Halaman

Khamis, 26 Oktober 2017

Bolehkah fikiran mengingati semula bau dan rasa?

Lihat.
Dengar.
Hidu.
Rasa.

Di dalam otak kita, kita mudah untuk menggambar dan menjelmakan sesuatu yang kita pernah lihat dan dengar. Kita boleh membayangkan dalam fikiran kita perkara yang kita lihat seperti rupa orang, rupa makanan, bentuk objek, kenderaan, tulisan, filem, warna dan sebagainya. Kita juga boleh mengulangi dalam minda kita perkara yang kita dengar seperti suara, melodi, lirik lagu, percakapan, bunyi haiwan, bunyi kenderaan dan sebagainya.


Namun aku percaya agak mustahil untuk kita cuba bayangkan semula bau yang kita pernah hidu seperti bau makanan, bau minyak wangi, bau najis dan sebagainya. Sama juga seperti rasa, walau kita selalu makan sejenis makanan, tetapi agak sukar untuk kita terjemahkan rasa itu dalam otak kita. Kita tidak boleh mengingati semula bagaimana rasa roti canai yang kita makan pagi tadi, rasa kambing golek yang kita makan waktu tengahari, rasa ayam KFC yang kita makan semalam dan sebagainya.
Kenapa begitu?

Mungkin ada orang yang boleh menjelmakan semula bau dan rasa di dalam fikiran mereka, tetapi biasanya deria bau dan rasa tidak boleh diingati, sebaliknya ia hanya boleh dicam atau dikenalpasti secara langsung.

Sebagai contoh bila kita terhidu bau ayam goreng, kita boleh mengecam yang ia adalah bau ayam goreng. Bila kita rasa ayam goreng itu dengan lidah, kita boleh kenalpasti yang ia adalah rasa ayam goreng. Tetapi jika ia tidak berlaku secara langsung, adalah sukar untuk kita ingati semula bau dan rasa ayam goreng tersebut.

Cuba bayangkan rupa 3 jenis ayam goreng di kepala anda iaitu ayam goreng KFC, ayam goreng McDonalds dan ayam goreng Texas Chicken. Kalau yang biasa makan ketiga-tiga ayam goreng ini, pasti boleh menggambarkan rupa ayam-ayam goreng ini. Sekarang cuba gambarkan pula bagaimana bau dan rasa ayam-ayam goreng ini? Boleh?


Mungkin boleh, mungkin tidak. Namun andainya 3 ayam goreng ini diletakkan di depan anda, dan anda diminta untuk menghidu bau ayam-ayam goreng ini, pasti anda akan dapat cam baunya yang mana satu ayam goreng KFC, McDonalds atau Texas Chicken secara langsung. Apatah lagi kalau anda rasa ketiga-tiga ayam tersebut, pasti lidah anda akan terus mengecam dan mengingati kembali rasa ayam tersebut, melainkan anda kali pertama makan ayam-ayam itu.

Deria bau dan rasa adalah deria yang unik yang tidak boleh dijelmakan semula dalam memori otak manusia mahupun teknologi. Malah ia tidak boleh ditiru seperti mana visual dan audio. TV boleh menayangkan visual dan mengeluarkan audio yang boleh kita lihat dan dengar seperti drama, filem, kartun, berita, konsert, rancangan bual bicara dan sebagainya, tetapi ia tidak mampu menjelmakan bau dan rasa.

Kita juga boleh meniru gaya dan melakukan semula apa yang kita nampak, mengulangi semula apa yang kita dengar, tetapi kita tidak boleh meniru bau dan rasa melainkan dengan menggunakan semula benda yang mengeluarkan bau dan mempunyai rasa yang sama.

Adakah anda boleh mengingati bau dan rasa dalam memori anda? Kongsikan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: deria bau rasa lihat dengar tak boleh ingat ingatan jelma gambar bayang dalam memori otak sentuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.