Khamis, 31 Mac 2016

17 Pecah rekod universiti harus setaraf dengan nama

Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi memecah rekod sekaligus mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya membina formasi 'LOVE' dengan menggunakan payung.

Pengarah Projek, Tan Kar Yap berkata, seramai 250 penuntut terbabit di dalam projek ini dengan menformasikan sebesar 75 meter panjang dan 60 meter lebar bentuk 'LOVE'.

Katanya, projek ini menggunakan sebanyak 4,000 payung dan ia berjaya dilaksanakan atas semangat kerjasama antara penuntut dari pelbagai bangsa dan jurusan.



Rabu, 30 Mac 2016

6 Adakah Kehidupan ini Sebuah Perlumbaan?

Hidup ini umpama perlumbaan dan juga pertandingan. Yang lambat akan ketinggalan, yang lemah akan kalah...

Benarkah?



Selasa, 29 Mac 2016

4 Terlalu peramah tak tahu bila nak henti bercakap

Pernah tak anda berjumpa atau ada kenalan yang peramah, atau mungkin terlalu peramah, yang mana bila dah mula bercakap tu susah betul nak berhenti, sampai kita dah malas nak layan pun dia masih terus bercakap? Tak salah nak ramah tapi tak perlulah semua benda kau nak cerita termasuk benda-benda yang tak berapa nak penting dan tak perlu diberitahu pun sampai orang pun rasa bosan dan terganggu nak buat kerja lain? Banyak bercakap akan serlah kelemahan, maka bercakaplah bila perlu sahaja.


Isnin, 28 Mac 2016

12 Wang hantaran kahwin tak cukup cetus gaduh besar

Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.


3 Dunia bukan hanya berkisar tentang diri kita

Ada orang yang bila bersembang suka sangat cerita tentang diri sendiri, suka sangat kaitkan dengan diri sendiri, suka sangat "up"kan diri sendiri, seolah-olah dirinya terlalu penting dalam kehidupan semua orang, walaupun kadang-kadang apa yang dibualkan itu takde kaitan pun dengan dia.

Tak semua perbualan kau perlu masukkan hal tentang diri kau. Apa yang kau perlu buat cuma dengar, dan be a good listener, lebih-lebih lagi kalau orang tengah bercerita tentang masalah atau kesedihan mereka. Ketahuilah yang ia bukan tentang diri kau dan cerita kau, ia tentang mereka.


Ahad, 27 Mac 2016

5 Tak guna motor besar jika akal kecil otak sempit

Suatu ketika dulu aku pernah tulis cerita tentang kesusahan seorang OKU yang terpaksa meletakkan kereta jauh dari tandas di R&R kerana tempat letak kereta khas untuk OKU telah dirampas oleh mat-mat motor yang sangat tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan di artikel ini - "Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas".

Baru-baru ini, cerita fiksyen yang aku tulis itu sekali lagi menjadi kenyataan dan telah viral di media sosial yang dikongsikan oleh Iela Fadila di Facebook di mana sekali lagi terdapat geng bikers yang merampas hak OKU dengan meletakkan motor besar mereka di parking khas OKU sehingga menyebabkan orang yang benar-benar memerlukan terpaksa bersusah payah. Kejadian dikatakan berlaku di R&R Sg. Buloh pada 26 Mac 2016.



Sabtu, 26 Mac 2016

4 Pandangan tidak diundang yang sangat menjengkelkan

Kadang-kadang kita rasa terlalu penting untuk kita mengkritik dan menyatakan pandangan kita terhadap sesuatu dan seseorang walaupun tanpa diminta dan diundang. Ada sahaja benda tak kena, ada sahaja benda yang nak dikomen, ada sahaja benda yang nak dikritik, ada sahaja benda yang nak diajar sana sini, seolah-olah orang itu terlalu bodoh dan pandangan kita ini terlalu penting untuk didengari dan diikuti oleh orang lain.

Namun ada kalanya, selagi orang itu tidak meminta pandangan terhadap hasil kerja dan usahanya, diam itu lebih baik. Dan jika anda rasa ada sahaja yang tidak kena pada hasil kerja seseorang, daripada anda sibuk mengkritik, mengecam dan mencari kesalahan kerana tidak mengikut ia tidak mengikut selera dan acuan anda, anda buat sendiri sahajalah apa jua perkara mengikut selera anda sendiri.


