan anda seharusnya lebih dinikmati oleh suami anda sendiri lebih daripada orang lain. Suami makin sayang, rumahtangga pun makin bahagia dan harmoni.


Selasa, 26 Januari 2016

40 Masalah plagiat, lanun, hakcipta dan harta intelek

Masalah plagiat, lanun cetak rompak, kurang kesedaran ilmu hakcipta dan harta intelek di Malaysia

Saya selalu baca artikel dan BO dan ada satu artikel yang menarik. Ini artikel tentang satu artikel BO yang diciplak oleh ustaz tanpa kebenaran serta ramai pula yang back-up ustaz dan kutuk Noob yang dikatakan kemaruk populariti. Kemudian, saya juga perasan satu kes tentang seorang peminat yang baru buka perniagaan jual sambal bagi taste-testing pada seorang artis. Artis itu tiada bagi respon, namun tetiba artis itu buka perniagaan sambal serta menggunakan jenama yang sama dengan peminat. Siap cakap dekat peminat “Dalam dunia perniagaan ni, siapa cepat dia dapat!” Bagus, baru mula berniaga dah mula pijak orang. Dua kes ini ada lah antara sebahagian kecil kes yang mana orang ramai menggunakan jenama/karya untuk perniagaan tanpa kebenaran tanpa pemiliknya.


Isnin, 25 Januari 2016

25 Festival kesenian universiti dianggap parti liar

Semalam ketika sedang berlangsungnya final Anugerah Juara Lagu 30 yang menyaksikan persembahan goosebumps oleh Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu dan juga Faizal Tahir dengan Assalamualaikum serta kemenangan lagu Potret oleh Akim and The Majistret sebagai juara, pada masa yang sama di UiTM Lendu, Melaka berlangsungnya malam persembahan kreatif pelajar sempena MADS (Melaka Art & Design Student) Festival.



Ahad, 24 Januari 2016

17 Kad jimat yang sangat ajaib dan berkuasa luar biasa

Akhir-akhir ini kad jimat ajaib semakin hangat diperkatakan di media-media sosial. Setelah aku sendiri mencuba kad jimat ajaib tersebut, maka terbukti kad jimat ajaib memang ternyata sangat berkesan. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, bil elektrik, bil air, menyembuhkan bayi kekuningan, sakit gout, demam, cirit birit, buasir dan lain-lain penyakit malah juga boleh digunakan di tol dan mesin ATM. Inilah testimoni aku sendiri sebagai pengguna kad jimat ajaib.



Sabtu, 23 Januari 2016

23 Jenis-jenis teguran oleh orang Melayu

Memang kita ini masyarakat Melayu Islam suka menegur orang lain apatah lagi di media sosial apabila ternampak sesuatu kesalahan atau perbuatan yang tidak selari dengan agama, namun dalam menegur itu cuba fikir semula adakah kita menegur itu untuk memperbetul kesalahan dan mencari kebenaran atau sekadar mahu memuaskan hati sendiri, menyakiti orang lain dan meraih kemenangan?

Tak dinafikan walaupun kadang2 tu nasihat secara lembut memang tak berkesan, tapi adab kita dengan manusia masih ada dan tetap kena jaga. Jika kita nasihat baik2 pun mereka tak nak ikut, tugas kita sudah selesai. Lagipun kita tak boleh paksa orang untuk ikut cakap kita. Dia nak ikut atau tidak, terpulang padanya kerana itu sudah antara dia dengan Tuhan, biarlah Tuhan sahaja yang mengadilinya.


27 Punca perceraian tak masuk akal lagi mengarut

Minggu lepas keratan berita pasal punca-punca percerian viral kat dalam FB. Punca-punca perceraian yang dikatakan remeh dan menjadi punca peningkatan perceraian di Selangor.

Apa yang aku boleh baca kat sini, walaupun tak secara keseluruhan, memang remeh sangat .

So, aku akan kupas secara ringkas , sebab yang aku rasa RIDICULOUS sangat.



12 GiveAway Contest Gila #7: Saya Nak Komik Percuma!

[INI ADALAH STICKY POST. ENTRY BARU ADA DI BAWAH ENTRY INI]

KORANG NAK BUKU FREE?

