Iklan Leaderboard

Isnin, 29 Februari 2016

12 Sikap riak yang berangkai bagaikan skim piramid

Sikap riak ni juga dia boleh berangkai-rangkai macam skim piramid dan MLM. Mula-mula seseorang menunjuk-nunjuk kemewahan dia, lepas tu ada orang lain rasa macam best lalu ikut juga menunjuk-nunjuk kemewahannya pula, lepas tu ada pula orang lain rasa tercabar dan tayang pula kemewahannya, lepas tu ada lagi orang lain yang turut sama menayang kemewahannya pula hanya kerana tidak mahu ketinggalan dengan trend.


Ahad, 28 Februari 2016

9 10 jalan raya yang paling bahaya di dunia

Terdapat banyak jalan raya dan lebuh raya di negara kita yang boleh dikatakan agak berbahaya dan berisiko tinggi sehingga seringkali berlaku kemalangan jalan raya disebabkan persekitaran dan kawasan yang curam, tepi gaung, berbukit-bukau, berbengkang-bengkok, selekoh tajam, jalan licin, tanah runtuh, selalu dilintasi haiwan liar dari hutan bersebelahan, jalan berlubang dan sebagainya. Namun bahaya-bahaya jalan di Malaysia, masih tidak boleh lawan jalan-jalan di bawah ini.



Sabtu, 27 Februari 2016

7 Merangkak cari orang minta maaf di Padang Mahsyar

Akhir-akhir ini selalu sangat dengar kata-kata seperti "Kau merangkak lah cari aku kat Padang Mahsyar nanti" terutama apabila kita merasakan ada orang buat salah dengan kita atau sudah kehabisan hujah yang boleh memenangkan kita dalam sebuah perdebatan lebih-lebih di media sosial. Kita suruh dia merangkak di Padang Mahsyar, dia suruh kita merangkak di Padang Mahsyar. Semua orang pernah pergi Padang Mahsyar ke sampai tak habis-habis suruh orang merangkak cari kita kat sana?


Jumaat, 26 Februari 2016

2 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 5

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 sudah masuk ke minggu ke-5 dengan hanya tinggal 11 peserta lagi yang akan bertanding pada malam ini. Secara keseluruhan rata2 persembahan peserta sudah semakin hambar, dan setakat ini tiada lagi mana2 peserta yang benar2 menyerlah dan bersinar. Yang kelakar pun kebanyakannya hanya sekadar LMAO dan LOL namun masih lagi tidak sampai ke tahap ROTFLMAO yang aku harap2kan. Diharap dengan tema Peribahasa malam ini akan dapat kembalikan aura dan momentum MLM2016 ini.



Khamis, 25 Februari 2016

18 Buasir Otak: The Komik dari Indie ke Mainstream

Masa kecik dulu aku ada beberapa impian dan cita-cita, salah satunya adalah melihat buku aku sendiri di rak-rak di kedai buku. Tak kira buku berbentuk penulisan ataupun buku komik, janji buku hasil buah tangan aku. Ketika aku mula-mula mengumpul rakan pelukis untuk berkolaborasi menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik secara indie 2 tahun lepas, separuh daripada impian aku ini sudah tercapai.

Dan kini, impian aku ini telah tercapai dengan sepenuhnya apabila buku sulung kami Buasir Otak: The Komik yang pernah kami terbitkan secara indie dulu akan diterbitkan semula di pasaran mainstream oleh pihak Alaf 21 (Kumpulan Media Karangkraf). Ini bermakna anda boleh mendapatkan terus buku Buasir Otak: The Komik yang pertama ini terus di kedai-kedai buku utama yang berhampiran dengan anda!



10 Cara kongsi kandungan media sosial dengan betul

Tahukah anda, button Share di Facebook itu wujud untuk memudahkan anda kongsi post status, gambar dan video dari page atau profile orang lain? Tahukah anda button Share itu bukan hanya sekadar hiasan dan tidak wujud dengan sia-sia?


Rabu, 24 Februari 2016

10 Asal usul makanan Nasi Goreng USA

Tahukah anda yang Nasi Goreng USA itu bukan berasal dari negara Amerika malah tiada dijual pun di negara itu? Yalah, orang US mana nak makan nasi pun. Dah tu dari mana datang nama Nasi Goreng USA tu? Kini segala persoalan anda telah terjawab dengan fakta yang tak berapa penting tentang Nasi Goreng USA ini.