Jumaat, 25 Mac 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 9

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Minggu ke-9 Maharaja Lawak Mega 2016 masih menyaksikan 8 peserta akan berentap di atas gelanggang komedi ini kerana minggu lepas tiada penyingkiran. Dah masuk minggu ke-9 tapi peserta masih 8 orang, tidak pasti MLM2016 kali ini akan berlangsung sehingga minggu keberapa. Mungkin akan ada 2 atau 3 minggu lagi sebelum ke final yang mungkin hanya 5 peserta yang akan berentap di pentas final. Minggu ini temanya adalah Kenangan, dan aku jangkakan mungkin akan ada babap-babak throwback yang menyedihkan.



Khamis, 24 Mac 2016

5 Beri otak peluang untuk berfikir sebelum menilai

Kadang-kadang kita ni, baru baca tajuk berita dah buat andaian sendiri macam dah baca habis 8 perenggan artikel berita. Baru baca tajuk filem dah kondem macam dah habis tonton seluruh cerita. Baru tengok kulit luar buku dah nilai macam dah khatam habis seluruh isi kandungan. Baru tengok gambar makanan dah boleh review habis rasa makanan tu tak sedap. Baru tengok pemakaian seseorang dah kutuk habis perangainya walaupun tak pernah kenal pun.

Inilah yang sering berlaku apabila manusia lebih pantas gunakan mulut (atau jari) sebelum beri peluang kepada otak untuk memproses terlebih dahulu. Suka sangat menilai sesuatu hal hanya berdasarkan luaran semata-mata sedangkan tak pernah merasai atau mengalaminya sendiri pun.


Rabu, 23 Mac 2016

7 Privasi anak murid di sekolah adalah amanah

Sekarang ini viral video di sekolah tentang seorang budak perempuan Melayu yang marah dengan gaya dan lagak seorang peguam terhadap seorang murid lelaki India kerana dikatakan telah membaling kalkulatornya. Video ini telah dikongsikan lebih 22,000++ kali di Facebook dari FB pengupload asal dan juga beribu-ribu lagi dari page lain.



7 Pensyarah bangsat minta habuan seks dari pelajar

Pelajar mudah jadi mangsa seks pensyarah, akui pegawai kanan UKM

Pelajar-pelajar universiti mudah menjadi mangsa gangguan seks apabila banyak urusan akademik terletak di tangan  pensyarah, kata seorang pentadbir kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, timbalan naib canselor UKM, mengakui kebergantungan yang tinggi terhadap pensyarah membuka ruang si pelaku mengambil kesempatan ke atas pelajar.

“Punca gangguan seks yang sering berlaku di universiti adalah disebabkan pensyarah mengambil kesempatan terhadap pelajar yang memerlukan bantuan seperti ubah suai jadual atau susun atur subjek.

“Pensyarah biasanya meminta ganjaran seks daripada mereka dan perlakuan itu melanggar etika universiti.



Selasa, 22 Mac 2016

6 Beza kritikan membina dengan kritikan menjatuhkan

Kadang-kadang orang keliru antara kritikan membina dengan kritikan yang menjatuhkan lebih-lebih lagi kritikan yang dibuat terhadap hasil usaha seseorang individu. Kritikan yang baik tak perlu disertai dengan kata-kata kesat dan hinaan seperti bodoh, buruk, bangang, teruk dan sebagainya. Malah kritikan yang baik adalah kritikan yang disertai dengan cadangan dan idea, bukan hentaman dan kecaman semata-mata yang sangat menjatuh dan melemahkan semangat orang. Kalau tak mampu bercakap dan berhujah dengan baik lebih baik diam sahaja daripada menyakitkan hati orang lain.



Isnin, 21 Mac 2016

13 Kehidupan itu bukan perlumbaan atau pertandingan

Sewaktu aku kecil, ibu bapa dan guruku pernah berkata, yang hidup ini bagaikan sebuah perlumbaan dan pertandingan. Aku harus rajin belajar supaya cepat pandai agar tidak ketinggalan. Aku harus mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan agar tidak disisih dan dipandang rendah.

Banggakan kedua ibu bapaku...
Banggakan nama sekolah...
Banggakan nama keluargaku...

Sepanjang perlumbaan itu, sudah banyak kali aku melihat rakan-rakanku yang lain tersungkur atau tertinggal jauh di belakang. Namun aku tetap terus berlari ke hadapan tanpa berhenti atau menoleh ke belakang lagi kerana aku lihat masih ramai lagi yang berada di depanku untuk aku pintas dan kalahkan.



Sabtu, 19 Mac 2016

9 Sebuah kisah realiti kehidupan paling sukar

Kemungkinan besar, bahagian hidup paling susah datang sekitar umur 21 -29 tahun. Tekanan untuk menjadi 'sesuatu' atau 'seseorang', bila lihat sekeliling, seperti semua orang tengah buat sesuatu, menjalani kehidupan yang selama ini kau hanya mampu impikan.