Macam ni, memandangkan buku Buasir Otak: The Komik (BO:TK) ini dah terjual lebih daripada separuh dan kami pun kalau boleh nak habiskan stok cepat-cepat, kami dengan berbesar hatinya nak payung buku FREE kat korang. Jangan kata buku FREE, postage pun kami payung.

TAPI...

Page FB Buasir Otak: The Komik kami (https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/) buat masa ini takdelah ramai follower sangat, dan tak bestlah kalau tak ramai kawan-kawan korang tau pasal buku komik kami ni.



Jumaat, 22 Januari 2016

7 Online scammer bangsat menagih derma palsu

Kalau dulu kita biasa dengar scammer menipu orang dalam perniagaan online, sekarang scammer sudah naik ke tahap yang lebih tinggi. Mereka bukan sekadar jual barang kat Internet, lepas orang bank in duit terus lesap tutup handphone semua, tapi dah sampai ke tahap hilang sifat kemanusiaan sampai sanggup mempergunakan penderitaan dan nasib malang orang lain untuk mengutip derma secara online. Inilah antara salah satu golongan Oportunis Bangsat yang pernah aku tulis sebelum ini yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan dan musibah orang lain.


Khamis, 21 Januari 2016

24 Kelas membosankan salah pelajar atau pengajar?

Trend student unibersiti. Tempat saya lah. Hampir 4 tahun saya perhati.

Time lecturer mengajar, datang lambat, sampai kelas berborak sakan, main phone, layan ws, main COC, tak fokus. Habis kelas, dok komen, lecturer tu ngajar bosan, "Aku tak taw aku belajar apa doe! Pishang gila kelas dia!"

Time lecturer cakap nak bagi test@kuiz, masing2 kelam kabut mintak tips. Bila lecturer tak bagi, "Jangan salahkan saya la nanti kalau saya tak score." Bila bagi pulak, kelam kabut study yang tips tu, then "Eh yang ni tak pernah ajar pun?!" Part meniru@toyol etc. letak tepi dulu lah.


Rabu, 20 Januari 2016

20 Mana perginya lelaki, wanita dan semua orang baik?

Ada lelaki berkata, mana pergi perempuan-perempuan melayu terakhir?
Ada perempuan berkata, mana pergi lelaki-lelaki melayu yang baik?

Ada melayu berkata, mana pergi orang-orang cina yang baik?
Ada cina berkata, mana pergi orang-orang melayu yang baik?

Ada orang tua berkata, mana pergi budak-budak muda yang baik?
Ada anak muda berkata, mana pergi orang-orang tua yang baik?

Ke mana perginya semua orang yang baik2 dalam dunia?



Selasa, 19 Januari 2016

18 Telefon suami penuh gambar dan video perempuan

Jantan2 ni buat group WhatsApp tak ada cerita lain. Nak post gambar2 betina ntah dapat dari mana2. Pastu cakap la buah dada besar la ape la. Padahal masing2 dah berbini.

Wey jantan kalau rasa bini muka berkurap pergi hantar servis muka tu. Kalau bini gemuk memboyak macam badak pergi hantar servis kuruskan badan sedut lemak ke apa. Kalau bini tu tak tahu nak dress up kau bawa shopping tempat bagus sikit. Kalau jenis berkira duit tu nak keluar untuk bini sendiri, jadi tak payah berangan nak usha hadap betina yang hot kononnya.

Aku menyampah tengok muka betina2 ntah dari mana menyemak dalam gallery phone. STUPIDO! Keje tak seberapa gaji tak seberapa bini sekor pun tak terbela ada hati nak berbetina sana sini. Tak puas hati dengan aku cakap depan2.



Isnin, 18 Januari 2016

32 Bercinta itu pelaburan yang sangat memenatkan

Ada seorang kawan perempuan baru2 ini putus tunang setelah bertunang selama hampir setahun dan setelah berkawan lebih daripada 6 tahun. Sekarang umurnya 28 tahun, bermakna dia sudah mula bercinta dengan bekas tunangnya sejak umurnya 22 tahun bermula di universiti lagi. Aku ingat lagi majlis pertunangannya dah macam majlis kahwin. Punca putus, kerana tiada sefahaman, atau yang sebenarnya kerana lelaki itu tidak memahami kerjanya, selalu control kehidupannya dan banyak menghabiskan duitnya.

