Halaman

Rabu, 14 Mac 2018

Google dan Facebook bakal dikenakan cukai?

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan ke mesyuarat Kabinet esok supaya Google dan Facebook (FB) dikenakan cukai pada masa depan."

Begitulah status yang ditulis di Facebook page Berita Harian semalam sehingga mencetuskan kemarahan dan perbalahan para netizen tempatan.


"Ni betul2 hanat mentri cam gini....silap2 jalan kaki pon dia bagi cukai nanti....miskin sgt ke malaysia sampai semua benda depa nak kenakan cukai...gaji masih ditakuk lama...apa jadah fungsi dia jdi mentri kalau dah tahap iq cam ni...."

"Kalau kerajaan kenakan cukai pada Google dan fb dah tentu rakyat kena bayar utk guna dua aplikasi ni. Kepala bapak engkaulah kerajaan!"

"Rakyat klau boleh setiap helai bulu telur pn menteri nk kenakan cukai..tp menteri ni boleh senang2 lari cukai lps tu elaun juta2..mcm haram semuanyaa..mati nti kau bwk la harta2 kau tu mengadap tuhan..satu pahala pn tak tinggal..rakyat akan kutip sekutipnyaa.."

"Mula2 cadang.lps tu jeng jeng jeng. Hero dtg cancelkan... sbbnya.. hati rakyat kena jaga...hihihi.makan popcorn jap"

"Begini lah nasib rakyat Malaysia di perbodohkan dengan janji janji palsu dan akhir nya rakyat Malaysia yabg sengsara..Dah sampai masa untuk tukar kerajaan baru.."

"Apa kata kenakan cukai kepada wakil2 rakyat, ketua2 menteri, menteri kabinet bagai.. sbb diorg kan selalu ambil hak kita, time atas jalan raya pun abam2 trafik suruh rakyat dduk tepi sbb nk laluan kat diorg ni.. x ikut lampu isyarat, x ikut turn jalan jem.. Bg saya lebih sesuai mcm ni... Kita sbg "bapa" kalu nk puaskan hati "anak2" kita, kita wat apa?? Kita kena keluarkan "duit poket" sendiri laaa..."

"Nanti sesiapa nak kawin lebih dari satu bini pun dikenakan cukai.... 4 bini 3 akan dikenakan cukai.... Matilah pak lebai pas ini macam.... Kalau dia orang menang pru 14 ni kambing , lembu, itik dan ayam di renan dan sangkar pun akan dibawa isul ke parliman untuk dikenakan cukai..."

"Tuhan bg Kita nafas(oksigen) untuk hidup serta kenikmatan hidup xpernah diminta cukai, disuruhnya ikut perintahnya pun masih Ada tidak tunaikan namun tetap diberi nikmat kehidupan...manusia sesama manusia lak mcm2 nk dicekik cukai itu ini....hurm ohh Malaysia ku."

"Saya harap cadangan itu di tangguhkan terlebih dahulu.. kerana ia tidak memberi keuntungan kpd negara, tidak semua rakyat malaysia menggunakannya.. Saya cadangkan berak dan kencing dikenakan cukai, ini kerana setiap hari rata rata rakyat berak dan para pemimpin pula rata rata kencing rakyatnya. ia boleh beri banyak keuntungan kpd negara dan menstabilkan ekonomi negara."

"Bagus2, nanti kalaw ada rakyat korek taik hidung ditempat awam..mintak bayaran dan cukai sama..
rakyat malaysia semua kaya2 ,hari2 buang jongkong emas dlm parit"

* * * * * * * * * *

Terhibur aku baca komen-komen ni. Ya, begitulah antara komen-komen netizen yang begitu marah dan menggelabah di status tersebut. Rokyat Malaysia ni memang pantang dengar perkataan cukai, memang mudah triggered tak tentu hala.

Relaks, bawak bertendang.

Status tu tulis, Google dan Facebook dicadang untuk dikenakan cukai, bukan pengguna Google dan Facebook.

Masih tak puas hati? Boleh Google je dulu. Anda mungkin akan jumpa artikel ini...
Google dan Facebook merupakan antara nama gergasi dalam arena teknologi seluruh dunia. Kedua-duanya menjana pendapatan melalui pengiklanan digital – dimana mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan Google dan Facebook mengawal hampir 70% daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Namun, ia boleh dikatakan agak mendukacitakan kerana kedua-duanya tidak membayar cukai di Malaysia disebabkan kaedah operasi syarikat internet.