Selasa, 23 Februari 2016

13 Kesilapan generasi dulu bukan untuk diwarisi

Hangat isu geng Raver dengan tarian Boek mereka baru2 ini, trend baru di kalangan anak2 muda Melayu ini mendapat banyak respon daripada netizen terutama daripada generasi yang lebih tua. Ada yang menegur, ada yang mengutuk, ada yang menyokong, ada yang mempertahan, ada yang tak peduli.

Aku juga silap kerana terkutuk tarian ni cakap tarian sampah macam sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai. Maafkan kekasaran bahasa aku ini kerana tidak mampu menahan perasaan jengkel aku terhadap tarian ini. Mungkin aku perlu gunakan bahasa2 yang lebih baik untuk menasihati budak2 muda ini.


Isnin, 22 Februari 2016

12 Kebaikan bukan terletak pada warna kulit

Hari Jumaat minggu lepas, keluar je dari masjid selepas selesai solat Jumaat, ada satu kereta yang tayar depannya terbenam dalam tanah lumpur di kawasan tempat letak kereta sehingga tak boleh gerak. Pemandunya seorang budak melayu yang usianya mungkin sekitar awal 20-an dengan bapanya. Wajah bingung dan buntu jelas terpancar dari wajah mereka tidak tahu nak buat apa.

Tak lama kemudian ramai orang berkumpul di kereta mereka. Antara mereka itu ada orang Melayu, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan India yang baru sahaja keluar dari masjid. Tanpa banyak tanya dan berlengah, mereka semua bersama2 menghulurkan pertolongan membantu menolak kereta itu keluar dari tanah lumpur itu.

Insiden ini terus mengingatkan aku semula yang kebaikan itu bukan terletak pada warna kulit, pangkat, bangsa, agama, darjat, keturunan, asal usul mahupun kenegaraan seseorang, tetapi ianya wujud dalam hati.


15 Adik, tak berbaloi pun jadi budak cool

Sekolah menengah merupakan era yang banyak mengubah saya. Mungkin majoriti yang mengatakan sekolah rendah adalah zaman terbaik dan sekolah menengah adalah zaman terburuk. Saya pula terbalik zamannya. Sebabnya pada sekolah rendah saya boleh kata sebagai budak yang kurang bersosial dan tak ramai kawan. Ibu bapa pun tahu dan risau tentang pergaulan saya (Hingga sekarang mereka masih social saya sama seperti sekolah rendah). Saya belajar soft skill pada masa tersebut dan sangat membantu saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi hingga sekarang. Antara benda yang saya belajar adalah cuba ambil tahu apakah trend yang budak suka. Pada masa ini, saya mula terdedah pada trend shuffle dance.



Ahad, 21 Februari 2016

28 Anak muda Melayu Raver dengan tarian Boek sampah

Kalau beberapa tahun lepas ketahian budak2 baru nak up adalah hot stuff Pavi bani Hudson dan Evans, kemudian diikuti dengan bani K-Popperz dan bani WeChat, kini muncul satu lagi trend sampah yang popular di kalangan budak2 baru nak up bani Melayu iaitu trend Raver dengan tarian sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai yang mereka gelar Boek Dance. Serius, apa kejadahnya semua ni?



Sabtu, 20 Februari 2016

12 Lambakan drama murahan tragedi kecelakaan TV melayu

Kita selama ini merasakan rancangan dan drama melayu di kaca TV sangat murahan dan sampah dengan cerita cinta khayalan yang tidak kesudahan tentang lelaki kaya, anak Dato', kacak, sado, belajar luar negara, jadi bos di syarikat besar, dipaksa atau terpaksa kahwin dengan perempuan cantik, kawan dari kecil, atau bekas mangsa yang dirogolnya dan pelbagai lagi skrip dan jalan cerita yang sangat cliche.

Namun kenapakah semua hal ini berlaku? Adakah para pembikin drama melayu ini tidak pernah terfikir akan lambakan kesampahan itu? Baca perkongsian oleh mereka yang berada dalam industri seni hiburan ini sendiri tentang hal ini.