Ada seorang kawan lelaki baru2 ini juga, bercerai setelah 5 tahun berkahwin. Dia sudah pun ada 2 orang anak yang masih kecil dengan bekas isterinya. Sebelum berkahwin mereka dah bercinta selama 3 tahun. Masa couple dulu diorang ni bercinta macam nak rak tak ingat dunia selalu berkepit macam belangkas tak ingat kawan, time kahwin majlis buat kat hotel memang gila grand, honeymoon ntah pergi oversea negara Eropah mana ntah. Punca bercerai, kawan lelaki aku tu ada perempuan lain.

So apa sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam cerita ini?


Ahad, 17 Januari 2016

9 Kemenangan yang merugikan dalam pergaduhan

KEMENANGAN DIPEROLEHI TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.



Sabtu, 16 Januari 2016

13 Jangan jadi golongan oportunis bangsat

Di zaman yang semakin mencabar hari ini memaksa kita menjadi seorang oportunis. Seorang oportunis adalah mereka yang mengambil kesempatan dan peluang daripada sesuatu keadaan bagi mendapatkan kepentingan dan keuntungan.

Seorang pelajar oportunis akan menggunakan peluang belajar di luar negara untuk meningkatkan lagi kemahirannya dalam berbahasa Inggeris serta mencari duit saku dengan bekerja part-time. Seorang peniaga oportunis akan membuka sebuah perniagaan dobi di suatu kawasan yang masih belum ada kedai dobi. Seorang penulis novel oportunis akan mengambil peluang menulis novel cinta picisan di kala novel2 sedemikian sedang sangat laku di pasaran. Di kala orang sedang berbalah nak jual ikan atau ayam, oportunis ini sudah pun menjual kedua2nya sekali.

Akan tetapi tidak kira anda mahu jadi oportunis apa, namun janganlah sekali2 menjadi golongan oportunis bangsat. Siapa itu oportunis bangsat?



Jumaat, 15 Januari 2016

17 Sediakan bekalan sendiri selagi masih ada peluang

"Kau bila nak kahwin? Bila nak dapat anak? Kalau kau takde anak siapa nak doakan kau bila kau mati nanti?"

"Kesiannya arwah meninggal ketika usia masih muda, tak sempat nak ada anak, kalau tak boleh juga anak2 tolong doakan."

Ini adalah ayat2 yang tidak asing kita dengar dalam masyarakat kita.

Ya, bila matinya seseorang itu, memang doa anak yang soleh boleh sampai kepada orang tua mereka yang sudah meninggal dunia, tapi adakah ini bermakna orang yang ada anak sahaja yang ada harapan selepas mereka mati sebab ada anak yang boleh doakan untuk mereka? Bagaimana dengan orang yang meninggal awal sebelum dia sempat berkahwin ataupun orang yang tidak mempunyai anak?



15 Siapa Rashid dan asal usul Jadilah Seperti Rashid

Ini Rashid. Rashid buat ini, Rashid buat itu, tapi Rashid tak macam ni, Rashid macam tu. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Masalahnya siapa si Rashid ni? Apa masalah dia asyik nak suruh orang ikut dia je? Menteri pun takde suruh orang ikut jadi macam dia.



Khamis, 14 Januari 2016

26 Kekecewaan terhadap sikap kaum lelaki yang lucah

Setelah beberapa siri viral sejak kebelakangan ini yang melibatkan kaum wanita, aku nak beritahu suatu rahsia tentang kaum lelaki yang orang perempuan perlu tahu dan ingat agar lebih berhati2 dalam setiap tindakan yang anda lakukan terutama di media sosial. Sejujurnya aku kesian dan sedih apabila melihat kaum wanita dibantai, dicerca malah dikutuk dengan pelbagai kata2 lucah oleh orang lelaki hanya kerana kesilapan yang mereka lakukan sehingga mengakibatkan tekanan yang sangat berat terhadap kaum yang lemah ini. Tak dinafikan ada masanya mereka silap, tapi apa pula hak kita nak bagi komen2 berbaur lucah terhadap mereka? Adakah itu suatu bentuk teguran atau nasihat?