Terkini, ia dikatakan yang mana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa cadangan kepada Kabinet supaya Google dan Facebook dikenakan cukai pada masa depan. Komen ini diberikan oleh TPM hasil cadangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Wai agar Facebook dan Google dikenakan cukai seperti di Vietnam

Untuk makluman, cukai ini adalah untuk syarikat – dan ia bukan sesuatu yang asing dalam arena perniagaan. Seperti semua sedia maklum, semua syarikat tidak terlepas daripada keperluaan membayar cukai. Walaupun syarikat gergasi seperti Google dan Facebook mempunyai pejabat di Malaysia – namun transaksi tidak melalui pejabat berkenaan, membuatkan mereka terlepas daripada membayar cukai di Malaysia.

Dengan jutaan pengguna Facebook dan Google di Malaysia, dan kedua-dua syarikat sendiri menjana jutaan ringgit melalui pengguna tempatan – kerajaan semestinya tidak ingin kehilangan pendapatan melalui pencukaian.

Sebelum ini sendiri, Indonesia turut telah hadir dengan cadangan yang lebih kurang sama supaya kedua-dua syarikat gergasi tempatan ini membayar cukai di Indonesia, dan telah mencapai kata sepakat dengan Google pada 2016 lepas. Australia turut telah membuat perubahan pada sistem cukai mereka, sekaligus membuat Google dan Facebook membayar cukai berdasarkan keuntungan yang dijana di negara berkenaan.

Sumber Amanz.

Atau ini...
Cadangan untuk mengenakan cukai iklan Google dan Facebook akan diserahkan kepada Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet untuk perbincangan esok (14 Mac)," katanya pada Selasa.

Beliau berkata cukai yang dicadangkan ini dibangkitkan pada sesi dialog Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan pada Selasa.

Cadangan tersebut diajukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai, yang menegaskan bahawa Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan yang diposkan di Facebook dan Google.

Dr Ahmad Zahid berkata media dan kerajaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi media cetak dan elektronik berikutan media alternatif.

Beliau juga menimbulkan isu pengawalan diri dalam industri media, dengan mengatakan salah satu cara ialah penubuhan majlis atau melantik penasihat awam.

Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu surat peringatan tegas, dua amaran, 14 peringatan, 44 nasihat dan empat surat tunjuk sebab bagi pelanggaran di bawah Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984.

Sumber MStar.

Atau mungkin ini...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecah tradisi pada satu majlis yang dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini apabila beliau sendiri mengajukan soalan kepada tetamu yang hadir.

Pada Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengajukan kira-kira 10 soalan yang secara umumnya menyentuh mengenai isu yang dihadapi industri media.

“Majlis seperti ini adalah kali pertama diadakan, biasanya saya yang menjawab soalan daripada media secara formal, hari ini saya pula ingin bertanya kepada pihak media,” katanya pada majlis dihadiri kira-kira 500 pengurusan kanan dan pemimpin organisasi media serta pemegang permit penerbitan.

Sebagai respons, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Wai menimbulkan hakikat bahawa kelangsungan (survival) media cetak adalah lebih mencabar hari ini berbanding dengan pengawalan kendiri (self-regulation).

"Pagi ini kita telah mendengar tentang pengawalan kendiri dan (keperluan mengadakan) ombudsman, tetapi secara serius, pada ketika ini, industri media adalah begitu sukar dan kita bercakap tentang kelangsungan.

"Apa gunanya ombudsman dan majlis media jika kita tidak tahu berapa banyak syarikat yang akan bertahan?

"Saya akan (bercakap dengan) jujur. Selepas PRU14, saya jangkakan beberapa (syarikat) surat khabar akan ditutup," kata Wong, sambil menambah bahawa halangan utama media cetak adalah garis panduan pengiklanan yang terlalu ketat yang dikuatkuasakan tetapi tidak kepada stesen penyiaran atau media dalam talian.

Wong berkata margin keuntungan adalah begitu kecil dalam perniagaan media dalam talian, memetik contoh bagaimana 80 peratus keuntungan yang dijana oleh portal berita TheStarOnline dibayar kepada Google dan Facebook.

Beliau seterusnya mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai ke atas kedua-duanya dan Ahmad Zahid berkata, beliau akan membawa cadangan tersebut ke mesyuarat Kabinet.