Jumaat, 19 Februari 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 4

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kembali lagi untuk minggu ke-4. Kali ini hanya tinggal 12 peserta yang akan bertanding setelah 2 peserta tersingkir pada minggu lepas iaitu Kavin dan Chilok. Tema malam ini adalah Komedi Bermoral, dan bila menyampaikan lawak yang mempunyai mesej ini kadang2 ia boleh memakan diri sendiri menjadi kurang lawak. Apa2 pun semoga semua peserta dapat buat yang terbaik malam ini.



Khamis, 18 Februari 2016

20 Import pekerja asing hanya mengulang sejarah lama

Dulu tersingkap sejarahnya. British kata Melayu tak pandai menoreh, maka di import orang india ke Malaya utk memperkasakan industri getah.

British kata Melayu tak kuat melombong maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih. Hampir 100 tahun india dan cina berasimilasi dalam kehidupan berkomuniti dengan masyarakat Melayu. Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.

Melayunya dipesisir dan kampung kampung hidup dengan gaya feudal. Raja dan bangsawan dihormati. Hamba sahaya ibarat kais pagi makan pagi.. sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.


Rabu, 17 Februari 2016

19 Orang Malaysia malas, tak minat dan memilih kerja

Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya dipetik daripada sumber Utusan Malaysia.

Maka adakah rakyat Malaysia memang malas, memilih kerja dan tidak berminat untuk buat kerja 3D ini? Mari kita lihat apakah sebenarnya yang orang kita mahu, kata dan buat tentang isu ini.



Selasa, 16 Februari 2016

19 25 Pekerjaan paling berbahaya di dunia

Sekarang ini hangat pasal isu kerja 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) sehingga dikatakan warga tempatan tidak berminat dengan kerja-kerja ini lalu dibawa berjuta warga Bangladesh untuk membuat kerja-kerja 3D ini. Namun adakah kerja-kerja 3D ini hanya boleh dibuat oleh warga asing sahaja?

Jom kita lihat 25 kerja yang dianggap paling berbahaya di seluruh dunia.

25. Tukang sapu jalan



Isnin, 15 Februari 2016

14 Infografik beza antara kaum lelaki dan perempuan

Lelaki dan perempuan memang banyak perbezaan. Walaupun tak semua lelaki mempunyai sikap dan tabiat yang sama dan begitu juga dengan kaum wanita, namun kebiasaan dan kelazimannya bagi mereka adalah begitu. Infografik berikut menunjukkan beberapa perbezaan tipikal di antara lelaki dan wanita.



Ahad, 14 Februari 2016

18 Budaya kirim barang yang menyusahkan orang lain

Aku tak faham perangai sesetengah orang ni, pantang dengar ada kawan, jiran ataupun kenalan yang takde rapat mana pun nak pergi berjalan atau melancong terutama ke luar negara, mesti ada je nak pesan nak kirim tolong beli macam2 barang, pulak tu jenis yang kirim pakai air liur je duit kemudian. Barang yang dia kirim pula bukan main susah nak carik malah kedainya takde dalam senarai tempat yang kita nak pergi pun. Bila cakap tak boleh, mulalah buat2 merajuk, lepas tu tak nak tegur, cakap kita sombong lah berkira lah apa lah.

Orang pergi luar negara ni selalunya sebab atas urusan kerja, atau pun nak bercuti nak hilangkan stress, atau nak pergi beribadah buat umrah atau haji, yang kadang2 kena kejar2 masa sebab jadual perjalanan yang pendek dan ketat, bukannya nak pergi shopping apatah lagi nak shopping barang orang lain. Ini tak pasal2 mereka kena gigih mencari barang orang lain lepas tu  mengangkut mengheret barang2 kiriman orang lain ke sana ke mari menambahkan beban mereka sahaja. Lepas tu bila nak angkut barang naik kapal terbang terlebih muatan pula kena bayar lebih pulak.



Sabtu, 13 Februari 2016

21 Kerja bidang ICT tapi perkara asas pun tak tahu

Seperti yang korang mungkin dah tau atau yang belum tahu lagi, aku dulu belajar dalam bidang IT dan kini bekerja dalam bidang IT. Kenapa aku nak belajar IT? Sebab dari kecil aku memang minat dengan komputer, mungkin kerana dari kecil aku dah didedahkan dengan komputer di rumah walaupun aku selalu guna komputer hanya untuk main game waktu tu.