Rabu, 13 Januari 2016

18 Tips survival di universiti agar tidak kebuluran

Pertama sekali, aku macam tak percaya aku akan tulis artikel ini. Zaman aku belajar kat universiti sekitar akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000-an dulu tak pernah siapa2 ajar aku dan kawan2 aku cara untuk survive di universiti, dan ajaibnya, tiada antara kami malah tidak pernah pun aku dengar kes pelajar universiti lapar sehingga ke tahap kebuluran.



Selasa, 12 Januari 2016

20 Dahulukan hati sendiri atau hati orang lain?

Artikel 1: Mereka yang riya' atau kita yang hasad?

Riak di media sosial.

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.


Isnin, 11 Januari 2016

34 Yang harus disembunyi biarlah kekal tersembunyi

Aku bercadang nak jadi aktivis kencing secara terbuka. Memandangkan kencing ni suatu benda yang normal, maka kenapa kita kena kencing senyap2 di tempat tertutup?

Zaman moden ni kita sepatutnya menunjukkan keterbukaan kita. Kita sepatutnya mempunyai hak untuk kencing di mana2 sahaja terutama di tempat awam dan secara terbuka. Semua harus tidak malu untuk menangkap gambar tengah kencing serta upload di Facebook dan Instagram.

Kencing adalah perbuatan yang normal bagi semua manusia, maka kenapa harus ia dilakukan secara tersembunyi? Kita sepatutnya berbangga dapat menzahirkan kencing itu secara terbuka kerana kencing itu suatu fitrah manusia dan banyak kebaikannya.

Orang lain yang mengutuk dan mengecam perbuatan kencing secara terbuka adalah orang yang tidak positif, hasad dengki dan kolot. Mereka yang seharusnya mengalihkan pandangan, bukan kita yang terpaksa kencing di tempat tertutup.



Ahad, 10 Januari 2016

12 Tiada empati masalah terbesar masyarakat Malaysia

Apabila terdengar kisah orang yang hidup dalam kesusahan, ada yang menuding jari, ada yang mencela, tidak kurang juga yang mengangkat diri sendiri, namun tidak ramai yang cuba mahu memahami dan meletakkan diri dalam kasut orang tersebut.

Kita tidak boleh anggap apa yang kita lalui pasti sama seperti yang orang lain lalui.
Kita tidak boleh anggap orang lain menjalani kehidupan yang sama seperti kita.
Kita tak boleh anggap orang lain mempunyai peluang yang sama seperti kita.



Sabtu, 9 Januari 2016

5 Suka sesuatu jangan sampai hilang pertimbangan

Aku rasa dah banyak kali aku tulis pasal benda ni. Kita ni kalau suka pada sesuatu, atau seseorang manusia hinggakan menjadikan mereka sebagai idola atau ikon, janganlah sampai ke tahap yang membuatkan kita mudah untuk hilang pertimbangan. Boleh nak suka, minat, hormat dan kagum pada sesuatu mahupun seseorang, tetapi janganlah sesekali2 kita jejakkan kaki ke tahap fanatik mahupun taksub pada kesukaan kita itu.



6 Sejak bila nasihat ditafsir sebagai menghukum?

Nasihat jangan sampai menghukum.
Menegur jangan sampai berdengki.
Memperingat jangan sampai jadi negatif.

Namun...

Jangan anggap semua nasihat itu sebagai menghukum.
Jangan ingat semua teguran itu kerana hasad dengki.
Jangan rasa peringatan itu datang dari fikiran yang negatif.

Kadang2 Tuhan mendatangkan seseorang...
Untuk mengingatkan kita...
Agar kita tidak lupa...
Oleh nikmat yang sementara.



