Orang Melayu Islam sambut raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Cina sambut tahun baru, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang India raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Buddha, Hindu, Kristian sambut perayaan mereka, semua kaum dan agama pun cuti.
Bukan setakat perayaan, malah kita cuti lagi pada Tahun Baru, Hari Pekerja, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan lain-lain lagi.
Untungnya hari cuti ini bukan sahaja memberi masa untuk rehat, riadah, berjalan-jalan, shopping dan sebagainya pada ramai orang yang bekerja dan belajar, malah kalau kerja di hari cuti umum, biasanya akan dibayar gaji/elaun 2 atau 3 kali ganda pada hari tersebut.
Sumber Business Insider Australia.
Tapi itu adalah cuti umum bagi peringkat kebangsaan. Kalau kira cuti umum peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan, dengan Hari Wilayah, Hari Keputeraan Sultan, Hari Hol dan sebagainya lagi, jumlah hari cuti umum adalah lebih dari itu!
Di Pulau Pinang misalnya mempunyai 20 cuti umum setahun. Terengganu, Sabah dan Johor pula mempunyai 19 cuti umum. Orang US pun cuma ada 10 hari cuti umum peringkat kebangsaan. UK lagi lah, 8 hari.
Maka beruntunglah tinggal di negara yang banyak cuti. Tu belum kira lagi lain-lain cuti yang senang nak dapat macam cuti tahunan tempat kerja, cuti kau sakit betul-betul, pura-pura atau beli, cuti bersalin, cuti sekolah, cuti tanpa gaji, cuti kau ponteng kerja dan sebagainya.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: ranking cuti terbanyak tersikit malaysia dunia umum public holiday
Oklah tuu....org zimbabwe hari2 kerja pun bkn makin kaya..duit angka saja besar tapi nilai kecil..πΈπΈπ«πͺπ£π
BalasPadamrakan sekerja aku lagi la.. asyik EL memanjang..
BalasPadam