Jumaat, 18 Mac 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 8

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Sudah tinggal 8 sahaja peserta yang akan bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2016 minggu ke-8. Dengan kurangnya bilangan peserta menjadikan pertarungan semakin sengit, demand dan expectation peminat juga semakin tinggi. Dengan tema Bebas pada minggu ini persembahan peserta sama ada akan menjadi sangat bagus atau sangat hambar. Jika salah pilih topik yang salah mungkin akan memakan diri sendiri. Setakat ini favor aku adalah kumpulan Lol dan Rayza, harap mereka tidak akan jadi hambar malam ini.



5 Sebuah kisah romantis sadis yang menghayat hati

Romandis, sebuah kisah romantis sadis yang sangat menghayat hati...



Khamis, 17 Mac 2016

7 Mentaliti bebal tak beri laluan pada ambulans

Kebanyakan manusia yang hidup dalam masyarakat kita hari ini terlalu pentingkan diri. Terlalu merasakan yang urusan mereka sahaja yang penting berbanding orang lain. Terlalu merasakan halnya terlalu penting daripada segala apa yang berlaku di sekelilingnya. Disebabkan itu mereka merasakan yang mereka layak dan berhak untuk mengambil kesempatan dan hak orang lain.

Contoh paling mudah atas jalan raya. Ramai yang merasakan mereka sahaja yang ada kenderaan, mereka sahaja yang bayar cukai jalan, mereka sahaja yang ada urusan yang tersangat gila babi penting sampai sanggup potong barisan, guna laluan kecemasan, letak kereta double triple park dan sebagainya. Langsung tidak ada rasa ehsan dan empati terhadap orang lain, termasuk kenderaan penyelamat yang sedang dalam kecemasan terutamanya van ambulans.



Rabu, 16 Mac 2016

13 Keluar deposit haji hilang giliran hingga 70 tahun

Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji hingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.



Selasa, 15 Mac 2016

5 Favoritisme, kronisme dan nepotisme jadi budaya

Kabel. Orang dalam. Pilih kasih. Pilih bulu. Anak emas. Semua ini adalah sebuah bentuk favoritisme, kronisme atau nepotisme. Kita biasa dengar isu-isu ini di kalangan pemimpin-pemimpin besar, menteri, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya, namun hakikatnya amalan ini juga berlaku dan sudah pun menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dalam skop yang lebih kecil.

Tak perlu lihat jauh-jauh, seperti contoh di sekolah sahaja. Anak kepada guru yang mengajar di sekolah itu kebiasaannya akan mendapat keistimewaan dan keutamaan berbanding murid-murid yang lain. Guru lain pun memberi keistimewaan kepada anak guru tersebut, dan dia juga merasakan dirinya berhak mempunyai keistimewaan berbanding murid lain hanya kerana ibu atau bapanya guru di sekolah itu.


Isnin, 14 Mac 2016

5 Lupa di kala gembira, kembali ingat ketika duka

Apakah yang manusia sering kali lupa ketika di waktu gembira dan senang, dan kemudian kembali mengingati di kala sedih dan susah. Itulah Tuhan. Kita seringkali mengabaikan perintah dan melanggar larangan-Nya ketika ketika sedang kesenangan, namun kembali mencari-Nya ketika dilanda kesusahan dan musibah.

Manusia memang tidak lari dengan kelemahan, namun berusahalah agar sentiasa ingat pada yang Maha Esa. Tuhan itu bukanlah suatu yang kau hanya perlukan di saat kau mendapat kesusahan dan musibah sahaja. Setiap rezeki dan nikmat yang kau perolehi hari ini pun adalah dengan keizinan-Nya. Maka usahlah berpaling daripada-Nya lebih-lebih lagi sewaktu senang dan gembira, kerana kita pasti kembali pada-Nya di saat susah dan duka.


Ahad, 13 Mac 2016

7 Yang tahi tetap tahi walau sebahagian dari mereka

Walaupun aku merupakan sebahagian daripada beberapa kumpulan masyarakat, namun hanya kerana aku sebahagian daripada mereka, tidak bermakna aku harus membuta tuli mempertahankan masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh segelintir manusia dalam kumpulan masyarakat tersebut.


Sabtu, 12 Mac 2016

5 Hidup jangan bongkak kelak memakan diri sendiri

Orang cakap hidup ni jangan bongkak, kelak akan memakan diri sendiri. Tidak tahu katakan tidak tahu. Tidak arif katakan tidak arif. Tidak mahir katakan tidak mahir. Tidak pandai katakan tidak pandai. Yang penting kalau tak tahu tanya dulu jangan goma memandai-mandai yai.