Jumaat, 8 Januari 2016

12 Perbalahan Internet selalunya memang menyakitkan

Aku dah banyak kali terlibat dalam perbalahan dan perdebatan di Internet sejak sebelum kewujudan Facebook lagi. Dari zaman forum, bulletin board, mIRC, Friendster, email sehinggalah generasi media2 sosial baru seperti blog, Facebook dan Youtube.

Bila kita dah terjebak dan terperangkap dalam sebuah perbalahan kat Internet, kita akan tahu ia akan berlarutan menjadi sangat panjang sehinggakan sukar untuk kita keluar dari perbalahan tersebut walaupun kita tahu yang akhirnya ia tidak akan membawa kita ke mana2 atau mengubah apa2 pun.



Khamis, 7 Januari 2016

19 Penjawat awam usah guna media sosial sesuka hati

Seorang kakitangan awam dilaporkan menghadapi masalah berikutan posting di Facebook yang menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu didakwa menerima surat tunjuk sebab selepas menulis bahawa azam tahun barunya adalah supaya perdana menteri dan isterinya "sedar diri".

Selain itu kakitangan itu juga meminta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar tidak asyik membuat "lawak bodoh".


5 Belajar ilmu komik dengan otai2 komik tanah air

Anda suka melukis? Anda sudah ada kemahiran melukis? Anda suka melukis komik? Anda mempunyai cita2 untuk menjadi seorang pelukis komik atau pergi lebih jauh dalam industri komik? Anda seorang pelukis amatur di sekolah dan di Internet? Anda mempunyai impian untuk menghasilkan komik sendiri? Mahu memperoleh ilmu dalam industri komik tempatan tentang apa yang anda perlu tahu dan apa yang penerbit dan pembaca komik mahukan?

Anda seorang peminat komik Siri Misi, Young Aisyah dan Birat? Mahu berjumpa dan menimba ilmu komik dengan 3 orang pengkarya komik yang tidak asing lagi dalam industri komik tempatan tanah air iaitu Nazry Salam, Reja Mus dan Ahm Ahmad?

Jika kebanyakan jawapan anda adalah ya, maka anda berada di tempat yang betul. Sertai Bengkel ComicCoaching Siri 2 anjuran Comicore Club sekarang! Tempat adalah terhad, jangan lepaskan peluang ini.



Rabu, 6 Januari 2016

29 Apabila budaya show off sudah menjadi kebiasaan

Zaman sekarang ni, yang hidup mewah tayang harta kat orang lain atas alasan bagi inspirasi dan motivasi pada orang lain, yang hidup bersederhana pun nak bagitau orang lain betapa bersederhana dan zuhudnya mereka, yang melakukan amalan kebaikan beritahu orang lain tentang kebaikan yang dia lakukan agar orang lain boleh contohinya. Biasanya trend ini akan diakhir dengan ayat "Tiada niat nak menunjuk sebenarnya".

It seems like tabiat masuk bakul angkat sendiri dah jadi trend malah jadi norm yang sudah boleh diterima dalam masyarakat. Kalau dulu orang cakap kalau tangan kanan bersedekah jangan sampai tangan kiri tahu, tapi sekarang kalau tangan kanan bersedekah, tangan kiri, kaki, kepala, badan, termasuk anggota badan orang lain pun harus tahu. Masing2 kata mahu orang lain mencontohi mereka.

Mungkin ramai yang boleh terima dengan trend ni, tapi pada pandangan aku, biarlah kisah kejayaan, kebaikan, kehebatan, kezuhudan, kebanggaan, kehormatan dan kemuliaan seseorang itu datang dari mulut orang lain, bukan dari mulut tuan punya badan sendiri.


Selasa, 5 Januari 2016

5 Preview karya pelukis Trilogi Komik Buasir Otak

Selesai sudah kami preview semua karya2 pelukis yang berkolaborasi dalam buku trilogi Komik Buasir Otak iaitu Buasir Otak: The Komik, Buasir Otak: The Komik [RELOADED] dan Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION] di blog ini yang diterbitkan sebagai entry blog secara berkala.