Maka sejak itu aku dah terinluence untuk belajar guna office suit software, graphic editing software, basic programming, buat website sendiri dan sebagainya sehingga membuatkan aku memilih bidang komputer sebagai target dalam laluan kerjaya aku.

Pada zaman aku masuk universiti sekitar akhir tahun 90-an, masa tu merupakan zaman multimedia/cyber boom atau Internet/dot com bubble, zaman di mana sektor IT tiba2 meletup dan jadi popular. Pada waktu itu ramai orang mahu jadi celik IT, ramai orang mahu belajar IT, IT jadi penting dalam dasar kerajaan, ramai orang mahu jadi apart of Multimedia Super Coridor (MSC) family.



Jumaat, 12 Februari 2016

1 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 3

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Minggu ini adalah minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2016. Tinggal 14 peserta yang akan bertanding setelah kumpulan Awok tersingkir pada minggu lepas. Rata2 persembahan peserta masih di tengah2 lagi, diharap malam ini akan lebih mantap dan menyengat lagi.

Malam ini Misi Lawak atau tema mereka adalah Bollywood. Dijangkakan mesti ramai yang akan buat lawak daripada filem Dilwale, buat parodi lagu Janam Janam dan bawa watak Shah Rukh Khan, Kajol dan sebagainya. Kelebihan buat peserta yang buat persembahan awal2 kerana jika lawak yang sama dibuat oleh peserta yang lebih kemudian, pasti lawaknya sudah sedikit hambar dan basi.



17 Orang lelaki jangan tayang bontot ketika solat

Ada orang lelaki suka pakai baju yang ketat, sendat dan singkat bila pergi keluar jalan2. Mungkin pada mereka nampak lebih stylo, sado dan sebagainya. Aku sendiri tak kisah pun lelaki yang suka pakai baju ketat, sendat dan singkat ni sebab takde kaitan dengan aku. Malangnya dah banyak kali aku jumpa terutama di shopping mall, bila nak solat kat surau diorang akan terus solat dengan baju singkat mereka, dan kau tau apa yang akan berlaku?

Sewaktu mereka tengah sujud akan kelihatan pemandangan yang sangat buruk dan menggelikan bila mana lurah bontot yang berkerak akan terkelihatan keluar kerana bajunya yang terlalu singkat dan seluarnya terlondeh ke bawah.



Khamis, 11 Februari 2016

15 Agamawan itu contoh kepada umat Islam yang lain

Entah kenapa pada hari ini, golongan agamawan yang masyarakat Islam sepatutnya menjadikan mereka sebagai contoh kini sukar untuk dijadikan contoh disebabkan segelintir mereka yang tidak beradab, tidak menghormati orang, menuduh dan melabel orang lain yang tidak sehaluan, mengkafirkan orang, menghukum orang lain masuk neraka dan merendah2kan orang lain?

Adakah ini akhlak ilmuwan agama yang orang lain perlu jadikan contoh? Adakah masyarakat Islam boleh menjadi ke arah yang lebih baik jika para agamawan bertelagah sesama sendiri dan tidak menunjukkan contoh akhlak yang baik? Sudahlah masyarakat kita ini pun masih ramai yang tidak berapa celik agama, datang kuliah dan majlis ilmu pun jarang2, sekali datang kena dengar pula ceramah ustaz2 yang suka menghentam dan memaki hamun sana sini?



Rabu, 10 Februari 2016

8 Menjadi seorang rakyat Malaysia adalah seperti...

Menjadi seorang rakyat Malaysia yang tipikal adalah seperti...


Selasa, 9 Februari 2016

14 Manusia annoying asal sembang tak nak kalah

Ada sesetengah orang yang biasanya kawan atau kenalan kita suka betul membalas percakapan kita dan memulakan perbualan mereka dengan perkataan "TAK" dan kemudiannya asyik nak pangkah, bangkang dan lawan semua percakapan kita malah angkat pula diri sendiri walaupun kita tak tanya atau minta pun pendapat atau pandangan dia. Bila sembang tak nak kalah dan mesti nak menang, sampai kita rasa macam masuk pertandingan debat pula setiap kali bercakap dengan dia. Orang macam ni serius annoying gila sampai rasa nak bagi one punch je kat muka.