Jumaat, 11 Mac 2016

4 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 7

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kini dah masuk minggu ke-6 dengan tinggal hanya 9 peserta lagi. Persembahan malam ini dijangka lebih meriah dengan tema Komedi Muzikal. Malangnya kita dapat mendengar suara Ezad Exist kerana kumpulan Bos telah tersingkir minggu lepas. Biasanya kalau tema muzikal ni best, tapi tak taulah malam ini. Peserta yang aku paling ternanti2 adalah Rayza kerana tema malam ini pasti menguji kemampuan beliau untuk menyanyi sambil membuat stand up comedy.



9 Kisah taubat banduan akhir sebelum ke tali gantung

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir. Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”. Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya “Sel akhir”.



Khamis, 10 Mac 2016

8 Salahguna imej Islamik demi keuntungan peribadi

Sekarang ini banyak benda nak berimej Islamik. Jual produk nak nampak imej Islamik, jam tangan nak nampak imej Islamik, kereta nak letak sticker Islamik, politik semua nak nampak lebih Islamik dan macam-macam lagi, malah artis pun nak berimej Islamik hijrah pakai tudung pastu jual tudung pakai jubah jual jubah dan sebagainya. Tiada masalah kalau nak berimej Islamik, tapi bila dah bawa imej Islamik, secara tidak langsung ia membawa nama agama Islam itu sendiri, maka haruslah menjaga imej itu selari dengan agama.


Rabu, 9 Mac 2016

10 Ilmu boleh diukur, iman tiada siapa boleh scan

Ilmu seseorang itu mungkin boleh diukur melalui ujian, peperiksaan dan sebagainya, namun tiada siapa boleh menilai tahap keimanan seseorang, biar pun orang itu berjubah, pakai kopiah, pakai tudung labuh, pakai niqab, berbaju t-shirt, pakai seluar jeans, anak ustaz ke, tukang jual burger ke, kelulusan universiti ke, menteri ke, pekerja bidang 3D ke dan sebagainya.

Usah sesekali menilai iman seseorang melalui luaran kerana kita bukan boleh scan iman orang lain pun. Tahap keimanan seseorang hanya Tuhan yang tahu, maka daripada kita sibuk persoalkan tahap keimanan orang lain, lebih baik kita pertingkat dan perbaiki tahap keimanan kita sendiri.


Selasa, 8 Mac 2016

7 Cara mengenalpasti kecenderungan politik rakan FB

Kita pasti ramai rakan di Facebook yang biasanya terdiri dari ahli keluarga, adik beradik, sedara mara, sepupu sepapat, rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah, kawan masa matrikulasi, kawan universiti, kawan pejabat, kenalan kursus dan sebagainya. Bagi rakan FB yang selalu update kat wall mereka tentang isu-isu politik maka kita boleh mengagak akan kecenderungan politik mereka, namun bagaimana pula dengan rakan FB yang jarang update status tentang politik dan tidak menunjukkan kecenderungan mereka, bagaimana kita mendapat tahu kecenderungan mereka sama ada pro atau anti parti pemerintah?


Isnin, 7 Mac 2016

10 Kesucian wanita hilang kerana kedurjanaan lelaki

Masyarakat sering kali menyalahkan kaum hawa apabila berlaku masalah moral seperti zina, rogol, hamil luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Namun mereka sering kali buat-buat lupa yang semua itu terjadi bukan melibatkan orang perempuan sahaja tetapi juga lelaki. Masalah yang melibatkan kedua-dua pihak janganlah asyik salahkan sebelah pihak je. Kedua-dua kita lelaki dan perempuan sama-sama kena main peranan. Kaca takkan pecah kalau tiada yang ketuk.


Ahad, 6 Mac 2016

4 Apabila murid diuji hanya untuk diiktiraf gagal

Keputusan SPM 2015 ini adalah keputusan salah seorang pelajar kelas saya. Saya adalah guru Sains dan guru kelas pelajar tersebut; kelas tingkatan 5 yang paling belakang.

Pelajar ini merupakan pelajar yang lembam dalam pembelajaran. "Blur" apabila guru bertanya sesuatu, suka sengih setiap masa, menjadi bahan buli dan bahan jenaka kawan-kawan, suka berbuat apa sahaja yang diarahkan oleh kawan-kawannya walaupun perbuatan tersebut memalukan.

