Halaman

Rabu, 28 November 2018

Cara meredakan ketegangan insiden kuil Seafield


Insiden yang melibatkan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield nampaknya semakin hari semakin panas. Walaupun pada mulanya kuil diserang oleh sekumpulan individu yang dikatakan diupah oleh pemaju yang juga tuan tanah tapak kuil tersebut, namun kini ia sudah menjadi seperti pergaduhan antara dua kaum.

Pergolakan ini berubah menjadi isu perkauman apabila awal-awal lagi ada pemimpin, ahli politik dan pihak berkuasa memberi kenyataan salah dengan menuduh dan mendakwa ia dilakukan oleh sekumpulan kaum dan agama tertentu. Lepas dah kena kecam baru menggelabah edit tukar kenyataan.



Disebabkan itu, orang India tak berpuas hati dengan orang Melayu Islam. Orang Melayu tak berpuas hati dengan orang India. Orang mula berhimpun beramai-ramai. Orang tak bersalah dan tak terlibat dipukul teruk. Polis dikerah untuk menjaga keselamatan. Beberapa tangkapan terpaksa dibuat.

Kita yang kat bawah teruk bergaduh sesama sendiri, yang kat atas tak kena apa. Tiada pemimpin turun untuk berjumpa dan mempertemukan wakil kaum Melayu dan India untuk berbaik-baik. Yang ada cuma berbalas-balas memberi kenyataan di berita atau akaun media sosial masing-masing.





Aku rasa kalau dari mulanya lagi pemimpin dan pihak berkuasa cakap insiden ini adalah antara pengurusan kuil dan pemaju, siasatan lanjut akan dilakukan, mesti kurang timbulnya isu perkauman. Orang India akan faham bukan kaum Melayu yang buat hal, orang Melayu juga akan faham yang bukan kaum India yang mula mencetuskan kekecohan.

Maka apa yang aku nampak, ketegangan ini hanya boleh diredakan dengan cara ini sahaja...

Orang yang memberi kenyataan salah pada mulanya HARUS BERTANGGUNGJAWAB!

Perlu ada juga orang YANG BERTANGGUNGJAWAB!

Cakap yang ANDA BERTANGGUNGJAWAB dan MEMOHON MAAF kepada semua rakyat Malaysia!

Dan atas RASA TANGGUNGJAWAB...

SILA LETAK JAWATAN!!!

Ada orang ambil tanggungjawab, aku yakin orang Melayu dan India akan dapat terima dan akhirnya bertenang serta berbaik-baik semula. Masalahnya sekarang tiada orang yang mahu bertanggungjawab dan hanya berlepas tangan sahaja.

Dulu masa pelbagai insiden dan tragedi besar berlaku di zaman BN seperti insiden MH370, MH17, pencerobohan Lahad Datu, kebakaran tahfiz dan sebagainya, habis teruk kerajaan pada waktu itu dikecam oleh golongan pembangkang, cakap tak pandai urus, kait pula dengan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi.

Nah, ini baru satu insiden besar berlaku sejak kerajaan baru dah kacau bilau, bagi pula kenyataan salah dan tuduh menuduh. Kenyataan yang bukan datang dari rakyat biasa tapi dari pemimpin kerajaan sendiri.

Itulah, masa belum berkuasa cakap memang senang. Nak kecam, kritik, bangkang, semua modal pakai air liur je. Bila dah jadi kerajaan kena batang hidung sendiri baru tahu bukan semudah-mudahnya boleh cakap.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: insiden kuil seafield sri maha mariamman usj 25 putra heights di subang jaya rusuhan gaduh pemaju tuan tanah hak milik pindah menteri kenyataan perkauman melayu india waythamoorthy

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.