Jika ada yang terlepas, berikut adalah entry2 preview komik Buasir Otak ini yang telah pun dipaparkan dalam blog ini:



7 Kejar impian, harapan dan kebahagiaan orang lain

Kadangkala kita bersungguh2 mengejar sesuatu yang menjadi impian orang lain, atau yang menjadi harapan orang lain, atau kerana ia juga dikejar oleh ramai orang, hanya untuk menyedari yang akhirnya apa yang kita kejari selama ini bukanlah sesuatu yang sebenarnya kita inginkan.

Dari kecil kita sudah dididik untuk berbuat sesuatu demi orang lain. Kita mengejar A dalam peperiksaan demi memenuhi harapan ibu bapa dan guru2 kita. Kita menyambung pengajian di universiti mengambil jurusan yang dimahukan oleh ibu bapa kita. Kita membuat kajian akademik demi memenuhi cita-cita pensyarah kita. Kita bekerja di sebuah organisasi ternama hanya kerana ia menjadi impian ramai orang untuk bekerja di situ. Kita berkahwin dengan si dia pun hanya kerana semua orang  sukakan dia.

Tidak salah kita berbuat sesuatu demi kebahagiaan orang lain, demi impian orang lain atau kerana mengikut orang lain, namun ada masanya kita perlu juga memikirkan akan impian dan kebahagiaan diri kita juga. Dan yang paling penting, adakah kebahagiaan yang kita kejar selama ini adalah kebahagiaan dunia semata2 atau kebahagiaan yang hakiki?


10 Manusia usah ambil alih tugas syaitonnirrojim

Kita manusia adalah sebaik2 kejadian yang diciptakan Tuhan. Kita diberikan akal dan fikiran untuk kita belajar dan menilai apa yang baik, apa yang buruk, apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang wajar, apa yang tidak wajar, apa yang halal, apa yang haram.

Namun pada hari ini, kita lihat sudah semakin ramai manusia yang tidak boleh membuat pertimbangan dengan betul. Sifat riak takbur, khianat, tamak, hasad dengki, buruk sangka, memandang rendah terhadap manusia lain, melakukan kerosakan, korup dan sebagainya sudah pun sebati dalam jiwa manusia.

Aku faham sebagai manusia kita memang banyak kelemahan, tapi aku berharap kita ni kalau dah takde kerja apa sangat sekali pun, tak usahlah kita pula mengambil alih tugas syaitonnirrojim. Berusahalah untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara dan dunia.


Isnin, 4 Januari 2016

13 Jika cikgu aku cantik dulu mesti aku belajar rajin2

Hari ni hari pertama persekolahan bagi kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri yang kerja hari Ahad dah start sekolah semalam. Dan seperti biasa kat media sosial penuh dengan orang update gambar anak kat sekolah terutama yang baru mula bersekolah darjah 1. Meriah, memang meriah.

Cuma aku agak tak suka apabila ada orang lelaki dewasa yang viralkan gambar cikgu2 yang cantik kat media sosial dengan status2 lebih kurang seperti ini:
"Kenapa zaman aku sekolah dulu takde cikgu2 cantik yang macam ni? Kalau cikgu aku cantik macam ni dulu mesti aku takkan ponteng sekolah dan sanggup belajar rajin2."


8 Kawan alam maya VS kawan dunia sebenar

Sekarang ini adalah zaman di mana ramai orang ghairah dalam mencari rakan dan juga follower di alam maya melalui media2 sosial seperti blog, Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr dan lain2. Ada yang lebih suka mencari rakan Internet ini kerana merasakan rakan cyber ini lebih memahami dan  mempunyai minat yang sama berbanding rakan2 di dunia sebenar. Malah ada juga yang "trying too hard" dengan menulis status2 bangang copypaste, mengutuk2 orang, buat kelakar yang tidak kelakar, sarkastik yang tak menjadi, gambar selfie jual diri dan sebagainya semata2 nak tarik lebih ramai follower dan jadi selebriti Internet.

Namun dalam keghairahan kita mencari rakan dan follower di alam maya, janganlah dilupa dan diabaikan rakan2 di dunia sebenar walaupun mereka mungkin tidak berapa faham kita ataupun tidak mempunyai minat yang sama, kerana jika kita dalam kesusahan atau kecemasan, rakan2 sebenar di sekeliling kita inilah yang akan berada di sisi kita berbanding rakan2 maya.