Saya suka bersembang dengan dia. Dia banyak diam sambil tersengih tanpa menjawab sepatah pun soalan saya. Di sudut hati saya, dia hanya perlu perhatian, bukan perlu belajar untuk habiskan silibus.


Sabtu, 5 Mac 2016

20 Deklarasi Rakyat hanya mengukuh kedudukan PM Najib

Hampir sebulan lebih aku tak menulis tentang isu berkaitan iklim politik semasa. Paling terakhir aku membicarakan tentang politik pun adalah kira-kira sebulan yang lepas dalam artikel "Sekilas pandang tentang politik Malaysia hari ini", namun peristiwa semalam di mana berhimpunnya pemimpin-pemimpin politik yang berbeza parti dan ideologi dalam sebuah majlis pemeteraian Deklarasi Rakyat hari ini yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuatkan aku terpanggil untuk menulis satu dua pandangan aku terhadap langkah mereka ini.



Jumaat, 4 Mac 2016

2 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 6

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Kini hanya tinggal 10 peserta lagi yang akan berentap di Maharaja Lawak Mega 2016 minggu ke-6. Persembahan minggu lepas agak best dengan tema Peribahasa, minggu ini diharap lebih best dengan tema Majlis. Tak tahu apa yang dimaksudkan dengan tema ini, mungkin komedi yang berkisarkan tentang sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, majlis anugerah, majlis berkhatan, majlis perbandaran dan sebagainya. Apa2pun kita layaaaan.



5 Kebodohan nampak kecil tetapi besar kesan mudarat

Kadang-kadang banyak perkara bodoh atau pun kerosakan yang kita buat nampak kecik dan simple sehingga kita rasa macam tiada masalahpun  untuk melakukannya, namun hakikatnya ia boleh menyebabkan kesan buruk serta mendatangkan kesusahan dan kemudaratan yang besar kepada orang lain.


Khamis, 3 Mac 2016

3 Raikanlah kejayaan dan tangisilah kegagalan

Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM hari ini, bagi yang mendapat keputusan cemerlang, bergembira dan raikanlah kejayaan ini sepuas-puasmu, kerana kegembiraan ini mungkin tidak akan berulang lagi di masa hadapan.



11 Manusia dan telefon pintar berpisah tiada

Susah betul kalau asyik berkepit dengan smartphone. Dunia semua hanya bersekitarkan smartphone sahaja. Smartphone lebih rapat dengan kita berbanding manusia lain. Masa untuk smartphone lebih banyak diluangkan berbanding masa dengan kawan dan keluarga. Semua aktiviti dilakukan bersama smartphone.

Oh aku harap boleh kembali ke zaman tanpa smartphone. Cukup la handphone tu untuk telefon, SMS, compose lagu dan main game snake. Cukup seronok ketika itu... cukup seronok.


Rabu, 2 Mac 2016

7 Usah bencikan agama kerana kelemahan penganutnya

Kita biasa dengar berita tak menarik tentang orang muslim. Kita biasa dengar agamawan bertelagah sesama sendiri. Kita biasa dengar ustaz memberi ceramah dengan cara yang kasar dan menyakitkan hati. Kita biasa dengar orang yang mempergunakan agama demi kepentingan dan keuntungan sendiri. Kita biasa dengar penganut agama Islam yang memberi gambaran yang salah tentang Islam. Kita biasa lihat orang yang melakukan kerosakan dan kebinasaan kononnya atas nama Islam seperti tentera ISIS. Kita biasa lihat orang Melayu mencemar imej agama Islam dengan melabel, menghukum dan mengutuk-ngutuk orang lain.

Segala imej buruk yang dibawa oleh sesetengah orang Islam ini tentu sedikit sebanyak membuatkan ada segelintir umat Islam lain benci dan menjauhkan diri dari agama kerana sikap-sikap buruk mereka ini.

Namun hakikatnya...


Selasa, 1 Mac 2016

16 Kahwin awal dan buang bayi itu ramai orang Melayu?

Suatu ketika dahulu ada seorang pembaca pernah bertanyakan kepada aku, kenapa yang banyak buang anak ni orang Melayu? Kenapa kaum lain, orang negara barat, negara bukan Islam, tak banyak kes buang anak? Dan ditanyakan lagi, kenapa ramai orang Melayu yang kahwin muda dalam keadaan mereka masih belum matang lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai suami isteri apatah lagi ibu bapa? Adakah mereka berkahwin itu semata-mata kerana untuk menghalalkan hubungan seks sahaja?

Maka aku pun mengambil masa yang agak lama untuk memikir tentang hal itu, dan ini adalah pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku. Korang mungkin tidak bersetuju dengan aku dan mempunyai pandangan yang berbeza.