Isnin, 8 Februari 2016

30 Reply Terbuka kepada Crazy Ex- Girlfriend


Aku sebenarnya dah malas nak layan sangat exes.
Dah hubungan tak menjadi, sudahlah.
Walaupun apa-apa alasan yang mungkin melibatkan aku dan korang (BACA: exes), kita anggap good breakup dan teruskan lah kehidupan anda.

Tapi, semalam aku dapat emel dari salah seorang ex yang tak dapat menerima hakikat bahawa aku tinggalkan dia atas apa jua alasan dan secara harfiahnya, mencabar aku menjawab persoalan beliau secara terbuka dalam blog.

Well Baby, Challenge accepted!!!


Ahad, 7 Februari 2016

12 Persaingan dan politik tempat kerja tak masuk akal

Hari ini kita merasakan iklim politik negara kita memang dah teruk. Cuba kita lihat dalam skop yang lebih kecil, ya begitu juga dengan iklim alam pekerjaan di negara kita yang mana sering kita lihat persaingan dan politik tempat kerja yang sangat tak masuk akal terutama di tempat kerja yang didominasi oleh sesebuah kaum. Berikut adalah beberapa cerita tentang persaingan tidak sihat dan politik tempat kerja ini yang berdasarkan kisah sebenar.



Sabtu, 6 Februari 2016

15 Apa yang Wanita Mahu?


Ini persoalan yang sentiasa diutarakan oleh wanita.
Dan lelaki sentiasa tertanya-tanya, APA YANG WANITA MAHU?

Seolah-olah kucing dan laser pointer.
Keliru. Pening.
Tapi peliknya, masih berharap.


Sebenarnya, wanita mahu apa yang kontra dari seorang lelaki.


20 Sistem Tren di Korea Selatan dan Jepun yang efektif

Sistem pengangkutan awam biasanya menjadi nadi kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar dan kawasan. Semakin efektif sesebuah sistem pengangkutan awam, semakin meningkat pembangunan, kemajuan dan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Antara sistem pengangkutan awam yang paling popular di seluruh dunia adalah bas dan juga tren yang merangkumi keretapi, komuter, monorel, LRT, MRT dan yang sewaktu dengannya.

Negara kita juga mempunyai rangkaian sistem tren yang banyak terutama di ibu kota dan Lembah Klang, namun kita juga seringkali mendengar rungutan dan aduan daripada orang awam serta pengguna akan masalah dan kelemahan perkhidmatan ini seperti kenaikan harga tambang, sering kelewatan dan tidak menepati masa, tren bergerak perlahan, tren sesak disebabkan kekurangan tram/gerabak, kerosakan teknikal, kekeliruan maklumat dan sebagainya.

Oleh itu, mungkin kita boleh melihat bagaimanakan sistem tren di 2 buah negara maju iaitu Korea Selatan dan Jepun seperti mana yang telah dikongsikan oleh 2 orang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Korea Selatan dan Jepun iaitu Encik Saeed Owairan dan juga Encik Muz Ahmad yang mana mungkin sedikit sebanyak boleh dicontohi dan diaplikasikan di Malaysia.



Jumaat, 5 Februari 2016

9 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 2

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 sudah masuk ke minggu ke-2. Minggu lepas rata2 persembahan daripada peserta hanya di tahap average sahaja, tidak terlalu bagus dan tidak juga terlalu teruk, mungkin kerana masih belum panas. Bagi sebuah persembahan komedi MLM ini, apa yang penting adalah jalan cerita yang tidak terlalu complicated, dialog yang mudah difahami semua orang, lawak yang tidak diulang atau recycle serta punchline baru yang betul2 mantap.

Sebagai seorang peminat dan pengulas rancangan MLM, aku memang mengharapkan persembahan dari peserta mencapai standard MLM. Aku tak mahu seperti menonton rancangan Raja Lawak, Skool of Lawak, Projek Komedi Warna dan lain2 rancangan lawak yang biasa, so aku harap semua peserta buat yang terbaik dan dapat menghiburkan penonton.



