Halaman

Ahad, 21 Mei 2017

Kenapa ramai generasi muda tidak mahu anak?

Ada dua pemikiran dan cara hidup yang sedang melanda generasi muda zaman sekarang yang terdiri dari golongan akhir Gen-Y dan awal Gen-Z yang juga disebut sebagai generasi Millenia, yang kini sudah dalam lingkungan usia antara 18 - 35. Ia adalah mahu hidup bujang tidak mahu berkahwin, atau mahu berkahwin tetapi tidak mahu ada anak. Sebab itu kadar pertumbuhan populasi dunia semakin lama semakin menurun terutama di negara maju dan membangun, kerana ramai yang sudah tidak berminat untuk berkahwin dan menghasilkan zuriat.

Sumber gambar.

Di Jepun misalnya, kadar populasi menurun dengan banyak kerana semakin ramai warga muda yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai anak, menyebabkan ramai orang yang sudah tua terpaksa bekerja lama demi mengisi keperluan pekerjaan. Ia juga turut berlaku di negara maju seperti di Amerika Syarikat. Malaysia juga tidak terkecuali apabila kadar pertumbuhan penduduk di negara ini dijangka menurun berikutan kemerosotan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) daripada 2.1 orang anak kepada 1.91 bagi tempoh 2020 hingga 2035.

Maka kenapa hal ini berlaku?

Mengapa generasi muda ada yang tidak mahu anak, atau hanya mahu anak sedikit, tidak seperti generasi Baby Boom zaman ibu bapa nenek moyang kita yang mempunyai anak ramai walaupun keadaan ketika itu lebih susah berbanding sekarang?

Berikut adalah antara sebab-sebanya:

1. Tidak mahu anak di zaman yang sukar ini.

2. Kos hamil dan beranak yang tinggi serta memberi kesan kepada tubuh badan.

3. Tahap ekonomi diri yang rendah.

4. Merasa tidak mampu untuk membesarkan anak dan menjadi ibu bapa yang baik.

5. Dah terlalu ramai kanak-kanak di sekeliling kita, tak perlu kita tambah.

6. Tidak mahu anak menjadi penghalang untuk mengejar cita-cita dan impian.

7. Lebih mudah menjaga haiwan peliharaan.

8. Tidak mahu korbankan minat dan hobi setelah bekeluarga dan mempunyai anak.

9. Tidak mahu anak menjadi seorang yang gagal dalam kehidupan dan masyarakat.

Pada aku nak kahwin ke, tak mahu berkahwin, mahu membujang seumur hidup, nak berkahwin tetapi tidak mahu anak, nak anak sikit, nak anak ramai ke, terpulang kepada pilihan masing-masing. Tiada orang boleh paksa kita suruh kahwin ke, suruh tak nak kahwin ke, tak nak anak ke, nak anak ke anak ramai ke apa, ia adalah pilihan kita sendiri dan kita sendiri yang buat pilihan tanpa perlu pandangan atau paksaan orang lain.

Kalau ada orang tak mahu kahwin, itu hak dia.
Kalau ada orang nak kahwin tapi tak nak anak, itu hak dia.
Dia sendiri yang nak menjalani kehidupan dia sendiri, bukan kita yang berada dalam kasut dia.

Perkahwinan dan anak itu datang dengan amanah dan tanggungjawab, maka jika kau mahu berkahwin dan mempunyai anak, suka tak suka, mahu tidak mahu, kita perlu menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab tersebut. Jika kau rasa memang tidak mampu, maka tak perlulah berkahwin dan mempunyai anak.

Cuma aku tak berapa suka kalau mereka selalu tekankan pilihan mereka, malah sering memberitahu betapa mereka bencikan perkahwinan dan mempunyai anak sehingga mempengaruhi orang lain agar jangan berkahwin atau tidak mahu ada anak seperti pilihan mereka.

Aku tahu perkahwinan itu tidak semestinya membahagiakan, tapi ia adalah fitrah manusia. Kalau ada orang berkahwin dan akhirnya menemui kegagalan pun, tak perlu perlekeh atau kutuk keseluruhan institusi perkahwinan amnya. Yang gagal itu mereka, bukan kau pun, dan kau tiada kaitan pun.

Begitu juga hanya disebabkan kau jumpa beberapa orang kanak-kanak yang biadab dan kurang ajar, kau terus membenci semua kanak-kanak dan terus mengutuk orang yang ada anak seolah-olah semua institusi keluarga di negara kita ni gagal.


Macam ni lah, kalau kau begitu benci dengan perkahwinan dan tidak berminat untuk mempunyai anak, bersyukurlah yang ibu bapa kau tidaklah begitu pentingkan diri, sanggup berkorban untuk memikul tanggungjawab dan tidak mempunyai pemikiran yang sama dengan kau, jika tidak kau pasti tidak akan wujud di muka bumi ini.

Baca juga Perbezaan di antara Melayu Gen-X dan Gen-Y.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kenapa golongan muda generasi x y z baby boom tidak mahu anak millenia millennial don't want kids reason

2 ulasan:

  1. Boleh pakai kerr kajian tuu noob...setiap hari ramai jerr ank haram yg lahir noob..biasanya perempuan yg punyai kerjaya yg bagus jerr lambat kahwin..dildo kan byk noob...🍤🍤🍤kikikikikiki...ko xikot plain pergi korea noob..? Komen aku kt blog dia haram nk siar...🐷

    BalasPadam
  2. Mana pergi semua org nii...👍👎👌✊✌✋👊👆👇👈👉👋👏👏👅👅

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.