Timbalan perdana menteri itu berkata kerajaan juga sedar kebanyakan syarikat media tradisional baik media elektronik dan cetak hari ini menghadapi cabaran dari segi pendapatan yang kian berkurangan kerana majoriti kini lebih memilih media bukan tradisional.

Sehubungan itu, menurut beliau kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedaya upaya mahu beri kebebasan semua penulisan, penerbitan dan penyiaran yang tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan.

“Ia mungkin sesuai pada masa dulu tapi hari ini ianya perlu dimodifikasikan tanpa mengkompromikan etika kewartawanan,” katanya.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN telah mengeluarkan satu surat amaran tegas, dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab kepada media dan pencetak pada tahun lepas.

Sumber Malaysiakini.

So apa yang kita boleh faham:

1. Cadangan adalah dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai, bukan dari Timbalan Perdana Menteri.

2. Cadangan adalah untuk mengenakan cukai kepada syarikat Google dan Facebook kerana mereka mengaut keuntungan melalui perkhidmatan pengiklanan digital yang digunakan oleh syarikat-syarikan di Malaysia.

3. Ada beberapa negara selain US yang sudah pun mengenakan cukai terhadap syarikat seperti Google dan Facebook iaitu Vietnam, Australia dan Indonesia.

4. Selama ini mereka bodo-bodo je kaut keuntungan di Malaysia tanpa dikenakan cukai. Memandangkan iklan mereka turut beroperasi di Malaysia, oleh pengguna Malaysia, dan digunakan oleh pelanggan dari Malaysia, maka amat wajarlah mereka kena bayar cukai kepada kerajaan.

5. Adalah menjadi amalan biasa untuk syarikat dan badan korporat yang beroperasi dan mengaut keuntungan di mana-mana negara pun dikenakan cukai mengikut undang-undang negara tersebut. Malah kau nak letak nama kedai kat papan tanda premis kau sendiri pun kena bayar lesen.

6. Kalau Facebook atau Google kena bayar cukai pun, aku jamin Google atau Facebook takkan kenakan bayaran pada pengguna dia. Yelah siapa nak main FB atau guna Google lagi kalau dah kena bayar? Paling tidak pun mungkin iklan makin banyak keluar kat FB kau, atau kau kena tunggu lama sikit sebelum kau klik Skip Ad kat video Youtube yang kau nak tengok. Kalau ada kesan pun, mungkin ada kesan sikit pada pelanggan Google Adwords, Adsense atau Facebook Ads, tapi bukan pada pengguna.

Benda ni bukan isu baru. Tahun lepas lagi LHDN dah layan isu ni. Baca artikel ini:

Lain kali baca, kaji dan hadam dulu. Ini kau baru baca status berapa kerat ayat, dah menggelabah beruk macam orang gila. Tau lah kau benci gila kat kerajaan BN, tapi bodoh tu jangan la obvious sangat.

Berita Harian ni pun satu, tulis la ayat cantik sikit, letak perkataan "syarikat Google dan Facebook", tak pun letak la artikel berita penuh kat situ. Ini tulis tajuk clickbait, dah tau tahap mentaliti dan IQ kebanyakan netizen ni level-level ayam je, memang tak hairan la ramai orang meroyan.

Bukan senang nak cari manusia yang boleh berfikiran rasional dan kritis. Yang ramai cuma mereka yang sekadar mampu baca tajuk, triggered, kemudian Share dan komen tanpa guna otak. Setakat itu je pun kemampuan mereka. Lain kali letak je berita artis hamil ke, penyanyi demam ke, MU kalah masuk gua ke, berita-berita macam tu lebih sesuai dengan otak mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: cadangan google facebook bakal dikenakan cukai iklan digital pengiklanan korporat pegangan royalti pendapatan bayaran lhdn 

5 ulasan:

  1. Ok..tunggu dan lihat saja..ahli politik nii bkn boleh caya sgt..asal boleh buat duit semua sapu..💰💦💦💨💨🐷🐗🐽

    BalasPadam
  2. NOOB PAKAI AYAT CLICK BAIT KAT.. tipikal semua nak pki ayat tu wahahahahaha

    BalasPadam
  3. Ini masalah sejagat dengan rakyat media sosial. Malas baca habis, terus hentam bila baca tajuk saja hahahaha

    BalasPadam
  4. Ini yang berlaku apabila ada antara pembaca terus buat kesimpulan berdasarkan tajuk article..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.