8 Kawan bukan untuk dibuang bila tidak diperlukan

Pernah tak kau ada kawan yang baik dengan kau, yang rapat dengan kau, yang sama minat dengan kau, yang kau selalu luangkan masa bersama, tiba2 menjarakkan diri dan membuang kau dengan begitu sahaja hanya kerana kau menegur kesilapan dia, atau kerana dia cemburu dengan kau bila kau naik pangkat, atau kerana dia jeles dengan kau bila mencapai suatu kejayaan, atau sebab dia benci dengan kau hanya kerana kau lebih popular daripada dia, atau lain2 sebab yang remeh temeh?


Khamis, 4 Februari 2016

20 Usah libatkan netizen atas kebodohan diri sendiri

Kita ni kalau dah tak ikut undang2 atau langgar peraturan, bila orang marah atau ambil tindakan, terima sahajalah. Parking kat tempat letak kereta OKU kena halau dengan pengawal keselamatan, terima sahajalah. Langgar lampu isyarat merah lepas tu kena tahan polis, terima sahajalah. Paling tidak pun cakap baik2 atau buat rayuan, mana tahu dengan budi bicara beliau kita dilepaskan dan sekadar diberi amaran.

Tak perlu kita cari pasal dan buat provokasi terhadap mereka lalu mengeluarkan senjata moden anda iaitu telefon berkamera untuk merakam dan memviralkan video tersebut lalu menuduh mereka biadap, kasar, kurang ajar dan sebagainya seperti yang sudah banyak berlaku dalam negara kita pada hari ini semata2 untuk meraih simpati orang ramai. Kalau sudah salah, terima sahaja, tak perlu heret dan libatkan netizen yang tak berkaitan atas kebodohan diri sendiri.



Rabu, 3 Februari 2016

28 Nilai martabat ilmu tidak harus dipandang murah

Beberapa hari lepas, saya sekadar baca posting facebook Pseudoscience Watch untuk tengok posting menarik serta ambil tahu tentang penipuan kad Al Genius. Saya juga baca komen bagi setiap posting dan saya agak “terpesona” dengan gaduhan dan debat yang anti dan pro bagi suatu isu atau produk. Kiranya macam orang putih kata “youtube/facebook comment is one of cancerous site of the internet” . Jika anda matikan suis berfikir, boleh join sekali makan popcorn baca mereka bergaduh.



Selasa, 2 Februari 2016

30 Implikasi memburukkan orang lain di media sosial

Zaman sekarang ini bila berhadapan dengan suatu situasi yang tidak menyenangkan dengan orang lain mesti nak ambik gambar, nak rakam video untuk diupload kat Facebook sehingga akhirnya viral.

Nampak budak kecik terbaring luar sekolah, ambil gambar dan salahkan ibubapa. Kena tahan dengan polis, rakam video dan salahkan polis. Kenderaan tak dibenarkan parking di bahu jalan, rakam video dan maki pak guard. Suami dihalang oleh pengawal keselamatan daripada parking kat tempat letak kereta khas untuk wanita, ambil gambar dan burukkan pengawal keselamatan tersebut.

Jahitan luka tak cantik macam jahitan labuci, ambil gambar dan kutuk doktor. Tidak dibenarkan masuk premis kerajaan kerana pakaian tidak ikut kod etika pemakaian, ambik gambar dan marah kerajaan. Anak kena rotan sebab nakal di sekolah, ambil gambar dan kutuk cikgu. Nampak ada ibu muda ambil gambar menyusu anak di Facebook, pergi viralkan dan ajak follower maki berjemaah sehingga membuatkan mangsa malu dan tertekan.



Isnin, 1 Februari 2016

17 Pengedar kandungan tidak hormat pembekal kandungan

Semalam aku post screenshot troll group Whatsapp di blog dan juga FB page Buasir Otak: The Komik. Walaupun aku tulis ia adalah kiriman pembaca, namun yang sebenarnya ia adalah milik kawan aku dan dia bagi kat aku bahan untuk tolong aku naikkan rating blog dan juga FB page aku yang agak suam2 kuku, dan tak sangka dapat lah juga 80+ orang Share dari page FB BO:TK kami.

Malangnya tak lama lepas aku post kat group FB, ada page FB gergasi yang mempunyai berjuta2 follower telah post semula gambar2 tersebut kat page mereka dan terus viral sehingga memperoleh beribu2 Like, Komen dan Share.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...