Ahad, 3 Januari 2016

13 Suami usah kedekut dan berkira sangat dengan isteri

Ada lelaki yang lepas berkahwin bukan main berkira dengan isteri. Selain daripada nafkah yang memang wajib, apa salahnya sekali sekala belikan hadiah buat isteri atau belanja makan di luar. Ini tidak, dengan isteri pun nak berkira. Si suami boleh pula berbelanja untuk diri sendiri, beli rokok, vape, sport rim, motor besar, alat mancing, beli game dan sebagainya tapi isteri mintak apa2 pun tak diberi, dikatanya membazir lah apa lah.

Para suami janganlah terlalu berkira dengan isteri. Kalau kita boleh belanja banyak duit untuk hobi sendiri, apa salahnya berbelanja untuk isteri. Lagipun dia kan isteri kita, bukannya orang lain. Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami dan macam2 lagi Kan banyak kerja isteri buat tu!


Sabtu, 2 Januari 2016

11 Keputusan Cabaran Komik Online Malaysia 2015

Akhirnya pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh MatKomik dan penaja Komik-M telah pun melabuhkan tirainya petang tadi di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa), KL. Kesemua pemenang telah pun diumumkan dan dianugerahkan dengan hadiah masing2.

Maka tanpa berlengah2 lagi, jom kita tengok siapakah pemenangnya dan komik manakah yang telah berjaya menambat hati para juri CKOM2015 ini.


6 Buat lawak dan kelakar biar bertempat

Ramai orang sekarang suka buat kelakar dan jadi pelawak lebih2 lagi kat media sosial. Tengok je kat mana2 post page popular mesti ada je orang buat kelakar walaupun kadang2 tu lawaknya sangat hambar dan annoying. Memang best jadi seorang yang kelakar dan suka buat lawak untuk menghiburkan orang lain, tapi kalau tengah2 serius, berita sedih dan isu2 sensitif pun kau cuba nak buat lawak bodoh tak kena tempat, bukan sahaja tak kelakar malah ini boleh mendatangkan marah!


Jumaat, 1 Januari 2016

12 Kronologi kes culik yang 1Malaysia kena troll

2 tahun lalu 1Malaysia pernah kena troll oleh seorang budak lelaki belasan tahun yang dilaporkan hilang kat Villa Nabila sekali rupanya pergi lepak rumah awek. Ya, sekali lagi 1Malaysia kena troll pada tahun baru 2016 oleh budak perempuan belasan tahun yang dilaporkan kena culik oleh van putih sehingga menyebabkan 1Malaysia menjadi panik, anggota polis dikerahkan untuk mencari gadis tersebut hanya untuk mendapati yang dia sebenarnya lari mengikut teman lelakinya. Baguslah adik, bagus sangad.



6 Kutuk-kutuk pun masih sanggup layan dan sokong

Kadang2 kita ni dalam kuat2 mengutuk drama, filem dan novel cinta melayu yang merapu2 macam perempuan kena kahwin paksa dengan anak orang kaya yang belajar kat oversea tapi last2 layan juga. Dalam kuat2 kutuk rancangan2 hiburan, layan juga rancangan Gegar Vaganza. Kuat2 mengata ahli politik last2 sokong juga. Dalam kuat2 tegur orang lain tu, mereka pun buat juga benda yang sama. Orang kita ni suka cakap lebih tapi tak serupa bikin.

Sebab tu benda2 merepek lagi mereputkan pemikiran ni langsung tak terjejas dan sentiasa popular di pasaran kerana ramai yang masih layan. Sesetengah tu diorang tahu benda ni merepek tapi mereka tetap nak layan sebab mereka memang suka benda2 yang merepek. Sama seperti pemimpin2 kita yang suka cakap merapu2, kena kutuk macam mana pun mereka takkan terjejas kerana ada sahaja macai yang sanggup menjilat dan mempertahankan kenyataan dungu mereka.